Sunday, June 12, 2011

WORLD OCEANS DAY 2011 AT NATIONAL SCIENCE CENTRE

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum :)


The theme for this year is : YOUTH THE NEXT WAVE FOR CHANGE

Alhamdulillah :) selesai sudah volunteer job untuk sambutan World Oceans Day 2011 kat Pusat Sains Negara tadi.Alkisahnya , program ni organised by CFS Nature & Environmental Club in collaboration with WWF.Ni adalah program ke-3 aku under WWF.The first one is Beach Walk Campaign kat Tanjung Bidara Melaka , second jadi volunteer untuk sambutan Earth Hour 2011 kat Sunway Piramid and third  , volunteer untuk sambutan World Oceans Day ni.

Sedikit sejarah tentang sambutan world oceans day ni : disambut setiap june 8th.Pada tahun ini , tema sambutan memfokuskan peranan golongan belia untuk memelihara dan memulihara laut.Antara pihak dan badan2 NGO yang turut sama terlibat ialah National Science Centre ( NSC ) , Maritime Institute of Malaysia ( MIMA ) , World Wildlife Fund ( WWF ) , Ministry of Agriculture and Agro ( MOA ) , UNESCO , dll.

Ceritera perjalanan program kami hari ni , 

Pagi tadi dalam pukul 9.00 , semua volunteer berkumpul kat tempat parking bas depan Mahallah Fatimah Az-Zahra tu.Semua ada la dalam 60 orang if not mistaken.Alhamdulillah , tunggu tak lama sebab 9.10 dah gerak ke Pusat Sains yang hanya sekangkang  semut kera dari UIA ni.Dalam 10 minutes je.

Sesampainya kat sana , tunggu kehadiran Brandon.Brandon ni adalah orang kuat WWF yang handle semua penglibatan kami dalam program2 yang WWF join.Apa2 info , dia la yang akan roger pihak CFS nature club.Lepas Brandon sampai , ada briefing sikit pasal perjalanan program.Then , dapat t-shirt free ! pakat2 serbu toilet sebab nak kena tukar pakai baju yang dapat tu.Baru la ada identiti sebagai volunteer..hehe..

 The FREE t -shirt.
picture credited Fa Zo

Kami kaum hawa  ni susah sikit la sebab t -shirt tu lengan pendek.So , either pakai inner or t -shirt lengan panjang kat dalam ataupun pakai cardigan ke hape kat luar.Huhu..memang dah get ready awal2 la sebab already informed yang tshirt tu berlengan pendek.

After semua dah selesai tukar baju biru2 ni , move to kafetaria.Breakfast ! masa briefing sebelum ni kami dibagi tahu yang makan adalah sendirian berhad.Tup2 , sampai kat sana dapat kupon makanan.Haha.Alhamdulillah , murah rezeki kami.


Selesai makan [ kerja tak buat lagi tapi dah makan.haha ] , aku terpilih dalam kalangan 20 yang ' bertuah ' untuk sama2 berada dalam auditorium untuk upacara perasmian yang dihadiri para dato , datin dan barisan V VIP semestinya.Almost 11 . 30 baru majlis start.Ada ucapan aluan , ucapan perasmian , bacaan puisi oleh Yg.Bhg Prof Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh, Tokoh Sasterawan Negara 1991 , ucapan dari Miss World Malaysia 2010 , Miss Nadia Heng.Beliau ni duta untuk World Oceans Day ni.

Prof. Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh

Miss World Malaysia 2010 : Nadia Heng

Sepatotnya , hanya 20 orang daripada kami yang ber-60 tu yang akan berada dalam auditorium sempena perasmian.Tapi , tiba2 ja Dato yang nak merasmikan tu suruh semua sekali masuk.kalau ikut plan , yang 40 orang tu akan berkeliaran kat kawasan sekitar untuk approach para pengunjung pasal sambutan ni.Bagi pamphlet etc.Huhu.

Selesai majlis perasmian dalam pukul 12.45 macam tu , kami semua turun ke ruang tengah then buat flash mob berbentuk ikan.Flash mob ni  macam formasi la..buat ala2 wave sambil menjerit '' save our seafood ''..alahai ~ comel kot.Haha =P..

picture credited to Fa Zo

After that , aktiviti bebas sampai 3.45.Aku dan cik Aina pon merayau la sekitar Pusat Sains tu.Try segala macam game , science apparatus and application yang ada.Solat zohor and lunch etc.

Tepat jam 4 petang , bas UIA sampai.bertolak balik ke CFS IIUM terchenta.Alhamdulillah , selesai lagi satu program :)..Volunteer job kali  ni adalah yang paling tak banyak kerja , senang  dan tak memenatkan langsung compared to other programs yang aku pernah join.Pape pon , alhamdulillah for this new and nice experience :)
 muka bahagia di 'ngap' oleh Si Dinasour =P

 Si Dinasour pon pandai senyum bila amek gambar

 wooaa ! terapung ! smart tak ? haha [ cermin anti graviti sebenarnya ]

 Aina dan bola tukang sihir ! [ bola plasma ]

 zoom in bacteria E.Coli

 zoom in virus HIV 

 rangka Si Dinasour

err..the dinasour and I  * again

the pamphlet about Malaysia sustainable seafood guide

Antara apa yang aku sempat observe adalah :

  • sangat ramai parents yang bawak anak2 diorang datang melawat ke pusat sains ni.memang aku salute la.Even anak2 diorang tu kecik2 lagi.Pendedahan yang bermanfaat ! ( mostly chinese la -.-'' )
  • ada sorang aunty ni ( chinese ) dengan anak dia kat bilik pameran dinasour.Apa yang buat aku impressed ialah , si anak tu bawak buku tulis and pensil.Then salin semua nama2 spesis dinasour yang ada kat situ.Bagus gila lah.Bukan sekadar tengok then lupa.Ada sesi pembelajaran di situ.Great way of teaching your children. ( anak aku nanti nak buat macam tu jugak lah..haha =P )
  • pusat sains negara sangat sesuai untuk mereka2 yang gemarkan practikal compared to theory.Korang boleh try segala macam science apparatus / applications yang ada dan tengok hasil segala jenis teori2 sains yang korang belajar dalam kelas dulu.
Okey , itu saja perkongsian aku berkisar program yang aku join kali ni.Hope , ada lebih banyak peluang di masa hadapan untuk join program lain pulak.InsyaAllah :)

Adios and wassalam

--------------------------------------------------------


''the sea , once it casts its spell , holds one in its net of wonder forever '' - Jacques Couteau

Monday, June 06, 2011

PENGHAYATAN CUTI 3 MINGGU : ANTARA REALITI DAN FANTASI

In The Name of Allah The Most Gracious The  Most Merciful

assalamualaikum :)

Pejam celik pejam celik , dah habis rupanya cuti aku selama 3 minggu.Biasala , manusia ni tak pernah nak rasa cukuphttp://matcuoi.com.Kadang2 rasa 3 minggu tu macam 3 hari ja.Tapi kalau dah kena tinggal sorang2 kat rumah , rasa bosan pulak.3 minggu macam 3 bulan pulak.Pape pon aku pasrah.Ceewah ! meh kita renungkan apa yang aku buat selama 3 minggu ni..adakah hanya berhibernasi semata ?

Alkisah fantasia cuti aku sebelum cuti adalah untuk merealisasikan impian2 kat bawah ni :

  • Habiskan membaca sebanyak buku yang boleh ( non-academic)
  • Belajar buat bunga manik
  • Masak ( -.-'')
  • Minimakan tidoq
  • Banyakkan makan
  • Keluar jalan2
  • Buat benda2 yang berfaedah sahaja
  • Kurangkan online ? (-.-'')
  • Prepare for the upcoming sem
  • etc etc etc
Alkisah realiti cuti aku :
  • Berjaya khatam 4 buah buku je dalam masa 3 minggu ni..Cinta Di Langit Gaza , Aku , Isabella & Tok Kenali , Coke and Sundae , The Gift ..Armagedon 2012 belum habis baca lagi..baru page 332 out of 558 ..bila dah bosan2 aku re-read novel2 jiwang pulak..haha XD
  • Berjaya buat sepohon pokok bunga daripada manik .Gila bangga la jugak sebab unexpected tangan aku berseni jugak rupanya =P
  • Masak ? err..takde try resepi baru pon.Masak yang dah tau je.Tu pon semua simple menu je.Sebab sekarang ni musim kenduri kawen.So , takde orang nak makan kat rumah.Sob !
  • Yeah ! memang aku banyak makan.Sebab asyik2 kena tinggal je kat rumah.Dok sorang2.Bila kebosanan , makanan adalah rakan karibku..haha
  • Keluar jalan2 ? memang takdak la.Sekali je keluar hangout dengan cik husnee.tu pon gi tengok movie , lepak2 makan etc.Keluar makan kat Radix Pizza House and RFC je..Lepas tu , pi menyemak kat rumah kakak 2 hari.Kui3..ni la nasib bila cuti time orang lain tak cuti.zzZZ
  • Apa la eh aktiviti aku yang berfaedah ? thinking ........http://matcuoi.com
  • Kurangkan online ? berjaya 68%..hihi..sebab bila kat rumah , banyak benda lain yang lebih menarik daripada online.Bila kat rumah , serius jadi malas nak online ( malas nak buat semua benda jugak =P )
  • Prepare untuk upcoming semester ? errr....macam tak je..hihi....
Tu diaaa cara2 aku menghayati cuti selama 3 minggu..Pada saat ni , aku dah pon selamat berada di CFS IIUM ynag terchenta.Petang tadi , dah masuk kelas pertama untuk sem ni..Sem yang agak tough.3 core subjects which are Chemistry II , Physic II and Biology II dan jugak 1 elective subject iaitu Understanding Islam.All the best to myself.Haha.

Lepas ni , update pon tak la kerap sangat  kot.Almaklumlah , dah kembali menjadi pelajar.Hehe.Tu jelah bebelan pertama untuk sem ni.Seronok sebab dah jadi senior.Haha.

Adios and wassalamhttp://matcuoi.com

Friday, June 03, 2011

BOOK : AKU , ISABELLA & TOK KENALI

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum ;)

alhamdulillah , selesai sudah khatam buku ni.Beli time hangout dengan cik husnee kat CS hari tu.Actually nak beli buku pasal travelog da'ie yang terkenal tu, Saiful Islam..tajuknya secangkir teh ke apa entah.Tapi buku tu mahal sikit..RM20 ++.memandangkan aku nak beli novel Coke & Sundae jugak , so aku pilih buku ni instead of buku secangkir teh tu.Hehe..bajet tak cukup daa ~  kat POPULAR je dah lesap almost RM50..sebab tu aku malas nak masuk book stores.macam nak gila pilih buku.zzZZ..Tapi bulan Julai ni insyaAllah aku akan cuba dapatkan buku tu pulak..hihi..So , sedikit review apa yang ada dalam buku ni :


JUDUL : AKU , ISABELLA & TOK KENALI
PENULIS : BOB LOKMAN & RIDUAN MOHAMAD NOR
PENERBIT : JUNDI RESOURCES 
HARGA SEMENANJUNG : RM 16.00
HARGA SABAH/SARAWAK : RM 18.00
MUKASURAT : 157
KELUARAN : MAC 2011

Saat mata mula membaca bait2 kata yang tertulis , hati berkata '' uii , dasyat jugak perjalanan hidup Bob Lokman ni.Ingatkan biasa2 je "

Bob Lokman atau nama sebenarnya Hakim bin Lokman , anak sulung dari 2 beradik.Merupakan cicit kepada seorang ulama Kelantan yang tersohor iaitu Tok Kenali..Lahir di Kelantan dengan dikelilingi persekitaran pondok  dan madrasah yang tak pernah kering dengan pengisian rohani.Melalui zaman kanak2 yang baginya penuh konkongan oleh sang ayah yang mahu menjaga identiti keluarga berketurunan ulama.Ayah yang sangat tegas dan garang.Dirotan adalah 'makanan' hariannya asal ada kesilapan.Sampai satu tahap , dia dibelasah oleh ayahnya kerana dituduh mencuri cermin mata milik sang jiran.Dibelasah separuh nyawa , sampai ada jirang yang prihatin merayu ayahnya supaya berhenti.Kalau situasi hari ini , umpama kes penderaan kanak2.Pengalaman itu yang mematangkan dia.Membesar menjadi seorang yang kuat , tahan diejek dan bersendirian dalam saat susah tanpa perlu berpaut pada orang lain.Itu pengajarannya.

Berubah menjadi anak yang nakal bila tinggal dengan datuk dan neneknya.Berjauhan dengan sang ayah , menjadikan dia bebas laksana burung terlepas dari sangkar.Segala perkara yang dilarang sewaktu bersama ayahnya ,  kini bebas dilakukan.Sampaikan berani membakar dapur rumah seorang jiran gara2 dimarah kerana membuat bising.Padahal waktu itu , baru darjah satu !

Bila kerajaan Malaysia membuka sekolah agama kerajaan , dia dihantar ke Sekolah Menengah Kebangsaan  Agama Maahad Hamidiah Kajang.Bukan atas minat sebenarnya , bersetuju untuk ke sana semata-mata mahu lari dari konkongan sang ayah.Di sana , dia ketua segala onar.Berbekalkan susuk tubuh yang besar , itu satu kelebihan untuk menjadi taiko.Walau demikian , siapa sangka seorang taiko ini mampu menjulang gelaran pembahas terbaik negeri selangor.Petah berkata mematahkan hujah lawan ternyata berjaya menjulang naik namanya di arena perbahasan.Namun , nasib tak selalu indah.Lantaran kenakalan tahap tegar , dia dan 80 pelajar lagi dibuang sekolah dalam usaha sekolah menjaga maruah sebagai sebuah institusi pendidikan agama yang makin tersohor.

Kemudian dia bersekolah pula di Sekolah Menengah Kajang.Main2 dengan pelajaran sampai saat dia berada di tingkatan 5.Walaupon menjadi calon SPM pada tahun itu , pelajaran bukanlah minat utamanya.Pada hari peperiksaan , dia melangkah dalam keterpaksaan dengan mengusung IC dan slip.Kerana ayahnya mengugut akan membunuhnya andai dia tidak mahu menduduki SPM..Namun , selesai 3 kertas SPM , dia lari ! selamat tinggal SPM !..selamat tinggal ayah !

Menetap entah dimana , berniaga buah buahan untuk menyara diri.Masa lapang diisi dengan menghadiri konsert2 rock yang pada masa itu sangat luas pengaruhnya pada anak muda.Memulakan kerjaya sebagai pengurus artis ( Wings dan M.Nasir ) juga sebagai penulis lirik.Antaranya lirik lagu Isabella yang dipopularkan oleh kumpulan Search sehingga berjaya menjulang gelaran juara lagu dalam Juara Lagu TV3 1989.Waktu itu , dia mewah.Duit bukan soal besar.Pendapan puluhan ribu setiap bulan ternyata menghanyutkan.

Bila badai mula melanda , baru dia tahu erti hidup yang sebenar.1997 , tahun ekonomi lembab , dia disahkan lumpuh kerana tulang belakang yang gagal berfungsi dengan baik.Bagai jatuh ditimpa tangga , isteri lari meninggalkannya bersama 3 orang anak yang masih kecil.Terumbang ambing di gugah badai.Sedikit demi sedikit gunung harta yang terkumpul ditarah.Rumah dan kereta ditarik.Jatuh tersembam ke lantai !

Alhamdulilah , berkat doa dan tak kenal putus asa , rezeki datang dalam bidang penyiaran.Di tambah tahap kesihatan yang semakin membaik.Bertemu jodoh dengan isteri kedua dan dikurniakan 3 orang lagi cahaya mata.Kematian sahabat akrabnya akibat denggi pula benar2 membuka jalan ke pintu taubat.Mengenangkan anak2 yang semakin liar , dia mula berfikir lebih jauh untuk kembali  menjadi Islam yang sebenar.Alhamdulillah , dengan izin Yang Maha Esa.Mula aktif dalam politik setelah menyertai PAS. ( err..dalam buku ni banyak jugak unsur2 politik.Terang-terangan dia menyokong PAS dan menolak UMNO.Biar apa pon , aku tak ambil port dari segi politik ni.Aku natural dalam aspek ni.Cuma apa yang aku hayati , perjalanan hidup dan pengalaman dia.Harap maklum.Peace ! )

Konlusinya , penghijrahan Bob Lokman ini atas dasar 3 perkara.Pembukaan akal yang dialaminya ketika sakit , keperitan hidup berkeluarga yang porak peranda , dan kematian rakan karibnya.

-----------------------------------------
P/s  : sekarang kecoh pasal blog adinda ; blog budak berumur 14 tahun yang dengan bangganya mengaku sudah tiada dara ! semoga Allah memberinya hidayah.Kepada yang lain , tak payah la nak kutuk2 , maki segala bagai.Lebih baik berdoa kita dijauhkan dari perkara2 macam tu and Allah beri dia petunjuk untuk berubah.Kan baik kalau macam tu ? Kalau kutuk pon buat tambah dosa je..kan3 ?

Wednesday, June 01, 2011

RADIX PIZZA HOUSE

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

 assalamualaikum ;)


Dah lama rasanya aku tak post something related to HPA..So , memandangkan semalam aku ber'dinner'kan pizza dari Radix Pizza House , hari ni nak la story sikit apa yang bestnya Radix Pizza House [ RPH] ni.Buat penggemar pizza , ni satu lagi port terbaek untuk menikmati pizza yang terjamin status  kesedapan dan kehalalannya.InsyaAllah.

RPH ni adalah salah satu rangkaian syarikat Herba Penawar AlWahida [ HPA ] yang bagi aku sangat popular kat Kedah ni terutamanya di kawasan Sg Petani dan Alor Star. Asal cuti je , aku memang akan usahakan jugak2 untuk makan kat sini selain Radix Fried Chicken [ RFC ] and Radix Chicken House [ RCH ] ..Kiranya RPH ni ganti kepada Pizza Hut and Domino's la.RFC pulak pilihan alternative menggantikan KFC.RCH pulak memang serve segala bagai makanan berasaskan ayam.Kalau nak makan chicken chop ke , sate ke , kat sini la tempatnya.Yelah kan , kan PJ mana ada semua ni.KFC , Pizza Hut , Domino's bersepah la.Huhu.

Kat RPH ni banyak choices.Almost like pizza hut and domino's.Paling aku suka chicken supreme and mediterrenean .Memang terbaik.Menu yang lain termasuklah jugak soup of the day.Either chicken 0r mushroom.Garlic bread , salad, variety choices of drinks , desert etc.Harga pon okey.Almost nak sama macam pizza huts and domino's la.Rasa pon sangat sedap ! silap2 hari bulan , korang terus say bye2 kat pizza huts dengan domino's.Haha.

Tapi , yang tak berapa nak best tu , setahu aku RPH ni ada 2 cawangan je kot.Yang aku selalu pegi dekat area Lagenda Height , Sg Petani.Sebab dekat dengan umah kakak aku.Asal cuti  and aku singgah umah dia , insyaAllah sampai la kat sini.Hehe.So , anda2 yang berada jauh dari Sg Petani , Kedah ni ...chances nak merasa makan kat sini payah sikit la kan.Just pray hard supaya HPA bukak lebih banyak cawangan nanti.Hihi.

Ni RPH kat Lagenda Height yang aku selalu pi tu.

 Motor untuk delivery..service dia okey.Tak lambat.Berdasarkan pengalaman aku la.

 taraaaa ! ni dia chicken supreme large.Dinner aku untuk semalam. RM 25.50.ada 8 pieces
( 2 orang ja makan )..hehe

 ni taktau nama apa.sebab amek kat Yahoo Images je ;)


So , kepada anda2 yang berada di kawasan berhampiran , sila lah cuba-try-test makan kat sini ( kalau belum pernah la )..lokasi betol2 kat taman Lagenda Height.Dekat area Village Mall and Tesco Sg.Petani.Berbaloi-baloi.

Okey , tuje lah untuk hari ni.Adios and wassalam :)

---------------------------------------------------
ggrrr..aku kini di penghujung sisa2 cuti...  =.=''..pity me.

Tuesday, May 31, 2011

MOVIE : NUR KASIH

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum ;)

Ewah , aku layan Nur Kasih rupanya.Haha.Alkisahnya macam ni , 

Memandangkan tengah cuti 3 minggu ni ( sekarang dah berada di penghujung cuti ) , aku ingat nak la keluar jumpak kawan2 semua.Sebab major tengah cuti.Kawan2 sekolah rendah aku la .Alhamdulillah , kitorang still contact lagi even tak semua..terima kasih kepada Group SKSL Batch '99-'04 ...Kat sini la tempat kami meng'update' cerita masing2.Terima kasih jugak kepada admin group iaitu aku sendiri.haha =P...Plan punya plan , ada ja halangan.Last2 aku decide pi shopping kat Centre Square plus tengok movie ke , bowling ke semalam..kalau takdak org nak join pon , aku jadi lone ranger la.tawaf shopping mall sorang2.haha..Tengok2 , cik Husnee ja yang free semalam..Wiyah dah tengok NK , Yus ada tusyen , Mun , Bihah and Ruzanna baru je habis cuti ( aku plan lambat sangat -.-'' ) , Raimi ada kat N9 , dll..Maka , semalam  bersamaan dengan isnin , 30 May , aku dan cik husnee serta ditemani 3 orang sepupunya , ber'Nur Kasih' la.Haha.( 2 dari 3 sepupu cik husnee tu budak2 lagi.lelaki pulak tu.tapi layan NK jugak.hihi ).So , ni la sikit tentang NK : ( aku tau aku dah terlambat.tapi nak jugak update.hua3 )


--------------------------------------------------------

Alkisahnya , Aidil yang kematian isterinya Alia ( aku baru tau isteri dia meninggal.almaklumlah , nur kasih kat TV tu aku tengok 4/5 episod je.kui3 ) masih dirundung pilu.Namun , Maryam ( Mia Sara Nasuha ) dan Ilyas yang menjadi penyeri hidupnya.Adam dan Nur pulak masih setia dihimpit ujian demi ujian.Nur keguguran buat kali yang ke-2.Adam dan Nur akhirnya menunaikan umrah.Ketika di Jordon , kemalangan kereta api hampir2 meragut nyawa keduanya.Namun , syukur , masih ada peluang untuk meneruskan hidup.Nekad mencari cincin pernikahan Nur yang tercicir semasa tragedi itu , Adam keluar mencarinya di tempat lokasi.Tapi , sekali lagi , nyawa Adam bagai telur di hujung tanduk.Ribut pasir yang tiba2 melanda , menyebabkan kereta Adam terbabas.Syukur sekali lagi , bila Allah menghantar Hassan , seorang kanak2 arab yang menjumpai Adam dan keretanya.Lalu , Adam dibawa pulang ke rumahnya.Dirawat.Dalam waktu genting itu , Nur berusaha mencari suaminya yang hilang.Dalam bingung , pada Aidil pertolongan dimohon.Sesampainya Aidil di sana , usaha mencari diteruskan.Berkat tidak putus asa , Adam berjaya mereka temui.

Keadaannya agak parah.Dibawa pulang untuk dirawat di Malaysia.Kata doktor , sharpener yang ada di dalam badan Adam akibat kejadian letupan di Mumbai dulu , kini berada begitu hampir dengan jantungnya.Situasi yang bisa merenggut nyawa.Alhamduliilah , nyawa Adam masih panjang.Berbekalkan jantung Mad , seorang remaja lelaki yang mula kembali ke jalan yang benar setelah mengikuti kelas2 tarbiyah Adam.Mad meninggal kerana dibelasah sekumpulan samseng diketuai Jamal ketika cuba menyelamatkan Aidil yang lebih dahulu dibelasah kumpulan tersebut.Hanya kerana............

Seorang remaja perempuan yang mengaku menjadi kekasih kepada Aidil.Niatnya cuma mahu lari dari sang kekasih ( jamal ) yang tidak lagi dicintai.Lantaran dendam yang kononnya Aidil merampas aweknya , Aidil dibelasah sampai separuh nyawa.Padahal , Aidil sekelumit pon tidak bersalah.

Di saat Adam masih kritikal dengan sakitnya , Nur disahkan mengandung buat kali ke-3.Alhamdulilah , rezeki dari Allah buat hambanya yang bersabar.

Di pengakhiran cerita , Nur dan Aidil menyingkap kembali jalan2 cerita kisah Nur Amina dan Adam.Berbekalkan sebuah buku , seakan travelog yang ditulis oleh Adam di waktu usianya masih bersisa.Buat bekalan anak mereka katanya. Maryam dan Ilyas juga sudah dewasa.Begitu juga Saif.Satu2nya anak Adam dan Nur.

------------------------------------------------------
MORAL : 
  • Sesungguhnya ujian itu adalah peluang untuk kita semakin mendekatkan diri dengan Allah.Bukan menjadi punca retaknya hubungan kita dengan DIA.
  • Pasti ada ganjaran yang menanti bila kita tidak berputus asa saat dilambung badai kehidupan.Jika bukan di dunia , pasti di akhirat sana ada.Itu janji DIA.
  • Kita hanya mampu merancang.Tetapi Allah jua sebaik2 perancang.
  • Kasih sayang keluarga tak dapat dibeli.Biar engkau berharta setinggi Everest.
  • Saat susah dan senang , ingat Allah.
  • Dari Allah kita datang , kepadaNYA jua kita kembali
  • Mencari rezeki yang halal itu wajib kerana akan menjadi darah daging..memberi kesan kepada generasi mendatang ( merujuk kepada babak Nur menolak projek pembinaan sebuah kelab sosial )
  • Ramai lagi diluar sana yang berfikiran jumud dalam soal tarbiyah. ( merujuk kepada babak seorang ustaz yang menolak memberi ceramah kepada golongan remaja bermasalah atas alasan , remaja perempuan di situ tidak menutup aurat )
  • dll
Yang lawaknya , dekat2 nak ending aku and cik husnee macam blur2..konfius bila masa Adam meninggal sebenarnya.Sebab , time tu babak  macam selang2 antara masa sekarang dengan flashback.Aku dah la dok gelak bila tengok watak Nur and Aidil bila dah tua.haha.Last2 , macam tak berapa nak paham.Sebagai jalan penyelesaian , aku merujuk kepada cik Hani ( peminat tegar NK - awai2 lagi dia dah serbu cinema pi tengok =P )

* baca selang seli antara aku dan cik Hani.Dari bawah ke atas.Bermula dengan aku 



 Thank ye hani sebab tolong exlpainkan.Haha.Hampeh je.Tengok tapi ending tak paham.Memang kurang penghayatan betul aku nih. * sigh.Pape pon , overall okey la.Berapa bintang eh nak bagi.Tak tau la.So , tak payah bintang2 la eh.Haha.Alhamdulillah , aku tak la pening dengan jalan ceritanya even aku tak layan NK yang kat TV tu.Duduk asrama la katakan.Kui3.Yang dok ulang2 kat TV pon malas nak tengok.Tengok NK The Movie terus.Haha.Advance gitu ;)

murah tak ? hehe ;)
Sekian , wassalam ;)

# NK ni sesuai ditonton bersama pasangan suami / isteri sebab banyak part romantik..kekeke =P  

Saturday, May 28, 2011

FAKTA KENAPA SIPUT BABI BERGERAK LAMBAT

 In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

assalamualaikum ;)

 * entry ini mengandungi perkataan babi yang berulang2.Harap maaf jika ada yang alergi dengan perkataan ini.Sekadar merujuk kepada seekor haiwan bernama siput babi ataupon dikenali sebagai escargot .Penulis tidak sama sekali berniat untuk mencarut , berbahasa kesat atau sebagainya.Harap maklum.



Suatu petang di mana bayu bertiup sempoi-sempoi bahasa , daun nyioq ( kelapa ) melambai2 dihembus angin lalu , burung2 berterbangan di langit nan biru lagi luas terbentang , cacing2 di celah batu berhempas pulas mencari sesuap nasi , ada pemuda desa yang sibok membanting tulang 4 kerat mencari rezeki  , namun ada juga sekadar melepak tanpa tujuan..ada pemudi desa anggun berkain batek sambil leka menyapu halaman yang dicemari ranting2 kecil dan dedaun yang gugur umpama musim luruh , ada juga yang sekadar menyepi diri di dalam rumah lantaran perasaan malu yang masih tersisa tebal di dalam diri ( eceh , ada lagi ke zaman sekarang ni ? hmmm ) , pakcik makcik sibuk dengan aktiviti masing2 ...jauh di hujung kampung , kelihatan 2 orang budak lelaki bersantai rilek di atas sebatang titi ..menyedut udara segar di desa nan tercinta..Botak dan Debab nama diberi ( bukan nama sebenar ).Sedang keduanya asyik bersembang tentang ciri2 isteri idaman ( padahal budak2 lagi tu.Iskh3 ) , mata Botak menangkap satu kelibat yang tak asing di kampung itu.Iya , itulah kelibat sang siput babi yang agak ramai populasinya di desa damai itu.Maka , berlakulah perbualan seperti di bawah ini :

* situasi di bawah ini memerlukan daya imaginasi yang agak tinggi.Harap maklum.


Botak     : Weh Debab , ko nampak tak tu ? ( sambil memuncungkan mulutnya sepanjang 3.49 cm )

Debab    : Apa ? siput babi tu ke maksud ko ?

Botak     :Ye la..ada benda lain ke pon kat situ ? haishh... ( sambil mata ke atas , tangan di dada )

Debab     : Owh , mana la tau..nampak.Apsal ? Gaya ko bajet tak pernah jumpak siput tu je...haha..

Botak     : Bukan la macam tu...Eh , ko nak tau satu fakta menarik  tak pasal siput ni ?

Debab     : Fakta ? apakah ? cecite  , cecite ( pengaruh movie terhadap budak2 zaman sekarang )

Botak      : Tapi sebelum tu , aku nak tanya ko something.Boleh ?

Debab     : Hek eleh ! tanya je lah..nak kena mintak izin bagai plak..tetiba jadi sopan ni pe kes ko ? ( sambil tersenyum ala2 mengejek )

Botak      : Hehe , aku memang sopan pon..ko je taktau ( tersenyum malu2 kucing )..Hmm ,  ko tau tak kenapa siput babi ni jalan slow ?

Debab     : Erkk , entah.Dah Allah ciptakan dia ( merujuk kepada siput ) slow macam tu .Kan setiap ciptaan Allah tu ada hikmahnya.Boleh terima ke alasan tu ? ( sambil garu2 kepala )

Botak     : Dah agak dah jawapan ko mesti macam tu.Nak tau tak , sebenarnya kesian sangat kat siput babi ni.Huhu..

Debab    : Woih ko ni . dengan siput pon nak tacing2......poooraah !

Botak     : Ko jangan nyampuk boleh tak ? aku tak habes cakap lagi ni.

Debab    : Oh yeke.Sori2.Haaa , sambung la balik

Botak    : Sebenarnya....siput babi ni jalan lambat sebab dia konfius sama ada dia ni siput ke     babi..kah3 ( gelak sambil menekan2 perut )

Debab   : Hak aloh ! terkona den -.-''   zzzZZ 

----------------------------------------------------------------
Situasi di atas diadaptasi dari kisah benar.Hanya nama2 watak , lokasi , masa yang di ubah agar tidak menyinggung mana2 pihak.Harap maklum ;)


Saja nak lepas gian menaip.Haha.Sebenarnya , aku dah mula mengantuk dalam usaha menghabeskan buku ARMAGEDON 2012..huhu..Malas nak tido , so aku pon update la blog ni even aku tau ' fakta ' ni dah lama tersebar.Tapi saja nak share jugak kot2 la ada yang belum tau.Kan ? Tu je , sekian ;) * dah takde ide lain sebenarnya =P


picture:credited to Yahoo Images :)