Tuesday, May 07, 2013

112 AWESOME BATCH DINNER

Baru sedaq yang diri ni ada blog. Last update February lepas. Hmm, nampak tak betapa busy nya hidup kat Kuantan ni. LOL. 

Update ni sebenaqnya sebab tension tak dapat jawapan untuk protein concentration yang mana sekali gus membantutkan hasrat untuk menyiapkan lab report Bradford Assay ni. So, chillex sat dengan meng'update' blog yang bak kata orang putih ; hidup segan, mati tak mau.

Isu yang bakal dibangkitkan dalam terbitan entry kali ini ialah pasal Batch Dinner pada tanggal 1 Mei yang lepas. First dinner untuk kami batch Biotech Awesome 112 ni. Kenapa nama batch kami Awesome? bukan sekadar untuk tujuan poyo, tapi ia adalah simbolik ke'ohsem'an kami yang buat foundation 1 and half year instead of 2 years before mai Kuantan untuk buat degree.

Venue dekat City Times Hotel yang sekangkang ayam ja dari UIA ni. Pukul 8++ event started. Makan-makan and performance dari rakan-rakan. Ada 3 awards yang dipertandingkan. Main award; Mr. Smart and Ms. Glam. Lepas tu ada Mr and Ms Bookworm, Mr and Ms Funny. Aku pon tak tau sapa yang suggest award ni. Kalau ikut aku dengan Tiqah (kitorang biro Special Task dalam batch and dinner ni fully under Special Task), kami nak buat award yang kurang sikit skema dia. Contohnya, Mr & Ms Gedik, Mr and Ms Garang, Mr and Ms Kepoh etc. HAHAHA. Baru la havoc ;p

Pemenang setiap award adalah:


  • Mr Smart            : Ha'iz
  • Ms Glam            : Aliah
  • Mr Bookworm   : Fitri
  • Ms Bookworm   : Kak Bella
  • Mr Funny            : Amir
  • Ms Funny            : Ainun
Lupa pulak, the theme is smart and glamorous ;)

Itu je lah nak cerita. Malas nak taip. Report pon tak siap lagi. Cuti pon dah habis. Final exam pon dah dekat. *tarik nafas. hembus*

 Poster :D

 Kaum Hawa

 Kaum Adam
 with Syam, Yana, Tiqah and Hafa ;)

 Sama warna dengan Kaka. Pakai baju lama je. Malas beli sebab dah 3 kali pi steamboat kat City Times ni sebenaqnya. heheh :)


Terharu campuq bangga sikit sebab me and Tiqah yang uruskan pasal hadiah untuk award, cabutan bertuah and doorgift ni. So, button je yang mampu as doorgift dengan bajet yang amat terhad. Alhamdulillah, dapat sponsor luar sikit. mihmihmih ;)

Thanks friends for the night :D

p/s : Budak lelaki buat Gwiyomi as special performance. LOL. and kejutan dari Yana when she announce that she'll get married this 2nd Syawal. Ternganga habis budak2 awesome kecuali me and few other friends yang agak rapat dengan Yana sebab kami dah lama tau. Hee. Barakallah Yana and Anuar ! ;)

Wednesday, February 13, 2013

MY LITTLE WORLD

It has been a year since my first footsteps here in iium Kuantan as a degree student. So, nak la update sikit kenangan hidup kat hostel terchentaa ni. Heh. Ok, there are only 2 Mahallah (Hostel) in this Indera Mahkota Campus which are Mahallah Maimunah ( 8 blocks altogether ) and Mahallah Talhah ( tak sure berapa blocks ;p ). But now, the new mahallah are in the making - atas bukit weh. Ala2 kondo mewah giteww tapi jenuh la nak naik turun tangga nanti. Habis la budak2 yang baru masuk in the upcoming years ni. Lol. Tapi tak sure tahun bila baru siap XD Outside the campus pulak, ada lagi mahallah iaitu Mahallah Tabari, and IM 2 which stand for Indera Mahkota 2. As for me, duduk Maimunah je since first day kat sini. Layout bilik kat Maimunah ni komfem la sama je. Lain mahallah, lain layout. But after visiting my friends kat Talhah and Tabari, ( IM2 tak pernah lawat la since yang tu hostel lelaki. *ROFL) i can conclude that Maimunah is the best. (even hakikatnya tak best mana pon.but still the best among the rest.). Kat maimunah, satu bilik 4 orang means ada 4 compartments. Each level ada 8 bilik, 6 toilets and 6 shower rooms. The same goes with Talhah, cuma bezanya katil diorang besi and tak ada drawer kat bawah. Rak buku kecik sangat. Meja tak boleh ubah and etc. Hoho. ( banyak songeh pulak kan.haha,tapi tu semua penting bagi aku :P ). Tabari bagi aku tak best sebab satu bilik 10 orang kalau tak silap. Compartment tak ada privacy since dinding separuh je. Ampaian kat tempat agak tertutup --> nanti baju bau kepam sebab tak kena cahaya matahari.wuwu. Tapi aku tengok diorang bahagia je.keh3. Aku je kot yang banyak songeh. Uhukss.. Apa apa pon bersyukur sangat dapat Maimunah ni *sengih lebaq2 sambil pandang langit*


So, setelah panjang lebaq bebelan kat atas ni, kat bawah ni is my compartment a.k.a my little world ;)

 Book shelf 2 in 1.Boleh jadi rak makanan jugak :P. Tapi ni 5% of my stock je. Takyah tunjuk la, nanti orang pengsan tengok my stock yang berlambak tu.keh3 :P  Milo, Nescafe, Horlicks, susu, and BOH green tea are my daily drinks. I'm not taking any 3 in 1 drinks anymore. Semua bancuh sendiri. Huhu. 
 My workspace. My meja makan etc :')


--------------------- ?

 Toiletries, 'old' books and paperssssssssss, laundry 

 All time favorite place.BED ! haha. Well, I never understand myself awat suka TERbeli cadar corak cartoon.lol. 

 Yeah.I'm obsessed with red. Carpet, bucket, hangers, towel, laundy basket, socks, mangkuk megi and even small things like berus gigi,  getah rambut, broonch, gunting etc. One way to make me happy is by giving me red coloured thing. Haha. Dat which is my roommate also share the same obsession with me. Both of us suka menjeleskan diri masing2 bila ada beli barang baru warna merah. Kekeke (baju tak banyak la warna merah since its too attractive i guessed ) :D
Jeng3. Pendedahan ekslusif ni XD
 Ruang solat, tempat lepak tetamu2 yang datang (main port tetamu is atas katil.of course).hehu.kasut tu dah berusia 3 tahun. Used since foundation year at CFS. Will never change it selagi tak koyak rabak. tapak tertanggal or lain2 'kecederaan' yang parah.HAHA

salah satu projek cuti CNY yang lepas.buat kaligrafi utk hiasan dinding. Buat sendiri. Jimat ;p


Another projek during CNY. I named it as ' Mr Booster Board'. Board of motivational quotes :') Tampal kat hujung katil. Hew



Very 'tranquil' scenery from my window.Tu belum termasuk background music 'keletung keletang' dari construction site tu.Sobss ( IIUM Hospital in the making.Betol2 sebelah my block )
Another 'beautipppulll' scenery



Thats all. My little world since a year ago and insyaallah remain for another 3 years. May Allah bless :') 



p/s: urat & otot terkejut sebab after so long tak exercise (cuti 3 minggu), and 2 3 hari ni dok pulun main badminton dengan hafa & tiqah. Satu badan terasa sakit2.tssskk

Sunday, February 10, 2013

BRADER GENTLEMAN

Ehem. Entry gedik ni. Mohon baca dengan plastik di sebelah anda. Takut TERmuntah.

Alkisah tadi keluar dinner with Tiqah and Hafa around 8.30 macam tu. Makan dekat Midnight Food Center yang on the way nak ke Teluk Chempedak tu. On the way tu, singgah isi minyak kereta. At that time, kereta kami je sebijik. Tiqah yang turun bayar and isi minyak. But then, Tiqah tak berjaya bukak penutup tangki tu. Aku and Hafa konon-konon lagi kuat dari Tiqah pon turun la tolong nak bukak. Tapi tak berjaya. Serius ketat tahap gila. Kami pon terjerit comel la gelabah macam mana nak buat ni. Pekerja Petronas pulak sorang pon tak nampak batang hidung (kecuali yang dok jaga kaunter duit). Pandang kiri kanan, then ternampak sorang motocylist ni, (LELAKI) kat pam sebelah. Aku and Hafa TERpandang dia. Sekilas pandang je la. Lepas tu terus sambung berusaha nak buka penutup tu. Brader tu start moto dia and suddenly stop tepi kitorang and gently asked ''tak boleh bukak ke?'' Kitorang : '' a'ah''. Maka dengan penuh macho dan gentleman nya brader tersebut datang tolong bukak kan. And of course la berjaya. Tenaga lelaki kan. heh. Lepas cakap ''terima kasih'' - ''sama-sama''dia pon blah lalu meninggalkan kami bertiga dalam keadaan yang sedikit angau. HAHAHAHAHA

Brader tu handsome. Even naik moto biasa je, Yamaha apa entah warna merah. Tak sempat nak usha no plat. LOL. Helmet hitam + jaket hitam + glove hitam. OMGGGG ---> major turn on.keh3. Sebenarnya, ke'smart'an dressing dia and ke'gentleman' dia tu yang buat kitorang TERangau. Akibatnya, all the way dok buat drama dalam kereta pasal dia. 

Macam mana nak buat ni, tiga-tiga jatuh angau kat orang yang sama? hahaha XD

Macam ni la gaya brader tu tadi kecuali tang moto tu sebab dia naik moto biasa je. Kikikikikikiki *gelak gedik*



p/s: entry tak stabil akibat kebosanan di bumi kuantan time cuti CNY yang sampai selasa ni. Mohon jangan muntah.

Wednesday, February 06, 2013

ANG ANG PAU

Just came back from One Stop Student Centre (OSC). Class untuk hari ni should start at 11.30 - which is Biotechnology, Law and Ethics. Tapi pukul 9 dah gerak to CELPAD Unit at Kuliyyah of Medicine untuk settlekan jadual kelas Tilawah yang huru hara tu. Jadual yang registered dekat portal masa add and drop session  tak sama dengan jadual manual yang dapat semalam. Jumpa ustaz and yet still tak dapat settle kan hari ni. Ustaz mintak bagi dia choices masa mana yang free so then he will choose which one. Entah bila baru dapat fix jadual yang sebenar. Pheww

Then, gerak to OSC. Hari ni dapat ang pau baucer buku RM250 tu. Excited pi awal. Harapan berbunga bunga nak shopping buku lepas ni. Maybe boleh shopping besaq kat KLIBF 2013 nanti. Heh heh *grinning*. Baucer tahun lepas tak sempat beli buku lain sebab semua dilaburkan buat beli textbook Biochemistry and Molecular Cell Biology. Makan hati and geram ja tengok bebudak yang tak tau nak buat apa dengan baucer tu. The worst part is, sem lepas masa kutip donation untuk welfare bureau, ada one student buat lawak yang tak lawak dengan memasukkan baucer buku RM50 kat dalam sampul donation tu. At that time, baucer tu dah expired la. Means, membazir RM50. Baik bagi aku, boleh buat beli buku baru seketul dua. Haih....... *ter'EMO pulak

tengok voucher ni ja dah terbau aroma buku2 baru ni..yummmyyyyy !!

Okay, enough of drama. Have fun and spend your voucher wisely ;) Kalau taknak bagi aku. Keh keh keh XD Dah, jom pi kelas !

Thursday, January 31, 2013

PROJEK CUTI #2 - MENGIMBAU KENANGAN

Entry projek cuti lagi -.-' . Tajuk taknak kalah, dramatis habis la tu 'mengimbau kenangan'.haha.malam tadi godek2 laci. Niat memang nak feeling2 zaman sekolah dulu. Tskk, rindu gila. Semua ni gara2 satu malam tu TL twitter penuh dengan hashtag #TakIgopLa. Serius sangat merindui IGOP :'(. So, sengih sorang2 sambil baca balik buku biodata, kad birthday, kad raya, surat cinta etc yang memang aku simpan baik2 je dalam laci tu. Sekeping pon x pernah buang. Aku memang sentimental sikit bab2 appreciating hadiah ni ;)

Ni haa antara koleksi zaman2 sekolah dulu :


Koleksi buku biodata kawan2.Yang cartoon2 tu sekolah rendah punya. Girlish sungguh rupanya aku ni.lol :3

Koleksi birthday cards/eid wishes etc.Comel je design and wishes dulu2.kih3.

Kad raya and birthday yang dipos ke rumah/ igop oleh kawan2.

Koleksi surat cinta.HAHA. Okay, tipu je. Ni surat dengan husni dulu. Dok sekolah asrama kan tak ada henpon. So surat je lah medium berkongsi cerita antara Igop dengan MRSM taiping tu. Husni ni classmate dari darjah 1-darjah 6.hoho


Ni tulisan time darjah 6.keh3..ayat poyo macam apa je kan tulis dalam biodata book tu XD

Ni birthday wishes dari classmates time form 5 dulu. Even sekadar tandatangan and wishes sebaris dua, tapi sangat bermakna okay :)

Tiap kali nak exam ke apa, mesti dapat card. Cara bagi pulak kadang2 tampal kat locker, selit celah buku, letak bawah meja (paling common), letak bawah bantal ,selit kat katil etc. Even made from kertas A4 kaler2 je tapi sangat bermakna. Sentimental value gitewww. Insyaallah akan simpan sampai ke akhir usia. To my friends yang pernah bagi any of these, thanks a lot. and see, aku masih menyimpan karya2 agung korang even dah bertahun berlalu and sekarang semua dah terpisah ke serata ceruk dunia *mohon terharu*.haha ;)

Arakian.Cukup sudah mengimbau memori.

p/s : bila tengok album gambaq lagi lawak.keh3 :P

Wednesday, January 30, 2013

PROJEK CUTI #1 - CHEF AMATUR

Pejam celik makan tidoq goyang kaki huha sana huha sini tup2 cuti yang 3 minggu tinggal 3 hari lagi.sadis tu memang sadis tapi perjuangan perlu diteruskan.tak gitu ?

Cuti kali ni rajin terlebih pulak nak memasak, mem-baking segala bagai. Almost hari2 masak for tea-time. Hormon mana entah merasuk dalam diri ni. Rasanya sebab umur dah masuk 21 tahun kot. Keh3 :p * takdak kaitan *

Tapi tak ada la meletop pon menu nye. Simple2 ja. Tak ada la buat kek 4 5 tingkat ke apa.Heh. Setakat trifle, puding roti, cookies, choc. cake, muffin2 gitu je pon..lepas la setakat nak isi perut sendiri, mak and abah kat rumah ni.

So, nak la abadikan sikit kat sini mana2 yang sempat snap picture tu. Boleh tunjuk kat anak cucu nanti sambil cakap '' ni haaa tengok bukti tok memang rajin masak sejak muda2 lagi..sebab tu tokwan hang sayang bebenor dengan tok.'' HAHAHAHA.


 Mengidam biscuit Famous Amos yang mahal tu, so godek2 internet cari resipi chocolate chips cookies. Tapi aku tukar jadi almond cookies sebab kat rumah x dak choc. chips masa tu. Alhamdulillah first trial menjadi :) dua kali dah buat cuti ni.huahua

Gara2 cuti ni dok layan cerita jepun, Mr. Brain la. Satorare la. Code blue la, lidah rasa nak makan sushi pulak.Sushi King mahal sangat, buat sendiri lagi bagus. Tapi aku gulung ni tak cantik and kemas sangat sebab tak ada bamboo mat dekat rumah. Ni gulung guna plastik je.


Ni nama dia puding roti on the way nak masak. Jangan tertipu dengan puding roti ni sebab time nak masak memang naik kemain. Lepas masak komfem kempis. Itu memang lumrah puding ni. heh. Tapi memang best makan dengan aiskerim di petang yang panas sambil ditemani angin yang bertiup sempoi2 bahasa XD

Yang ni chocolate chips muffin yang over merekah.keh3.Tapi sedap. Tak tipu. puji masakan sendiri.lol

Itu jelah yang sempat snap. Menu biasa macam goreng pisang semua tu tak payah la nak snap kan.lol. Sapa nak resipi boleh pm. Kekeke ;)