In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
assalamualaikum :)
credited to deviant art
Hari ni 18 ramadhan.Alhamdulillah masih diberi kesempatan melihat dunia.Thanks Allah :)
Lepas sahur , terus on laptop..jalan2 kat FB..then came across with this :
'' apabila menyedari bahawa sebahagian Ramadhan telah pergi, akan wujud dua reaksi:
reaksi pertama:“ ya Allah, aku dah buat apa pada hari2 yang lepas ni? macam tak buat apa-apa! ini nak kena susun elok-elok biar hari2 yg berbaki ni akan jadi bermakna.”
reaksi kedua: “lebih 15 hari dah berlalu? rilek la. ade byk hari lagi.”
reaksi pertama tanda cinta.reaksi kedua tanda alpa.dan kita wahai manusia, berada di mana? '' - Langit Ilahi
Hakikatnya, apabila muncul di minda kita: “Eh, dah 17 hari berlalu Ramadhan,” Itu sudah menjadi tanda bahawa Allah sedang ‘mengejutkan’ kita.
Dari lalai dan alpa kepada sensitif dan peka. Dari sensitif dan peka kepada lebih bersungguh-sungguh berusaha.
Tetapi tindakan kita selepas kesedaran itu adalah yang mendefinisikan cinta kita kepada Allah SWT.
Sudah sedar 17 hari Ramadhan telah berlalu. Maka apa tindakan kita?
Allah sayang kita dengan menimbulkan ‘persoalan’ itu di dalam jiwa dan minda.
Adakah kita sayang Allah SWT dengan menyahut ‘persoalan’ itu dengan jawapan yang baik?
Di sini, kita dapat mengukur pula cinta kita kepada Allah SWT
- credit : hilal asyraf
Ayuh muhasabah diri..cinta atau alpa ? hanya diri dan DIA yang mengetahui..belum terlambat untuk mencari cinta dan tinggalkan alpa..insyaAllah Ramadhan berbaki 12 hari..andai nyawa masih dibadan..jangan yakin berbicara tahun depan masih ada..kerana ajal ada di mana mana ..bila - bila masa. siapa tahu , madrasah ramadhan tahun ini yang terakhir buat kita ?
----------------------------------------------------
P/S : hari ni quiz physic..oh current , resistance , electromotive forces , direct current circuits , magnetic field and magnetic forces....yada yada -.-''
Awesome entry, insyaAllah 12 hari ini akan jadi hari yang lebih baik dari hari sebelum2.
ReplyDelete@ FARIDA AMIRA : insyaAllah..mencuba yang terdaya :)
ReplyDelete