Monday, January 31, 2011

ALHAMDULILLAH...3 ANGKA SUDAH

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum =)
hari yang bahagia.uehue..maunya tak bahagia hari ni kelas satu je..arabic.8.00am-10.00am.means ada banyak masa nak berblogging + BW.* ceh , bukan nak study...lepas ni study la pulak.baru balance kan.hehe.

okey entry kali ni nak story pasal blog yang dah maju.haha.semalam genap 100 follower.terkezut beruk eden.nasib tak jadi beruk.wakaka.http://matcuoi.combagi blog yang dah capai tahap dewa tu tak heran pon setakat 100 followers ni.apa ada hal? tapi bagi tuan blog picisan macam aku ni , sangat lah menghairankan.haha.

so nak promote sikit follower ke-100  ni.kira ni macam hadiah la sebab berjaya dapat no follower yang chantekk punya..okey ye encik Khairul Firdaus Mohammad ? amek hadiah ni : * ikhlas ni.haha

jom pakat terjah blog ni Harimaumalaya89.blogspot.com (Pantera Tigris).trademark blog ni
''a simple but full with information to all readers''

kepada follower lain pon terima kasih banyak2 sebab sudi follow.terharu sih http://matcuoi.com
tak kisah la yang drop comment or just being a stalker or silent reader.tapi kepada silent reader , sampai bila nak menyepi?? hehe.let's change !


-------------------------------------------------------

P/S:hujan renyai renyai hari2..membuatkan hati berbelah bahagi.tidoq VS study?haha.sabarlah duhai hati.jangan kau mudah terg0da dengan kedinginan sang hujan.hoho.* puitis tak? LOL




Sunday, January 30, 2011

MATI TAK MENGENAL USIA

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

alhamdulillah.program Anda Bijak Jauhi Zina dah pon berakhir.banyak sangat input2 yang berguna.semoga apa yang dapat sepanjang program tadi tu dapat dimanfaatkan sebaiknya.insyaAllah.tapi , entry ni bukan nak story pasal ABJZ lagi.akan distory dalam entry lepas ni.   # kalau rajin la


alkisahnya tadi ABJZ tamat around 2.15.balik bilik zohor , lunch etc.then terus online.selongkar2 dinding facebook tengok apa yang menarik.dah add group ABJZ kat FB * laju je kau kan kalau pasal FB..eheh  * then , tanpa disangka2 terbaca status one of my teacher kat IGOP dulu yang tertera begini :

''Marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah

pada Si Comel Balqis,anaknda pada Ckgu Suhaimi Harun
yang bru saja kembali kpd Penciptanya...
AL-FATIHAH....''


ya Allah.terkejut sangat.sebab before ni tak pernah dengar la pulak if arwah anak cikgu suhaimi ni sakit ke apa.sebab kematiian , wallahualam.tak dinyatakan.alfatihah buat arwah si comel Balqis yang usianya masih sangat2 muda.aku tak sure berapa umur arwah.yang pastinya kanak2 lagi.sebab cikgu suhaimi kahwin pon baru lagi rasanya.Takziah buat cikgu suhaimi sekeluarga.semoga tabah menerima ujian ini.

moral of story : kematian itu tidak mengenal manusia.



kecik , besar , tua , muda bukan jaminan yang kita akan terus hidup keesokkan harinya.mungkin hari ni kita masih hidup.masih mampu bergelak ketawa , bersuka suki tapi tak mustahil malaikat maut datang menjemput pada malam harinya.semoga husnul khatimah ( penutup yang baik) milik kita.insyaAllah.tatkala bangun dari tidur yang lena jangan lupa membaca sepotong doa ini yang bermaksud ''segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadaNya tempat kembali''.


sama2 kita sedekahkan alFatihah buat arwah si kecil Balqis.moga kau tenang di sana.dan takziah sekali lagi buat cikgu suhaimi dan keluarga.

alFatihah

Saturday, January 29, 2011

KENAPA PEKAK BADAK ?

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum =)

pergh ! sudah 4 hari tidak meng'update blog terchenta.bukan malas just segan..haha.nope la,sebenarnya sangat sibuk.macam yang dah di story dalam entry lepas2.minggu ni sangat banyak agenda.petang tadi pon (280111) ada lab quiz physic.besok tengah hari nak outing pi mid because ada IT FAIR.jom ramai2 serang mid ! .malam pulak ada ANNUAL GRAND DINNER IMIU   ( Ikatan Mahasiswa Islam Utara).esoknya pulak ada Seminar Ada Bijak Jauhi Zina.sibuk2.mengalahkan 'orang besaq2' je.takpe lah , practice dari sekarang.kot2 nanti dapat jadi 'orang pangkat besaq2' bukan orang besaq yg gemokkss tu yer.http://matcuoi.comkeh3

okey ! entry kali ni nak story pasal PEKAK BADAK.


ihsan yahoo image =)

dapat idea ni masa kelas physic pagi tadi.alkisahnya hari ni masuk chapter baru merangkap chapter last untuk sem 2 ni.tajuk nyer SOUND.so belajaq pasal bunyi la kan.takkan belajar cara2 menjahit pulak.

 FYI , frequency sound ni terbahagi kepada 3 jenis.First, AUDIBLE WAVES.frequency untuk jenis ni around 20hz-20khz.manusia tergolong dalam kategori ni lah.yang bermaksud manusia akan dapat dengar bunyi if gelombang bunyi tu berfrekuensi 20hz-20khz.

second , INFRASONIC WAVES yang berfrekuensi below than 20hz.manusia normal memang tak dapat dengar la this kind of waves.usually for animals 

third , ULTRASONIC WAVES.yang ni mesti selalu dengar kan?? lagi2 mak2 yang pernah mengandung.ultrasound scanning.eheh.* tak mengandung pon boleh buat if ada something wrong kat dalam badan.jenis ni plak berfrekuensi above 20khz.yang ni pon manusia tak bleh dengar jugak.berisiko gila.long term exposition to this kind of sound can lead to permanent hearing problem a.k.a PEKAK.

tu saja some of informations about sound.

sekarang baru masuk part PEKAK BADAK.rasa2 korang kenapa dinamakan as pekak badak? 

kenapa bukan pekak cicak ke?

pekak semut ke ?

pekak kucing ke?

pekak ikan ke?

pekak kelawar ke?

pekak etc.etc.la.

dalam banyak2 haiwan , badak yang terpilih..diabdikan dalam peribahasa melayu.

menurut pendapat madam aku la tadi , maybe sebab badak ni menghasilkan bunyi dengan frequency yang sangat2 rendah untuk berkomunikasi.lebih kurang 5hz jek.sebab tu la kot orang kata *orang kata ,bukan aku kata  pekak badak.tapi masa dok search pasal badak ni tadi ..ada terjumpak satu statement yang mengatakan bahawa badak ni ada acute hearing and smell but poor eyesight.so , menurut pendapat aku , peribahasa lama tu patut ditukar kot.instead of pekak badak jadi rabun badak.*suka suki nak tukar.DBP jangan saman saya.ni pandangan je.eheh. tak pasal2 glamour spesis badak ni.diperdebatkan kat blog.haha.if korang nak tau lebih pasal badak ni  sila2 lah rajinkan diri meng'google' ye..gunakan teknologi di hujung jari

tu je nak bagi tau.mata pon dah makin terpejam.nak tongkat pakai mancis pon mancis takdakcik aina and cik nami pulak dah lama bukak kilang 'sarsi' ( read : air liur basi ) .haha.



Tuesday, January 25, 2011

Assalamualaikum? Salam? As'kum?

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum :)

Alhamdulillah .sempat lagi mengadap mr.lappy untuk buat entry ni even this week banyak sangat benda kena settle.memandangkan besok kelas pukul 3 sampai 6 and kerja yang kena submit besok pon dah siap , maka aku pon bersimpuh dihadapan lappy ni.ehehe.http://matcuoi.com lagi pon ada benda penting yang nak dikongsikan bersama.hope readers dapat kasi komen pasai this matter.sebab aku pon just berkongsi and menulis berdasarkan pendapat dan tafsiran sendiri.takut2 kang tersalah tafsir pulak.huhu.

alkisahnya petang tadi masa dok scroll kat dinding facebook tu , mencari2 apa yang menarik ....aku terjumpak la satu note ni........

note tersebut ;

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

source:someone's note at facebook
published on Tuesday , 25 January 2011 at 10.02

haa..tu note yang ori.memang aku copy sebijik2.satu huruf pon tak tinggal.
main point aku nak discuss ni pasal penggunaan ''salam'' tu.aku mengaku memang dalam mesej aku just guna salam.kalau orang mesej hantar A'kum , As'kum , semekom ke hape , memang aku reply penuh punya waalaikummussalam.saja nak kasi terasa.

lepas baca note ni aku pon try la check dalam alQuran tafsir pasal ayat ;

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)
[surah Az-Zukhruf 43;89]

so memang betol la kan ada ayat ni.akan TETAPI.......

aku jumpa jugak ayat ni :

doa mereka didalamnya ialah , ''subhanakallahumma'' (Mahasuci Engkau , ya Tuhan kami) , dan salam penghormatan mereka ialah ,''salam''(salam sejahtera).....
[surah Yunus 10;10]

dan ayat ni :

(kepada mereka dikatakan) , ''salam''sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang
[surah Yasin 36;58]

maka dengan itu , pada pendapat aku boleh la kan nak guna SALAM.
pendapat korang??http://matcuoi.com
aku belum tanya pada yang pakar lagi.maybe nanti2 kalau ada kesempatan aku nak gi consult dengan mana2 akak dari Darul Quran or jumpak any ustazah / ustaz.hope kepada yang membaca dapat la bagi pandangan atau betulkan mana yang salah.aku cuma insan biasa.

Itu aja.adioss.

----------------------------------------------
sleep well peeps http://matcuoi.com






Sunday, January 23, 2011

ARE YOU -VE or +VE ?

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum :)

malam ni dinner with tomyam from UmarAlKhattab 's Cafe a.k.a UKC.terbaek dari ladang ah..kaw gila2..tapi entry kali ni bukan la story pasal tomyam ke apa.pasal mamat bangla kat UKC tu lagi2 la bukan.hahaha.* tersedak bangla tu.kih3 http://matcuoi.com

hmmm..sebenarnya nak test korang pasal something..nak taw scroll lagi.lagi.lagi dan lagi.eheh.* bajet gempak habes la.haha.



haaa..nampak tak gambar kat atas ni ??? * if tak nampak,anak luar nikah..haha.kidding lol...

lepas dah tengok gambar ni , apa yang ada dalam fikiran korang ?

kalau jawapan pertama  korang ''separuh gelas tu dipenuhi air'' maka anda sebenarnya seorang yang POSITIF.

tetapi.....

kalau jawapan korang ''separuh gelas ni adalah kosong'' , maka anda sebenarnya seorang yang NEGATIF.

kepada mereka2 yang jawapannya Negatif : latihlah diri anda bermula dari sekarang untuk melihat sesuatu yang negatif sebagai positif.sebagai permulaan , cuba lihat setiap perkara positif yang ada pada kawan , keluarga dan masyarakat walaupun pada hakikatnya mereka mempunyai 1001 kekurangan.

selamat mencuba dan renung2kan !

sumber:SOLUSI Edisi 27


---------------------------------------

P/S: jawapan aku takdak dalam skema jawapan.sebab aku jawab ''air kosong je dalam gelas ni'' hua3.so aku pon taktau aku ni +ve ke -ve.http://matcuoi.comhehehe.maybe neutral la kot.wahaha.



http://matcuoi.comadios and wassalam

''CONTEST Gambar Tak Nampak Muka Paling Cool''

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum =)

baru habis bergelumang dengan assignment computer.alhamduliilah dah siap.Lepastu apa lagi , terus BW la.haha.Tiba2 jumpak satu contest ni.Contest Gambar Tak Nampak Muka Paling Cool.tiba2 terdetik pulak nak join.before ni memang tak pernah join any contest.so , this gonna be the 1st one =)

syarat2 nye sonang jo..

[1] komfem2 la kena follow blog tuan punya contest *promotion itu penting.eheh.
DAH FOLLOW blog Ku Lihat Hijau =)

[2] Buat entry pasal contest ni
tengah buat la nih.kukuku ^^

[3] letak cik banner ni kat dalam entry and sidebar *promotion lagik =P
bereh ~


ni pulak gambar yang dipertandingkan..*ceewwaah...pic ni time BeachWalk kat Tanjung Bidara.full story pasal BWC ni boleh cubit kat SINI.




[4] tag 3 kawan.hoho.lepas penat fikir , sampai berpeluh2 otak 
taraaa...ni dia 3 yang TERtag :
cik manis Sufina

Sekian.Terima kasih ;)

Saturday, January 22, 2011

JATA & BENDERA ZIONIS DALAM KOMPUTER ANDA !!

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum  =)

Tadi masa online FB , terbaca status seorang kawan ni :

SALAM !! ,rakan2 sekalian dimohon untuk: Buka komputer/laptop anda

pada direktori C:\Program Files \ Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10,
cari gambar bernama J0285926 . Anda akan temukan gambar Lambang/
bendera zionis Israel lengkap (persis dengan warna aslinya) dengan lilin
(sarana ibadah mereka). HAPUSKAN ! Gambar tersebut ada disemua PC di
seluruh dunia.SEBAR SEMAMPUNYA..

dupp ! tersentak jantung aku 4 seconds.terdetik kat hati nak try.so , aku dengan penuh berdebar2 nye ikut la steps yang dia tulis tu.and memang komfem2 BETOL ! jahat gila lah diorang ni 

aku pon terus set dalam kepala otak aku yang suci lagi murni ni  yang aku akan post entry pasal ni.sebab aku ikut saranan msg tu supaya sebarkan semampunya.dengan kecanggihan teknologi yang kita ada ni maka aku share la ngan korang  kat blog terchenta aku ni.lepas dah tau ni cepat2 DELETE ye.tak pernah terbayang pulak yang selama ni elok je kita sume dok simpan bendera and jata ISRAEL kat komputer masing2.hari2 bukak.tapi baru hari ni aku tau.iskh3.dah berapa tahun dok usung ke hulu ke hilir bendera diorang dalam lappy ni.betapa halus cara ISRAEL laknatullah ni nak hancurkan ISLAM.

kawan2 semua , sebarkan ye msg ni lepas dah baca.walaupon perbuatan kita menDELETE pic tu tak memberi kesan kat ISRAEL tu at least kita cuba selamatkan maruah orang2 Islam dari terus diperkotak-katikkan.memang kita guna teknologi diorang , tapi tu tak bermakna kita perlu jadi macam diorang.gunakan teknologi yang ada untuk perjuangan Islam.jadikan medium untuk saling memperingati dan memberi nasihat.sesungguhnya manusia itu sering terleka dan alpa.

yang buat aku hot tuhttp://matcuoi.com..sebab tak boleh nak upload gambarnya..maaf ye .senang je, korang bukak sendiri.then tu lah gambarnya.huhu.

itu saja yang nak dikongsi.hope readers sekalian dapat delete that picture a.s.a.p.aku dah delete.May Allah bless us http://matcuoi.com

HAPPY BIRTHDAY

In The Name of Allah  The Most Gracious TheMost Merciful

This entry was dedicated to my friend who celebrating her 19th birthday today.nothing special i can give to you.just a simple card that i robbed from memory lane and this entry.even you didn't read this.wahaha.

first of all..i just wanna wish happy birthday to you Miss Firus Firdaus Abu Bakar.one of the best in my collection of friends..sweet 19 dear =) may Allah bless and all the best in your future undertakings ya.BFF.

tu diaaa..bila cik firus posing..terbaek dari ladang ahh ..hehe =P
* mati kena cubit kalau dia baca nih..wakaka

a lilttle bit of our stories. i met her in CFS.we are friends since we are in semester one..she is from perlis indera kayangan.a very happy go lucky person.her 'poyo'ness is always cheer me up especially during boring classes.hahak.thanks firus sebab selamatkan aku dari ter'syahid' time classhttp://matcuoi.com.

perkara menarik pasai cik firus :

  • sensitive gila dengan tudung.pantang kena tiup dengan angin sikit.mula la nak cari cermin.haha
  •  sangat lah poyo dalam apa jua benda yang dia buat
  • pandai  *oh ! saya jeles  =.=''
  • tinggi lampai macam model * phewwit.haha
  • kena gosip dengan firdaus sebab nama diorang sama =P
  • etc la.

my wishes for you :
  • friends forever
  • senyum sokmo
  • keep on poyo'ing
  • forget me not
  • may Allah bless

nice to know you.and a billions of thanks for being my friend.Thanks to Allah The Greatest for giving the chance to know you.ukhuwahfillah abadan abadahttp://matcuoi.com

Friday, January 21, 2011

TIKUS 2 KAKI

In The Name Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum  =)

malam ni tiba2 rasa nak main teka teki @ teka tekuk bak kata Apek senario..tapi takdak geng la pulak nak main.tengah merenung masa depan tadi tiba2 teringat teka-teki yang selalu main dulu2.haha.
so , nak share la sikit teka teki tu.

[1] tikus apa ada 2 kaki ???



jawapan : mickey mouse =P



[2] itik apa ada 2 kaki ??



jawapan : semua itik ada 2 kaki lah !!!!!
Akan tetapi , mostly orang akan jawab donald duck sebab terpengaruh dengan soalan first.

hueh3...tu je la untuk malam ni.mau tidoq sudah.cuba la try test experiment teka tekuk ni kat kawan2 korang.hoho.kasi neuron2 kat otak tu kerja keras sikit.eheh.critical thinking gitu.ekeke ^^

K , adios and wassalam :)


-----------------------------------


p/s : jiwa kacau belum ok 100% lagi.still under 'construction'.huhu.cara apa eh paling mujarab untuk sembuhkan hati yang terluka ??  

Wednesday, January 19, 2011

SEMUA ADA DALAM AL-QURAN

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum :)

just wanna share a story that i read in SOLUSI , issue no.27.just bought it this afternoon.here it goes :




"Semua ada dalam alQuran'' , kata seorang ulama.

''maksud tuan ilmu dunia juga?'' balas seorang pemuda.

''ya , ilmu dunia dan akhirat.''

''saya TIDAK percaya.Masakan begitu?Bagi saya mustahil kitab alQuran yang hanya terdiri daripada ribuan ayat itu boleh mengisi semua bentuk ilmu.''

''berapa ayat yang diperlukan untuk memuatkan semua ilmu yang ada?''

''Wah tentulah berbili0n-bilion banyaknya.bentuk dan jenis ilmu tersangat luas.''

''saya masih berpendapat semua asas ilmu ada dalam alQuran.''

''saya tetap tidak bersetuju ,'' tegas si pemuda

ulama hanya tersenyum.tidak puas hati , keesokkan harinya , pemuda itu bertemu dengan ulama itu semula.
''tuan masih percaya semua ilmu ada dalam alquran?''

''ya,'' jawab ulama itu pasti.

''kalau begitu , berapa banyak minyak yang boleh didapati daripada sekilogram kelapa sawit?''
ulama itu diam.pemuda berasa bangga kerana pada pengamatannya ulama itu akan tunduk kepada pandangannya.

''dan jangan lupa tunjukkan nama surah dan ayatnya sekali ya..'' tambah pemuda itu.

beberapa ketika kemudian , ulama itu berkata , ''ya saya tahu jawapannya.malah saya tahu surah serta ayat yang menjawab persoalan itu.tetapi untuk menjawabnya , mari ikut saya.''

pemuda itu mengikut ulama tersebut menuju ke suatu tempat.''kita nak ke mana?''

''ikut sajalah''

tidak lama kemudian mereka bertemu dengan seorang pekerja yang sedang menyelia kerja2 memproses kelapa sawit.ulama itu bertanya , ''tuan , boleh beritahu kami berapa banyak minyak yang kita akan dapat daripada sekilo kelapa sawit?''

penyelia itu spontan memberi jawapannya.sejurus kemudian , ulama berkata kepada si pemuda , ''itulah jawapannya''

''eh ! saya mahukan jawapan dari alQuran , bukan penyelia ini ! '' bantah pemuda itu dengan agak marah.

''itulah jawapan dari alQuran ,'' jawab ulama dengan tenang.

''apa maksud tuan?''

''inilah jawapan alQuran.dalam surah al-nahl ayat 43 , Allah telah berfirman yang bermaksud ,'...maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.'dan kita telah pon bertanya kepada penyelia kilang sawit ini tentang soklan kamu.inilah yang dijelaskan kaedahnya oleh alQuran.dan inilah jawapan alQuran kepada soalan kamu itu.''

MORAL  : alQuran bukan kitab sejarah , sains atau ilmu2 lain.Namun begitu , dalam alQuran ada asas dan teras umum bagi ilmu2 itu yang menjadi dasar, prinsip dan panduan untuk mengembangkannya.jika seseorang mempelajari alQuran secara menyeluruh , dia akan mempunyai general knowledge semua ilmu yang penting di dunia =)

copyrightreserve : SOLUSI IssueNo.27

-----------------------------------------------------


P/S : Something pretty bad happened to me tonight.and i just wasted my tears for that.and i hate it when my mind can't stop thinking about that.and my tears can't stop running onto my cheek.really mean it. but alhamdulillah now , i'm getting better.slowly.give me strength ya Rabb to face this 'stuff' .



Tuesday, January 18, 2011

LA TAHZAN

In The Name of Allah The Most Gracious The  Most Merciful


assalamualaikum :)


hmm..sedih lagihttp://matcuoi.com.sebab tak boleh balik this weekend.hari khamis yang sepatutnya cuti pon ada replacement class physic.hari sabtu pon ada class physic lagi.takkan la nak skip class pulak kan.huuhuhu.sedih2.tengah aku dok feeling sedih2 , syahdu2 bagai ni...tetiba aku teringat satu kisah yang aku pernah baca kat www.iluvislam.com dulu.aku pon try la selongkar2 balik kat website tu.and alhamduliilah aku jumpak dengan senangnye.so,,aku nak share la story ni dengan korang.mana taw kot2 ada jugak yang tengah bersedih macam aku.lepas baca ni rasa tenang sikit.kejap lagi nak siapkan notes + tuto + report pulak.http://matcuoi.com
nah..layan ~
--------------------------------------
Pada zaman dahulu kala di negeri Afrika, terdapat seorang raja yang memerintah dengan adil dan saksama.
Raja Afrika tersebut mempunyai seorang sahabat rapat bernama Koami.
Koami mempunyai satu sifat yang sungguh unik iaitu Koami suka melihat setiap perkara yang berlaku (positif mahupun negatif) dalam hidupnya sebagai sesuatu yang baik dengan mengucapkan, "Ini sungguh bagus."
Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari Raja Afrika mengajak Koami pergi memburu di dalam hutan.
Sepertimana kebiasaan, Koami menyediakan peralatan untuk memburu seperti senapang, peluru, makanan dan lain-lain.
Entah bagaimana, Koami terlupa untuk memeriksa senapang tersebut samada masih elok atau tidak.
Ketika di dalam hutan, Raja Afrika melihat kelibat seekor rusa jantan di celah-celah semak, dengan pantas Raja Afrika menembak menggunakan senapang yang dibawa oleh Koami.
"Pom!!"
Senapang tersebut meletup dengan sangat kuat apabila picunya ditekan.
Akibatnya Raja Afrika kehilangan ibu jari kanan kerana letupan senapang tersebut dan menjerit-jerit menahan kesakitan.
Tiba-tiba terkeluar daripada mulut Koami, "Ini sungguh bagus."
Bagaikan terbakar telinga Raja Afrika apabila mendengar kata-kata Koami itu dan berkata dengan marahnya, "Bodoh!!!, Ini tidak bagus. Pengawal! Kurung Koami di dalam penjara seumur hidup..."
Setelah setahun berlalu, pada suatu hari Raja Afrika bersama beberapa orang pengawal keluar memburu di dalam hutan.
Alangkah malangnya nasib Raja Afrika tersebut kerana terserempak dengan Puak Madura yang suka memakan daging manusia.
Raja Afrika dan pengawal-pengawal ditangkap dan diperiksa seorang demi seorang bagi memastikan manusia buruan mereka sempurna tubuh badan.
Apabila melihat Raja Afrika tidak memiliki ibu jari kanan, Puak Madura tersebut melepaskan Raja Afrika tersebut kerana pada kepercayaan Puak Madura, manusia yang tidak sempurna tubuh badan sempurna akan menjadi sumpahan jika dimakan.
Betapa bersyukurnya Raja Afrika tersebut kerana selamat daripada dimakan oleh Puak Madura itu.
Barulah Raja Afrika sedar bahawa benarlah kata-kata sahabat rapatnya Koami, "Ini sungguh bagus."
Ketika peristiwa Raja Afrika kehilangan ibu jarinya setahun yang dulu.
Raja Afrika memerintahkan supaya Koami dilepaskan dan Raja Afrika dengan rendah diri memohon maaf di atas tindakannya mengurung Koami di dalam penjara.
Tetapi Koami tiba-tiba berkata, "Ini sungguh bagus."
Terkejutnya Raja Afrika mendengar kata-kata itu dan bertanya, "Mengapa pula sungguh bagus?"
Dengan selamba Koami menjawab, "Jika Tuanku tidak mengurung patik, sudah tentu patik bersama-sama Tuanku pergi memburu dan bertemu dengan Puak Madura itu dan akhirnya patik akan mati di makan Puak Madura itu."
Raja Afrika hanya duduk terpaku memikirkan kebenaran kata-kata Koami tersebut.
-Tamat-
source :www.iluvislam.com
sesungguhnya Allah pon dah nyatakan dalam Surah At-Taubah ayat 40
لَا تَحۡزَنۡ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَنَا‌ۖ
....''Grieve not. Lo! Allah is with us''...
...''jangan engkau bersedih , sesungguhnya Allah bersama kita''....
Sahabat-sahabatku sekalian, terlalu banyak perkara yang baik mahupun buruk berlaku dalam hidup kita selama ini. Terpulanglah kepada kita bagaimana kita melihat perkara tersebut. Bukan semua perkara yang baik itu nikmat dan bukan semua perkara yang buruk itu bala. Yang pasti, di sebalik setiap perkara yang berlaku terkandung seribu hikmah yang perlu dicungkil dan difikirkan. Betul tak?

Sunday, January 16, 2011

BWC IN SUPPORT OF WWF MALAYSIA

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum

Alhamdulillah ..selesai sudah Beach Walk Campaign in Support of WWF Malaysia semalam.Meh nak story what happened there.All the tentatives and so on..here it goes :

PROGRAM           : Beach Walk Campaign in Support of WWF Malaysia
VENUE                   : Tanjung Bidara , Melaka
ORGANIZED BY  : Environment and Nature Club , CFS IIUM





6.30 am
Gathered kat depan mahallah Fatimah alZahra.bus dah ada , pakcik drebar je belum ada.hoho.lepak kat situ almost 2 hours =.='' breakfast + last briefing + photo'gedik' session etc.

8.20 am
baru gerak dari cfs iium.

10.00++ am
alhamdulillah selamat mendarat di tebing pantai tanjung bidara..kitorang disambut oleh para volunteers from WWF Malaysia.

masuk Pusat Pengurusan Penyu , Kg Padang Kemunting , Masjid Tanah melaka.Ada briefing sikit dari pihak pusat..divide tasks etc..group aku dapat task beach cleaning a.k.a kutip2 sampah tepi pantai.aku tak kesah je.dapat jugak tambah pahala.eheh.lama x buat kerja2 amal.bila lagi kan ??

bersuka suki la kat tepi pantai tuhttp://matcuoi.com.even panas mentari membakar.rasa ala2 nak terbakar pon ada.even pakai baju n tudung putih.still serap haba ohh.agaknya kalau pakai all black dah lama aku dehyrated ala2 dok kat padang pasir gitu.hua3.banyak jugak la hasil 'tangkapan' sampah kitorang.benda paling penting untuk dikutip semestinya plastik and polystrene.sebab pakcik  dan makcik penyu serta kaum kaum kerabat depa ni boleh tersalah anggap plastik as obor2 or sotong.demi nak selamatkan penyu2 yang kiut ni kitorang sanggup mem'burn'kan kulit taw       # cewaah

group lain ada yang tolong tebas2 semak sekitar pusat tu.buat 'sand flowing' a.k.a gali pasir untuk pengeraman telur penyu.cat kawasan pusat.etc.

melawat penyu2 kat kolam.ketua pusat  ada bagi tau la info2 pasal penyu kat malaysia ni.nama , makanan , etc.

lunch.zohor kat madrasah al-falah.session kedua tengok video pasal dolphin.sedih gila !.alkisah pasal video tu : activist yang memperjuangkan nasib dolphin2 yang ditangkap dan dibunuh kat Taiji , Japan.memang ramai yang taktaw ..susah la nak story sebab aku taktaw macam mana nak story.hailoh ! korang kena tengok sendiri video tu.But , masalahnya aku tak sempat nak copy linknyer.maaf.sedih sebab tak dapat nak berkongsi.aku almost nak nanges.http://matcuoi.combila tengok keghairahan dan kekejaman manusia a.k.a nelayan kat taiji tu punya la pulun nak tangkap dophin2 tu semua.dah la pakai cara busuk ! kotor ! kejam ! hish !! geram ! # emo  =.=''

semata2 sebab duit.kalau dapat tangkap yang live ( di train untuk show ) bayaran lagi masyuk.dapat yang dah mati pon masyuk jugak la.for information , daging dophin contain a very high amount of mercury yang boleh sebabkan permanent damage kat manusia.nak baca lagi pasal mercury poisoning sepak kat SINI.google je.berlambak2 ada.nak baca atau tak je.cubit SINI plak untuk story2 berkaitan dolphin slaughtering huhu.pape pon serius cakap , dolphin slaughtering is getting worst day by day !

5.30 pm
yeehaaa !! aktiviti bebas.saat2 yang aku tunggu.eheh.tapi part yang kurang best tu sebab tak boleh buat aktiviti berkaitan air.mandi laut , banana boat semua tak boleh.bukan apa sebab safety la kan.tapi tak pe lah.dapat main2 dekat gigi air pon jadi la.huhu.sesi photo'gedik' pon diteruskan.haha.jalan2 amik angin..best ohh amik angin pantai.sempoi2 bahasa gitu.

6.30 pm
bertolak balik ke cfs iium terchenta.

7.30 pm
singgah RnR mana ntah.tapi yang pastinya aku dapat pengalaman baru.first time solat kat tempat open kat RnR.sebab kat situ xde surau.huhu

10.00pm
alhamdulillah.selamat sampai.mandi.kemas2 etc.online jap sambil upload gambar from camera.eheh.cik aina n cik nami terus syahid lepas mandi.sengal2 badan mula terasa.hoho.tapi xpelah.demi penyu i sanggop.haha
 # poyos

tu lah tentative untuk program ni. nah ! layan pictures kat bawah ni.biarkan gambar yang berbicara pulak 


turtles yang ada kat Galeri Penyu




sekitar Pusat Pengurusan Penyu


the volunteers from WWF Malaysia =)





moral of story : sayangilah alam sekitar.pesanan khidmat masyarat dari Environment and nature Club CFS IIUM =) heh.


# muka dah burn.bertambah gelap la kulit i yang memang tak berapa nak putih ni.eheh.sengal2 badan.weekend yang agak lapang.no tutorial to be finished.no quiz for next week.just a report to be submitted this thursday alhamdulillah for the time given.thanks Allah =)

Friday, January 14, 2011

LEGA

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum...

Alhamdulillah .akhirnya.berjaya duduk depan encik lappy ni dan menaip entry blog yang dah 2 hari tak dikunjungi..sibukkkkk...sekarang baru lapang.tu pasal tajuk entry kali ni LEGA.haha.

tentatif program untuk hari ni :

8.30 am
pi kelas physic.should be at 8am.tapi madam kitorang lewatkan sikit.8.45 baru dapat mesej klas cancel ! hadoy !
K.E.C.E.W.A.http://matcuoi.com terus pi library.malas nak balik bilik sebab da siap comey2.wakaka.penat iron baju.so biar berbaloi2 pakai.lepak kat library bersama cik firus , cik hajar , cik aman.bergelumang dengan buku fizik la sebab malam ni ada quiz. T.T''

12.30 pm
outing pi mid dengan cik nami.just nak gi beli barang harian.major stok  almost nak habis.so , it's time to do some shopping.haha.sharp 2 pm dah terpacak kat bilik.kejap je kan ?? well.well.shopping sikit je.tu pon macam penyamun je.jumpak barang terus rembat.serbu kaunter.haha.senang sebab dah buat list awai2.          #  sila contohi tabiat ini ye ^^

3.00 pm
sambung study untuk quiz malam ni.tergoda dengan nafsu tido yang membuak2.haha.tido kejap sampai alomost 5. kejap la sangat -,-''

6.40 pm
buat gathering IGOP kat cafe A.sebab nak jumpak cik iyai and cik adah yang datang dari UIA Nilai.diorang transit sini before gerak ke UIA Gombak for SMAC this sunday.alhamdulillah dapat jumpak even x lama sangat.even tak sume join.yang datang aku , syaza , dila , wani , aisyah , zahid.7.20 aku angkat kaki dulu sebab nak kejar maghrib and kelas pukul 8.

8.00 pm
kelas physic.discuss tuto.then QUIZ !! huarghhh !! tension2.http://matcuoi.com susah kot.just ada 3 main questions and anak2 nye.20 marks.sem lepas punya ada 5 questions.adilkah ??? sabar je la..tawakkal je result nanti.hua3.

10.00pm
balik bilik.kemas pape yang patot untuk besok.besok insyaAllah akan gerak ke tanjung bidara melaka.beach walk campaign in support of WWF Malaysia.programme under nature club.insyaAllah akan story what happen there dalam entry akan datang.doa2 la bagi ada kerajinan n kelapangan.hoho.

11.45 pm
duduk mengadap laptop terchenta.pasni tidoq la.http://matcuoi.combesok kena bangun at 5.sebab nak gerak around 6.30 am.

Sekian laporan untuk hari ni.haha.actually ada story pasal tragedi aku salah nombor masa hantar mesej kat my sis.tapi lain masa la i story k.ngantuk sudah.bahana dah 2 hari tido at 2 am.mata panda + eye bag = benci http://matcuoi.com

okey ! tu je nak membebel kat sini.takdak pape info pon.just nak luahkan pasal apa yang jadi hari ni.huu.tabahlah duhai hati.dah2.nak pi tidoq.kang kena tinggal ngan bas pulak besok.wakaka.
good nite peeps 

adios and wassalam =)