Thursday, April 21, 2011

BODY TEST HERBALIFE

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum :)

Ini cerita di suatu petang.Petang semalam.Sedang aku khusyuk buat tutorial math , cik aina khusyuk dok baca surat khabaq , tiba2 , pintu bilik kami yang kononnya sangat utuh itu diketuk bertalu2 oleh seseorang.Siapakah?? Hati aku dan aina mula berdebar2 , dah la baru je lega dari kejutan kilat dan guruh yang memancar kat bumi CFS ni.Sumpah , takut gilaaa..kilat sabung menyabung , guruh berdentum dentam..sampai naik bengang lubang telinga.Kiranya , hujan + kilat + petir tadi adalah yang terdasyat selama aku ada kat bumi cfs ni.Cuak sungguh..huhu...Rupa2nya , cik Fatimah , merangkap jiran kami..agagaga * konon suspen * ..cik Fatimah ni jiran + geng silat Aina.hoho.Plus , dia ni coach Herbalife.Korang tau ke Herbalife tu benda apa ? kalau tau , bagus...kalau taktau sila2 la google.yahoo pon takpa.ha-ha.
sekadar hiasan.Tiada kena mengena.Credit to Yahoo Image =P

alkisahnya , main point kat sini ialah aku nak share cerita pasal BODY TEST yang aku buat.Cik Fatimah punya angkara la ni.ngahaha..saja2 la nak buat , lagi pon dah lama tak timbang berat sume tu..jom check out apa benda yang dicheck..kih3

ni haa, result test tu.
meh nak explain.

Body Fat Range , BFR
Bagi perempuan yang berumur 20-24 tahun , body fat index yang paling excellent ialah sekitar 18.2%..kiranya aku normal + sihat la jugak kot sebab aku punya 22%...dalam kategori good je la tapi..huhu.kalau lebih 29.6% , tu dah kategori bad.Kalau lelaki dalam range umur 20-24 ni , BFR paling excellent ialah 10.8.hoho. So , aku kena kurangkan lemak dalam badan la  kasik dapat '' excellent '' tu..hehe.

% Body Water Range
Untuk perempuan , water index yang terbaek ialah 50-60 %..Yeay ! aku tergolong dalam kategori cukup ayaq ni sebab aku punya 57.1%.kih3.Kalau lelaki and kanak2 , % BWR diorang kena lagi tinggi.

Muscle Mass
Aku punya tak cukup.Sob -.-''.Just 32.6 %..kena bina muscle la aku pasni.Bina muscle ye , bukan ternak lemak.kah3 http://matcuoi.com

Physique Ratings
PR ni ada kaitan dengan Muscle Mass kat atas ni.Contoh , aku punya 32.6% which is tergolong dalam kategori 4 iaitu Under Exercises.Dalam erti kata lain , tak cukup la.kalau 5 = standard , 6 = standard muscular , 7 = thin ( cik nami dapat 7 ) , 8 = thin and muscular ( ni untuk model la selalunya ) and 9 = very muscular ( ni Malik Noor je kot.Tak pon Sazali.ha-ha )

Bone Mass
Untuk women , paling ideal ialah ;

  •  berat kurang 50 kg  ; 1.95 kg
  • 50-75 kg  ; 2.4 kg
  • lebih 75 kg  ; 2.95 kg
Untuk men , paling ideal ialah ;
  • less than 65 kg  ; 2.65 kg
  • 65 - 95 kg  ; 3.29 kg
  • more than 95 kg  ; 3.69
alhamdulillah , aku punya ideal.hehe.1.9 kg  :)

Body Metabolic Rate , BMR
Kiranya , berapa kalori yang mampu dibakar oleh badan aku.Sob , sedih sebab tak cukup.Patotnya around 1200-1400 ..Tapi aku just 1078 je.Nak kena exercise lebih r nih.Jogging every weekend + badminton seminggu 2/3 kali je tak cukup lagi..haisshh.. * sigh *.

Basal Metabolic Age
Benda ni kiranya indicator yang menunjukkan badan kita beroperasi macam mana.Let say , macam aku dapat 16.Means , badan aku beroperasi /  bekerja macam baru umur 16 tahun.Padahal dah 19.hehe * ehem , bangga sat.Eceh.ha-ha *http://matcuoi.com.Kalau kita dapat lebih dari umur yang sebenar , means kena la buat something untuk mengatasinya.Ho-ho..

Visceral Fat
VF ni adalah lemak2 yang berada di sekeliling organ kita.Contohnya , jantung la.Apa yang penting dengan VF ni ? haa, meh nak habaq , bila VF kita tinggi , means risiko untuk dapat darah tinggi , sakit jantung , diabetes etc tu pon tinggi la.Ni haa ratingnya ; 
  • 1 to 4 = good
  • 5 to 8 = medium
  • 9 to 12 = bad
  • more than 13 = ALERTING !
 Alhamdulillah , aku punya 1..hihi ^^

Sejauh mana kebenaran dan ketepatan fakta2 ni aku sendiri tak pasti.Wallahualam.Bukan pakar lagi dalam bidang kesihatan ni.InsyaAllah , dalam jangka masa beberapa tahun lagi.Hehe , bioscience la katakan.Kih3.Pape pon , kena improve lifestyle ke arah yang lebih sihat.Banyakkan exercises untuk bina muscle.Yeah..weekend ni kita work out ye kawan2.. * acehh , semangat lebih plak *.Amalkan gaya hidup sihat - Pesanan dari wakil Kementerian Kesihatan Malaysia.ha-ha.

Okey , tu jelah yang nak dikongsikan pada pagi yang penuh barakah ni , insyaAllah.Mentang2 kelas lambat hari ni , ( pukul 11 ) , update blog dulu la.Hehe.Padahal besok quiz kot.Aisehhttp://matcuoi.com .

sapa2 yang berminat nak buat jugak test ni , pandai2 la korang pi carik coach Herbalife..Aku pon taktau kat mana nak cari.Hua3 =P.

adios and wassalam :)




Tuesday, April 19, 2011

UBM : 3 SUNNAH RASULULLAH S.A.W

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum :)

Assignment ke-2 oleh UBM.Memandangkan kelas petang ni postponed , maka aku take chance la siapkan assignment ni.Tak baik tangguh2 kerja kan ? Eceehh ~ Hmm , sebenarnya para siswa siswi UBM ni diminta untuk berkongsi 3 sunnah Rasulullah S.A.W , Kekasih Allah :)

---------------------------------------------------------------------------------


Assignment 2

Name : Anah Samsudin
[ C'est La Vie ]
http://daricerebrum.blogspot.com
Lecturer's Name : Proffessor Madya Anonymous  
Semester : 1/4
--------------------------------------------------------------------------

[ 1 ]  DARI ASPEK PEMAKANAN

Cara duduk ketika makan yang dilakukan oleh Rasulullah ialah seperti duduk ketika tahiyyat awal tetapi kaki kanan dinaikkan.Untuk kefahaman tahap genius , sila rujuk gambar ini :


Cara duduk macam ni dapat memberi keselesaan kepada perut.Plus , komposisi perut menjadi lebih seimbang.Iaitu 1/3 untuk makanan , 1/3 untuk minuman dan 1/3 untuk udara.Rasanya , agak sukar untuk kita mengamalkan tabiat ini.Bukan apa , kebanyakkan kita lebih suka makan di atas meja berbanding duduk di atas lantai.Lagi pon , kalau makan kat kafe ( almaklumlah , kita semua ni student lagi..haha ) takkan la nak duduk macam ni kan.hee.TETAPI , sunnah ini dapat diamalkan ketika kita ada kesempatan untuk makan di atas lantai.Contohnya , kita join Iftar Jamaie [ bukak posa ramai2 setiap isnin dan khamis ].Cadangan saya , apa kata pihak UBM buat kafe tanpa meja dan kerusi ? so , boleh la kita semua amalkan habit baik ni..hehe =P semoga cadangan dipertimbangkan..

[ 2] DARI ASPEK GAYA HIDUP

Qailulah ataupon tidur sebentar ataupun Day Napping dalam bahasa Omputeh sebelum masuknya waktu zohor.Selalunya , even malam kita dah tidur awal , still rasa mengantuk and lembab di siang hari.Betol tak ? betol tak ? Most of us akan kata , '' ni mesti sebab perut dah kenyang dengan lunch , alahai ~ ngantok la pulak ''.But , actually , itu adalah tanda badan kita perlukan tidur dalam tempoh yang sekejap.Badan kita sebenarnya ada Biological rhythm ataupon pusingan biologi.Menatang apakah ia ? ho-ho * maaf , penggunaan bahasa pasar dalam assignment =P *.Sistem ni dikawal oleh hormon2 yang ada dalam badan kita.Dalam keadaan normal , sistem ni la yang sebabkan kita mengantuk pada masa tertentu dan rasa bertenaga pada masa lain.

Take for example , bila malam , badan manusia akan keluarkan hormon melatonin dalam jumlah yang banyak.Melatonin akan sebabkan kita mengantuk dan bagi isyarat untuk kita tidoq.Then , paras melatonin ni mula menurun ke tahap yang terendah , means time kita bangun around 5/6 pagi.Lepas tu , hormon Kortisol pulak akan meningkat secara mendadak.Thats why kita rasa bertenaga.Time ni la masa terbaek untuk bekerja / belajar secara efektif.But , bila tengahari , hormon ni mula menurun ke tahap ciput.Sebab tu badan kita jadi lemah dan lesu.Pergerakan badan dan otak jadik lembab dan kusut.Fasa ni dipanggil '' mid afternoon quiescent phase '' atau '' secondary sleep gate ''.Masa ni , badan kita akan bagi signal untuk tidur kejap.Kiranya , tidur kejap tu untuk charge balik tenaga2 dalam badan.Lepas bangun dari qailulah ni , insyaAllah badan akan rasa lebih segar dan bertenaga.Untuk certain orang , mula2 bangun memang macam akan pening2 sket.tapi lepas tu dah okey :)..TAPI , tidur kejap je tau..jangan sampai terlajak pulak.Kang zohor pukul 3 plak..hihi ^^

Manfaat lain Day Napping :

  • kurangkan tekanan
  • tingkatkan produktiviti
  • baik untuk jantung 
  • tingkatkan fungsi kognitif
  • minda lebih kreatif
  • elakkan ngantuk time study
  • kurangkan risiko sakit jantung
  • etc.
[3] DARI ASPEK IBADAH

Solat sunat rawatib ataupon bahasa lainnya solat sunat 2 rakaat sebelum dan selepas menunaikan solat fardhu.Solat rawatib yang paling digemari Rasulullah ialah sebelum subuh.Antara kelebihan solat sunat rawatib ni ialah dapat top-up solat fardhu kita yang tak sempurna tu.Kita sebagai manusia biasa ni , mesti la banyak kelemahan.Solat pon , jarang2 sangat dapat nikmat khusyuk..So , dengan melakukan solat sunat rawatib ni , insyaAllah kualiti solat fardhu kita jugak akan meningkat ke tahap yang lebih baik.


Sekian sedikit perkongsian dari saya berbekalkan beberapa sumber rujukan.
  • SOLUSI ISU NO. 29
  • HALAQAH.NET
  • PAKARHOWTO.COM
Adioss and wassalam :)





# nak markah lebih ?  http://matcuoi.com 


Monday, April 18, 2011

SMS PUNYA ANGKARA

In The Name of Allah The Most Gracious The  Most Merciful

assalamualaikum :)

Hari ni just entry copy paste.Copy dari Group Fiqhun Nisaa kat FB.Satu group yang bagus untuk kaum2 perempuan.Nak tau lebih , sila lah join group ni kat FB ye.Search je ''fiqhun nisaa'' :)


SMS PUNYA ANGKARA

1. salam. Boleh saya kenal awak? Saya tertarik dengan perwatakan sopan awak. Dah lama saya perhatikan awak. Awak budak baik n saya tertarik la dengan tudung labuh awak. Saya harap kite boleh berkenalan.. ukhuwah fillah orang kate..saya x terer sangat arab ni…

2. Terima kasih kerana menerima saya. Saya akan try sedaya upaya saya menjaga awak dan mengikut syariat. Saya tau saya bukan baik sangat, tapi demi Allah, saya cuba buat yang terbaik untuk awak…

3. Ingat tau,,jaga aurat leklok..jangan bagi orang lain nampak..kuar ngan kwn2 tau.. jangan sorg2..balik contact saya ek..saya doakan awak selalu..

4. awak,nape x contact saya. Saya risau awak kuar lama2..ye..memang saya xde hak pun..saya tau saya percaye awak,,tapi saya x tau la nak kate camne. Kite selalu nampk dari jauh je ek.Tapi saya rasa awak macam dekat je ngan saya. Mungkin ni orang kate cinta kot,,awak..awak cinta saya x? xnk bagitau.. tapi sayy tau awak cinta saya..awak da malu nak jalan tempat saya lepak sebab malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,,selain family,,Allah dan rasulnyer.. awak sayang sape ek? Sape saya dalam hati awak?

6. Wak wak..dari kawan kite just panggil sAya awak je..macam x special pulak diri saya untuk awak. saya teringin gak nak jadi cam member2 saya. Panggil sayang.. bole ke? Awak panggil saya bi ek? Rasa macam baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks sayang.. love u... ..

7. Yang. kekadang bi tengok sayang ni macam x percaya bi je. Yela, bi just tanya sayang pakai apa je kan .. tq ek gitau,,makin dalam pulak rindu kat sayang ni... .hihihi..

8. Yang bi nak sayang tau,,sayanglah segalanya utk bi,,sayang la pemberi semangat untuk bi... yang... ..bi harap bi ngan sayang xde rahsia lagi ek.. jangan risau..inikan membuktikan bi caring.. so jangan risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just mesej je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Sayang..da lama kite msg,,leh kite jumpe x? ye..ayang bawak la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10. Tq panggil bi ngan panggilan abang.. abang tunggu lame da..abang tau..kite x leh pakse dalam hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi sayang,,watpe 2? Nak cakap sikit.. nape sayang bawak satu battalion nak jumpa abang?... sayang x caye kat abang eh.. huhu..

12. Sayang..kite jumpe k?..abang suka sayang pakai tudung yang abang beli tu..cam wardina lak..bukan sayang x cantik.. just nampak makin cantik la..nipis sikit je.. nanti jumpa nanti sayang bawak sorang dah la k..

13. Sayang..abang sory ngan apa jadi tadi.. abang tersentuh jari sayang tadi.. Tol gak cakap sayang eh,,tersentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abang kat sayang..

14. Thanks jumpa tadi,,sayang cantik la.. Ololo..abang romantik sket pun salah ke? Suke abang romantik ek? Hehe.. Eh,,tadi jumpa abang da berani tenung abang ek..hoho.. tengok tadi kawan sayang cam suke kat kawan abang je.. senang la kita jumpa pasni.. tengok..Allah memberkati hubungan kite.. sayang solat dah ke? Doakan abang sekali ek..miss u..

15. sayang.just nak tanya.. sayang cinta bagi berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nak tanya..rambut sayang panjang x? just thinking of u at the moment…

16. Tadi terbeli tudung pendek.. yang abang bagi kat sayang tu.. sayang..bagi la gambar sayang special untuk abang yang pakai tudung tadi 2.. Cantik nye sayang..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abang la..

17. Yang.. sayang cintakan abang berapa percent? Sepenuh hati Thanks sayang..love u too.. abang janji,,abang akan jaga sayang baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Sayang..da lame kita couple kan.. xkan abang pegang tangan pun nak marah.. Sayang kan milik abang.. Thank 4 being understanding. .

19. Sayang kata Sayang cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

*********************************************************

20. huh!... syg mengandung? tahu kat ne... cube check balik dengan doktor... xkan sekali buat dah mengandung,,check balik k..

21. huh! betol la syg mengandung ni?? syg,,untuk kebaikan kita berdua,,lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape pulak xnak? xberdosa la kalau bunuh benda yang masih xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jangan buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan benda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg,,abg xboleh temankan syg ke klinik tu,,abg malu kalau terserempak dgn family or member,,malu la abg kalau diorang nampak abg bawak syg dengan perut syg yang besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yang mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jugak keluarga kau pulaukan kau.. kau tu yang bodoh!! kau ingat kau tu cantik sangat?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jangan call n msg lagi boleh x?!.. aku sibuk.. xde masa nak layan kau!...

27.(terputus hubungan)

- wanita itu mati akibat kegagalan proses pengguguran..

- si lelaki mencari mangsa baru..

- dan kejadian terus berulang..

ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...so hati2 wahai WANITA...

reminder to you and me.

------------------------------------------------------------------------------


Thats all.A little reminder for all of us.May Allah bless :)
Adios and wassalam

Thursday, April 14, 2011

BILA EXAM MATH BERADA DI SIMPANG

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum :)

okey , hari ni NO entry yang panjang berjela macam nak jawab soalan esei SPM Bahasa Melayu yang at least kena ada 6 perenggan tu.just nak share gambar2 yang aku jumpak time TERyahoo image kemarin.Actually , masa tu tengah pening2 dah buat exercise precal..almaklumlah , malam ni ada exam.hu-hu.doakan ye.malam ni tepat jam 8.30-10.00.InsyaAllah.Bertempat di AlMalik Faisal Hall.All the best to all  candidates.May Allah bless us ^^.maybe ramai yang dah pernah tengok , tapi tak kesah la , just nak abadikan        dalam blog ni.eheh ~

okey , layan all these pictures ;

perghh ! diskriminasi wanita nih..adakah patot perempuan disamakan dengan evil..haishh..  * marah nih *


erk ~
hukum math yang baru..ha-ha




terbaek ! cara jawab paling mudah + 'cerdik'


 alahaiiiii....senangnya kalau soalan proving trigonometry macam ni..ha-ha

 nombor 3 paling tak tahan...kih3
telan panadol la examiner kalau calon jawab macam ni..kuang3


 pergaduhan antara real number dengan rational number..haha


if woman = problem ,then GUY = DISASTER ! * huh ! Emo *

agree 56.5555 % je
sebab menuntut ilmu kan dituntut dalam Islam.kadang2 ja macam nak gilosss + dying.huhu

ha-ha.pape pon nice la sapa yang create benda nih.boleh pulak guna math untuk create jokes yang mampu buat aku ketawa selama 10.5 saat.Okey la kan , study tak boleh tension2 , nanti ilmu tangkap gerun dengan kita.thats why dia susah nak dok diam2 dalam otak.ho-ho.

tu je untuk hari ni.lastly , do pray for us.sekarang ni musim midsem exam untuk semua warga CFS IIUM yang amek short sem =)

adios and wassalam



#  makin terasa debaran exam malam ni.haissshhhh..ketaq lutut ~

Tuesday, April 12, 2011

MINGGU ORIENTASI UBM : MARI BERKENALAN

In The Name Of Allah The Most Gracious The  Most Merciful

Assalamualaikum  :)

Bagi memenuhi syarat2 kemasukkan aku ke Universiti Blogger Malaysia [ UBM ] , maka aku perlu menghadirkan diri  ke Minggu Orientasi.Almaklumlah , student baru la katakan.Manakan bisa lari dari orientasi..tapi yang ni takpa , sebab lain dari yang lain.Hanya hadir di alam maya.he-he.Serius , aku bangga dapat masuk UBM ni.bukan semua orang dapat taw.hihi.walaupon aku dah masuk UBM , UIA tetap no. 1..kih3 =P

Atas alasan untuk mengalu-alukan kehadiran kami warga siswazah yang baru kat UBM ni , pihak pengurusan pon adakan la MO ni..sebagai pelajar baru yang skema berdisiplin , aku pon tanpa ragu2 join !

Syarat 1 : Letakkan lencana UBM - DONE !


Syarat 2 : Butir2 Peribadi

Nama diberi Anah Samsudin.Nama blog pulak C'est La Vie.Yakni diambil daripada Bahasa Perancis yang bermaksud That's Life.Bersesuaian dengan assignment saya yang selalunya berkisar mengenai kehidupan :)


Syarat 3 : Sejarah Penglibatan dalam Kokurikulum Blogging


Mula terlibat pada Mac 2010 yang mana ketika itu  menjadi pekerja tetap ladang anggur ( read : penganggur kehormat ) sebab tengah tunggu result SPM.Tetapi , mula sedikit tegar dengan dunia blog pada Januari 2011.Sebelum itu , hanya hangat2 taek itik.harap maklum.


Syarat 4 : Pandangan Mengenai Dunia Blogging Dasawarsa Ini

Semakin hari , semakin ramai blogger yang muncul.Mengalahkan cendawan tumbuh selepas hujan.Blogger pulak semestinya ada pelbagai ragam dan jenis2 blog.Makin ramai yang menjadikan blog sebagai saluran untuk berkongsi ilmu ,melempiaskan pandangan tentang sesuatu perkara / isu ,  tempat curahan perasaan , tempat bergosip , dan sebagainya.Dunia blogging mungkin sedikit mulai tercemar bila ada blogger yang hanya mengejar traffic dan keuntungan peribadi semata-mata.Kerana pada pendapat saya , matlamat utama adalah untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk semua.Keuntungan adalah matlamat ke-2.Apa2  pon , itu adalah hak peribadi.saya hormat pendirian masing2 ..peace !  * fuh ! panjang pulak aku membebel =P *




Syarat 5 : Pandangan Mengenai IPTM [ Institut Pengajian Tinggi Maya ] Pertama Ini 


Terharu dan bangga.Terharu kerana IPTM ini memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjadi 'siswazah' tanpa sebarang disriminasi.Pangkat , harta dan hal2 dunia lain langsung tidak diambil kira.Sistem pengajian yang sangat2 adil lagi saksama without bias.Kehidupan ' Campus Life' tanpa sebarang lectures yang perlu dihadiri , assignment yang perlu disubmit on time , tutorial dan sebagainya yang boleh memecahkan kepala para penuntut juga sangat2 dihargai dan disokong.Bangga kerana berjaya mendaftarkan diri ke UBM ini :)  * kembang kempis hidung *..




selesai..Itu sahaja bebelan dan pandangan saya mengenai tertubuhnya IBM ini.

adios and wassalam :)


.

Monday, April 11, 2011

MOVIE : KHURAFAT

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum :)
morning peeps ^^


Kali ni nak story sikit pasal citer KHURAFAT yang aku and  the geng tengok semalam.kat mana lagi kalau bukan kat panggung bilik KC 312 ni.haha.actually , kitorang [ me , aina and nami] tak plan pon nak tengok.tapi memandangkan aku dah bosan tengok nombor2 , trigono bagai , cik aina pulak dah bosan tahap kambing pencen , and cik nami pulak tension nak exam muet hari ni [pukul 7.30 am ] , maka kami pon release tension la konon.ho-ho.pastu , jerit2 sebab terkejut.   # hampeh

Okey , without any delay , jom baca sikit apa ja yang ada dalam citer khurafat ni.sapa2 yang dah tengok tu , boleh buat2 taktau.he-he.

Okey , watak utama nya ialah syamsul yusuf as JOHAN.Liyana Jasmay as AISYAH which is Johan's wife.Sabrina Ali as ANNA , Johan's Ex-gelifrend.dan lain2 watak sampingan semestinya.

Johan dengan Aisyah ni baru je kawen.taktau la macam mana perkenalan depa 2 orang ni.takdak pulak dalam scene..ada satu hari ni , depa balik melawat mak Johan kat kampung.Time kat kampung tu , malam , pakcik Aziz ni meninggal...pakcik Aziz ni pengamal ilmu hitam.ada la kekecohan sikit time nak mati tu.tok imam lawan2 dengan hantu pak Aziz tu.

Since dari balik kampung tu , si Johan dengan Aisyah ni asyik kena kacau je.dengan 'hantu' la pastinya.Gangguan makhlus halus.On the same time , Si Anna yakni ex-gelifren Johan , dok sibok nak balik kat Johan.Actually , diorang clash sebab Johan dah kawen.plus , johan ni nak berubah la.Anna ni kaki disko.enjoy memanjang.dialog johan yang tak boleh lupa '' takkan la aku nak buat bini perempuan macam tu "...nak bercinta ja , kawen taknak pulak.haishhh -,-''

Kami semua dok kutuk la watak Anna tu sebab terhegeh2 nak kat Johan lagi...macam dah takdak lelaki lain.Punya la obses kat Johan ni sampaikan Anna sanggup cederakan diri dia.Boleh pulak cucuk2 pisau kat paha.dengan penuh slumber badaknya.Kalau badak tengok pon tabik..HAHA ...Then , Anna kena warded kejap.

Selain tu , kat tempat kerja si johan ni [ hospital ] , ada sorang makcik cleaner ni.selalu usha2 johan.curious gak la dengan makcik nih.ingatkan hantu.hehe.rupa2nya makcik tu suka tengok Johan sebab dulu dia ada anak lelaki.muka exactly macam johan.just tambah spec je.tapi , anak dia dah meninggal sebab accident.huhu.

Satu hari , Johan pi rumah Anna , si anna ni dok dengan 2 orang kawan dia.nama pe ntah.nak melawat la.sekali tengok , Si Anna ni dah commit suicide.berdarah2.tragis jugak la keadaan dia.Johan yang uruskan jenazah anna sebab dia ni dah takdak ayah.mak pulak saket kat kampung.so , johan take over la.lagi pon dia rasa bersalah.rasa diri dia la punca anna bunuh diri.

Selesai semua urusan , tibalah masa untuk menghantar jenazah yang dah siap dikafankan ke kampung anna.Johan dengan si driver tu je yang hantar.alkisahnya , malang tak berbau.diorang accident.jatuh gaung ! pergghhh ! tragis !!

Ajaibnya , si johan ni selamat.part yang tak boleh blah tu , johan boleh pulak dukung mayat si anna ni.jalan keluar dari gaung tu.walla ! gaya romantik habes.padahal mayat kot tuh.uishhh.....seram !.pastu ada la adegan2 SERAAAMMMMM...hoho.yang menambah ke'tragisan' tu sebab mayat anna terjatuh sekali lagi dalam gaung.huhuhu.

Next scene : Johan balik rumah mak dia.tetiba dia nampak ramai orang.then , terus masuk dalam rumah la.ingatkan mak dia mati.sebab mak dia pon kena warded gak before tu.batuk berdarah.sekali tengok mayat , diri dia sendiri !! hoho..patot  la orang sume buat tak nampak je dia masa sampai kat rumah tuh.sebenarnya , Johan ni dah mati time accident tu.babak dia dukung mayat anna tu hanyalah ilusi semata2.

Alkisah sebenar di sebalik tragedi ni ialah , anna ni tak bersalah pon sebenarnya.bukan dia sengaja nak bunuh diri apatah lagi nak obses dengan si johan tu

Hakikatnya , suatu masa dulu.   ...............................................   [ flashback ]

Johan tangkap cintan dengan Anna.satu malam ni dekat disco , johan try approach anna.alkononnya , nak berkenalan dengan lebih rapat la sebab dia dah TERbekenan kat si Anna ni.tapi yang malangnya , anna ni tak pandang pon si johan yang serba kekurangan tu.siap kena simbah dengan air lagi.''you balik cermin muka you dulu ! ''  aiseh , tu la antara ayat anna kat johan.

Tak puas hati punya pasal , johan pi jumpak bomoh.That bomoh bagi la satu benda macam tangkal gitu.benda tu akan menjadikan anna syok gilaaa kat johan.tapi syaratnya , lepas anna dah suka kat johan , johan sekali-kali tak boleh tinggalkan or abaikan anna.sebab , dalam badan anna tu , ada roh orang yang dah mati.kira macam tukar roh la.bomoh tu punya kerja.ho-ho.kalau johan tinggalkan anna , dia akan diganggu seumur hidup.thats why la johan jadi macam tu.dia tinggalkan anna , then kawen dengan aisyah.kira dia dah melanggar syarat perjanjian la.

Endingnya , johan mati..roh dia nampak la segala persiapan yang orang uruskan untuk pengebumian dia tu.

So , conclusionnya ,anna tu hanyalah mangsa.kitorang pon insaf sebab marah2 dia tiime awal citer tuh.hee.rupa2nya , johan yang salah.ceh ! terkena beb.

Moral yang aku dapat dari cerita ni :

  • kalau kot ye pon dah jatuh chenta dengan someone ni , then rupa2nya syok sendiri , tak payah la sampai nak pakai khidmat bomoh segala bagai.sebab , in the end ,benda2 macam tu akan makan diri sendiri.lagipon , Allah kan dah janji kita ni masing2 dah ada jodoh sendiri.even bukan kat dunia , kat akhirat ada.janji Allah itu kan pasti.  * peace *
  • sentiasa muhasabah diri dan bertaubat dari dosa lampau.pintu taubat sentiasa terbuka selagi nyawa bukan di kerongkong .sebab kita taktau bila ajal kita.buatnya tak sempat nak taubat , dah TERkojol.nauzubillah.sama2 ye kita buat =)
  • jangan mungkir janji.
Okey , tu jela bebelan dan pandangan dan sedikit cerita di sebalik Khurafat ni.even cerita ni dah basi.agaga.tapi aku baru tengok.hehe.korang dah tengok ke pon ?? pape pon , yang baek jadikan ikutan , yang tak berapa nak baek pandai2 la filter keyh.maaf kalau ada ayat yang macam keling  tak paham.I'm know that I'm not a good storyteller even pernah masuk pertandingan bercerita masa sekolah rendah dulu.kih3. * takdak kaitan *.

Adios and wassalam :)










.