Monday, November 19, 2012

CHERATING + SG.PANDAN


Entry kali ni pasal one of the thing i did last week. Almaklumlah, banyak hari cuti kan ( as told in previous post :p). Khamis, 15/11/2012 - me,hafa,tiqah,aimy,kaka,mar and nia melancong ke Cherating. Plan asal patutnya pi hari jumaat, tapi kesian pulak kat Tiqah since dia ada presentation Leadership petang jumaat tu. So,Khamis, 7.30 pagi kami bergerak ke Cherating dari uia. Plan asal pukul 7. singgah beli breakfast kat kedai tepi jalan area Cherating tu. Pi sana tak mandi pon sebab encik abah dan puan mak dah kasi WARNING awal2 jangan mandi laut sebab ombak tengah kuat kan lately. Musim tengkujuh. Parents masing2 semua dok kasi same warning. Sebagai anak yang solehah dan taat *amin.doakan sekali ;)*, kami hanya menurut perintah. Main kat tepi2 pantai, snap picture here and there, makan2, cuci2 mata. Tu je. Tapi best sangat. Tenang, damai, plus pagi2 tak ada orang. Boleh angkat kaki seluar. Heho :D


Malas nak buat karangan, so, tengok gambaq je la eh. Ni pun curi2 update sebab tutorial class organic chemistry tak ada pagi ni.

ambik gambaq kat signboard itu penting.Sebagai bukti.LOL 

 kasihku buatmu seluas lautan tak bertepi.peh peh peh XD
 See, kuatkan ombak kat sini. Harapan nak mandi laut memang ke laut la. Tapi tak kisah sangat la, sebab me dont like it either. Suka tengok pantai ja, tak suka mandi laut. Hee 


 the beach (?)
 tempat kami tumpang lepak makan breakfast :)
 Rombongan datang menaiki sebijik viva bernama JENANG dan sebijik persona bernama WIVOX..keh3

 suka ! suka ! suka !
 The stone of Cherating (?)
 Tapak kaki ku di Cherating. Semoga kita bertemu lagi nanti :p

After puas jalan2 kat pantai etc, kami melawat pulak Turtle Sanctuary and Information Centre. Tengok penyu2 comel. Ni haa baby turtle :D Comel sangat tengok diorang (?) struggling nak makan ikan dalam kolam tu. Sampai terbalik balik badan nak tarik isi ikan. Mesej yang ingin disampaikan --> berusaha bersungguh sungguh untuk teruskan kehidupan. Thats what i learnt from seeing how the baby turtle struggling to eat :)

On the way back from Cherating, kami melencong ke Sg. Pandan waterfall pulak.Heheh. Padahal tak bawak extra baju pon -.-' so, sampai sana, makan hati je lah tengok orang lain mandi. Kami ? duduk atas batu, ambik gambar, usha orang, tengok alam ciptaan Tuhan. Tiqah bertapa atas batu sambil baca novel. Dah la attire tak sesuai langsung datang waterfall sebab masing2 pakai baju nak pi shopping. Dengan handbag segala bagai. kui3
 si Kaka posing dah macam makcik sakit pinggang semata mata nak cover handbag merah dia.haha

 Titi gantung Sg. Pandan :D
Awesome ? Say Subhanallah then :)


Tiqah - Me - Aimy .Potrait di Sg. Pandan :)

Arrived uia at 2.30 ++. Alhamdulillah, quite long journey.Melihat ciptaan Tuhan. Awesome day with awesome friends at awesome place. Hambik, awesome kuasa tiga XD 

-THE END-

Sunday, November 18, 2012

HEROES CONFERENCE 2012:THE SAHABA

HEROES CONFERENCE 2012 : REVIVING HUMANITY'S ROLE MODELS THE SAHABA
CAC HALL, IIUM GOMBAK
13.NOVEMBER.2012
Alhamdulillah. Asalnya tak dapat hadir ke HC ni lantasan lambat order tiket. So, seat untuk ke Gombak dari Kuantan dah penuh. But then, hari ahad petang, Nadia si rumate offer her friend's ticket which is Safiyyah. Safiyyah demam. So, tak dapat hadir. See, kalau ada rezeki tak ke mana kan ? :) 

Maka,

Pada tanggal 13.11.12 bersamaan hari cuti Deepavali, 2 biji bas dari iium kuantan bergerak menuju kembarnya yakni iium gombak. 6.15 am berkumpul dan bergerak pada 6.45 am. Alhamdulillah, perjalanan lancar dan kami tiba pada jam 10.15.

Conference dimulakan dengan quran recitation. Diikuti welcoming address by Bro. Muhammad Saud 'Kashmiri' and declaration of event by iium Rector.

Handsome One of the MC :P

 
Our Rector ;)

The first speaker was Br.Nisar Nadiadwala from India with the topic : LEARNING FROM THE GIANT. He's one of Dr.Zakir Naik student and actively involve with IRF. Among the points stressed in his speech are, what we can learn from companion such as Saidina Abu Bakar and what a leader should be. He defined a leader as someone who serve people in the best manner and not only appear in news, showing off everything. He also touched on how we differ from the sahaba in term of attitude and thinking. The 'giant' is actually referring to the Companions of Prophet Muhammad p.b.u.h. They are like a giant. Brave and patient to stay in Allah's path even thought they are being tortured by the kafirun once they become a Muslim. The best example are  Bilal bin Rabah, Sumayyah,Amar bin Yasir and lot more to be mentioned.
 Br.Nisar Nadiadwala

 Second speaker was Sh.Ibrahim Nuhu from Nigeria with the topic : INHERITORS OF THE PROPHET ; OUTSTANDING SCHOLARS AMONG THE SAHABA. A brief stories about few sahaba such as Muaz bin Jabal, Abu Ubaidah Al Jarrah, Abdullah Ibn Mas'ud, Abdullah Ibn Abbas, Abu Hurairah, and Aisyah r.a .Subhanallah, i'm impressed and refreshed by their contributions toward the development of Islam. Refreshed my mind with the history of these great people. Boosting up my inner spirit. My soul. 

Sh. Ibrahim Nuhu

____*performance by Bro.Muaz Dzulkifly*____

Third speaker was Sh.Zahir Mahmood from UK. He's the founder of As-Suffa Institute. He delivered a speech entitled THE AMAZING RISE. All i can say is, i'm fell in love with his voice. Total likeness ! menusuk masuk dalam jiwa, seriously. Tak percaya?  try youtube'ing ceramah2 beliau. Main point in his speech is about Bilal bin Rabah. A slave that being honoured by Allah SWT. and Islam is the one who bring Muslim to stand up in any situation. No matter who we are in this dunya, we are just the same in Allah's view. Only taqwa inside us will determine who we are. 

Sh. Zahir Mahmood

___________* zuhur and lunch break *___________

Continued with the forth speaker, Sh. Yawar Baig from India with the topic : MAKING IT COUNT; KNOWLEDGE AND ACTION. ( masa ni ketinggalan sikit sebab lewat masuk hall. Banyak buang masa dekat cafe sebab ramai sangat orang. Break 1 hour je.Huhu.Rugi ). One of the important point is, dont worry with the recitation of imam during congregational prayer either right or wrong, whats more important is ask the status of our khusyuk in our heart. How we act, indicates knowledge inside us.

Sh. Yawar Baig

Conference continued by featuring Br. Shah Kirit from Malaysia and Br. Nisar Nadiadwala in a  question and answer session : BEYOND BARRIERS;THE BONDS THAT BIND FOREVER. The 'barrier' includes language, race, nationality, political view etc. But, no matter what the barrier is, we are brother and sister of fate. Audiences are given chance to ask question to these both speakers. Plus, Br. Shah Kirit shared his experienced converting from non-muslim to muslim in 1996. Back to topic, how to bind us as a whole? the answer is AKIDAH. Break the barrier of our mind. Broaden it. Politic is not a problem unless we put it on top of Islam ! dont blindly practice Islam without having knowledge about it. Learning process will never end.


Br. Shah Kirit. This is my second time experiencing his speech after Dr. Zakir Naik event last month.


Next, audiences were impressed by son of Tawfique Chowdhury. He's representing his father to read the speech. Cute ! ;)

5.15 pm - A session with Asst. Prof. Dr. Zaharuddin Abd Rahman. LIVIN' IT THE SAHABA WAY;LIVIN" IT HALAL. Talked about charity, story of Zainab AlJahsy, and riba'. 

Asst. Prof. Dr. Zaharuddin Abd Rahman

_________*Nasyeed performance by Syrian student*____________

Sh. Daood Butt continue the programme with his topic: MEN AND WOMEN;PARTNERS IN THE JOURNEY TO ALLAH. An all-time-favorite topic, marriage XD Everyone in the hall awake from sleepy. Focused on the hot topic. Haha. He told the story of Uthman Affan who married to two Prophet Muhammad's pbuh daughters. Remind us to be patient with our partner (my future partner la kan sebab belum kahwin lagi.Ehem), approach our future in-laws, and always bear in our mind that everyone have their own past and future :)

Sh. Daood Butt

________________* Maghrib prayer.Dinner break*____________________

i took this chance to meet my beloved bestfriends. Afrah from USIM and Dila from IIUM Gombak. Both of them are my classmates kat IGOP dulu since form 1 till form 3. Masuk form 4, berpecah kelas ikut aliran masing2. Jejak kasih. Lama tak jumpak. Alhamdulillah, ketemu jua di sini ;)


8.15 pm - ABC OF SUCCESS;THE BEST FRIEND, THE BEST DEED, THE BEST WEAPON with Sh. Zahir Mahmood. Story of Khalid al Walid. Emphasizing role of leader or amir by reflecting the story of Umar Al Khattab. We need people who ready to sacrifice !

8.55 pm - HAPPINESS EVER AFTER with Sh. Yawar Baig. Sacrifice means you give something but you got nothing  in return. The analogy used is ayam tandoori. That tandoori chicken sacrifices itself to human. but in return, that poor tandoori chicken got nothing :)  *cute analogy? lol*. Story of Bilal bin Rabah.

Last session with Sh. Shareef El Arbi with a speech entitled AMAZING FAITH;FROM DARKNESS TO LIGHT. Most of the points in his speech are repetition of the speakers before :D
Sh. Shareef El Arbi

The end. Alhamdulillah for the experiences. Gerak balik iium kuantan pukul 10.45 and alhamdulillah safely arrived at 1.45 am. Terus pengsan sampai keesokkan hari yang ada kelas pukul 10.15 tu. Selamat tak mengantuk dalam kelas.hew3 ;)

Enjoy the pictures :

 The crowd in CAC Hall, IIUM Gombak

 Again

  Exhibition on ground floor

 Booth selling various items.


 audience beratur for Q&A session with Br. Shah Kirit and Br. Nisar



-THE END-

* 99% of the pictures are shared from Heroes Conference page on Facebook. Credit to them :) 

Tuesday, November 13, 2012

MENAWAN SG. LEMBING

Midterm dah tamat. Isnin 2 kelas je. Selasa  cuti deepavali. Rabu satu kelas je. Khamis cuti lagi. Jumaat semua kelas cancel. Sambung lagi sabtu ahad minggu depan. Wehuu, sangat bahagia dan lapang. Alhamdulillah. Dan ini boleh menyebabkan aku, hafa dan tiqah terbaring kebosanan kalau tak pi mana2.Maka dengan itu, aktiviti pertama untuk mengisi kelapangan yang ada.........

Alkisah semalam, ahad 11/12/12:

Plan asal nak keluar lunch dekat Bay Route je sebab dengar cerita ada kedai makan best kat situ. Pukul 12 gerak dari UIA.Pusing 2 kali naik turun Bukit Bay Route tu tapi tak jumpak pon kedai yang diperkatakan.Just ada satu warung, tu pon tak bukak. Fed up punya pasal, kami ( me + Hafa + Tiqah ) meneruskan perjalanan tanpa arah. Nekad nak pi Sg. Lembing padahal taktau apa benda yang menarik kat sana. Lebih kurang 40km perjalanan, sampai la kami ke Sg. Lembing. Destinasi pertama semestinya cari kedai makan sebab perut pon dah pedih terkena rembesan asid perut yang kelaparan.

Makan dekat Anjung Selera Sg. Lembing.Tak banyak pon gerai yang buka kat medan selera tu. Ada dalam 2 or 3 ja. Kami try menu yang sama which is nasi goreng ayam + teh O ais. Murah sangat. Total kami makan 16.90 ja untuk 3 orang. Nasi goreng ayam yang banyak + telur goreng. Siap mintak sup, sos, kicap lagi buat penambah selera. Keke. Memang berbaloi.


Next, kami teruskan perjalanan sampai la ke satu destinasi yang sangat heaven untuk pencinta alam macam aku ni. Ehem ehem :P



Mula2, kami turun ke Sg Lembing tu dulu. Usha2 kawasan. Ada segerombolan budak2 sekolah rendah tengah camping situ sambil ber'bbq segala bagai. Next, baru kami try jambatan gantung ni. Mula2 macam seram nak naik sebab macam sunyi ja kat jambatan tu. Tiba2 ada seorang pakcik datang naik moto dan dengan penuh macho dan slumber nya naik jambatan tu. Maka dengan itu, terjamin la keselamatan dan kekukuhan jambatan tersebut. Haha :p

 Tadaa ! ni la jambatan tu. Agak panjang. Nice view kan dengan kawasan perumahan kampung macam ni. Kat situ semua chinese.
 Me and Tiqah seusai menawan jambatan gantung. Jantung dok gedebuk-gedebuk lagi time ni.Nervous goyang2.Lol muka cuak



 The view from jambatan gantung. Me like this nature ! Tenang sangat tengok
 Ni masa kat tengah2 jambatan. Goyang gila sebab Hafa lari2 -.-'' duduk dulu sebab macam gayat.Haha :p
 Umpama sebuah lukisan. Lengkap.Sungai, rumah kampung, bukit bukau. Total likeness !
 Again.The scenery. Tranquility fills the heart :)
 The so called Sg. Lembing
On the way nak ke jambatan tu ada Muzium Sg. Lembing. Tapi kami tak singgah pon. Sebab takut lambat. Gambar ni curi kat google je. Next time if ada kesempatan nak ke Sg. Lembing lagi insyaAllah akan lawat muzium ni.
Heading back from jambatan gantung tu, kami try kereta kuda. Ni first time naik kereta kuda. Bayaran RM 8 per person. Jalan2 dalam 500m macam tu. Tak sempat nak ambik gambar atas kereta kuda sebab elok je habis pusing, hujan turun. Picture atas ni ambik before naik. Best !
Back from Sg. Lembing, we continue our craziness. Nak pi pantai pulak ambik angin release tension. Padahal tak tau apa benda yang tension entah.Lol.Lalu Gebeng yang famous sebab Lynas tu. So, kena snap picture bukti dah pernah sampai Gebeng.Haha

Eh before tu, singgah pasar malam Taman Kg Padang Damai. Hafa macam nak makan durian, so masuk kedai Terus Maju konon2 nak beli tupperware nak isi durian then makan kat pantai. But tiba2 tak jadi sebab macam tak berbaloi nak beli tupperware segala bagai.So, ended up beli yogurt drink ja sorang sebotol buat pembasah tekak setelah jauh perjalanan dan memekak dalam kereta. Terjerit kesoronokan dan keterujaan melihat dunia luar. Keh3
Yang belakang tu Gua Charas.Mula2 ingat nak pi sana.Tapi laluan nak ke situ agak scary and gloomy gila. Ada surau and perkuburan lama.Sangat sunyi. So, undur kereta.Patah balik.Kui3
Bersuka suki kat Pantai Balok pulak. Jalan2, main pasir. Usha budak2 mandi. Got jealous by a group of guys yang mandi, lambung2 their friends dalam air laut tu. Urgh, best gila. Tapi kami tak boleh mandi and buat macam tu.Tskkk.Tengok je la. :'(

Sampai UIA around 5++. Penat tak payah cakap la.Sakit pinggang semua ada.On the way balik dah tak banyak bising memekak dalam kereta sebab dah penat dan mengantuk.LOL

So, itulah cerita kegilaan semalam.Menawan Sg.Lembing, Balok etc.Aktiviti ni sesuai untuk orang yang suka nature,pantai,hutan je.Kalau anda jenis yang suka shopping mall and air-conditioned places je memang akan cakap tempat dan aktiviti ni boring tahap super saiya.Sg Lembing ni is actually bandar lama.Tempat yang famous dengan perusahaan melombong bijih timah suatu masa dulu.Penuh dengan bangunan2 lama ala2 kat Melaka tu.Best sangat kalau ambik gambar.Malangnya semalam tak bawak pon camera sebab semua ni unplanned.Just happened spontaneously.Gambar yang ada ni pon belas ehsan kamera phone je.Tapi cukup la sekadar beberapa keping untuk kenangan.Anyhow, this is a great weekend after penat dengan exam, assignment etc.Tapi lepas ni ada je lagi assignment,report segala bagai.But at least, we enjoy the moment together before getting busy again and again :)


Sunday, November 04, 2012

DITUSUK DURI KAKTUS, HATI BERDARAH

Musim exam.Midterm.Done with Islam & Knowledge, and Microbiology. Alhamdulillah. Organic chem and Calculus waiting.This monday and friday respectively.Busy.Lectures, lab reports, assignments, exam, societies bla bla bla.I'm enjoying them because i know they are parts of my responsibilities.Gain knowledge for the sake of ummah. But sometimes, you just lost control of your own mind and heart.These two abstract things that always  messed up.Need super security to control 'them'.

Just like tonight,

This night, tak study o.chem sangat pon. Entah kenapa. Hati macam kacau. Because of 'something'.Something that i should blamed myself for it. Lalai dalam jaga hati.And banyak sangat dengar lagu kot hari ni.Lagha je jadinya -.-''

Masa jiwa tengah kacau tu, i scrolled up and down la dinding muka buku biru tu.Suddenly, nampak dan terbaca satu link yang my friend like.Without any hesitation, terus click and read the post.I thought, i'm strong enough.As strong as superman.but sadly,my heart cant bear that 'something' anymore.Tears burst out.Now, i knew, i'm not a superman.I'm not more than just a superchicken which dream to fly high.

The writing touched my heart.Into the deepest cell of it.Heartbeat out of control.Adrenaline rush.Eyes crying.Mind blowing.Knees shaking. I'm freezed in front of the laptop.Eyes glued on the writing. Intepreting and digesting each and every word.The meanings, the points, the messages flows into heart like a river.Can you see how 'thirsty' my heart to tazkirah and pengisian rohani? Baru teringat, minggu ni tak ada usrah.Tak pergi mana2 talk pon.Tak dengar ceramah sapa2 pon. All that i done is, busy dengan urusan dunia.Study macam nak gila sebab exam. Tengok, niat study pon macam dah lari sikit.Lupa nak tajdid selalu. Pulun buat report, prepare untuk presentation. Sampai lupa preparation untuk mati.Teruknya minggu lepas seminggu cuti ni :'(

Tapi Allah tu Maha Penyayang.No doubt.Kenapa aku cakap macam tu?

Aku percaya, Allah hadirkan saat tiba2 'jiwa aku kacau' tu sebab nak aku ingat semula pada Dia.Merayu dan meratap hanya pada Dia.Saat aku hampir2 layu dan hanyut. Saat hati mula nak tumbuh tompok hitam, DIA hantar satu 'pencuci' yang bersifat 'asid'.Tajam menghakis permukaan kotor di hati dan jiwa.Tapi kesannya memang bersih.Seumpama peluntur pada baju yang dikotori lumpur.

Tulisan yang berjaya mengalirkan air mata berharga itu biarlah rahsia.Bukan aku tidak mahu berkongsi.Aku cuma tak mahu kau tahu apakah 'something' yang dengan jayanya memporak perandakan hati kecil nan rapuh aku ini.Cukuplah aku dan Si DIA yang tahu.

Pesan aku buat diri dan kamu, hati-hatilah dengan hati. Perhatikan hati, jangan biar ia mati. Mujahadah memang payah. Tak usah mendabik dada konon sudah sehabis daya berusaha, padahal tak lebih dari tipu daya hati sendiri.Hati yang kau kata berwarna merah, sedangkan ianya sedang mereput dan hitam.Jom latih diri dengan amalkan 10 muwasafat tarbiyah. Sebagai panduan dan kayu ukur apa yang sebenarnya kita lakukan.Refleksi diri.Payah tapi bukan mustahil.

Ayat peransang jiwa, hati :

"Barangsiapa yang bersungguh-sungguh mencari keredhaan Kami, nescaya Kami akan menunjukkan mereka jalan-jalan Kami (jalan menuju keredhaan Allah)" (Al-Ankabut: 69)



3 'bayi' kaktus yang aku 'bela'.Buat penyejuk mata, penawar gundah.Melihat ciptaan Tuhan yang unik dan indah ini bisa melunturkan hati yang kadang kala meledak amarah. Duri dalam keindahan itu umpama pagar dari segala 'marabahaya'.Analogi terbaik untuk seorang wanita.

Entah mengapa aku menulis tentang ini.Mungkin cuma mahu khabarkan pada kamu, supaya berhati hati dengan hati kamu itu.

Air mata: penyubur hati,penawar duka.Adakalanya buih kekecewaan yg menghimpit perasaan& kehidupan ini.Air mata taubat padamkan api neraka - Fedtri Yahya 3/11/12

Saturday, October 13, 2012

BEHIND THE EVENT:DNZ TALK (KUANTAN VERSION)

Alhamdulillah.Selesai sudah event di Kuantan (seminggu lebih dah kot berlalu :p). Proud to be part of the committees yang menjayakan program sebesar ini. This is the biggest event yang aku pernah join sebagai volunteer.Alhamdulillah, dapat menabur sedikit keringat untuk program dakwah sebegini.

Tarikh program pada 5 oktober bertempat di Dewan Jubli Perak Kuantan.Few weeks before the event, we had meeting every Tuesday at PERKIM Jln Gambut.Selalunya memang kena rush la dari uia ni.Sebab hari selasa petang ada lab session for Organic Chemistry sampai 5pm.Nak asar , gerak to PERKIM pon makan masa sebab jalan yang jammed dengan orang balik kerja etc.Traffic light Kuantan yang lama gila tu lagi.Meeting selalu nya dari 5-7 pm.Seingat aku , ada dalam 5 6 kali meeting before program.On 22 september, kami para volunteers dari uia kuantan buat promo event dekat Teluk Chempedak.Ada open performance untuk sesiapa yang nak perform, show from SCIENCESS Acoustic Team, qasidah, performance dari budak KIPSAS dan semestinya video promo DR Zakir Naik.Kat tengah2 dataran TC tu kami berkampung buat 'konsert'.Keh keh.Main objective is to promote the event especially to young generation yang selalu hangout lepak TC malam2 and non-muslims.Almost 12 am baru sampai uia balik.


On 29 september : Me, aimy, tiqah, kaka, hafa, yana, farah went to Taman Tasik Bandar and did some promotion there.Yang paling mantop dok approach orang and promote adalah kaka.She's great at promoting and convincing people.Hehe.Letak poster DNZ event dekat wiper kereta2 yang ada kat situ.Next, we move to Sri Manja Hotel which situated nearby.Tak masuk pon, just letak poster dekat kereta yang park kat situ.


picture creditted to : Google Image
New hotel opened in Kuantan.Dekat je dengan uia.Teropong sikit je dah nampak.

Overall, sangat best sebab ni first time promote2 letak kertas kat wiper etc.Even still cuak2 nak approach orang etc.Hehe.Petang nya pulak, ke Kuantan Parade.Alkonon nya nak approach orang kat sana.But at last, ended up shopping.Plus, ada Ekspo Buku Islam Pahang kat KP tu.Ustaz Don datang ! Ada satu booth yang dibuka untuk pendaftaran event DNZ tu.Tapi bukan kami la yang incharged.


Ustaz Don live.First time jumpa.Ehem tapi dah kawin.kbai 

On the big day.Kelas BM pukul 9-10.Continued with Calculus 10-12.lunch makan fishball je  6 ketul.1.30 pm, gerak to Dewan Jubli Perak.Attire for  female volunteers is black jubah and pink tudung.And for male volunteers, tshirt Dr Zakir Naik + blazer + black pants.Briefing, final meeting  from 2-4.30.Some changes here and there about the seat, job scope etc.

Then the toughest time comes !

People start to come as early as 4.30.But the internal hall was scheduled to be open ONLY at 6.30.Eh, lupa nak cakap, I’m the external usherer.Should be I’m the internal usherer, but due to some reason, I became the external.Nevermind, its not a big issue to write and story here.Just forget it.Disebabkan internal hall belum bukak, people start to seat in the external hall.Tapi tak lama pon orang mampu duduk kat situ sebab panas.Kipas tak bukak ! aiyooo.Rushing here and there to find the correct people who‘s responsible for this kipas,lampu,technical thinggy.Sumpah tak perasan kipas tak bukak up until ada seorang sister ni bagi tau.

At 5.30 ++, people started to queue outside the internal hall.Semua orang nak ‘cop’ tempat dalam dewan. Suddenly, hujan turun.Agak gelabah pada mulanya.tapi volunteer tak boleh gelabah, so tak jadi nak gelabah.HAHA.Usher people in the queue to move under the external hall and tried to separate them according to gender sebab diorang beratur mix lelaki and perempuan.Once the hall is opened, baru lega sikit tengok queue yang makin pendek.Lepas je internal hall penuh, the rest people in the queue tu semua serbu seat kat external hall.Adoi, susah payah tenangkan.Sisters la yang ramai serbu tu -.-'

8 pm, the event started.Some brief information about Dr Zakir Naik and the programme by brother Abu Shariz Badr.And the real talk began.Great talk by a great man.Dr Zakir who is actually Ahmad Deedat’s student and being called as Ahmat Deedat plus by Ahmad Deedat himself.A medical doctor, famous world orator and master in comparative religion.Boleh search kat Youtube kalau nak tengok debate2 beliau dengan non-muslims regarding various topics.The most famous debate is a debate between him and William Campbell entitled Quran Vs Bible.Ada jugak versi yang dah diterjemah ke bahasa Indonesia.He owned a TV channel named as Peace TV which is bersiaran di 200 negara and all the contents have been translated in hundreds languages including Albania,  Urdu, Spanish etc.Coming soon is mandarin if I’m not mistaken.Memang tak cukup page nak story each and every detail about him.So boleh cari kat website IIS, IRF, Peace TV.

The title of his talk is The Quran and Modern Science.Satu jam 15 minit.Then Q&A session for 2 hours.Priority to ask is given to NONMUSLIM because the main aim of the event is to sebarkan dakwah Islam to them.Pukul 12 baru event officially habis.Tapi ramai dah balik at that time especially yang duduk kat external hall.Tabik dengan parents yang bawak anak2 yang still kecik, baby tu.Sambil dengar talk, riba anak yang dah tertido etc.

Lepas semua audience dah bersurai, all the committees gathered for  photography session.Padahal at that time, masing2 muka macam apa je.Penat, mengantuk, lapar etc.Bukan tak ada makanan, Cuma tak ada masa nak mencelah pi makan.Padahal makanan free provided for all.Dalam anggaran untuk 5 ribu orang.Paling sedap pon yang kami ni para volunteer ( me and the geng la.The rest taktau) sempat makan adalah air mineral -.-‘’sadis kan ? tolong la cakap sadis :p. Jumlah makanan yang masuk dalam perut aku pada hari tersebut ialah 6 ketul fishball, 2 bungkus London Swiss Roll (makan sambil2 dengar talk tu), beberapa ulas gula2 untuk menambah tenaga untuk senyum and be happy time usher orang, beberapa botol air mineral  ><  sampai balik uia dah almost 1 am.Terus pengsan hingga keesokkan harinya XD

Panjang bebel, nah tengok gambaq pulak :

The venue : Dewan Jubli Perak , Kuantan
picture creditted to : DNZ Kuantan Usherer FB Page

Part of the internal hall.

Overview of the internal hall.Capacity of 2500 ++
picture creditted to : DNZ Kuantan Usherer FB Page

External hall without chairs
picture creditted to : DNZ Kuantan Usherer FB Page

Me and Yana discussing apa entah while Mar stalking us :p
External hall with chairs.Mar tengah merenung masa depan XD

 Dewan MB as the venue for asar and maghrib congregational prayer
                          picture creditted to : DNZ Kuantan Usherer FB Page

 The awesome handsome male volunteers - The usherer team.Donation and security team are not in the picture.How sad.
                    picture creditted to : DNZ Kuantan Usherer FB Page


 The hot gorgeous female volunteers - Usherer Team only.With Madam Mahani and Cikgu Siti.Masih mampu menyengih di hadapan kamera setelah seharian bekerja , itu tandanya kita hebat.Bukan sekadar sembang lebat XD
                      picture creditted to : DNZ Kuantan Usherer FB Page

Malam dihalau ketika meeting di masjid.Better not to tell the story -.-'' 
picture creditted to : DNZ Kuantan Usherer FB Page

 Crew DZN dibawa ke Teluk Chempedak
                   picture creditted to : DNZ Kuantan Usherer FB Page

The Tag

Muka penat + lapar + mengantuk.Masih mampu tersenyum.We are awesome like that :p

The only picture taken with the grand stage as background.Tudung segala semua dah serabai.  T_T

 Free Tshirt for volunteers :D
picture creditted to : DNZ Kuantan Usherer FB Page


Akibat ke hulu ke hilir , seluar putih jadi hitam.Tercabut tangan menyental kotoran degil ni ><


Arakian , begitulah ceritanya pengalaman kerja volunteer kali ini :) Alhamdulillah for the experiences.Walaupun penat, pengalaman dan kenangan itu takkan pernah hilang.Syukur diberi kesempatan ini.Erti hidup pada memberi.Bukan kah begitu ?  :)


P/s to Naqib : tak dapat pon jumpak ko naqib ? ko menyorok eh ? haha.kidding :p


*sorry lambat gila update pasal event ni.Busy kot*