In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
assalamualaikum :)
just wanna share a story that i read in SOLUSI , issue no.27.just bought it this afternoon.here it goes :
"Semua ada dalam alQuran'' , kata seorang ulama.
''maksud tuan ilmu dunia juga?'' balas seorang pemuda.
''ya , ilmu dunia dan akhirat.''
''saya TIDAK percaya.Masakan begitu?Bagi saya mustahil kitab alQuran yang hanya terdiri daripada ribuan ayat itu boleh mengisi semua bentuk ilmu.''
''berapa ayat yang diperlukan untuk memuatkan semua ilmu yang ada?''
''Wah tentulah berbili0n-bilion banyaknya.bentuk dan jenis ilmu tersangat luas.''
''saya masih berpendapat semua asas ilmu ada dalam alQuran.''
''saya tetap tidak bersetuju ,'' tegas si pemuda
ulama hanya tersenyum.tidak puas hati , keesokkan harinya , pemuda itu bertemu dengan ulama itu semula.
''tuan masih percaya semua ilmu ada dalam alquran?''
''ya,'' jawab ulama itu pasti.
''kalau begitu , berapa banyak minyak yang boleh didapati daripada sekilogram kelapa sawit?''
ulama itu diam.pemuda berasa bangga kerana pada pengamatannya ulama itu akan tunduk kepada pandangannya.
''dan jangan lupa tunjukkan nama surah dan ayatnya sekali ya..'' tambah pemuda itu.
beberapa ketika kemudian , ulama itu berkata , ''ya saya tahu jawapannya.malah saya tahu surah serta ayat yang menjawab persoalan itu.tetapi untuk menjawabnya , mari ikut saya.''
pemuda itu mengikut ulama tersebut menuju ke suatu tempat.''kita nak ke mana?''
''ikut sajalah''
tidak lama kemudian mereka bertemu dengan seorang pekerja yang sedang menyelia kerja2 memproses kelapa sawit.ulama itu bertanya , ''tuan , boleh beritahu kami berapa banyak minyak yang kita akan dapat daripada sekilo kelapa sawit?''
penyelia itu spontan memberi jawapannya.sejurus kemudian , ulama berkata kepada si pemuda , ''itulah jawapannya''
''eh ! saya mahukan jawapan dari alQuran , bukan penyelia ini ! '' bantah pemuda itu dengan agak marah.
''itulah jawapan dari alQuran ,'' jawab ulama dengan tenang.
''apa maksud tuan?''
''inilah jawapan alQuran.dalam surah al-nahl ayat 43 , Allah telah berfirman yang bermaksud ,'...maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.'dan kita telah pon bertanya kepada penyelia kilang sawit ini tentang soklan kamu.inilah yang dijelaskan kaedahnya oleh alQuran.dan inilah jawapan alQuran kepada soalan kamu itu.''
MORAL : alQuran bukan kitab sejarah , sains atau ilmu2 lain.Namun begitu , dalam alQuran ada asas dan teras umum bagi ilmu2 itu yang menjadi dasar, prinsip dan panduan untuk mengembangkannya.jika seseorang mempelajari alQuran secara menyeluruh , dia akan mempunyai general knowledge semua ilmu yang penting di dunia =)
copyrightreserve : SOLUSI IssueNo.27
-----------------------------------------------------
P/S : Something pretty bad happened to me tonight.and i just wasted my tears for that.and i hate it when my mind can't stop thinking about that.and my tears can't stop running onto my cheek.really mean it. but alhamdulillah now , i'm getting better.slowly.give me strength ya Rabb to face this 'stuff' .
No comments:
Post a Comment