Thursday, June 14, 2012

KLIBF 2012





Assalamualaikum :)

Alhamdulillah , tahun ni berjaya jugak menghadirkan diri ke KLIBF.Hutan Kuantan ku redah demi jejak ke PWTC..cewah ! ( p/s : entri basi sebab klibf dah lama menutup tirai :p) 

Alkisah , klibf tahun ni pada tarikh 27 APRIL- 6 MEI .At that time , agak busy dengan assignments ( alert dengan 's' di hujung perkataan assignment itu)  dan case study subject management yang menuntut pengorbanan masa dan tenaga.Weekend pon tak free memandangkan ada kelas management.Kepalang sedih mengenangkan tak dapat hadir ke klibf tahun ni.Melepas sponsorship RM200 from my sis :p 

Andai tertulis ada rezeki , pasti ada :) Alhamdulillah , cuti sempena hari buruh membuka peluang.Ahad ( 29/4) , kelas management dari pukul 9 pagi - 6.30 petang.Isnin ( 30/4) kelas biostatistics dari pukul 8 pagi - 11 pagi.Plan asal nak overnight dekat uia gombak tapi 'halangan' kelas membantutkan hasrat.Tapi itu bukan alasan untuk tidak meneruskan hasrat.Dengan semangat yang bersisa , aku dan Nadia ( cik roommate ) nekad untuk balik hari from Kuantan - KL.
Maka nya , 

seawal 7 pagi , 1 MAY - kami bertolak ke terminal bas.Tiket pukul 8 dari kuantan ke KL.Alhamdulillah , everything went smoothly.What most important , dapat jumpa cik adilah safian a.k.a cik DILE jugak ! one of my bestie since high school.UIAM'ian jugak.Pure Architecture to be specific.Gembira tak terkata , lama tak jumpak oi.

Pusing , tawaf , jelajah etc dalam pwtc tu.At last , beli 2 buku je.kui3.Tak macam last year , borong sakan sampai tak cukup tangan.hehe.Then , shopping time ! The Mall and Times Squares je lah yang paling dekat and senang nak pergi untuk mereka yang menaiki LRT & Monorail ni.Hewhew.

Alhamdulillah , selamat sampai bumi Kuantan pukul 11 malam.New experience.Nice journey.Thanks kakak for the sponsorship.Macam annual sponsorship pon ada , rm200 for each KLIBF.Hihi.Thanks Nadia , peneman setia & thanks dila for the sizzling and dating ;p

Hasil dari KLIBF :p - 

 on my way to finish this book :)

TITLE : CELIK MATA & JIWA
PRICE : RM 29.90 / RM 39.90 (Sabah/Sarawak)
PAGE : 96
PUBLISHER : AsSohwah Enterprise 

Done with this book on my 5th day of  holiday.Novelet tarbiah 2 in 1.Latest masterpiece by Ustazah Fatimah Syarha and her husband.Genre : bukan jiwang.Tapi sweet.Superb love.Memang high class.One comment : i hope my future husband read this book too.LOL ;p

TITLE : Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu
PRICE : RM22.00 / RM 24.00 ( Sabah/Sarawak)
PAGE : 492
PUBLISHER : Galeri Ilmu

aaaaaaaaaaaaaaa..antara kenangan paling best.Bergambaq dengan one of my favourite speaker/writer.Dr.Muhaya.Terubat kecewa tak dapat hadir talk masa beliau datang uia kuantan atas sebab yang tak dapat dielakkan hari tu.hewhew.Masa kat pwtc hari tu , jumpa ramai writer/artist lain jugak.Fetri Yahya , Ustazah Fatimah Syarha , Dr.Farhan Hadi , Rabbani etc.Tapi , segan nak take picture.Hihiii.Plus , keadaan yang terlampau 'sardin' memang mengehadkan pergerakan ><

buah tangan dari TS.Lol.Shopping dengan cik Dila , terkeluar la aura perempuan aku.haha.Cik Dila beli panda , aku beli lady bird.Cik Nadia ? ni haaaaa yang dibelinya ...

'baju' baru untuk encik samsung ace beliau XD

Itu saja cerita KLIBF untuk tahun ini.2012.Ada rezeki , tahun depan datang lagi.Hehe.Biar tercampak di ceruk hutan Kuantan , lautan bangunan pencakar langit Kuala Lumpur tetap ku tawanhttp://matcuoi.comMoral : Hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih.Di mana ada kemahuan , di situ ada jalan.Di mana ada jalan , di situ ada kedai burger. ( mood: rindu nak buat esei bahasa melayu.kekeke)

Tata :)




Tuesday, June 12, 2012

EPIC

Assalamualaikum :)

 Allah ! lama sungguh tak menaip dekat blog ni.Tengok date last entry is on 14th April.Memang dah basi.Nak buat macam mana , agak busy dan banyak prioriti lain.So , important thing first la kan.Alhamdulillah , 7/6 last paper untuk final exam sem 2 2011/2012..9/6 , malam baru gerak balik Kedah.Perjalanan yang agak epic untuk dipahatkan dalam kotak memori.Hewhew

Habis last paper which is Molecular Cell & Biology pukul 11 pagi 7/6.Tapi tiket Kuantan to Kedah 9/6 pukul 8.45 malam.Balik lambat sikit sebab tunggu cik Husnee habis her last paper.Masa yang ada digunakan untuk tawaf Kuantan.Hehe.

Alkisah , bermula petang 7/6 :

Habis je exam , bergegas balik bilik.Lepas lunch , terus sambung kemas barang2  yang berlori tu.Pukul 3 , start pindahkan barang2 ke block Maimunah 6.Sem ni duduk Maimunah 4.Tapi next sem kena pindah ke M6 pulak.Serious sangat sedih sebab M4 best.Pemandangan pon cantik.Tapi M6 , buruk gila scenery dia.Tambah sadis sebab tingkap pon tak boleh bukak.Ada construction kat belakang tu.Huhu.Berapa round entah baru habis pindah barang ke stor M6 tu.Berulang alik dengan Nadia , cik roommate.Ketaq kaki sebab bawak turun barang dari tingkat 4.Then , bawa naik tingkat 4 jugak.Fuh , memang tersangat penat.

Settle around pukul 4.Mandi , siap2 etc.Pukul 5 , gerak to East Coast Mall dengan Nadia.Just 2 of us.Masa untuk shopping dan reward diri after exam and berpenat lelah angkut barang.Hihi.Tawaf sakan dalam ECM tu.Rasanya macam semua kedai baju , kasut kitorang masuk.Kui3.Tak cukup dalam ECM , kedai2 luar ECM pon kitorang terjah.Jalan kaki from ECM to Berjaya Megamall pulak.10.30 malam baru sampai uia.Penat sangat2.Mata pon rasa tak larat nak angkat dah.Plan asal , nak buat midnight movie dengan nadia & Datul kat bilik malam tu.Tapi , tak berdaya dah.So , plan cancelled.

The next day , 8/6.Started at 12.45 pm.Hantar Nadia ke terminal sebab nak balik Temerloh dah.Jalan2 cuci mata dekat kedai2 yang ada kat terminal tu.Sempat lagi cik Datul beli dress.Balik uia.Around 4 pm , gerak ke Kuantan Parade pulak.Another shopping day.Hihi.Hari ni kejap je.6.30 dah sampai balik uia.

9/6.No more shopping.3.45 petang , ke terminal lagi menghantar cik roommate which is Husna and our friend , Hajar balik Johor.Then , pusing2 MYDIN and THE STORE dengan datul sebab nak cari kunci basikal untuk Ija.Pukul 6 , pi Jungle ( Jungle ni tempat kedai makan ye.Bukan pi masuk hutan buat jungle trekking ke apa.) .Time balik , entah macam mana boleh sesat jalan sampai ke bandar.Padahal jungle ni seciput je dari uia.memang epic.7.15 baru sampai uia.Bergegas mandi , mangrib etc sebab pukul 8 dah nak gerak ke terminal.Balik Kedah oi malam ni !

Terminal :

MasyaAllah ! sangat ramai manusia.Sesak mengalahkan tin tuna.Alhamdulillah , bas gerak sharp 8.45.Aku and Husnee turun dekat Dataran Gurun.Just 2 of us.Malang tak berbau , bila beg aku tak dapat dicari dalam timbunan bagasi2 besar dalam tempat letak beg tu.Mentang2 bagasi aku kecik compared to penumpang lain , hilang terus beg aku.Yang menambah kepanasan hati bila pakcik bas tu tak tolong pon punggah bagasi2 besar lagi berat tu.Aku and Husnee yang terkial2 mencari.Sungguh tidak gentleman.Bertambah sadis bila nak call encik abah tolong carikan beg , phone pulak habis bateri.Bahana dok berjalan sakan sampai lupa nak charge handphone.At last , pakcik bas yang 'caring' itu suruh aku tuntut bagasi dekat hentian shahab perdana ( Alor Setar) sebab ramai penumpang turun sana.So , maybe bagasi aku akan dijumpai.

Alhamdulillah , encik abah memang dah sampai kat Dataran Gurun tu.Terus memecut ke Alor Setar dalam keheningan subuh demi bagasi.Cuak sebab tak nampak bayang bas pon on highway tu.Kalau terlambat , means kena pecut ke Kangar la pulak.Sebab last station bas tu Kangar.Rabbi yassir wala tua'ssir , berlagu di hati.Alhamdulillah , sampai je kat Shahab Perdana , bas tu still ada.Lega nya hati hanya Allah yang tau.Bersyukur sangat ;) terima kasih Allah !

Sekian cerita saya.Entry permulaan cuti sem :p


p/s: maaf.cerita tak se'epic' macam post title.hehew.selamat bercuti panjang !