Monday, February 28, 2011

BARYANI GAM 88

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum  =)
ni la yang jadi kalau hormon meng'update' terlebih .. 3rd entry for today..

sebenarnya baru je sampai rumah.Lepas maghrib tadi keluar dinner kat luar.sebab tadi encik abah mai jemput kat rumah my sis..semalam saja gedik nak mengikut beliau balik rumah.haha.tapi hari ni dah kena balik sebab besok nak pi Langkawi plak..hehe.yaho00oo ! akhirnya , ada peluang nak pi jalan2 amek n buang anginhttp://matcuoi.com..wakaka =P

alkisahnya kali ni nak share satu port makan..hoho..terutamanya mereka2 yang dok area kedah la kan..hehe.tadi kami dinner kat BARYANI GAM 88..Kedai ni kira hot la jugak kat Sg Petani ni kot.tapi still baru je bukak.dalam hujung2 tahun lepas if tak silap.

sesuai bebenor le untuk sapa2 yang hantu nasi beriyani tu...haha.macam2 beriyani ada..ayam , daging , kambing etc la..western food pon ada.don't worry..tadi aku makan nasi beriyani ayam je and carrot juice..yummy.kenyang gilerrrr.alhamdulillah =) mak abah pon sama.my sis je order mee bandung muar.

sambil2 makan tu , boleh usha orang buat senamrobik kat Gimnasium One Fitness..kat bangunan sebelah restoran ni..hehe..muzik diorang pon boleh dengar..tapi takde la kuat sampai mengganggu ke'masyuk'kan korang makan...lagi pon tadi kitorang ambik seat kat hujung..bukan kat dalam restoran sangat.

so , sapa nak try boleh mai kat sini

Baryani Gam 88
Lot 88 Ambangan Height
Sg Petani , Kedah



ni dia....mee bandung muar..takyah pi jauh2 sampai johor..kedah pon ada..haha =P




nasi beriyani ayam =) pinggan besaq kot..nampak je macam kecik ni..huu

masyuk...carrot susu and apple juice =)
 # erkk..yg pinggan tu abaikan ye..haha..dah jadi tempat parking tulang.ekeke ^^

okey ! tu je nak share =)

btw , doakan perjalanan aku dan kawan2 besok yer..Langkawi ! here we come..heheh.



it's packing time now ! hoho..
terbayang2 coklat Daim , Kisses etc. yang banyak gilerrr..nak beli seguni la bawak balik...sapa nak ?



JALAN-JALAN KUALA KEDAH

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum =)

yeah! ada kemajuan..2 entry dalam satu hari..haha

well, kali ni nak share sket xtvt aku time cuti ni.Last saturday aku and family keluar pi makan2..Actually keluar tu sebab ada keja sikit..Then , encik abah pusing2 pulak kat kuala kedah tu...dah alang2 sampai kat area2 tu.

Lepas tu stop kat tepi laut jap..sedut angin pantai.wallaweh ! syahdu kot.hehe.angin sempoi2 bahasa pulak tu..rasa macam nak tido je kat situ.. *padahal cuti ni pon asyik tido kot..ekeke  =P. Tapi yang tak best nye , banyak sampah kot.huhu.

dari tepi laut tu , boleh nampak bot2 nelayan yang bersepah2 kat situ.then , feri nak pi Langkawi pon boleh nampak.hoho

actually , Kuala Kedah ni kawasan perkampungan nelayan.bot- bot tu semua majority orang cina punya.but , awak2 tu orang tempatan la.melayu.huhu.

tak tau nak story apa dah.so , lets the pictures tell you =)



banyak kan ~


nampak sekerat je..sebab amek dari dalam kereta..tak stop pon.hehe

kalau tunggu matahari terbenam ni mesti romantik..haha =P
but , spoil =.='' ada sampah pulak..hish !


ni la bangunan Marina Kuala Kedah tu...chantek kot.ala2 kat London gitu..ahaks =)


again ~

okey .tu je kot untuk kali ni.
adioss ('',)v


#  besok insyaAllah akan bertolak ke Langkawi..hee..jalan2 dengan clasmates.yuhuu !
semoga Allah permudahkan semua urusan.amin.sapa2 nak kirim ole2 Langkawi boleh bagitau yerk..haha

Sunday, February 06, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

hee.maaf2 sebab cakap tak serupa bikin.petang tadi kata entry last before exam pasal ayam tu.last2 ada pulak lagi satu entry.eheh.bukan apa , sebab terjumpak satu segmen from blog Ben Ashaari pujaan para blogger ni.haha.maka dengan itu , aku pon join la.kasik gegar gitu...http://matcuoi.comheh.

Sekali lagi , Ben Ashaari akan buat satu kerja giler... Ben Ashaari nak gegar 1,000 blog kali ini ... Amacam ? Ada berani ?? 1,000 blog dalam tempoh... hurm.. 3 hari bermula .... Sekarang !
Sangat mudah .. caranya , buat satu entri ...
  1. LETAK HEADER BEN ASHAARI BLOG
  2. TAJUK GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI dan linkkan ke entri ini !
  3. Tulis SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??
  4. Tinggalkan url anda diruangan entri ini ..
TUTUP : 9 / 2 / 2011 , tepat jam 6 petang ... Bagaimana ? Berani ??

maka dengan itu , saya dengan bangganya ;http://matcuoi.com

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

adi0ooss and wassalam =)

CERITA PASAL AYAM

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum =)

yeah ,, ni entry last before final exam sem 2 yang bakal kunjung tiba this 16/2.fuh.speechless eden dibuatnya.paper arab first tu.i looiikkeee..ekeeke^^.ni baru lepas lunch.makan ayam. tu yang tetiba teringat pasal ayam ni..bukan apa , tadi makan tak habes pon.membazir je kan.*jangan ikut habit tak baek ni.huu *. bukan sengaja..tekak memang tetiba tak boleh nak telan dah.tetiba terbayang - bayang gambar ayam2 yang disembelih tak ikut syariat tu.dulu kan ke kecoh  pasal ayam yang tak halal sebab sembelih tak ikut cara Islam.macam ada slideshow je dalam otak ni.teros tak lalu nak makan.haila ~

kalau kat rumah istilah ayam beli kat pasar memang dah lama tak wujud.since ada HPA , memang my family jadi pengguna tegar.ayam pon HPA.sapa taktau HPA tu Benda apa boleh cubit kat SINI.huu.tapi seriusly cakap memang rasa ayam HPA lain dari rasa ayam yang kita biasa beli kat pasar.daging dia macam pejal sikit.tak lembik.almaklumlah ayam2 HPA ni makan herba.kelas gituu...lagi pon pekerja HPA semuanya Islam.insyaAllah dari segi ke'halal'an terjamin.terbaek dari ladang.*promote jap* tapi alkisah entry ni bukan nak promote hpa ke apa.just nak share pasal ayam.

okey ! sedikit info yang aku pernah tau pasal ayam ni ialah : ayam2 ni disuntik hormon tumbesaran yang dinamakan estrogen.kalau belajar biology komfem la tau kan apa function hormon ni.kalau tak tau boleh terjah encik Wiki.lelaki and pompuan memang ada hormon ni.but , higher level in women la.sebab lelaki banyak hormon progesterone.maka dengan itu , ayam2 ni bukanlah membesar secara natural.agak2 la kan , banyak makan ayam ni menyumbang tak dalam statistik meningkatnya golongan pondan dalam masyarakat kita?? yelah , dah ayam tu disuntik hormon pompuan , maka sape yang makan akan dapat sifat2 pompuan.hehee.agak2 je la ye.hmm.*wondering *  kalau la teori ni betol ......lelaki kena la kurangkan makan ayam.n pompuan yang macam ganas2 sket tu kena banyakkan makan ayam.so , baru kembali kepada normal.haha *aku dah start merepek.maaf *

sekarang ni kalau nak makan ayam memang pikir 10 kali dulu.sebab still curious dengan penyembelihannya.kita dah la taktau dari mana stok ayam tu datang.tauke nye Islam ke tak.etc.etc.banyak aspek kena consider.tapi kadang2 teringin la jugak nak makan.dok kat PJ ni mana nak carik ayam HPA.kat rumah takpa la , mak yang masak.kat sini ? huh..harap kafe je la.apa yang ada , makan.bersyukur seadanya.sebab tu aku lagi prefer makan seafood.udang , sotong , kerang or ikan.sebab takyah sembelih.hehe.bukan nak memilih , tapi kita kena la amek berat pasal makan minum kita.halal ke tidak.sebab apa yang kita makan tu la yang jadi darah daging.takkan nak membesar dengan sumber yang tak baik kan.bukan nak bersangka buruk , just as precaution.kalau dah kita was2 dengan tahap kehalalan something tu baik elakkan terus kan.syubhah pon tak elok.

tu je lah nak coretkan kat sini hari ni.just nak kita sama2 kaji and telitikan sumber yang kita makan.buat penggemar ayam , korang mesti tak suka kan dengan entry ni.maaf.takde maksud apa2 pon.just sharing my opinion.

nah ni video yang aku cilok kat youtube.rasanya ramai yang dah tengok kot.sapa penggemar buletin utama tv3 tau la.heh.renungkan.


amacam ? ada rasa pape tak?hee.ni baru satu video.banyak lagi sebenarnya.aku tau la jugak sedikit sebanyak pasal proses sembelihan ayam ni sebab dulu my sis buat thesis pasal penyembelihan ayam.

okeylah , tammatlah entry kali ni.entry terakhir untuk sem 2.hikhik.insyaAllah ada jodoh jumpak lagi dalam entry yang akan menyusul lepas exam nanti.doakan saya and rakan2 k.may Allah bless.

dah baca jangan segan silu tinggal jejak/komen/kritikan etc.hanya menulis apa yang ada di fikiran.berlapang dada menerima teguran.insyaAllah.^^ 


ni gambar masa Minggu Penghayatan & Kesenian Islam 2009


errr   =.=''





adi0ss and wassalam  http://matcuoi.com

------------------------------------------------------------------


# EXAM FEVER MEH ! GAMBATTE 

Wednesday, February 02, 2011

MOVIE : NGANGKUNG

In The Name of Allah The Most Gracious The  Most Merciful

assalamualaikum =)

hmm..sunyi gila.tu la keadaan kat campus sekarang ni.mana tak nya , major sume balik cuti CNY.aku and roommate tak balik.al- konon nya nak study la..doakan kitorang ye..thanks =D malam ni taknak study lagi.enjoy jap.besok baru start.insyaAllah.aku layan ngangkung tadi.cik nami dok melayan citer korea.cik aina pulak dok melayan cerita seram omputeh.tajuk pe ntah.haa...masing2 dok bukak panggung wayang.alkisahnya nak update la sikit apa yang aku dapat dari cerita ni.memang la cerita ni agak basi dah , tapi nak buat macam mana aku pending sikit.baru tengok.hahaha.tengok free kan , kena la tunggu lama ..tapi tak kisah pon.sebab aku bukan hantu panggung yang always kena updated dengan movie2 yang keluar.setakat 18 tahun aku hidup ni baru sekali dua masuk panggung.tak kisah la orang nak cakap kolot ke apa..like i care pulak kan...sebab for me , i prefer tengok kat rumah.with family ke.lagi best.plus , aku ni jenis yang tak suka tengok tv ramai2.haha.kat sekolah dulu pon boleh bilang dengan jari berapa kali aku join tengok tv kat bilik tv.bukan apa , rimas.okey ! enough about myself.let's get start with NGANGKUNG.



mula2 cerita ni keluar aku macam tak tertarik langsung pon.cerita pasal hantu m'sia + nombor ekor..macam takdak moral of story je.tak ambik kisah sangat la pasai cerita ni.then , one day cik aina dapat cerita ni dari kawan dia.masa dia dok layan cerita ni aku tengah busy.so , tak tumpang sekaki la.hari ni baru free..terus transfer masuk lappy.haha.

moral pertama yang aku dapat : doktor2 kat dunia ni terutamanya kat Malaysia patotlah mencontohi watak Azlee Senario dalam cerita ni.membanteras pengguguran bayi.contohnya , dalam cerita ni azlee bersungguh2 taknak 1 couple ni gugurkan baby diorang.anak luar nikah la.pasangan kekasih gelap lakonan liyana samsudin *bukan kakak aku eh.haha and aku tak kenal that pakcik.hee.maaf.berkat kesungguhan Azlee that couple terus cancel niat nak abort the baby.alhamdulillah , selamat satu nyawa.then,Azlee ni jugak penuh dengan nilai2 islam.memberi teguran secara berhemah.bukan main serbu tak pakai helmet sampaikan mesej yang nak disampaikan tak sampai kepada target.contoh , azlee bagi tazkirah kat Tasnim lakonan azad jazmin and isteri dia Midah lakonan Putri Mardiana.

one day ni , azlee jumpak Tasnim kat depan kedai nombor ekor.katanya dia tengah cuti 3 hari and nak pergi memburu.tiba2 dia kata , lebih kurang macam ni la " nak berburu ni tak susah sebenarnya.pegang senapang then tembak je kat badan.make sure binatang tak mati sebab nanti jadi haram pulak untuk dimakan.kalau nak tembak , tembak la kat badan.bukan kat EKOR.  *merujuk kepada tasnim la sebab kan ke baru kuar dari kedai no ekor.Azlee pon nasihat jugak si tasnim ni supaya jangan selalu keluar rumah.teman2 kan la isteri dia yang that time tengah pregnant.dah 5 tahun kawen baru ada rezki.FYI , tasnim dah bersumpah yang dia akan stop ngangkung if isteri dia pregnant.nak dijadikan cerita , dia tak tunaikan sumpah dia tu.still keep on judi'ing even si midah tu dah pregnant.at last , baby dalam perut midah HILANG.hoho.tak tau pi mana.memang lepas tu menyesal habes la.

moral kedua : nilai kekeluargaan.even tiga2 watak dalam cerita ni, Tasnim(azad) , Jim (saheizy sam) and Wan ni main no ekor, puja2 bagai , family still the first.contoh , Jim ni memang bapak penyayang.dia cuba jadi bapak yang terbaik buat wahida.dengan anak isteri memang masing2 berlembut aje.even kena bebel ke hape dengan wife masing2.just part yang berjudi tu la tak patot.huhu.dekat2 nak last tu ada la konflik sikit.bila si Jim ni tampar anak dia sebab pakai dia punya selendang merah.selendang merah tu dapat dari sorang bomoh ni.bomoh nombor ekor la pastinya.last2 , insaf jugak bila dia jumpak sorang tukang kutip tin.masa tu baru dia muhasabah dirihttp://matcuoi.com pasal halal haram dalam mencari rezki untuk anak isteri.

tu lah serba sikit apa yang aku dapat dari citer ni.pandang dan nilailah satu2 filem tu dari sudut yang positive.even ada part yang macam tak berapa nak sesuai.bila kita mula sedar kesilapan yang kita buat , maka bertaubatlah.sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka selagi nyawa masih ada.pesanan buat diri dan semua =) Allah itu Maha penerima taubat .sesungguhnya firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 17 :

إِنَّمَا ٱلتَّوۡبَةُ عَلَى ٱللَّهِ لِلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلسُّوٓءَ بِجَهَـٰلَةٍ۬ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍ۬ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَتُوبُ ٱللَّهُ عَلَيۡہِمۡ‌ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَڪِيمً۬ا

An-Nisa

Allah accepts the repentance of those who do evil, in ignorance and repent soon afterwards; to them, will Allah turn in mercy; for Allah is full of knowledge and wisdom. (17)

sama2 kita muhasabah diri k.kena tau bertaubat.bukan sekadar TahuBuat.okey , thats all for now.pasni kena slow kan dah ber'blogging'.final exam pulak.http://matcuoi.comexam fever c0ming so0n.huk3.
----------------------------------------------------------------
p/s :alhamdulillah , dengar citer kawan2 kat bumi mesir dalam keadaan yang selamat.tadi diorang baru dapat online.internet kat sana dah okey.semoga rahmat Allah sentiasa bersama kalian =)

GILA KERANA LAB REPORT

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum =)
jam dah pon pukul 3.37 am.mata ni dok segar je lagi.mana tak nya tadi dah puas tido...alkisahnya petang tadi ada pasar malam.shopping sakan la jugak dengan cik aina.last2 mengantok gila sebab terlalu kenyang kot.nasi kerabu + air tebu + asam boi + apam balik + cendawan goreng..perghhh ! melantak tak hingat.haha ..borong sakan sebab tak lunch plus kelas start pukul 10am-12pm...then 2.00pm -6.15pm.memang lapaq.akibatnya pukul 10.30 , mata dah tak boleh bukak.MyEm0.Com ingat nak tido kejap je.last2 sampai pukul 1.ekeke.bangun tu sambung makan lagi...then study sikit.besok quiz physic.the last one for this semester.may Allah bless.pray 4 me taw =)

alang2 tengah online tu terasa nak update pulak blog terchenta nih.dah 2 hari tak update kan.almaklumlah busy woman.haha.   # poyos 

okey ! perah punya perah cik otak ni last2 terasa nak share pasal satu group yang aku jumpak kat FB ni..nama group tu ''KAMI BOLEH JADI GiLA KALAU ASYIK KENA BUAT LAB REPORT'' .



amacam ? terbaekk la nama group ni.eheh.teringat tu sebab kena siapkan satu lagi report chemistry untuk sem ni.last one.kena submit after CNY.tu pasal aku pon rasa nak 'gila' la jugak.hua3.

group ni komfem2 la budak sciences yang join.atenyer takkan budak sastera buat lab report plak kan..kui3..sekarang ni this group dah ada 1339 members.sambutan kencang tu.

alkisahnya aku kat uia ni tiap kali buat report wajib masukkan reflection.reflection ni kita kena masukkan sama ada ayat2 alQuran , hadis , or any phase yang ada islamic value and of course ada relation dengan experiment yang di'conduct' tu.bila sampai part ni , memang kena kaji betol2 la ayat2 yang nak digunakan.bagus jugak sebab dalam dok buat report kita boleh kaji and telitikan kandungan AlQuran.kan bagus tu , 2 in 1 gitu.

cara ni jugak dapat mengingatkan kita bahawa setiap yang Allah SWT ciptakan tu pasti ada hikmahnya dan sesungguhnya Allah itu Maha Besar lagi Maha Bijaksana.contoh paling senang bila buat report biology.banyak sangat hikmah yang kita dapat tengok disebalik penciptaan sekecil2 cell yang ada dalam badan manusia.setiap satu dari cell2 yang ada tu mempunyai tugas masing2.saling berhubung and carry out macam2 functions untuk manusia terus hidup.masyaAllah ! betapa tersusunnya ciptaan Allah Yang Esa.adakah kita sudah bersyukur dengan nikmat itu?? sesungguhnya nikmat Allah itu terlalu banyak untuk dihitung.seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Nahl
وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬
An-Nahl

If ye would count up the favours of Allah, never would ye be able to number them: for Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful. (18)

sama2 kita renung dan muhasabah diri kita.pesanan untuk diri sendiri dan semua yang membaca MyEm0.Com

so , konlusinya , buat report ni takde la sampai GILA.hehe.ala2 nak gila tu ada la kot.lagi2 kalau result yang dapat tu lain daripada theory.mau berasap nak explain.kuang3.kepada kawan2 yang senasib , perlu menempuh pelbagai report tu selamat berusaha la yerk.agak2 macam nak gila tu join la group ni.hahaha.

tu je untuk hari ni.jam pon dah pukul 4.16am..tak tido dah kot.sambung study sket lagi.InsyaAllah =D

bonne nuit (good night in french) peeps ^^

feel free to drop your words.highly appreciated.

----------------------------------------
p/s : semoga sahabat2 di bumi mesir selamat hendaknya.sama2 kita doakan kesejahteraan mereka disana.