In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
katak ??
bukan cerita PUTERA KATAK yang azizan nin and nora danish berlakon tu eh..haha.katak yang aku nak cerita ni kalau kiss komfem xkan jadi putera punya.mati terus kot..Haha
okey2..back to main point.layan :
seekor anak katak pulang ke pangkuan ayahnya dengan tercungap2.
"ayah , saya baru pulang daripada bermain di sawah padi.saya jumpa seekor binatang bernama kerbau......"
ah ! apa nak dihairankan ?" kata bapak katak walaupun sebenarnya dia sendiri tidak pernah melihat kerbau.
"kerbau besar sangat ayah..."
"ah , ada sebesar ini ?'' tanya bapa katak sambil mengembungkan perutnya.
''tak ayah , lebih besar lagi''
''ada sebesar ini ?'' kata bapak katak membesarkan lagi perutnya.
anak katak menggeleng-gelengkan kepalanya.bapa katak bertambah geram dan marah.
''ada sebesar ini?'' perutnya menjadi sangat besar hingga nafasnya tercungap2.
anak katak terus menidakkannya.perut bapak katak dikembungkan lagi.begitulah berlaku berulang-ulang kali hingga................
pop ! kebabo00m !! perut bapak kata tu meletup.bapak kati pon mati.innalillahiwainnailaihirajiun.anaknya kebingungan , mengapa ayahnya sanggup mati hanya kerana ingin menandingi '' kebesaran'' seekor kerbau.
moral.of.the.story : berlagak kaya menjadikan kita papa.ada pihak yang begitu beria-ria ingin menunjukkan kekayaannya , padahal ahli hikmah mengungkapkan , jika seseorang perlu memberitahu orang lain yang dia kaya , dia sebenarnya tidak kaya.perlukah Bill Gates @ Donald Trump misalnya bagitau dunia yang depa ni kaya ?? ironinya ramai si kaya 'jadian' yang menanggung hutang secara diam2 dan hidup menjadi penipu.terpaksa mati sebagai orang miskin pada akhirnya.sungguh malang jika begitu nasibnya.so , readers sekalian semoga kisah ni jadi ikhtibar buat kita semua .jangan pakai istilah biar papa asal bergaya.tu cari pasal namanya.
bersederhanalah dalam semua perkara.
------------------------------------------------------
berilah aku kekuatan ya Allah.permudahkan segala urusan.
Ya Allah tiada sesuatu yang mudah kecuali sesuatu yang engkau jadikan mudah dan Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah dengan kehendakMu.
amin =D
No comments:
Post a Comment