Thursday, July 21, 2011

SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN :)

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum :)


tadi aku jalan2 kat wall mukabuku a.k.a Facebook..tiba2 terbaca satu notes ni..sangat menarik dan menyentuh..so , terus aku copy and paste kat sini..semoga dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.insyaAllah :) credit kepada penulis asal  [ taktau sapa -.-'']




✿ Sayangnya Allah Pada Perempuan ✿ 




Siapa kata jadi perempuan tu SENANG?
Nak kena tutup sana, tutup sini
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
Perempuan, stoking pon kena pakai
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
Komfem x tahan bertutup semua
Tapi, perempuan cool jek
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
Tiap2 bulan, mesti ada penyakit
Nak pergi kelas pon susah
Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit
Cuba tengok budak lelaki , selamber jek
Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek
Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
Hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
Hati ni Allah jadikan lembut betul
Cepat jek sensitif
Cuba tengok orang putus cinta
Selalu perempuan yg paling susah nak lupa
Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis?
Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
Lembut tak lembut hati perempuan
Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
Hebat tak perempuan?
Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah
Diorang cakap, Allah x adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki?
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan
Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel
Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

Kesian kan kat diorang?
Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang
Betul ke Allah x adil dengan perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya?
Betul, isteri kena ikut cakap suami
Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
MashaAllah, hebatnya perempuan kan?

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
Banyak lagu pasal perempuan kan?
Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:
'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:
'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu?

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan?

Oh perempuan, sedarlah
Betapa sayangnya Allah dekat kita
Betapa cintanya Allah dekat kita
Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?

♥ Sekadar perkongsian bersama =)

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~
Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi..

˙·٠•● ❤˙·٠•●❤˙·٠•●❤˙·٠•●❤ ˙·٠•●❤˙·٠•●❤˙·٠•●❤˙·٠•●❤˙·٠•●❤




 # try dengar lagu WANITA..nyanyian kumpulan Dehearty..i  like the lyrics ..so much =)


------------------------------------------------------

P/S : exam fever -.-''..uhuk..uhuks..uhuksss

Sunday, July 17, 2011

CLASS -HARRY POTTER -HISBAH DAY - MAKE OVER- YADA..YADA

In The Name of Allah the Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum :)

alhamdulillah ..setelah sekian lama jari jemari ni tak berjoget atas keyboard untuk meng 'update' Mr blog ni..banyak benda nak tulis sebenarnya tapi lagi banyak benda yang lebih penting dan patot diutamakan.so , hari ni just nak cerita apa yang jadi selama ni.kalau nak teruskan membaca , sila la..di alu-alukan..kalau takmau boleh tekan pangkah kat atas belah kanan tu ye.sebab entry kali ni memang pasal personal life aku je.takdak pape input penting pon.huihui..

alkisah minggu lepas , jadual takdak la pack sangat..sepanjang minggu , kelas physics II dibatalkan sebab our lecturer ada kursus kat Gombak..same goes dengan kelas Understanding Islam..lecturer kursus jugak..so , aku ada 9 hours free compared to jadual yang sepatutnya...hari khamis ada quiz 2 untuk chemistry II..alhamdulillah , penderaan ORGANIC CHEMISTRY hampir ke garisan penamat dah.tinggal nak cover untuk mid-sem exam je..lepas tu , say bye-bye la kat OC..keh3..

hari jumaat , aku + cik wani + cik nami outing ke mid..tujuan utama sebab nak beli barang untuk make over bilik kitorang...cik aina tak join la sebab dia kat Morib..participating in McLEAD programme since hari khamis sampai hari ni ( ahad )..almaklumlah , cik aina ni YDP Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia kat sini..hee..

pukul 10.30 kitorang bertiga plus cik Hani bertolak ke Mid menaiki bas Metro.cik Hani join the club sebab nak pi tengok Harry Potter..malam before tu , dia pulun ajak aku teman dia tengok...sampai je kat sana , terus serbu GSC la..nak beli tiket..aku and hani beli tiket pukul 12.15..cik nami beli petang pukul 3 sebab dia nak tengok 3D and nak tunggu kawan2 dia dari mana ntah..heh..cik wani plak tak layan HP..aku layan , tapi bukan die hard fan la..buku dia pon aku tak habis khatam..baca sampai no. 4 je..ingat nak download je nanti..tapi memandangkan cik hani ajak and dia nak belanja , kecik tapak tangan , padang bola cfs iium aku tadahkan..HAHA..
cik hani belanja ..pakai student card , murah sket

sementara nak tunggu pukul 12.15 . lepak kat MPH dulu..usha2 buku yang ada..Usha je la , takdak beli buku baru pon..just beli stationaries sikit.

beli ni ja kat MPH..kui3

12.30 , baru citer start..Fuh ! memang thumbs up la cerita HP ni..tak mengecewakan..ending : HP tak mati..dah kahwin dengan Ginny..ada anak 2 orang..anak dia sangat lah cutee..mata biru macam bapak dia..Ron pon dah berbahagia dengan Hermoine..ada anak jugak..sebijik macam Ron..kira happy ending la..and believe or not , aku dan hani almost nak nangis..* hani dah nangis kot..HAHA..tengok HP kali ni..sebab rupa-rupanya , Severus tu baik ! dia berkorban demi cinta dia untuk Lily ( mak HP )..sangat sweet dan touching..uhuu ~ overall , memang best la..thumbs and toes up ! http://matcuoi.com

pukul 2:30 habis..cari surau untuk solat zohor..then , mengisi perut kat Popeyes..jumpak cik wani kat Popeyes la..cik Nami plak dah masuk hall sebab movie dia dah start..time aku layan HP tadi , diorang shopping barang2 untuk bilik..turn aku , kena bawak balik barang2 yang diorang beli tu..haila -.-''..kena buli XD...lepas makan , jalan2 sikit.then terus balik uia terchenta..cik wani nak tengok Mr Popers' Penguin pukul 4..means , aku balik dengan cik hani jelah..

time sorang2 kat bilik , dalam pukul 6 macam tu , blackout la pulak ! haih..cuak aku..alhamdulillah la , kejap je..6:30 dah okey..lepas maghrib baru cik wani balik..cik nami balik lepas isyak..joli sakan depa ni..hihi..malam , pegang buku kejap je..penat !

hari sabtu......

9:30 am ..kami ber-3 turun padang untuk join NUSAYBAH HISBAH DAY..lebih kurang macam Family Day untuk penghuni level 5 la..nama level kitorang Nusaybah..mula2 , senamrobot  senamrobik..best jugak la..menari2 dengan cik wani si octopus dan cik nami si penguin..HAHA..kitorang buat steps sendiri ..LOL

lepas tu pi padang..ada acara batu seremban , tuju selipar , musical chairs , brain pieces , and sodoku..berikut ialah stesen kami mengikut urutan :

[1] batu seremban - memang failed la kan..dah lama gila tak main..sampai batu 3 ja , dah mati..kitorang group 5..sorang lagi member group ialah cik shafiqah [ lawyer to be.insyaAllah]..

[2] tuju selipar - fuh , memang best tahap super saiya la kan..sebab menang.so , kitorang layak ke pusingan seterusnya..tuju selipar ni main liga..

[3] musical chairs - seronok ! main tolak2 orang..haha..tapi kitorang tak mampu bertahan sampai ke final stage =.=''..kalah lagi

[4] brain pieces..kat stesen ni , kitorang dibekalkan dengan puzzle , then kena susun jadi bentuk macam gambar yang commitee bagi..bukan puzzle yang gambar2 tu..just bentuk2 geometry je..tapi , mencabar kot..berpeluh otak nak pikir.alhamdulillah , kitorang dapat buat sampai stage 3..even tak menang -.-''

[5] sodoku..tak berjaya siapkan..within 10 minutes..memang tak siap lah..zzZZ..

rasa macam loser gilerr ahh =P


lepas habis semua stesen , kitorang ke game tuju selipar balik..suku akhir --> separuh akhir --> akhir ..tapi kat final kami kalah dengan group budak 1st year !  argghhhh...malu >.<...HAHA..kalah bermaruah jugak la sebab penalti 0-1..huhu..12:30 habis..dapat lunch FREE..balik bilik --> mandi , makan , basuh baju [ kotor sebab padang agak basah ] , zohor etc..

2:30 - kitorang start make over bilik pulak..sebenarnya bukan nak buat apa sangat pon..just nak tampal2 kertas kat tingkap..sebab bilik aku ni mengadap padang..budak laki yang main boleh nampak kitorang..lagi2 kalau ada game malam..siang takpela , cermin tingkap tu tak lut..huhu..kat bawah ni hasil make over tu..* kononya lah..haha

bilik memang bersepah habis la..dengan segala kertas etc..tiba2 rindu pulak zaman sekolah dulu..kena buat kecerian untuk kelas + dorm..kat sini dah tak wajib dah..memang havoc habis la kat bilik ni semalam..pukul 6 lebih baru settle..pi dinner kat Cafe A..perut memang lapaq tahap super saiya dah..badan plak dah lenguh2 + sengal..ni la akibat berlari2 tak ingat dunia kat padang pagi tadi..huu

tadaaa ! ni la tingkap yang kitorang konon2nya make over tu..kah3



tampal benda ni kat dinding..bila tutup lampu memang nyenyak la tidoq..ada bintang2 , bulan , matahari etc..sebab benda ni kan glow in the dark..hee

makan time..setelah penat bekerja
mee hailam + bihun ladna + hoko drink


char ko tiaw..nyum3


malam , layan citer SEKALI LAGI dengan cik nami..cik wani balik Gombak lepas dinner tadi..lepas tu baru study..hehe

so , tu jelah yang berlaku baru2 ni..lepas ni blog ni akan tersadai lagi untuk jangka masa yang agak lama..sebab mid sem exam memang betol2 at the corner dah..ni jadual untuk exam kali ni :

25-7 [ isnin] -PHYSICS II
26-7 [ selasa ] - CHEMISTRY II ;ORGANIC COMPOUNDS
29-7 [ jumaat - BIOLOGY II
30-7 [ sabtu] - UNDERSTANDING ISLAM

doakan sekali ye..hihi ^^

sekian terima kasih ;)
adios and wassalam

---------------------------------------------------------

#  Harry Potter , Sekali Lagi , KL Gangster semua dah tengok * tak sedaq diri nak exam -.-''.....btw , SALAM NISFU SYAABAN :) and tahniah kepada semua kawan2 yang dah tau result UPU..dengaq cerita kawan2 IGOP semua dapat kos mantop2..all the best untuk semua !!

Sunday, July 03, 2011

DIGITAL MALL SEKSYEN 14

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum :)

Selamat hari ahad.Pagi tadi ke Digital Mall , seksyen 14 Petaling Jaya dengan roommates terchenta Cik Nami dan Cik Aina.Pukul 9.10 kitorang dah keluar.Time tu kat padang CFS IIUM ni dah start meriah sebab ada Hari Sukan Tadika mana ntah.Tumpang padang sini. Memang meriah.Comey2 je semua..macam i dulu2 jugak.

alkisahnya , mula2 tu nak pi seksyen 14 sebab nak pi bank in duit kat Maybank ..ada beli something.Hee..Cik Nami pon nak bank in duit kat  Maybank sebab dia beli foot detox online.Cik Aina plak nak pi buat kad ATM baru kat BSN.Kononnya la.Padahal masing2 lupa hari ni hari ahad.BSN mana buka.Dah sampai sana baru sedar hari ni hari ahad.Kui3.Kesian Cik Aina.

Lepas habis urusan kat Maybank tu , kitorang jalan2 je kat situ.Sementara nak tunggu Digital Mall buka.Tu la , keluar awal sangat.Hoho.Last2 , kitorang lepak kat Guardian.Lama gila dok dalam tu.Try lip gloss segala bagai kat situ.Haha.Mesti kena kutuk dengan salesgirl kat situ kan.Tapi kira okey la , Cik Aina beli compact powder + lip gloss + ambi purr etc.Aku je takde beli pape kat Guardian tu.Ahaha.Semua stok barang ada lagi.So , no need lah nak beli pape.

Lepak kedai handphone kejap sebab Cik Aina nak usha2 handphone.

10.30 macam tu , Digital Mall baru bukak.Cik Nami nak beli hard disk.After survey , aku macam TER-bekenan la pulak nak beli.Actually , dah lama plan nak beli.Tapi tunggu orang sponsor.Haha.Lepas survey yang Samsung punya , serius aku bekenan.640GB at RM 199.Tapi yang tak bestnya , ada satu warna je untuk 640GB..Magenta pink.Yang 500GB banyak la gak pilihan warna.

Terus aku call akak aku nak mintak sponsor.Haha.* gila tak malu..Yang best tu akak aku suruh beli untuk dia sekali.Means , aku kena beli 2 hard disks.Dan part yang paling tak best ialah aku kena guna duit sendiri dulu sebab dia tak sempat la nak bank in kan.Kalau bank in pagi pon , petang baru masuk.

Kami pon keluar la dari Digital Mall tu.Jalan pi Maybank balik.Keluar duit etc.Masuk balik dalam digital mall , elok je nampak atm maybank kat dalam tu.Cisss , memang la cerdik kan =.=''

sambung survey hard disk + handphone..tergugat iman tengok lambakan gadget2 kat situ.Fuh ! nasib duit takde.Haha.

Lepas survey + dan fikir sedalam-dalamnya , aku decide beli hard disk 640GB SAMSUNG..magenta pink.beli 2 lah.satu untuk saya , satu untuk kakak terchenta.Hee.Nanti dia bayar balik la. Like3 ;)

Cik Nami pon amek model yang sama.Instead of RM 199 , kitorang dapat la RM 195.Huhu.Suruh dia buat partition siap2.Senang sikit.Aku buat 3 partitions  untuk dua-dua hard disks tu.

Yang paling best cik aina la.Beli handphone baru !! fuyyoh..dah la tak dirancang.Kitorang saje je usha2 handphone kat sana.Iphone segala bagai.Sekali , cik aina TER-bekenan pulak dengan satu model ni.Dia memang dah bercita2 nak tukar handphone cuma bukan la hari ni.Sebab handphone dia sekarang ni mak dia punya.Hee.After dia calling2 mak dia etc , dapat green light.Then terus beli la.Eh , before tu pi cucuk duit kat atm dulu.heheh.Cik Aina beli Xperia X8.RM 450 je.Tapi AP la.Bukan original.

Lepas settle segala urusan membeli - belah , kitorang pon blah la dari situ.Terus ambik teksi balik uia.RM 4 je tambang.Alhamdulillah , selesai semua urusan :) semua macam mimpi je.Padahal niat outing tu just nak pi bank in duit.Last2 hari ni je aku spend RM 450..zzzZZ.Tapi bukan duit elaun eh.Aku guna elaun PaMa [ papa & mama }..hiihi


 ni la Digital Mall tu.Gila banyak choices untuk beli handphone , komputer and segala gadget2 lain :)
ni la model handphone yang cik aina beli.RM450 je.
no slides.but touch screen.ada aplikasi Android semestinya :)

front view of digital mall

 my hard disk ! yippie ~


ni je free give + casing warna hitam


lunch hari ni berlaukkan sardin + telur masak kicap je.Menu kitorang bertiga sama je hari ni.Haha.Shopping sakan sampai ratus2..last2 lunch ni je.Hehe.Sebenarnya , lauk ni je yang ada kat kafe mahallah kitorang ni.Sebab masa kitorang sampai balik around 12:15.Tak banyak lauk lagi.Huhu

Tu jelah yang aku buat hari ni.Petang tadi , buat report chemistry.Malam ni kena buat report biology plak.Huhu.All the best to myself.Huihui.Alhamdulillah , tutorial semua dah siap except for chemistry II.Haih   >.<

adios and wassalam :)

_________________________________________

p/s : isu 'bersih' ? huh..malas nak ambil port  ..=.=''..baik aku study untuk quiz chemist yang bakal mengacau bilaukan aku minggu ni.Huaaaa !

Friday, July 01, 2011

BETULKAN FESYEN KITA :)

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful


assalamualaikum :)


Alhamdulillah , kelas untuk minggu ni dah habis.entry kali ni just copy paste dari satu group kat FB.Aku terbaca dan rasa menarik untuk dikongsi.walaupun ayat2nya agak ' pedas' tapi mesej yang nak disampaikan jelas.direct.kalau tak faham2 jugak tu , memang la ada something wrong somewhere.so , jom renungkan bersama.buat diri aku dan semua yang membaca :)



Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa'

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.





ni la group tu.silalah like.insyaAllah banyak manfaat :)


--------------------------------------------------------
ramadhan semakin hampir.apa persediaan kita ? by now , patotnya dah masuk ' gear ' untuk  perjalanan ramadhan.so that , takdela dapat culture shock nanti.hee ;)