Wednesday, January 30, 2013

PROJEK CUTI #1 - CHEF AMATUR

Pejam celik makan tidoq goyang kaki huha sana huha sini tup2 cuti yang 3 minggu tinggal 3 hari lagi.sadis tu memang sadis tapi perjuangan perlu diteruskan.tak gitu ?

Cuti kali ni rajin terlebih pulak nak memasak, mem-baking segala bagai. Almost hari2 masak for tea-time. Hormon mana entah merasuk dalam diri ni. Rasanya sebab umur dah masuk 21 tahun kot. Keh3 :p * takdak kaitan *

Tapi tak ada la meletop pon menu nye. Simple2 ja. Tak ada la buat kek 4 5 tingkat ke apa.Heh. Setakat trifle, puding roti, cookies, choc. cake, muffin2 gitu je pon..lepas la setakat nak isi perut sendiri, mak and abah kat rumah ni.

So, nak la abadikan sikit kat sini mana2 yang sempat snap picture tu. Boleh tunjuk kat anak cucu nanti sambil cakap '' ni haaa tengok bukti tok memang rajin masak sejak muda2 lagi..sebab tu tokwan hang sayang bebenor dengan tok.'' HAHAHAHA.


 Mengidam biscuit Famous Amos yang mahal tu, so godek2 internet cari resipi chocolate chips cookies. Tapi aku tukar jadi almond cookies sebab kat rumah x dak choc. chips masa tu. Alhamdulillah first trial menjadi :) dua kali dah buat cuti ni.huahua

Gara2 cuti ni dok layan cerita jepun, Mr. Brain la. Satorare la. Code blue la, lidah rasa nak makan sushi pulak.Sushi King mahal sangat, buat sendiri lagi bagus. Tapi aku gulung ni tak cantik and kemas sangat sebab tak ada bamboo mat dekat rumah. Ni gulung guna plastik je.


Ni nama dia puding roti on the way nak masak. Jangan tertipu dengan puding roti ni sebab time nak masak memang naik kemain. Lepas masak komfem kempis. Itu memang lumrah puding ni. heh. Tapi memang best makan dengan aiskerim di petang yang panas sambil ditemani angin yang bertiup sempoi2 bahasa XD

Yang ni chocolate chips muffin yang over merekah.keh3.Tapi sedap. Tak tipu. puji masakan sendiri.lol

Itu jelah yang sempat snap. Menu biasa macam goreng pisang semua tu tak payah la nak snap kan.lol. Sapa nak resipi boleh pm. Kekeke ;)





2 comments:

  1. fuyoo!
    Balik kuantan nanti masak la lg bg kami semua rasa. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai jazmi.boleh ja.asalkan hang prepare semua bahan2 and perkakas.HAHA :D

      Delete