Thursday, January 31, 2013

PROJEK CUTI #2 - MENGIMBAU KENANGAN

Entry projek cuti lagi -.-' . Tajuk taknak kalah, dramatis habis la tu 'mengimbau kenangan'.haha.malam tadi godek2 laci. Niat memang nak feeling2 zaman sekolah dulu. Tskk, rindu gila. Semua ni gara2 satu malam tu TL twitter penuh dengan hashtag #TakIgopLa. Serius sangat merindui IGOP :'(. So, sengih sorang2 sambil baca balik buku biodata, kad birthday, kad raya, surat cinta etc yang memang aku simpan baik2 je dalam laci tu. Sekeping pon x pernah buang. Aku memang sentimental sikit bab2 appreciating hadiah ni ;)

Ni haa antara koleksi zaman2 sekolah dulu :


Koleksi buku biodata kawan2.Yang cartoon2 tu sekolah rendah punya. Girlish sungguh rupanya aku ni.lol :3

Koleksi birthday cards/eid wishes etc.Comel je design and wishes dulu2.kih3.

Kad raya and birthday yang dipos ke rumah/ igop oleh kawan2.

Koleksi surat cinta.HAHA. Okay, tipu je. Ni surat dengan husni dulu. Dok sekolah asrama kan tak ada henpon. So surat je lah medium berkongsi cerita antara Igop dengan MRSM taiping tu. Husni ni classmate dari darjah 1-darjah 6.hoho


Ni tulisan time darjah 6.keh3..ayat poyo macam apa je kan tulis dalam biodata book tu XD

Ni birthday wishes dari classmates time form 5 dulu. Even sekadar tandatangan and wishes sebaris dua, tapi sangat bermakna okay :)

Tiap kali nak exam ke apa, mesti dapat card. Cara bagi pulak kadang2 tampal kat locker, selit celah buku, letak bawah meja (paling common), letak bawah bantal ,selit kat katil etc. Even made from kertas A4 kaler2 je tapi sangat bermakna. Sentimental value gitewww. Insyaallah akan simpan sampai ke akhir usia. To my friends yang pernah bagi any of these, thanks a lot. and see, aku masih menyimpan karya2 agung korang even dah bertahun berlalu and sekarang semua dah terpisah ke serata ceruk dunia *mohon terharu*.haha ;)

Arakian.Cukup sudah mengimbau memori.

p/s : bila tengok album gambaq lagi lawak.keh3 :P

Wednesday, January 30, 2013

PROJEK CUTI #1 - CHEF AMATUR

Pejam celik makan tidoq goyang kaki huha sana huha sini tup2 cuti yang 3 minggu tinggal 3 hari lagi.sadis tu memang sadis tapi perjuangan perlu diteruskan.tak gitu ?

Cuti kali ni rajin terlebih pulak nak memasak, mem-baking segala bagai. Almost hari2 masak for tea-time. Hormon mana entah merasuk dalam diri ni. Rasanya sebab umur dah masuk 21 tahun kot. Keh3 :p * takdak kaitan *

Tapi tak ada la meletop pon menu nye. Simple2 ja. Tak ada la buat kek 4 5 tingkat ke apa.Heh. Setakat trifle, puding roti, cookies, choc. cake, muffin2 gitu je pon..lepas la setakat nak isi perut sendiri, mak and abah kat rumah ni.

So, nak la abadikan sikit kat sini mana2 yang sempat snap picture tu. Boleh tunjuk kat anak cucu nanti sambil cakap '' ni haaa tengok bukti tok memang rajin masak sejak muda2 lagi..sebab tu tokwan hang sayang bebenor dengan tok.'' HAHAHAHA.


 Mengidam biscuit Famous Amos yang mahal tu, so godek2 internet cari resipi chocolate chips cookies. Tapi aku tukar jadi almond cookies sebab kat rumah x dak choc. chips masa tu. Alhamdulillah first trial menjadi :) dua kali dah buat cuti ni.huahua

Gara2 cuti ni dok layan cerita jepun, Mr. Brain la. Satorare la. Code blue la, lidah rasa nak makan sushi pulak.Sushi King mahal sangat, buat sendiri lagi bagus. Tapi aku gulung ni tak cantik and kemas sangat sebab tak ada bamboo mat dekat rumah. Ni gulung guna plastik je.


Ni nama dia puding roti on the way nak masak. Jangan tertipu dengan puding roti ni sebab time nak masak memang naik kemain. Lepas masak komfem kempis. Itu memang lumrah puding ni. heh. Tapi memang best makan dengan aiskerim di petang yang panas sambil ditemani angin yang bertiup sempoi2 bahasa XD

Yang ni chocolate chips muffin yang over merekah.keh3.Tapi sedap. Tak tipu. puji masakan sendiri.lol

Itu jelah yang sempat snap. Menu biasa macam goreng pisang semua tu tak payah la nak snap kan.lol. Sapa nak resipi boleh pm. Kekeke ;)





Wednesday, January 23, 2013

LELAKI SETIA

Semalam Mak Teh datang rumah.Sembang punya sembang, baru tau rupa rupanya Pak Teh muda dua tahun dari Mak Teh.Huha :p

Bagi aku Pak Teh lelaki setia.Sebab ?

Lepas kahwin 11 tahun baru Mak & Pak Teh dapat cahaya mata.Awesome kot tahap kesabaran diorang ni. Alhamdulillah, berkat kesabaran, dapat jugak 3 orang cahaya mata :')

Agak2 ada lagi tak stok lelaki setia macam Pak Teh ni? hekhok XD







p/s: Entry pencuci sawang selepas 2 bulan lebih tak ziarah blog sendiri.tsskkk