Sunday, November 04, 2012

DITUSUK DURI KAKTUS, HATI BERDARAH

Musim exam.Midterm.Done with Islam & Knowledge, and Microbiology. Alhamdulillah. Organic chem and Calculus waiting.This monday and friday respectively.Busy.Lectures, lab reports, assignments, exam, societies bla bla bla.I'm enjoying them because i know they are parts of my responsibilities.Gain knowledge for the sake of ummah. But sometimes, you just lost control of your own mind and heart.These two abstract things that always  messed up.Need super security to control 'them'.

Just like tonight,

This night, tak study o.chem sangat pon. Entah kenapa. Hati macam kacau. Because of 'something'.Something that i should blamed myself for it. Lalai dalam jaga hati.And banyak sangat dengar lagu kot hari ni.Lagha je jadinya -.-''

Masa jiwa tengah kacau tu, i scrolled up and down la dinding muka buku biru tu.Suddenly, nampak dan terbaca satu link yang my friend like.Without any hesitation, terus click and read the post.I thought, i'm strong enough.As strong as superman.but sadly,my heart cant bear that 'something' anymore.Tears burst out.Now, i knew, i'm not a superman.I'm not more than just a superchicken which dream to fly high.

The writing touched my heart.Into the deepest cell of it.Heartbeat out of control.Adrenaline rush.Eyes crying.Mind blowing.Knees shaking. I'm freezed in front of the laptop.Eyes glued on the writing. Intepreting and digesting each and every word.The meanings, the points, the messages flows into heart like a river.Can you see how 'thirsty' my heart to tazkirah and pengisian rohani? Baru teringat, minggu ni tak ada usrah.Tak pergi mana2 talk pon.Tak dengar ceramah sapa2 pon. All that i done is, busy dengan urusan dunia.Study macam nak gila sebab exam. Tengok, niat study pon macam dah lari sikit.Lupa nak tajdid selalu. Pulun buat report, prepare untuk presentation. Sampai lupa preparation untuk mati.Teruknya minggu lepas seminggu cuti ni :'(

Tapi Allah tu Maha Penyayang.No doubt.Kenapa aku cakap macam tu?

Aku percaya, Allah hadirkan saat tiba2 'jiwa aku kacau' tu sebab nak aku ingat semula pada Dia.Merayu dan meratap hanya pada Dia.Saat aku hampir2 layu dan hanyut. Saat hati mula nak tumbuh tompok hitam, DIA hantar satu 'pencuci' yang bersifat 'asid'.Tajam menghakis permukaan kotor di hati dan jiwa.Tapi kesannya memang bersih.Seumpama peluntur pada baju yang dikotori lumpur.

Tulisan yang berjaya mengalirkan air mata berharga itu biarlah rahsia.Bukan aku tidak mahu berkongsi.Aku cuma tak mahu kau tahu apakah 'something' yang dengan jayanya memporak perandakan hati kecil nan rapuh aku ini.Cukuplah aku dan Si DIA yang tahu.

Pesan aku buat diri dan kamu, hati-hatilah dengan hati. Perhatikan hati, jangan biar ia mati. Mujahadah memang payah. Tak usah mendabik dada konon sudah sehabis daya berusaha, padahal tak lebih dari tipu daya hati sendiri.Hati yang kau kata berwarna merah, sedangkan ianya sedang mereput dan hitam.Jom latih diri dengan amalkan 10 muwasafat tarbiyah. Sebagai panduan dan kayu ukur apa yang sebenarnya kita lakukan.Refleksi diri.Payah tapi bukan mustahil.

Ayat peransang jiwa, hati :

"Barangsiapa yang bersungguh-sungguh mencari keredhaan Kami, nescaya Kami akan menunjukkan mereka jalan-jalan Kami (jalan menuju keredhaan Allah)" (Al-Ankabut: 69)



3 'bayi' kaktus yang aku 'bela'.Buat penyejuk mata, penawar gundah.Melihat ciptaan Tuhan yang unik dan indah ini bisa melunturkan hati yang kadang kala meledak amarah. Duri dalam keindahan itu umpama pagar dari segala 'marabahaya'.Analogi terbaik untuk seorang wanita.

Entah mengapa aku menulis tentang ini.Mungkin cuma mahu khabarkan pada kamu, supaya berhati hati dengan hati kamu itu.

Air mata: penyubur hati,penawar duka.Adakalanya buih kekecewaan yg menghimpit perasaan& kehidupan ini.Air mata taubat padamkan api neraka - Fedtri Yahya 3/11/12

Saturday, October 13, 2012

BEHIND THE EVENT:DNZ TALK (KUANTAN VERSION)

Alhamdulillah.Selesai sudah event di Kuantan (seminggu lebih dah kot berlalu :p). Proud to be part of the committees yang menjayakan program sebesar ini. This is the biggest event yang aku pernah join sebagai volunteer.Alhamdulillah, dapat menabur sedikit keringat untuk program dakwah sebegini.

Tarikh program pada 5 oktober bertempat di Dewan Jubli Perak Kuantan.Few weeks before the event, we had meeting every Tuesday at PERKIM Jln Gambut.Selalunya memang kena rush la dari uia ni.Sebab hari selasa petang ada lab session for Organic Chemistry sampai 5pm.Nak asar , gerak to PERKIM pon makan masa sebab jalan yang jammed dengan orang balik kerja etc.Traffic light Kuantan yang lama gila tu lagi.Meeting selalu nya dari 5-7 pm.Seingat aku , ada dalam 5 6 kali meeting before program.On 22 september, kami para volunteers dari uia kuantan buat promo event dekat Teluk Chempedak.Ada open performance untuk sesiapa yang nak perform, show from SCIENCESS Acoustic Team, qasidah, performance dari budak KIPSAS dan semestinya video promo DR Zakir Naik.Kat tengah2 dataran TC tu kami berkampung buat 'konsert'.Keh keh.Main objective is to promote the event especially to young generation yang selalu hangout lepak TC malam2 and non-muslims.Almost 12 am baru sampai uia balik.


On 29 september : Me, aimy, tiqah, kaka, hafa, yana, farah went to Taman Tasik Bandar and did some promotion there.Yang paling mantop dok approach orang and promote adalah kaka.She's great at promoting and convincing people.Hehe.Letak poster DNZ event dekat wiper kereta2 yang ada kat situ.Next, we move to Sri Manja Hotel which situated nearby.Tak masuk pon, just letak poster dekat kereta yang park kat situ.


picture creditted to : Google Image
New hotel opened in Kuantan.Dekat je dengan uia.Teropong sikit je dah nampak.

Overall, sangat best sebab ni first time promote2 letak kertas kat wiper etc.Even still cuak2 nak approach orang etc.Hehe.Petang nya pulak, ke Kuantan Parade.Alkonon nya nak approach orang kat sana.But at last, ended up shopping.Plus, ada Ekspo Buku Islam Pahang kat KP tu.Ustaz Don datang ! Ada satu booth yang dibuka untuk pendaftaran event DNZ tu.Tapi bukan kami la yang incharged.


Ustaz Don live.First time jumpa.Ehem tapi dah kawin.kbai 

On the big day.Kelas BM pukul 9-10.Continued with Calculus 10-12.lunch makan fishball je  6 ketul.1.30 pm, gerak to Dewan Jubli Perak.Attire for  female volunteers is black jubah and pink tudung.And for male volunteers, tshirt Dr Zakir Naik + blazer + black pants.Briefing, final meeting  from 2-4.30.Some changes here and there about the seat, job scope etc.

Then the toughest time comes !

People start to come as early as 4.30.But the internal hall was scheduled to be open ONLY at 6.30.Eh, lupa nak cakap, I’m the external usherer.Should be I’m the internal usherer, but due to some reason, I became the external.Nevermind, its not a big issue to write and story here.Just forget it.Disebabkan internal hall belum bukak, people start to seat in the external hall.Tapi tak lama pon orang mampu duduk kat situ sebab panas.Kipas tak bukak ! aiyooo.Rushing here and there to find the correct people who‘s responsible for this kipas,lampu,technical thinggy.Sumpah tak perasan kipas tak bukak up until ada seorang sister ni bagi tau.

At 5.30 ++, people started to queue outside the internal hall.Semua orang nak ‘cop’ tempat dalam dewan. Suddenly, hujan turun.Agak gelabah pada mulanya.tapi volunteer tak boleh gelabah, so tak jadi nak gelabah.HAHA.Usher people in the queue to move under the external hall and tried to separate them according to gender sebab diorang beratur mix lelaki and perempuan.Once the hall is opened, baru lega sikit tengok queue yang makin pendek.Lepas je internal hall penuh, the rest people in the queue tu semua serbu seat kat external hall.Adoi, susah payah tenangkan.Sisters la yang ramai serbu tu -.-'

8 pm, the event started.Some brief information about Dr Zakir Naik and the programme by brother Abu Shariz Badr.And the real talk began.Great talk by a great man.Dr Zakir who is actually Ahmad Deedat’s student and being called as Ahmat Deedat plus by Ahmad Deedat himself.A medical doctor, famous world orator and master in comparative religion.Boleh search kat Youtube kalau nak tengok debate2 beliau dengan non-muslims regarding various topics.The most famous debate is a debate between him and William Campbell entitled Quran Vs Bible.Ada jugak versi yang dah diterjemah ke bahasa Indonesia.He owned a TV channel named as Peace TV which is bersiaran di 200 negara and all the contents have been translated in hundreds languages including Albania,  Urdu, Spanish etc.Coming soon is mandarin if I’m not mistaken.Memang tak cukup page nak story each and every detail about him.So boleh cari kat website IIS, IRF, Peace TV.

The title of his talk is The Quran and Modern Science.Satu jam 15 minit.Then Q&A session for 2 hours.Priority to ask is given to NONMUSLIM because the main aim of the event is to sebarkan dakwah Islam to them.Pukul 12 baru event officially habis.Tapi ramai dah balik at that time especially yang duduk kat external hall.Tabik dengan parents yang bawak anak2 yang still kecik, baby tu.Sambil dengar talk, riba anak yang dah tertido etc.

Lepas semua audience dah bersurai, all the committees gathered for  photography session.Padahal at that time, masing2 muka macam apa je.Penat, mengantuk, lapar etc.Bukan tak ada makanan, Cuma tak ada masa nak mencelah pi makan.Padahal makanan free provided for all.Dalam anggaran untuk 5 ribu orang.Paling sedap pon yang kami ni para volunteer ( me and the geng la.The rest taktau) sempat makan adalah air mineral -.-‘’sadis kan ? tolong la cakap sadis :p. Jumlah makanan yang masuk dalam perut aku pada hari tersebut ialah 6 ketul fishball, 2 bungkus London Swiss Roll (makan sambil2 dengar talk tu), beberapa ulas gula2 untuk menambah tenaga untuk senyum and be happy time usher orang, beberapa botol air mineral  ><  sampai balik uia dah almost 1 am.Terus pengsan hingga keesokkan harinya XD

Panjang bebel, nah tengok gambaq pulak :

The venue : Dewan Jubli Perak , Kuantan
picture creditted to : DNZ Kuantan Usherer FB Page

Part of the internal hall.

Overview of the internal hall.Capacity of 2500 ++
picture creditted to : DNZ Kuantan Usherer FB Page

External hall without chairs
picture creditted to : DNZ Kuantan Usherer FB Page

Me and Yana discussing apa entah while Mar stalking us :p
External hall with chairs.Mar tengah merenung masa depan XD

 Dewan MB as the venue for asar and maghrib congregational prayer
                          picture creditted to : DNZ Kuantan Usherer FB Page

 The awesome handsome male volunteers - The usherer team.Donation and security team are not in the picture.How sad.
                    picture creditted to : DNZ Kuantan Usherer FB Page


 The hot gorgeous female volunteers - Usherer Team only.With Madam Mahani and Cikgu Siti.Masih mampu menyengih di hadapan kamera setelah seharian bekerja , itu tandanya kita hebat.Bukan sekadar sembang lebat XD
                      picture creditted to : DNZ Kuantan Usherer FB Page

Malam dihalau ketika meeting di masjid.Better not to tell the story -.-'' 
picture creditted to : DNZ Kuantan Usherer FB Page

 Crew DZN dibawa ke Teluk Chempedak
                   picture creditted to : DNZ Kuantan Usherer FB Page

The Tag

Muka penat + lapar + mengantuk.Masih mampu tersenyum.We are awesome like that :p

The only picture taken with the grand stage as background.Tudung segala semua dah serabai.  T_T

 Free Tshirt for volunteers :D
picture creditted to : DNZ Kuantan Usherer FB Page


Akibat ke hulu ke hilir , seluar putih jadi hitam.Tercabut tangan menyental kotoran degil ni ><


Arakian , begitulah ceritanya pengalaman kerja volunteer kali ini :) Alhamdulillah for the experiences.Walaupun penat, pengalaman dan kenangan itu takkan pernah hilang.Syukur diberi kesempatan ini.Erti hidup pada memberi.Bukan kah begitu ?  :)


P/s to Naqib : tak dapat pon jumpak ko naqib ? ko menyorok eh ? haha.kidding :p


*sorry lambat gila update pasal event ni.Busy kot*

Sunday, September 16, 2012

NEW PHASE JUST STARTED

Hello to my dearest abandoned blog.After so long , and today is the day to come here and keep this cheap blog alive.haha.Nothing so special to story about.just updating a lil bit about the new semester.Here , in this jungle of kuantan.i'm writing this right now because i am bored...3 days of holidays , without going anywhere special , is a great torture to me.Heh.

Now , i'm hibernating in my clean , organised and of course beautiful room :p My compartment to be specified.Mizah and Dat are not in the room right now.Have no idea where they have been..ME ? dah banyak keluar this 1st week of new sem.Tadi plan to have dinner at Tg Lumpur , the most favourite place for seafood hunter.At last , dinner kat Suzana je ( malas nak cerita pasal apa plan asal tak dapat dijalankan ) Minggu ni ja dah 4 ke 5 times asyik keluar je..Cannot resist la dok dalam campus je.HAHA.Purse pon sampai dah nipis.Hows sad it is kan? *teqeyak*

The first day sampai kuantan , terus lepak kat cik wani's room.She's my exrumate at CFS and also my schoolmates kat IGOP dulu.Met aina and nami too.Had our breakfast together.Gossiping and etc etc.Just welcoming three of them to this Garden of Knowledge and Virtue.IIUM Kuantan.Hebat2 belaka my ex-rumates ni.Cik Nami from biomedic dapat tukar Pharmacy.Cik Aina from Nursing dapat tukar to Pharmacy and Cik Wani fisiotheraphy which is the first batch here.Congrats geng ! ;)

Anyway , back to the main business , sem ni ambik 5 courses.Which are :
  • Organic Chemistry
  • Introduction to Microbiology
  • Calculus for Biotechnology
  • Islam:Knowledge and Civilization
  • Bahasa Melayu
Seriously , sangat awkward + lawak + feeling- tak- tau nak describe masa first class BM.After so long tak belajar and then you came across  kelas yang cikgunya cakap BM baku and every terms dah diterjemah ke Malays.Soooooo awkward . Semua orang macam blurr bila lecturer cakap '' saya akan ceritakan mengenai RANGKA KURSUS ''..1 2 3 seconds later '' owhhh...course outline = rangka kursus ''.Big laugh everyone.Dah la cikgu nya Chinese.Double awkward.Antara translation yang best lagi : thumb drive = pemacu jari | powerpoint = kuasa penitik etc.Hehe.Tapi , BM tetap best ! yeah * hopefully *

Timetable quite okay.I can accept it.Even though i've class everyday ( mon - fri ) but still Alhamdulillah , because i've NO NIGHT CLASS.Most of my CTS friends have night class ( BM ) and the same goes to some friends from KAHS ( phyco )..Fuh , alhamdulillah again and again :D

First week is not hectic yet.Few classes , not-so-easy-first chapter for every subject , few cancelled classes ,  and no lab are good enough for us to enjoy :p keh3.Still adapting to life campus after 3 months enjoying holidays like a boss.No more goyang kaki , makan - tido lifestyle :'( uhuks.How bad.
New semester , old friends.Haha XD Muka muka bahagia di awal2 sem. # First picture taken in this semester.

Now , talk about new room pulak.View from our room memang tak best.Facing the construction site (iium  hospital in the making ) , is not good at all.Indeed.Started early in the morning till late night , keletung-keletang je yang dengar.Pencemaran bunyi weh >< Terpaksa habiskan duit beli tinted tingkap yang mahal itu ( RM 23.90 per metre) sebab if tak pasang , memang tak boleh buka langsir.How i wish i'm still at Maimunah 4 like last semester.Huhu.Rumates still the same except Husna.The 'cruel' MO changed husna to the next room.But nevamind , we still can meet and guess what , we still solat jemaah together in my room.Just like the semester before ;) Husna will come to our room every maghrib and isyak.

Picture taken after came back from celebrating Husna's birthday at Jungle.September 12th. ( Kuantan people know whats that jungle means.hehe ).Btw, cantek kan bilik kami ;3 Complete with the meriah-raya-like curtain and carpet.Compartment B is Nadia's and C is mine :)

Nice view from our condo..Huahua -..-''

 If condongkan kepala sikit dari tingkap tu baru nampak masjid.Alhamdulillah.Dengar azan memang jelas :)
 

Sooooo, enough kot entry pasal new sem ni , panjang bebel kan :p



# i should  read the student safety contract for my organic chem. lab after this >.< bye bye :*

Saturday, September 01, 2012

HOMEMADE ICE CREAM

Assalamualaikum :)

Sebulan blog bersawang.Padahal tak busy pon.Almaklumlah cuti semester yang panjang berbulan-bulan.Hehe.Malam ni baru teringat yang diri ni ada sebutir blog :p .So , nak update pasal ice cream je.Homemade ice cream.Sonang ajo cara2 nya.Yang aku buat malam ni ice cream perisa jagung.So , here's the recipe :)

Bahan-bahan :
1 cawan coffemate
1 cawan gula icing
1 tbsp ovallete
2 cawan fresh milk ( mesti dalam keadaan sejuk )
1/2 jagung tin ( dikisar terlebih dahulu )
1 sudu besar pati jagung

Cara-cara :
1. Putar semua bahan kecuali jagung kisar & pati jagung selama 15 minit
2. After dah kembang dan gebu , masukkan jagung kisar & pati jagung.Putar for another 5 minutes
3. Setelah sebati , masukkan ke dalam bekas and keep in the fridge !

Tadaaaa...senang kan ? Lepas ni tak payah beli dah ice cream kat kedai yang mahal and usually ada gelatin tu.Buat sendiri lagi jimat.Hehe.Selalu kat rumah , buat chocolate , strawberry or corn flavour je.Lepas ni nak try oreo ice cream pulak kot.InsyaAllah.










kalau ikut sukatan bahan2 kat atas ni , akan dapat 5 tupperware bulat tu.


multipurpose mixer yang banyak berjasa.Kalau guna yang biasa tu , tak power sangat.So adunan tak berapa kembang nanti.

Tadaaa , biarkan adunan tu beku dan ready untuk dibaham..Yang warna pink tu kakak buat.Perisa strawberry.Aku tak minat strawberry sangat.Sebab tu buat jagung/Actually nak buat chocolate flavour , tapi stock susu coklat takdak pulak dalam fridge.So , jagung pon okay la.

Selamat mencuba ! sebelum start , jangan lupa baca bismillah.Hehe.Nantikan kemunculan resipi lain pulak lepas ni :P  Adios !

Thursday, June 14, 2012

KLIBF 2012





Assalamualaikum :)

Alhamdulillah , tahun ni berjaya jugak menghadirkan diri ke KLIBF.Hutan Kuantan ku redah demi jejak ke PWTC..cewah ! ( p/s : entri basi sebab klibf dah lama menutup tirai :p) 

Alkisah , klibf tahun ni pada tarikh 27 APRIL- 6 MEI .At that time , agak busy dengan assignments ( alert dengan 's' di hujung perkataan assignment itu)  dan case study subject management yang menuntut pengorbanan masa dan tenaga.Weekend pon tak free memandangkan ada kelas management.Kepalang sedih mengenangkan tak dapat hadir ke klibf tahun ni.Melepas sponsorship RM200 from my sis :p 

Andai tertulis ada rezeki , pasti ada :) Alhamdulillah , cuti sempena hari buruh membuka peluang.Ahad ( 29/4) , kelas management dari pukul 9 pagi - 6.30 petang.Isnin ( 30/4) kelas biostatistics dari pukul 8 pagi - 11 pagi.Plan asal nak overnight dekat uia gombak tapi 'halangan' kelas membantutkan hasrat.Tapi itu bukan alasan untuk tidak meneruskan hasrat.Dengan semangat yang bersisa , aku dan Nadia ( cik roommate ) nekad untuk balik hari from Kuantan - KL.
Maka nya , 

seawal 7 pagi , 1 MAY - kami bertolak ke terminal bas.Tiket pukul 8 dari kuantan ke KL.Alhamdulillah , everything went smoothly.What most important , dapat jumpa cik adilah safian a.k.a cik DILE jugak ! one of my bestie since high school.UIAM'ian jugak.Pure Architecture to be specific.Gembira tak terkata , lama tak jumpak oi.

Pusing , tawaf , jelajah etc dalam pwtc tu.At last , beli 2 buku je.kui3.Tak macam last year , borong sakan sampai tak cukup tangan.hehe.Then , shopping time ! The Mall and Times Squares je lah yang paling dekat and senang nak pergi untuk mereka yang menaiki LRT & Monorail ni.Hewhew.

Alhamdulillah , selamat sampai bumi Kuantan pukul 11 malam.New experience.Nice journey.Thanks kakak for the sponsorship.Macam annual sponsorship pon ada , rm200 for each KLIBF.Hihi.Thanks Nadia , peneman setia & thanks dila for the sizzling and dating ;p

Hasil dari KLIBF :p - 

 on my way to finish this book :)

TITLE : CELIK MATA & JIWA
PRICE : RM 29.90 / RM 39.90 (Sabah/Sarawak)
PAGE : 96
PUBLISHER : AsSohwah Enterprise 

Done with this book on my 5th day of  holiday.Novelet tarbiah 2 in 1.Latest masterpiece by Ustazah Fatimah Syarha and her husband.Genre : bukan jiwang.Tapi sweet.Superb love.Memang high class.One comment : i hope my future husband read this book too.LOL ;p

TITLE : Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu
PRICE : RM22.00 / RM 24.00 ( Sabah/Sarawak)
PAGE : 492
PUBLISHER : Galeri Ilmu

aaaaaaaaaaaaaaa..antara kenangan paling best.Bergambaq dengan one of my favourite speaker/writer.Dr.Muhaya.Terubat kecewa tak dapat hadir talk masa beliau datang uia kuantan atas sebab yang tak dapat dielakkan hari tu.hewhew.Masa kat pwtc hari tu , jumpa ramai writer/artist lain jugak.Fetri Yahya , Ustazah Fatimah Syarha , Dr.Farhan Hadi , Rabbani etc.Tapi , segan nak take picture.Hihiii.Plus , keadaan yang terlampau 'sardin' memang mengehadkan pergerakan ><

buah tangan dari TS.Lol.Shopping dengan cik Dila , terkeluar la aura perempuan aku.haha.Cik Dila beli panda , aku beli lady bird.Cik Nadia ? ni haaaaa yang dibelinya ...

'baju' baru untuk encik samsung ace beliau XD

Itu saja cerita KLIBF untuk tahun ini.2012.Ada rezeki , tahun depan datang lagi.Hehe.Biar tercampak di ceruk hutan Kuantan , lautan bangunan pencakar langit Kuala Lumpur tetap ku tawanhttp://matcuoi.comMoral : Hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih.Di mana ada kemahuan , di situ ada jalan.Di mana ada jalan , di situ ada kedai burger. ( mood: rindu nak buat esei bahasa melayu.kekeke)

Tata :)




Tuesday, June 12, 2012

EPIC

Assalamualaikum :)

 Allah ! lama sungguh tak menaip dekat blog ni.Tengok date last entry is on 14th April.Memang dah basi.Nak buat macam mana , agak busy dan banyak prioriti lain.So , important thing first la kan.Alhamdulillah , 7/6 last paper untuk final exam sem 2 2011/2012..9/6 , malam baru gerak balik Kedah.Perjalanan yang agak epic untuk dipahatkan dalam kotak memori.Hewhew

Habis last paper which is Molecular Cell & Biology pukul 11 pagi 7/6.Tapi tiket Kuantan to Kedah 9/6 pukul 8.45 malam.Balik lambat sikit sebab tunggu cik Husnee habis her last paper.Masa yang ada digunakan untuk tawaf Kuantan.Hehe.

Alkisah , bermula petang 7/6 :

Habis je exam , bergegas balik bilik.Lepas lunch , terus sambung kemas barang2  yang berlori tu.Pukul 3 , start pindahkan barang2 ke block Maimunah 6.Sem ni duduk Maimunah 4.Tapi next sem kena pindah ke M6 pulak.Serious sangat sedih sebab M4 best.Pemandangan pon cantik.Tapi M6 , buruk gila scenery dia.Tambah sadis sebab tingkap pon tak boleh bukak.Ada construction kat belakang tu.Huhu.Berapa round entah baru habis pindah barang ke stor M6 tu.Berulang alik dengan Nadia , cik roommate.Ketaq kaki sebab bawak turun barang dari tingkat 4.Then , bawa naik tingkat 4 jugak.Fuh , memang tersangat penat.

Settle around pukul 4.Mandi , siap2 etc.Pukul 5 , gerak to East Coast Mall dengan Nadia.Just 2 of us.Masa untuk shopping dan reward diri after exam and berpenat lelah angkut barang.Hihi.Tawaf sakan dalam ECM tu.Rasanya macam semua kedai baju , kasut kitorang masuk.Kui3.Tak cukup dalam ECM , kedai2 luar ECM pon kitorang terjah.Jalan kaki from ECM to Berjaya Megamall pulak.10.30 malam baru sampai uia.Penat sangat2.Mata pon rasa tak larat nak angkat dah.Plan asal , nak buat midnight movie dengan nadia & Datul kat bilik malam tu.Tapi , tak berdaya dah.So , plan cancelled.

The next day , 8/6.Started at 12.45 pm.Hantar Nadia ke terminal sebab nak balik Temerloh dah.Jalan2 cuci mata dekat kedai2 yang ada kat terminal tu.Sempat lagi cik Datul beli dress.Balik uia.Around 4 pm , gerak ke Kuantan Parade pulak.Another shopping day.Hihi.Hari ni kejap je.6.30 dah sampai balik uia.

9/6.No more shopping.3.45 petang , ke terminal lagi menghantar cik roommate which is Husna and our friend , Hajar balik Johor.Then , pusing2 MYDIN and THE STORE dengan datul sebab nak cari kunci basikal untuk Ija.Pukul 6 , pi Jungle ( Jungle ni tempat kedai makan ye.Bukan pi masuk hutan buat jungle trekking ke apa.) .Time balik , entah macam mana boleh sesat jalan sampai ke bandar.Padahal jungle ni seciput je dari uia.memang epic.7.15 baru sampai uia.Bergegas mandi , mangrib etc sebab pukul 8 dah nak gerak ke terminal.Balik Kedah oi malam ni !

Terminal :

MasyaAllah ! sangat ramai manusia.Sesak mengalahkan tin tuna.Alhamdulillah , bas gerak sharp 8.45.Aku and Husnee turun dekat Dataran Gurun.Just 2 of us.Malang tak berbau , bila beg aku tak dapat dicari dalam timbunan bagasi2 besar dalam tempat letak beg tu.Mentang2 bagasi aku kecik compared to penumpang lain , hilang terus beg aku.Yang menambah kepanasan hati bila pakcik bas tu tak tolong pon punggah bagasi2 besar lagi berat tu.Aku and Husnee yang terkial2 mencari.Sungguh tidak gentleman.Bertambah sadis bila nak call encik abah tolong carikan beg , phone pulak habis bateri.Bahana dok berjalan sakan sampai lupa nak charge handphone.At last , pakcik bas yang 'caring' itu suruh aku tuntut bagasi dekat hentian shahab perdana ( Alor Setar) sebab ramai penumpang turun sana.So , maybe bagasi aku akan dijumpai.

Alhamdulillah , encik abah memang dah sampai kat Dataran Gurun tu.Terus memecut ke Alor Setar dalam keheningan subuh demi bagasi.Cuak sebab tak nampak bayang bas pon on highway tu.Kalau terlambat , means kena pecut ke Kangar la pulak.Sebab last station bas tu Kangar.Rabbi yassir wala tua'ssir , berlagu di hati.Alhamdulillah , sampai je kat Shahab Perdana , bas tu still ada.Lega nya hati hanya Allah yang tau.Bersyukur sangat ;) terima kasih Allah !

Sekian cerita saya.Entry permulaan cuti sem :p


p/s: maaf.cerita tak se'epic' macam post title.hehew.selamat bercuti panjang !