Friday, April 01, 2011

SUSAHNYA JADI VOLUNTEER !

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum :)

alhamdulillah , baru malam ni berkesempatan dan rajin nak meng'update' blog ni.haish.entry kali ni nak story pasal Volunteer Job yang aku buat last saturday.kiranya , nak story cerita basi la..dah seminggu expired -.-''.Apa2 pon , nak jugak tulis ! Act , this week busy sikit.kena siapkan tuto math and ada quiz pulak tu.so , kena focus on study dulu la kan.blog jatuh tangga ke-2.

the poster ;)
okey , alkisahnya bermula....

seawal pukul 8.45 , kitorang dah terpacak kat bas.around 9++ baru gerak ke sunway.sampai sana , tunggu lama la jugak untuk registration.ramai volunteers dari WWF yang terlibat.diorang memang busy la dengan segala macam benda.

lepas register , kitorang dipecahkan kepada beberapa 'station'.aku dapat 'station' yang dekat2 dengan Mcd tu.then , pecah lagi kepada beberapa group.each group ada dalam 4 orang.campur la , 2 lelaki and 2 perempuan.plus , campur jugak budak CFS IIUM dengan budak2 from taylor's.aku se'group' dengan encik harris , encik azmi and zhen ji.*not sure la eja macam ni ke tak * haha.

apa je kerja kitorang ni ? haa , ni nak story nih.kami dibekalkan dengan berkeping2 pledges untuk ditandatangani , and keychain sunway special edition sempena earth hour , glow in the dark hand band sebagai souvenir untuk anyone yang sign pledges tu.

the hand band

tambah koleksi button !

tugas kitorang , approach seramai orang kat sunway tu.then , mintak diorang sign that pledges.explain la pape yang patot pasal earth hour tu.sebab ada jugak yang kitorang jumpak tu taktau pon apa benda earth hour tu.hoho.mula2 memang terkial-kial gak la macam mana nak approach orang.haha.tak penah seumur hidup aku buat benda alah ni.

tapi lama2 ok jugak la.baru aku tau betapa SUSAHnya kerja as promoter.huhu.SUSAHnya nak approach orang.macam2 jenis manusia yang kami jumpak.serius , buat kerja ni memberi aku satu pengalaman baru yang memang menguji kekuatan fizikal dan tahap kesabaran aku.

moral yang aku dapat , kalau kita tengah shopping / jalan2 , then ada orang datang approach kita , tolong la bagi respon.even just by saying ''no.thanks''.sebab --> sangat la sakit hati kalau orang yang kita tegur just buat dunno je.sob ='(.at least bagi la respon sikit , jangan buat2 tak nampak pulak.padahal orang tu kat depan mata.huhu.* menulis berdasarkan pengalaman *.

sesi meng'approach' orang ni habis around 12.30.another group pulak take over.kira macam tukar shift la.heheh.lepas tu , kitorang semua bebas la nak buat aktiviti apa pon.sementara nak tunggu kemuncak earth hour pukul 8.30 malam.aku dengan aina decide nak buat wayang.eh silap ! tengok wayang daaa..ehehe.so , pi beli tiket citer Hikayat Merong Mahawangsa pukul 3.55.then , zohor.pastu makan kat Popeye.lepak situ lama la jugak.

half of our lunch :)

overall cerita HMM tu best la.4 bintang.hoho.malas la nak buat review macam citer Ngangkung yang aku buat dulu tu kan.hee.keluar cinema , pi surau.asar.rest jap.maghrib etc.

pukul 8 , kitorang semua gathered kat main entrance sunway.time tu , semua volunteers including dari UIA , UM , TAYLOR ,KDU , WWF dll sume dok sekali la.dapat lilin kecik sorang satu.hehe.persediaan nak tutup lampu.so , that time ada la ucapan perasmian etc.tak dengar sangat pon sebab bising kot.huhu.

ada show dari wwf , budak2 sekolah mana entah.plus , ada dance show segala bagai.part ni macam tak best la.sebab persembahan dia macam ala2 tak seswai la dengan kita.terjerit2 and terkinja2 pon ada.kitorang ni tengok jelah.plus , mostly kat situ adalah non-muslim.so , komfem la budaya diorang lain daripada kita kan.so tak boleh nak salahkan diorang sangat la...pape pon , yang baik jadikan ikutan,yang buruk jadikan sempadan k.

pukul 10 , kitorang blah dari situ.berkumpul tunggu pakcik bas uia datang jemput.hoho.masing2 muka dah agak selebeh.hahaha.mana taknya , seharian berkeliaran kat sunway tu.dari pagi sampai malam.bertanduk la jugak tunggu -.-''.alhamdulillah , pukul 11 malam selamat mendarat kat bilik terchenta.

so , conclusion nya , kerja volunteer ni memang bukan senang...memerlukan kekuatan yang jitu.dan jangan memandang rendah kerja as promoter.sangat susah nak approach and yakinkan orang.huhu.lepas ni insyaAllah kalau tengah2 shopping or jalan2 kat mana2 , then ada orang nak mintak pledges /promote pape , aku akan bagi respon.even just say ''no'' sambil tersenyum maneh umpama madu.ha-ha.sebab , aku komfem akan ingat betapa peritnya rasa kalau orang ignore je teguran kita -.-''.sumpah makan dalam.

so , tu jelah yang berlaku sepanjang sabtu lepas.program ke-2 yang aku join under CFS IIUM Environmental & Nature Club in collaboration with WWF Malaysia.

Kat bawah ni serba sikit gambar untuk event ni : * ada yang di cilok dari FB WWF and certain dari Programme Manager  which is Fa Zo


 before bertolak ke Sunway :)


the volunteers !

institut perguruan guru tengku ampuan afzan , kuala lipis

view of klcc and kl tower during earth hour


institut perguruan guru tengku ampuan afzan , kuala lipis

entry lepas ni , nak cerita pasai ragam2 manusia yang kumpulan aku jumpak time mengumpul pledges tu.hihi.insyaAllah :)

adios and wassalam










Sunday, March 27, 2011

BOOK XCESS

In The Name of Allah The Most Gracious The  Most Merciful

assalamualaikum ;)

Hari ni outing lagi.padahal semalam dah seharian kat sunway piramid.Tapi hari ni just outing pi Amcorp Mall.dekat je pon.naek LRT baru 7 kupang.hehe.Actually , dah lama plan nak pi dengan cik nami dan cik aina.Plan nak serang and borong sakan kat BookXcess..heheh.around 2.30  baru keluar and 4.45 dah terpacak kat bilik.


so , post kali ni nak kongsi la buku apa yang aku dah TERborong =P


hah ! part ni memang tak boleh blah..murah gilaaa...dah la buku2 bestseller...rasa nak kaut je semua2 tuh..naseb nafsu dapat dikawal..ahah =p


yang ni aku pilih dari part under RM10 tu


cecelia ahern is one of my favourite writer ^^


buku ni pasal simple biografi stephenie meyer..sapa peminat twilight kompom kenai ! yang ni lagi murah..RM5 ja.aku sambar dari ''Bargain Bin Sale''..harga serendah Rm1-RM8 SAHAJA ..memang boleh buat aku hilang kawalan -.-''



wallaweh ! dah lama nak beli buku ni..alhamdulillah , hari ni berjaya gak.Hari tu almost nak beli dah kat POPULAR , but then tak jadi sebab nak save duit.Harga kat sana dalam RM30 ++

memang rambang mata tahap petala ke-7.haishh..habes duit kat situ ja.tapi memandangkan mak abah serta kaum kerabat  tak kisah perabes duit untuk beli buku , maka tak la terasa sangat RM52.70 yang TERmelayang tuh...hehe.terima kaseh ya semua kaum kerabat sebab support hobby saya.ahaks ;)

so , kepada penggemar buku2 English , boleh la pi sini ye.jimat and berbaloi-baloi.recommended to all.

thats all.alkisah pengalaman aku jadik volunteer WWF untuk earth hour semalam insyaAllah akan menyusul dalam masa terdekat.haha.

adios and wassalam =)


# tutorial math 2 tak siap lagi..haiyok =.=''

Friday, March 25, 2011

WHAT ON EARTH IS EARTH HOUR ?

In The Name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

assalamualaikum :)



26 March 2011 , sabtu bersamaan dengan esok adalah hari sambutan earth hour.rasanya  majoriti dah tau kan ? so , hari ni nak share la sikit pasal earth hour ni.alang2 tengah buat research sikit pasal ni memandangkan aku dan kawan2 se'CFS' akan ke Sunway Pyramid besok.Bukan nak pi bershopping sakan ye.Nak pi jadi volunteer untuk event earth hour ni la.Kitorang akan ada kat sana dari jam 10 pagi - 10 malam.ho-ho.program ni organised by CFS Nature Club in collaboration with WWF.kiranya ni program ke-2 yang aku join under nature club and WWF.1st programme aku join is Beach Walk Campaign kat Tanjung Bidara..full story pasal ni boleh usha--> SINI.Laporan penuh pasal program kitorang kat sana plak insyaAllah akan menyusul dalam entry akan datang.hehe.

so , ni serba sikit pasal Earth Hour.

E.H ni actually dianjurkan oleh World Wildlife Fund a.k.a WWF.selalunya akan disambut tiap2 sabtu minggu terakhir dalam bulan march..event ni first dibuat kat Sydney masa tahun 2007.start dari tu la , negara2 lain pon join.time ni , seluruh penghuni muka bumi digalakkan untuk tutup lampu and segala perkakas yang menggunakan elektrik.apa motif dia susuh tutup lampu segala bagai ni ? haa..good question ! jawapannya sebab nak meningkatkan kesedaran kita la.kesedaran untuk sama2 ambil berat pasal pemanasan global yang makin serius ni.nak tau lebih lanjut pasal pemanasan global / climate change ni sume , korang pandai2 la google sendiri k?hoho.

untuk pengetahuan , ada la sorang hamba Allah ni , aku bahasakankan sebagai si polan je la eh.si polan ni berpendapat yang EH ni hanyalah benda yang sia2.takdak faedah.sebab katanya lagi , dengan hanya padam lampu selama sejam adakah cukup untuk buktikan yang kita ni sayangkan planet? padahal on the same time dok pulun buat pembangunan sampai abes kawasan hutan digondolkan.huhu.ada sapa2 setuju dengan si polan tak ? =.=''

tapi pendapat aku pulak , tak salah kita nak sama2 join EH ni.tak merugikan pon.at least kita support usaha yang baek.even memang la pada dasarnya , bumi kita yang dah makin nazak ni tak boleh 'sembuh' dengan hanya tutup lampu sejam.kalau macam tu senang la kan? takyah la WWF and NGO lain nak kempen sana sini.semua saintis pon tak payah pening2 kepala pikir macam mana nak selamatkan bumi.kesian depa , major pikir sampai jadik botak.kuang3 =P.lagi pon , EH ni tak bercanggah pon dengan amalan agama kita.kan3??untuk pengetahuan jugak , padam lampu selama sejam ni simbolik yang membuktikan setiap usaha untuk selamatkan planet kita ni boleh berjaya kalau kita semua boleh bergabung.sehati-sejiwa.bekerjasama and lain2 perkataan la yang sama erti.


tak paham?

macam ni --> cuba korang pikir ; kalau penduduk sesebuah negara tak kira la bangsa apa,agama apa,even orang tu pagan sekali pon boleh tunjukkan kesepakatan untuk sama2 padam lampu and bergelap selama sejam time EH ni , kenapa pulak diorang semua ni tak boleh sepakat untuk hal2 lain yang boleh menyelamatkan bumi ni? see , ada bukti yang tunjukkan setiap usaha tu ada possibility untuk berjaya KALAU ada kerjasama semua :) nothing is impossible kan?

apa2 pon , selamat memadam lampu and lain2 electrical items yang berkenaan kepada sesapa yang TErgerak hatinya untuk sama2 menyokong niat murni ni.pukul 8.30 malam ye.kalau taknak pon takpa.tiada paksaan.tapi , cuba tanya diri kita , apa yang kita dah sumbangkan kat bumi ni? adakah dengan membuang sampah merata2 ? 


membazir elektric? 


etc.renung2kan dan selamat beramal.hehe.

sapa2 yang berminat nak sokong usaha ni , boleh sign pledges kat sini livegreen.wwf.org.my.simple je , just isi sikit info korang contohnya nama , state etc.pledges ni macam ikrar kita la untuk sama2 sokong usaha ni..pledges ni pon bertanding tau , negeri mana yang paling banyak rakyat dia sign.sekarang ni selangor tengah leading if tak silap.hoho.oqang kedah mana?? cepat pi sign !! ha-ha.( tiba2 semangat kenegerian ) .home page earth hour boleh pi kat sini http://www.earthhour.org.

okeylah tu ja nak share.mata pon dah ngantuk.hihi ^^

eh lupa , ni nak pesan sikit ;

jangan suka pandang rendah or memperlekehkan usaha orang lain untuk buat perkara baik.kalau taknak buat , diam2 sudah.tak pon come out la dengan solution yang lebih baik dan bernas. ( kalau fikir diri sendiri dah cukup bergeliga kan ? ) 

tu je.thanks for reading.just drop your word if you want.it never will bring you any harm.believe me. =P
adios and wassalam =)


#  Earth Hour 2011 pada 26.march = my birthday .A bunch of thanks  kepada semua yang wish.No matter by  phone , FB , face to face  etc.Makin bertambah usia , semakin dekat dengan mati.Kan3 ?huhu.Apa2 pon nampaknya tahun ni aku sambut birthday kat sunway pyramid dengan menjadi seorang volunteer.should be nice experience.Yeayh !

Thursday, March 24, 2011

MUET

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum :)

ho-ho-ho.tepat jam 7.00 am tadi dengan penuh rasa dup-dap-dup-dap aku pon buka www.mpm.edu.my.buat apa ? check status permohonan untuk exam MUET la.hadoyyhttp://matcuoi.com

so here it goes :


CODEPAPERDATETIMEDURATION
800/2SPEAKING5 APRIL 201111:00am30 minutes
800/3READING16 APRIL 20118:00 am - 9:30 am90 minutes
800/4WRITING16 APRIL 201110:00 am - 11:30 am90 minutes
800/1LISTENING16 APRIL 201112:00 noon - 12:30 pm30 minutes



waa..cuak gilaaa kot.sem lepas dah la tak belajar English dah.just belajar time sem 1 dulu.Then , alhamdulillah exit :).so, no need to learn English anymore.but , ni kena MUET pulak.huhu.Dah lama la jugak tak buat essay bagai.speaking pulak, kadang2 je.bila tetiba mood omputih mai.ha-ha.5 APR tu berapa hari je lagi..tolak makan , tidoq , tandas , lectures , sembang , etc.etc tinggal la dalam 2 hari je kot.hoho.Ya ampun ....gimana ni? ada enggak sesiapa yang bisa nolong gue ? *siaran lari.masok line Indon plak.heh http://matcuoi.com*


kepada sesapa yang senasib tu , all the best ye.jom pulun asah skill English sampai berkilat.syinggg !! ahaks...biaq time exam nanti lancar je sume macam pakai minyak pelincir gitu.wahaha.

kalau nak any rujukan online , boleh pi kat sini ---> CLICK2..kalau ada sumber rujukan lain , bagi tau la yer.kan ke sharing is caring ? hee.

sapa2 sudi nak share pengalaman ber-exam MUET or nak kasik tips / skill mantap ke ?..you are kindly invited to do so.

kepada yang sudi membaca luahan seribu satu rasa aku ni , tak kira la drop komen ke or just being a silent reader..terima kaseh diucapkan.haha.kalau sudi tu doakan la sekali.mudah-mudahan segalanya berjalan lancar.and most important , dapat result yang mantop.Target ----> Band 6 *tak salah kan berangan? hihi ;) *

tu je untuk petang khamis ni.
adios and wassalam :)


  # agak2 topic apa eh untuk speaking part ? politic issues ? ermm *wondering *



Tuesday, March 22, 2011

PENDEDAHAN IKHLAS DARI AKAK YANG BAIK

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum :)

entry khas untuk adek2 SPM 2010.1st of all CONGRATULATION to all of you no matter berapa pon yg korang dapat k?setiap ketentuan tu pasti ada hikmahnya :) chill je k..kejap je isu result2 ni.setahun dua lepas ni basi la. orang tak tya dah.hehe.tapi , bersedia la , orang akan tanya berapa pointer pulak..hadoyai ~ 4 flat ke ? perghh..makan dalam soklan tu.hahaha.LOL.

kepada yang straight A+ , korang memang hebat gilerr r..hehe.congrats2.Bila dah berjaya jangan sekali-kali memandang rendah pada orang lain tau.jangan lupa orang di bawah anda.ikut resmi padi.makin berisi makin tunduk.   # eceh ! asal gaya aku cam motivator neyh? heh

kepada yang kurang berjaya pulak ; jangan down sangat.perjalanan masih jauh.SPM tak menjanjikan segala2 yg indah di masa dihadapan.ramai je kat luar tu yang SPM macam hampeh , but diorang berjaya dalam hidup.kadang2 , lebih hebat dari orang yang dulunya kaw2 nye score time SPM.sebab kita kena ingat , rezeki tu di tangan Allah.kita sebagai hamba ni hanya mampu berusaha dan bertawakkal.

kalau rasa sedih sebab tak dapat fulfill parent's demand / rasa macam tak dapat jadik anak yg boleh dibanggakan , kena janji dengan diri sendiri yang korang akan cuba lagi.don't give up.tu yang penting.time matrix/dip./degree nanti , pulon kaw2 nyer.hehe.insyaAllah boleh.lagi pon banyak lagi cara nak banggakan mak ayah kan? dengan menjadi seorang manusia pada erti kata yang sebenar.bukan sekadar nama.

kepada sapa2 yang apply scholar tu , all the best ye korang.akak  (kata ganti nama aku telah diubah mengikut kesesuaian )  tak dapat pon dulu.9A 1B pon tak laku dah sekarang ni.haha.tapi bersyukur seadanya.even tak dapat fly oversea macam kawan2 lain.and just tersadai kat UIA ni.wahaha.pilih betol2 jurusan yang korang minat and rasa mampu nak hadapi.be wise in making your decision okey adek2 ? eheh.

....................................................................................................................

okey , now nak story kisah 'akak' plak.

Alhamdulillah result SPM 2009 dulu , akak dapat 9A 1B.B for add math.subject yang mmg akak lemah.dapat B tu pon macam ''wah ! unexpected''.Serius !  , akak nangis tau lepas jawab paper add math tu.hehe. ( pssst , jangan gitau orang lain.hee ).tapi chemistry is my favourite.Love chemistry^^

 macam ni la rasa lepas jawab add math dulu.haha.tapi takde la sampai nak bunuh diri.rasa cam nak bunuh cicak jek ! wakaka

try la jugak apply scholar MARA even chances macam senipis cadar katil.hoho.Ye la kan , ramai lagi yang straight A's kan.tapi rezeki tak menyebelahi.mula2 mmg frust menonggeng la jugak.tak dapat kan.tambah2 plak dok baca status FB kawan2 yang dapat MARA/JPA sume tu.Seriously , agak down jugak at that time.

Then , dapat tawaran pi Kolej Mara Kulim [KMM].Excited gila.Siap join group KMM kat FB lagi.berkenal-kenalan dengan kawan2 yang senasib.masa tu , result UPU blom kluar lagi.mmg dilemma nak accept ke tak.

Lepas tu , alhamdulillah.dapat offer buat Foundation in Physical Science kat UIAM.even , tu bukan 1st choice.After pikir2 sampai berpeluh cerebrum ,akak decide accept offer yang UIA tu.Lepas orientation week , kitorang boleh apply untuk tukar kos.And alhamdulillah sekali lagi sebab application akak untuk tukar amek Biological Science diterima.sebab akak sangat minat belajar Biology :) dan kurang minat Math ( gara2 tak dapat score yg terbaek dalam add math dulu.eheh )  maka , pada saat ini , akak dah pon berada di sem 3 kat Centre For Foundation Studies UIAM ni.tinggal lagi satu sem.insyaAllah , Januari 2012 nanti akan menjejak kaki ke main campus UIAM kat Kuantan sana.doakan akak ye adek2 sekalian.hoho^^.

Apa motif akak cerita semua ni kat korang ? haa , actually the main point nye --->perancangan Allah adalah yang terbaik.bersyukur seadanya.Even mula2 akak bukan main frust tak dapat fly oversea.pastu frust lagi tak dapat offer buat farmasi which is my dream since form 4 lagi.tapi alhamdulillah , sekarang akak happy with my life.

nak tau apa hikmah yang akak dah jumpak disebalik ketentuan akak yang tak dapat fly tu ?.hehe.dok kat uia ni , akak dapat balik rumah bila cuti.haa ! tu yang paling penting.besar2 pon still homesick lagi.hihi.kalau dok oversea , susah la kan.

lagi , akak selalu la dapat jumpak kawan2 lama.yang skolah rendah pon dapat face to face lagi bila sama2 cuti.kan best tu ? hoho.akak rasa tak rugi pon dapat uia ni.akak dah pon rasa experience belajar dengan lecturer foreigner.see , apa yang ada kat oversea , almost sume yang ada kat Malaysia.tapi banyak yang ada kat M'sia takde kat overc. bukan la nak kata dapat overc tu tak bagus ke hape.but , cuba kita renung balik.setiap apa yang Allah dah aturkan tu ,adalah yg terbaik untuk kita.jangan sekali2 salahkan Allah atas apa yg kita terima.nasihat untuk diri akak jugak ni.  # muhasabah

plus , mak akak memang tak berapa setuju kalau akak nak gi overc.hehe.anak bongsu kan.kadang2 rasa mcm budak kecik pon ada sebab over protecti0n yg akak dapat.hee.but it doesn't bother pon.tu tandanya kita disayangi.kan3? hehe.mak akak cakap , kalau nak pegi pon , tunggu la besaq sket.time buat degree/master/phd ke.haa, time tu pi la.green lite punya.kalau pi dgn husband lagi bagus  (ok.yang ni akak yg tambah sendiri.ha-ha )

yang pasti , setiap perkara ada pro and con :) 
...............................................................................

moral of the stories ; terima segala result / ketentuan dalam hidup kita.kerana Allah adalah sebaik-baik perancang.tapi jangan la sampai taknak usaha langsung and depend on takdir semata-mata.usaha then tawakkal.doa jangan lupa.doa tu kan penghubung kita dengan Yang Esa.plus , doa itu senjata orang Mukmin :)

okey ye adek2 , itu je tazkirah kita pada malam ini.hehe.all the best in your future undertakings.May Allah bless.Don't give up !


don't be hesitated to drop your words k.any comment , ketidakpuasan hati boleh luah kat sini kalau nak.hihi 

tu ja pesanan khidmat masyarakat dari akak yang baek kepada adek2nya yang notty. # bajet

adioss and wassalam ;)


#  SBPI Gopeng 2nd in Perak.kalahkan STAR and bawah MCKK.hoho.cograts to all my juniors there.and to the teachers also.u guys rock.hehe.miss IGOP soooo much =.=''

Monday, March 21, 2011

NEW SEMESTER STARTED

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum..

wah ! hari ni dah start sem 3 untuk students CFS IIUM yang ambik short sem.tak sangka sebulan cuti dah tamat rupanya.huhu.semalam aku sampai uia ni around 7 mlm.so , hari ni baru daftar kat mahallah office and ambik kunci.this sem dapat katil atas.biasa la , orang terakhir yang mai.hehe.roommates still sama ; cik aina and cik nami.

alkisah kelas hari ; isnin kelas pukul 11-1.ingatkan 1st class ni just introduce diri + berkenalan dengan klasmate baru + briefing je.last2 , siap start belajar dah .yang lagi advance tu , sebab dah dapat soalan tutorial.haha..amacam ? mantop kan??.aku dah la pi kelas tak bawak calculator -.-''

alhamdulillah sebab dapat lecturer Mdm Laili.beliau lecturer math 1 aku time sem 1 dulu.hehe..so , kira senang siki la untuk any urusan kan.plus , madam pon still kenal lagi muka aku + firus + hajar.hehe.kitorang ber-3 je yang still sama kelas dari sem 1 sampai sekarang.yang lain semua stok classmates baru.

ni jadual aku untuk sem 3 ni ;

mon ; 11 am - 1 pm
tue ; 2 pm - 4 pm
wed ; 9 am - 11 am
thurs ; 11 am - 1 pm
fri ; 8 am - 10 am

ikutkan plan, nak ambik math 2 and Understanding Islam [UI] sekali.but , tak dapat sebab kelas untuk UI sikit je kuotanye.so , dah tak cukup kelas.means , menghadap math 2 je la hari2.heheh.may Allah bless :)

Actually , math 2 is not about algebra.it's about calculus + statistic

even dah start sem baru , insyaAllah aku akan terus berblogging.selagi ada benda nak dicampakkan kat blog ni.haha.tu je la untuk hari ni.

sekian.adios.wassalam :)



 homesick already.makan nasi pon tak habis lunch tadi.nak yg mak masak..uwaaa T.T''