Sunday, September 16, 2012

NEW PHASE JUST STARTED

Hello to my dearest abandoned blog.After so long , and today is the day to come here and keep this cheap blog alive.haha.Nothing so special to story about.just updating a lil bit about the new semester.Here , in this jungle of kuantan.i'm writing this right now because i am bored...3 days of holidays , without going anywhere special , is a great torture to me.Heh.

Now , i'm hibernating in my clean , organised and of course beautiful room :p My compartment to be specified.Mizah and Dat are not in the room right now.Have no idea where they have been..ME ? dah banyak keluar this 1st week of new sem.Tadi plan to have dinner at Tg Lumpur , the most favourite place for seafood hunter.At last , dinner kat Suzana je ( malas nak cerita pasal apa plan asal tak dapat dijalankan ) Minggu ni ja dah 4 ke 5 times asyik keluar je..Cannot resist la dok dalam campus je.HAHA.Purse pon sampai dah nipis.Hows sad it is kan? *teqeyak*

The first day sampai kuantan , terus lepak kat cik wani's room.She's my exrumate at CFS and also my schoolmates kat IGOP dulu.Met aina and nami too.Had our breakfast together.Gossiping and etc etc.Just welcoming three of them to this Garden of Knowledge and Virtue.IIUM Kuantan.Hebat2 belaka my ex-rumates ni.Cik Nami from biomedic dapat tukar Pharmacy.Cik Aina from Nursing dapat tukar to Pharmacy and Cik Wani fisiotheraphy which is the first batch here.Congrats geng ! ;)

Anyway , back to the main business , sem ni ambik 5 courses.Which are :
  • Organic Chemistry
  • Introduction to Microbiology
  • Calculus for Biotechnology
  • Islam:Knowledge and Civilization
  • Bahasa Melayu
Seriously , sangat awkward + lawak + feeling- tak- tau nak describe masa first class BM.After so long tak belajar and then you came across  kelas yang cikgunya cakap BM baku and every terms dah diterjemah ke Malays.Soooooo awkward . Semua orang macam blurr bila lecturer cakap '' saya akan ceritakan mengenai RANGKA KURSUS ''..1 2 3 seconds later '' owhhh...course outline = rangka kursus ''.Big laugh everyone.Dah la cikgu nya Chinese.Double awkward.Antara translation yang best lagi : thumb drive = pemacu jari | powerpoint = kuasa penitik etc.Hehe.Tapi , BM tetap best ! yeah * hopefully *

Timetable quite okay.I can accept it.Even though i've class everyday ( mon - fri ) but still Alhamdulillah , because i've NO NIGHT CLASS.Most of my CTS friends have night class ( BM ) and the same goes to some friends from KAHS ( phyco )..Fuh , alhamdulillah again and again :D

First week is not hectic yet.Few classes , not-so-easy-first chapter for every subject , few cancelled classes ,  and no lab are good enough for us to enjoy :p keh3.Still adapting to life campus after 3 months enjoying holidays like a boss.No more goyang kaki , makan - tido lifestyle :'( uhuks.How bad.
New semester , old friends.Haha XD Muka muka bahagia di awal2 sem. # First picture taken in this semester.

Now , talk about new room pulak.View from our room memang tak best.Facing the construction site (iium  hospital in the making ) , is not good at all.Indeed.Started early in the morning till late night , keletung-keletang je yang dengar.Pencemaran bunyi weh >< Terpaksa habiskan duit beli tinted tingkap yang mahal itu ( RM 23.90 per metre) sebab if tak pasang , memang tak boleh buka langsir.How i wish i'm still at Maimunah 4 like last semester.Huhu.Rumates still the same except Husna.The 'cruel' MO changed husna to the next room.But nevamind , we still can meet and guess what , we still solat jemaah together in my room.Just like the semester before ;) Husna will come to our room every maghrib and isyak.

Picture taken after came back from celebrating Husna's birthday at Jungle.September 12th. ( Kuantan people know whats that jungle means.hehe ).Btw, cantek kan bilik kami ;3 Complete with the meriah-raya-like curtain and carpet.Compartment B is Nadia's and C is mine :)

Nice view from our condo..Huahua -..-''

 If condongkan kepala sikit dari tingkap tu baru nampak masjid.Alhamdulillah.Dengar azan memang jelas :)
 

Sooooo, enough kot entry pasal new sem ni , panjang bebel kan :p



# i should  read the student safety contract for my organic chem. lab after this >.< bye bye :*

Saturday, September 01, 2012

HOMEMADE ICE CREAM

Assalamualaikum :)

Sebulan blog bersawang.Padahal tak busy pon.Almaklumlah cuti semester yang panjang berbulan-bulan.Hehe.Malam ni baru teringat yang diri ni ada sebutir blog :p .So , nak update pasal ice cream je.Homemade ice cream.Sonang ajo cara2 nya.Yang aku buat malam ni ice cream perisa jagung.So , here's the recipe :)

Bahan-bahan :
1 cawan coffemate
1 cawan gula icing
1 tbsp ovallete
2 cawan fresh milk ( mesti dalam keadaan sejuk )
1/2 jagung tin ( dikisar terlebih dahulu )
1 sudu besar pati jagung

Cara-cara :
1. Putar semua bahan kecuali jagung kisar & pati jagung selama 15 minit
2. After dah kembang dan gebu , masukkan jagung kisar & pati jagung.Putar for another 5 minutes
3. Setelah sebati , masukkan ke dalam bekas and keep in the fridge !

Tadaaaa...senang kan ? Lepas ni tak payah beli dah ice cream kat kedai yang mahal and usually ada gelatin tu.Buat sendiri lagi jimat.Hehe.Selalu kat rumah , buat chocolate , strawberry or corn flavour je.Lepas ni nak try oreo ice cream pulak kot.InsyaAllah.










kalau ikut sukatan bahan2 kat atas ni , akan dapat 5 tupperware bulat tu.


multipurpose mixer yang banyak berjasa.Kalau guna yang biasa tu , tak power sangat.So adunan tak berapa kembang nanti.

Tadaaa , biarkan adunan tu beku dan ready untuk dibaham..Yang warna pink tu kakak buat.Perisa strawberry.Aku tak minat strawberry sangat.Sebab tu buat jagung/Actually nak buat chocolate flavour , tapi stock susu coklat takdak pulak dalam fridge.So , jagung pon okay la.

Selamat mencuba ! sebelum start , jangan lupa baca bismillah.Hehe.Nantikan kemunculan resipi lain pulak lepas ni :P  Adios !

Thursday, June 14, 2012

KLIBF 2012





Assalamualaikum :)

Alhamdulillah , tahun ni berjaya jugak menghadirkan diri ke KLIBF.Hutan Kuantan ku redah demi jejak ke PWTC..cewah ! ( p/s : entri basi sebab klibf dah lama menutup tirai :p) 

Alkisah , klibf tahun ni pada tarikh 27 APRIL- 6 MEI .At that time , agak busy dengan assignments ( alert dengan 's' di hujung perkataan assignment itu)  dan case study subject management yang menuntut pengorbanan masa dan tenaga.Weekend pon tak free memandangkan ada kelas management.Kepalang sedih mengenangkan tak dapat hadir ke klibf tahun ni.Melepas sponsorship RM200 from my sis :p 

Andai tertulis ada rezeki , pasti ada :) Alhamdulillah , cuti sempena hari buruh membuka peluang.Ahad ( 29/4) , kelas management dari pukul 9 pagi - 6.30 petang.Isnin ( 30/4) kelas biostatistics dari pukul 8 pagi - 11 pagi.Plan asal nak overnight dekat uia gombak tapi 'halangan' kelas membantutkan hasrat.Tapi itu bukan alasan untuk tidak meneruskan hasrat.Dengan semangat yang bersisa , aku dan Nadia ( cik roommate ) nekad untuk balik hari from Kuantan - KL.
Maka nya , 

seawal 7 pagi , 1 MAY - kami bertolak ke terminal bas.Tiket pukul 8 dari kuantan ke KL.Alhamdulillah , everything went smoothly.What most important , dapat jumpa cik adilah safian a.k.a cik DILE jugak ! one of my bestie since high school.UIAM'ian jugak.Pure Architecture to be specific.Gembira tak terkata , lama tak jumpak oi.

Pusing , tawaf , jelajah etc dalam pwtc tu.At last , beli 2 buku je.kui3.Tak macam last year , borong sakan sampai tak cukup tangan.hehe.Then , shopping time ! The Mall and Times Squares je lah yang paling dekat and senang nak pergi untuk mereka yang menaiki LRT & Monorail ni.Hewhew.

Alhamdulillah , selamat sampai bumi Kuantan pukul 11 malam.New experience.Nice journey.Thanks kakak for the sponsorship.Macam annual sponsorship pon ada , rm200 for each KLIBF.Hihi.Thanks Nadia , peneman setia & thanks dila for the sizzling and dating ;p

Hasil dari KLIBF :p - 

 on my way to finish this book :)

TITLE : CELIK MATA & JIWA
PRICE : RM 29.90 / RM 39.90 (Sabah/Sarawak)
PAGE : 96
PUBLISHER : AsSohwah Enterprise 

Done with this book on my 5th day of  holiday.Novelet tarbiah 2 in 1.Latest masterpiece by Ustazah Fatimah Syarha and her husband.Genre : bukan jiwang.Tapi sweet.Superb love.Memang high class.One comment : i hope my future husband read this book too.LOL ;p

TITLE : Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu
PRICE : RM22.00 / RM 24.00 ( Sabah/Sarawak)
PAGE : 492
PUBLISHER : Galeri Ilmu

aaaaaaaaaaaaaaa..antara kenangan paling best.Bergambaq dengan one of my favourite speaker/writer.Dr.Muhaya.Terubat kecewa tak dapat hadir talk masa beliau datang uia kuantan atas sebab yang tak dapat dielakkan hari tu.hewhew.Masa kat pwtc hari tu , jumpa ramai writer/artist lain jugak.Fetri Yahya , Ustazah Fatimah Syarha , Dr.Farhan Hadi , Rabbani etc.Tapi , segan nak take picture.Hihiii.Plus , keadaan yang terlampau 'sardin' memang mengehadkan pergerakan ><

buah tangan dari TS.Lol.Shopping dengan cik Dila , terkeluar la aura perempuan aku.haha.Cik Dila beli panda , aku beli lady bird.Cik Nadia ? ni haaaaa yang dibelinya ...

'baju' baru untuk encik samsung ace beliau XD

Itu saja cerita KLIBF untuk tahun ini.2012.Ada rezeki , tahun depan datang lagi.Hehe.Biar tercampak di ceruk hutan Kuantan , lautan bangunan pencakar langit Kuala Lumpur tetap ku tawanhttp://matcuoi.comMoral : Hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih.Di mana ada kemahuan , di situ ada jalan.Di mana ada jalan , di situ ada kedai burger. ( mood: rindu nak buat esei bahasa melayu.kekeke)

Tata :)




Tuesday, June 12, 2012

EPIC

Assalamualaikum :)

 Allah ! lama sungguh tak menaip dekat blog ni.Tengok date last entry is on 14th April.Memang dah basi.Nak buat macam mana , agak busy dan banyak prioriti lain.So , important thing first la kan.Alhamdulillah , 7/6 last paper untuk final exam sem 2 2011/2012..9/6 , malam baru gerak balik Kedah.Perjalanan yang agak epic untuk dipahatkan dalam kotak memori.Hewhew

Habis last paper which is Molecular Cell & Biology pukul 11 pagi 7/6.Tapi tiket Kuantan to Kedah 9/6 pukul 8.45 malam.Balik lambat sikit sebab tunggu cik Husnee habis her last paper.Masa yang ada digunakan untuk tawaf Kuantan.Hehe.

Alkisah , bermula petang 7/6 :

Habis je exam , bergegas balik bilik.Lepas lunch , terus sambung kemas barang2  yang berlori tu.Pukul 3 , start pindahkan barang2 ke block Maimunah 6.Sem ni duduk Maimunah 4.Tapi next sem kena pindah ke M6 pulak.Serious sangat sedih sebab M4 best.Pemandangan pon cantik.Tapi M6 , buruk gila scenery dia.Tambah sadis sebab tingkap pon tak boleh bukak.Ada construction kat belakang tu.Huhu.Berapa round entah baru habis pindah barang ke stor M6 tu.Berulang alik dengan Nadia , cik roommate.Ketaq kaki sebab bawak turun barang dari tingkat 4.Then , bawa naik tingkat 4 jugak.Fuh , memang tersangat penat.

Settle around pukul 4.Mandi , siap2 etc.Pukul 5 , gerak to East Coast Mall dengan Nadia.Just 2 of us.Masa untuk shopping dan reward diri after exam and berpenat lelah angkut barang.Hihi.Tawaf sakan dalam ECM tu.Rasanya macam semua kedai baju , kasut kitorang masuk.Kui3.Tak cukup dalam ECM , kedai2 luar ECM pon kitorang terjah.Jalan kaki from ECM to Berjaya Megamall pulak.10.30 malam baru sampai uia.Penat sangat2.Mata pon rasa tak larat nak angkat dah.Plan asal , nak buat midnight movie dengan nadia & Datul kat bilik malam tu.Tapi , tak berdaya dah.So , plan cancelled.

The next day , 8/6.Started at 12.45 pm.Hantar Nadia ke terminal sebab nak balik Temerloh dah.Jalan2 cuci mata dekat kedai2 yang ada kat terminal tu.Sempat lagi cik Datul beli dress.Balik uia.Around 4 pm , gerak ke Kuantan Parade pulak.Another shopping day.Hihi.Hari ni kejap je.6.30 dah sampai balik uia.

9/6.No more shopping.3.45 petang , ke terminal lagi menghantar cik roommate which is Husna and our friend , Hajar balik Johor.Then , pusing2 MYDIN and THE STORE dengan datul sebab nak cari kunci basikal untuk Ija.Pukul 6 , pi Jungle ( Jungle ni tempat kedai makan ye.Bukan pi masuk hutan buat jungle trekking ke apa.) .Time balik , entah macam mana boleh sesat jalan sampai ke bandar.Padahal jungle ni seciput je dari uia.memang epic.7.15 baru sampai uia.Bergegas mandi , mangrib etc sebab pukul 8 dah nak gerak ke terminal.Balik Kedah oi malam ni !

Terminal :

MasyaAllah ! sangat ramai manusia.Sesak mengalahkan tin tuna.Alhamdulillah , bas gerak sharp 8.45.Aku and Husnee turun dekat Dataran Gurun.Just 2 of us.Malang tak berbau , bila beg aku tak dapat dicari dalam timbunan bagasi2 besar dalam tempat letak beg tu.Mentang2 bagasi aku kecik compared to penumpang lain , hilang terus beg aku.Yang menambah kepanasan hati bila pakcik bas tu tak tolong pon punggah bagasi2 besar lagi berat tu.Aku and Husnee yang terkial2 mencari.Sungguh tidak gentleman.Bertambah sadis bila nak call encik abah tolong carikan beg , phone pulak habis bateri.Bahana dok berjalan sakan sampai lupa nak charge handphone.At last , pakcik bas yang 'caring' itu suruh aku tuntut bagasi dekat hentian shahab perdana ( Alor Setar) sebab ramai penumpang turun sana.So , maybe bagasi aku akan dijumpai.

Alhamdulillah , encik abah memang dah sampai kat Dataran Gurun tu.Terus memecut ke Alor Setar dalam keheningan subuh demi bagasi.Cuak sebab tak nampak bayang bas pon on highway tu.Kalau terlambat , means kena pecut ke Kangar la pulak.Sebab last station bas tu Kangar.Rabbi yassir wala tua'ssir , berlagu di hati.Alhamdulillah , sampai je kat Shahab Perdana , bas tu still ada.Lega nya hati hanya Allah yang tau.Bersyukur sangat ;) terima kasih Allah !

Sekian cerita saya.Entry permulaan cuti sem :p


p/s: maaf.cerita tak se'epic' macam post title.hehew.selamat bercuti panjang !

Saturday, April 14, 2012

Forum CAFE CINTA by Dr Farhan Hadi + Ustazah Fatimah Syarha

Di sebalik ke'busy' an dalam menunaikan amanah sebagai seorang pelajar dan meetings yang tak pernah berpenghujung , alhamdulillah Allah masih memberi sedikit kelapangan dan kekuatan untuk melangkah ke forum Cafe Cinta anjuran Persatuan Belia Islam Nasional ( PEMBINA) IIUM Kuantan..Aku juga salah seorang ahli PEMBINA di bumi Kuantan ini..Ahli di bawah biro aktivisme yang bertanggungjawab merangka dan melaksana program program yang bersesuaian..Namun , aku tidak terlibat sebagai committee untuk forum ini..Tahniah buat rakan2 PEMBINA yang menjayakan program ini..Sambutan memang tersangatlah ohsem ! full house Banquet Hall , OCD malam itu :)

Makanya , di bawah ini aku kongsikan sedikit intipati forum pada malam selasa - 10 APRIL yang lalu..Baru malam ini berkesempatan untuk berkongsi ..Credit kepada sister siti hafizah atas perkongsian beliau di FB...Aku sekadar meluaskan jaringan perkongsian dengan berkongsi di sini..( akibat malas menaip tapi masih tetap mahu berkongsi sesuatu :p )

Hamboi gambaq tak menahan..kekekeke..abaikan

1 . Dr Farhan : APAKAH HUKUM BERCINTA SEBELUM KAHWIN ?

Kata Prof Syeikh Yusof Al Qardawi - saya tidak memuji cinta sebelum berkahwin , kerana ia bahaya dan boleh mengundang syahwat...

Kata Syeikh Muhd Sani - Perbuatan cinta sebelum berkahwin tidak dibenarkan dalam Islam

2. Ustazah : APAKAH KEKUATAN YANG PERLU ADA KEPADA MUSLIMAH UNTUK MENGHALANG CINTA SEBELUM BERKAHWIN @ MENDINDING DIRI DARI GODAAN LELAKI ?
  • KEKUATAN FAHAM - faham tentang makna cinta sebenar dalam Islam..Rujuk kepada para ulama tentang definisi cinta..bukan rujuk filem , lagu , drama korea..Bertanya sesuatu kepada ajnabi ( perkara sia sia ) hanyalah alasan untuk memulakan hubungan.   
  • Hadis ;  Allah lebih sayangkan hambaNya melebihi seorang ibu yang menyayangi anak kecilnya
  • KEKUATAN IKHLAS - Ikhlas niat kerana Allah swt dalam semua perkara yang dibuat..Simple formula : Jika sesuatu perkara tidak dilakukan dengan ikhlas , maka kita akan buat sesuatu kerja dengan tidak fokus , kemudian kita tidak akan ada kekuatan untuk mengingati perkara itu.
  • KEKUATAN MUJAHADAH - Mujahadah melawan nafsu dengan membaca AlQuran setiap hari , rajin bangun solat malam

3. Dr.Farhan : APAKAH KESAN BERCINTA SEBELUM KAHWIN ?


Tak bercinta sebelum kahwin ---> Tiada maksiat hati , perbuatan , dapat jaga keberkatan selepas berkahwin..Melahirkan rasa mawaddah , sakinah dan rahmah bersama pasangan


4. Ustazah : BAGAIMANA SEORANG MUSLIMAH HENDAK MENILAI CALON PASANGAN YANG TERBAIK UNTUK DIRINYA ?

Dalam Islam , perlu dijaga batasan sebelum berkahwin..Dalam Islam juga ada konsep merisik..Jadi , tempoh merisik adalah tempoh yang terbaik untuk mengenali pasangan..Tak perlu couple..Insyaallah setiap orang akan dikurniakan pasangan yang sekufu dengannya..Jika dia seorang yang menjaga batas batas syariah sepanjang zaman bujangnya , maka akan dikurniakan juga pasangan yang sama sama menjaga syariah.


5. Dr. Farhan : BILAKAH MASA YANG SESUAI UNTUK SESEORANG  MRNCARI PASANGAN @ PERLUKAH DIA HANYA MENUNGGU JODOH ?

Jodoh atau pasangan perlu dicari..Langkahnya :
  • Perlu siapkan diri menjadi yang soleh / solehah
  • Bentuk jati diri menjadi Muslim yang terbaik
  • Masa untuk bertindak : berbeza mengikut kondisi seseorang

EXTRA : CARA UNTUK APPROACH  pasangan yang berkenan di hati :
  • Direct kepada walinya
  • Gunakan orang tengah..Orang tengah kemudian akan bertindak untuk menyampaikan hajat kepada wanita / lelaki tersebut
  • Wali kepada wanita offerkan anak perempuannya
  • Wanita gunakan orang tengah untuk merisik lelaki
  • Lelaki gunakan orang berpengaruh sebagai orang tengah 
  • Gunakan pemimpin untuk tolong carikan calon yang sesuai
'' Dalam cinta tiada paksaan , yang ada hanya cadangan :) ''


Sekian sedikit ilmu yang dicedok dari  forum CAFE CINTA..
kenyang tak ? hee ^^


-----------------------------

Upcoming event is : Committee for Kuliyyah of Science booth at I-Fest at Berjaya Megamall ..Its tomorrow yaw ;)..May everything run smoothly..Amin ^^

errr , anyone nak jumpak my wali ? :p


Tuesday, April 10, 2012

TRIPLE BIRTHDAYS

Alhamdulillah , ada sedikit kelapangan untuk celebrate birthdays bersama sama roommates terchenta dekat bumi iium Kuantan ni..Memandangkan birthday aku ( 26/3 ) , Datul (8/4) dan Nadia ( 5/4) so , tak banyak beza ..Maka , kumpulkan je dulu baru celebrate..Husna je sesat lahir bulan 9..kekeke :p

Petang tadi , around 6.30 baru keluar..Sewa kereta and Datul as the driver ..Driver kecik tapi drift kot..Lajuuuuu >< ..Walaupun tangan dia tak berapa kuat nak pusing stereng yang keras itu :p

Mula2 singgah Secret Recipe dulu..Beli kek sikit..Beli yang slices je..Main reason kenapa beli yang slice je : besar sangat sebijik kek untuk 4 orang makan + mahal sangat..Haha..Plus , nak dinner makan nasi as Nadia puasa..Then , baru teruskan perjalanan ke Casper Tomyam..Tak jauh pon nasi uia ni haa..Kat situ memang area kedai2 makan la..

So , these are some pictures of them - my roommates in this jungle of Kuantan :p


 eehhh..ni gambar makanan kitorang tadi..bukan gambar roommates ..keh3 :p...Tomyam seafood + daging sweet and sour + sotong celup tepung + nasi putih :)

 Barli + nescafe + epal juice :)  buat penyegar tekak..hihi 

 From left : Hidayatul Athirah , Hanis Nadia and errrr....me ? nampak bijik mata je..kuang3

 Husna and me - main perang2 sudu -..-''

 Chocolate banana cake - favourite si Datul pisang ni 

 Chocolate cheese ! sooo yummy :)

 and of course , chocolate indulgence - all time favourite :)
# semua base chocolate..kui3 :p

 With si Datul - kenal dan sekelas  since sem 2 foundation dekat PJ Campus dulu :) Kelantan mariii ~

Husna dan Nadia yang baru kenal dekat bumi Kuantan ni..Husna from Johor and Nadia from Pahang :)..Nadia ni la pembekal carpet , toaster etc untuk bilik kami  sebab rumah dia paling dekat..keh3 :p

pukul 8 baru sampai bilik..Rushing for maghrib..Nice dinner with them :)  Total expenditure is RM 70.85 .. So , they are my lovely roommates..Peneman hari2 di hutan kuantan ni..Thanks Allah for the friendship..All of them are nice ! and me also..hahah :p

Sekian , oyasuminasai :) 

-------------------------

p/s : Family Day PERKIM this 21/4 - insyaAllah i'm part of the committees :)