Saturday, April 14, 2012

Forum CAFE CINTA by Dr Farhan Hadi + Ustazah Fatimah Syarha

Di sebalik ke'busy' an dalam menunaikan amanah sebagai seorang pelajar dan meetings yang tak pernah berpenghujung , alhamdulillah Allah masih memberi sedikit kelapangan dan kekuatan untuk melangkah ke forum Cafe Cinta anjuran Persatuan Belia Islam Nasional ( PEMBINA) IIUM Kuantan..Aku juga salah seorang ahli PEMBINA di bumi Kuantan ini..Ahli di bawah biro aktivisme yang bertanggungjawab merangka dan melaksana program program yang bersesuaian..Namun , aku tidak terlibat sebagai committee untuk forum ini..Tahniah buat rakan2 PEMBINA yang menjayakan program ini..Sambutan memang tersangatlah ohsem ! full house Banquet Hall , OCD malam itu :)

Makanya , di bawah ini aku kongsikan sedikit intipati forum pada malam selasa - 10 APRIL yang lalu..Baru malam ini berkesempatan untuk berkongsi ..Credit kepada sister siti hafizah atas perkongsian beliau di FB...Aku sekadar meluaskan jaringan perkongsian dengan berkongsi di sini..( akibat malas menaip tapi masih tetap mahu berkongsi sesuatu :p )

Hamboi gambaq tak menahan..kekekeke..abaikan

1 . Dr Farhan : APAKAH HUKUM BERCINTA SEBELUM KAHWIN ?

Kata Prof Syeikh Yusof Al Qardawi - saya tidak memuji cinta sebelum berkahwin , kerana ia bahaya dan boleh mengundang syahwat...

Kata Syeikh Muhd Sani - Perbuatan cinta sebelum berkahwin tidak dibenarkan dalam Islam

2. Ustazah : APAKAH KEKUATAN YANG PERLU ADA KEPADA MUSLIMAH UNTUK MENGHALANG CINTA SEBELUM BERKAHWIN @ MENDINDING DIRI DARI GODAAN LELAKI ?
  • KEKUATAN FAHAM - faham tentang makna cinta sebenar dalam Islam..Rujuk kepada para ulama tentang definisi cinta..bukan rujuk filem , lagu , drama korea..Bertanya sesuatu kepada ajnabi ( perkara sia sia ) hanyalah alasan untuk memulakan hubungan.   
  • Hadis ;  Allah lebih sayangkan hambaNya melebihi seorang ibu yang menyayangi anak kecilnya
  • KEKUATAN IKHLAS - Ikhlas niat kerana Allah swt dalam semua perkara yang dibuat..Simple formula : Jika sesuatu perkara tidak dilakukan dengan ikhlas , maka kita akan buat sesuatu kerja dengan tidak fokus , kemudian kita tidak akan ada kekuatan untuk mengingati perkara itu.
  • KEKUATAN MUJAHADAH - Mujahadah melawan nafsu dengan membaca AlQuran setiap hari , rajin bangun solat malam

3. Dr.Farhan : APAKAH KESAN BERCINTA SEBELUM KAHWIN ?


Tak bercinta sebelum kahwin ---> Tiada maksiat hati , perbuatan , dapat jaga keberkatan selepas berkahwin..Melahirkan rasa mawaddah , sakinah dan rahmah bersama pasangan


4. Ustazah : BAGAIMANA SEORANG MUSLIMAH HENDAK MENILAI CALON PASANGAN YANG TERBAIK UNTUK DIRINYA ?

Dalam Islam , perlu dijaga batasan sebelum berkahwin..Dalam Islam juga ada konsep merisik..Jadi , tempoh merisik adalah tempoh yang terbaik untuk mengenali pasangan..Tak perlu couple..Insyaallah setiap orang akan dikurniakan pasangan yang sekufu dengannya..Jika dia seorang yang menjaga batas batas syariah sepanjang zaman bujangnya , maka akan dikurniakan juga pasangan yang sama sama menjaga syariah.


5. Dr. Farhan : BILAKAH MASA YANG SESUAI UNTUK SESEORANG  MRNCARI PASANGAN @ PERLUKAH DIA HANYA MENUNGGU JODOH ?

Jodoh atau pasangan perlu dicari..Langkahnya :
  • Perlu siapkan diri menjadi yang soleh / solehah
  • Bentuk jati diri menjadi Muslim yang terbaik
  • Masa untuk bertindak : berbeza mengikut kondisi seseorang

EXTRA : CARA UNTUK APPROACH  pasangan yang berkenan di hati :
  • Direct kepada walinya
  • Gunakan orang tengah..Orang tengah kemudian akan bertindak untuk menyampaikan hajat kepada wanita / lelaki tersebut
  • Wali kepada wanita offerkan anak perempuannya
  • Wanita gunakan orang tengah untuk merisik lelaki
  • Lelaki gunakan orang berpengaruh sebagai orang tengah 
  • Gunakan pemimpin untuk tolong carikan calon yang sesuai
'' Dalam cinta tiada paksaan , yang ada hanya cadangan :) ''


Sekian sedikit ilmu yang dicedok dari  forum CAFE CINTA..
kenyang tak ? hee ^^


-----------------------------

Upcoming event is : Committee for Kuliyyah of Science booth at I-Fest at Berjaya Megamall ..Its tomorrow yaw ;)..May everything run smoothly..Amin ^^

errr , anyone nak jumpak my wali ? :p


Tuesday, April 10, 2012

TRIPLE BIRTHDAYS

Alhamdulillah , ada sedikit kelapangan untuk celebrate birthdays bersama sama roommates terchenta dekat bumi iium Kuantan ni..Memandangkan birthday aku ( 26/3 ) , Datul (8/4) dan Nadia ( 5/4) so , tak banyak beza ..Maka , kumpulkan je dulu baru celebrate..Husna je sesat lahir bulan 9..kekeke :p

Petang tadi , around 6.30 baru keluar..Sewa kereta and Datul as the driver ..Driver kecik tapi drift kot..Lajuuuuu >< ..Walaupun tangan dia tak berapa kuat nak pusing stereng yang keras itu :p

Mula2 singgah Secret Recipe dulu..Beli kek sikit..Beli yang slices je..Main reason kenapa beli yang slice je : besar sangat sebijik kek untuk 4 orang makan + mahal sangat..Haha..Plus , nak dinner makan nasi as Nadia puasa..Then , baru teruskan perjalanan ke Casper Tomyam..Tak jauh pon nasi uia ni haa..Kat situ memang area kedai2 makan la..

So , these are some pictures of them - my roommates in this jungle of Kuantan :p


 eehhh..ni gambar makanan kitorang tadi..bukan gambar roommates ..keh3 :p...Tomyam seafood + daging sweet and sour + sotong celup tepung + nasi putih :)

 Barli + nescafe + epal juice :)  buat penyegar tekak..hihi 

 From left : Hidayatul Athirah , Hanis Nadia and errrr....me ? nampak bijik mata je..kuang3

 Husna and me - main perang2 sudu -..-''

 Chocolate banana cake - favourite si Datul pisang ni 

 Chocolate cheese ! sooo yummy :)

 and of course , chocolate indulgence - all time favourite :)
# semua base chocolate..kui3 :p

 With si Datul - kenal dan sekelas  since sem 2 foundation dekat PJ Campus dulu :) Kelantan mariii ~

Husna dan Nadia yang baru kenal dekat bumi Kuantan ni..Husna from Johor and Nadia from Pahang :)..Nadia ni la pembekal carpet , toaster etc untuk bilik kami  sebab rumah dia paling dekat..keh3 :p

pukul 8 baru sampai bilik..Rushing for maghrib..Nice dinner with them :)  Total expenditure is RM 70.85 .. So , they are my lovely roommates..Peneman hari2 di hutan kuantan ni..Thanks Allah for the friendship..All of them are nice ! and me also..hahah :p

Sekian , oyasuminasai :) 

-------------------------

p/s : Family Day PERKIM this 21/4 - insyaAllah i'm part of the committees :) 

Monday, April 09, 2012

MUALAF VISIT PROGRAMME

In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Alhamdulillah , dengan izin DIA , berkesempatan untuk join Mualaf Visit Programme organised by Mahallah Representative Committees siang tadi.Alkisah , plan asal untuk weekend ni nak join Camping Seekers dekat Taman Pertanian Jubli Perak yang sekankang kera je dari uia ni.Akan tetapi , memandangkan ada tanggujawab lain yang perlu diutamakan ( minit mesyuarat 2 kena submit dekat PM , full report programme satu etc ) , maka cancel plan nak pi camping..Malam semalam , terbuka pintu rezeki untuk join program ni selepas dilamar oleh seorang kakak senior ni..Hehe..Setelah diadakan musyawarah ( perbincangan ) dengan rakan2 seangkatan , aku , mar , tiqah , syam dan aimy setuju untuk sama2 join.

Maka nya , 7.45 pagi tadi , semua peserta berkumpul di Central Facilities ( CF ) untuk sesi briefing dan sebagainya.Jumlah peserta dalam lingkungan 40 orang.Kami dibahagikan kepada empat kumpulan kerana terdapat empat buah rumah mualaf yang akan dilawati..Bertolak ke destinasi tepat jam 9.00 pagi..Empat destinasi kami ialah sebuah keluarga di : 
  • Semambu ( 9.15 am )
  • Sekilau ( 9.45 am )
  • Indera Mahkota 8 ( 10.30 am )
  • Kampung Jawa  


Aku dan Aimy dalam kumpulan pertama.Di amanahkan untuk ke rumah sebuah keluarga mualaf di Indera Mahkota 8.Ketibaan kami disambut baik oleh keluarga Encik R Wong ( bukan nama sebenar )..Dimulakan dengan taaruf semestinya.Sharing moment , makan2 dan sebagainya.Kesempatan yang ada diguna sebaik mungkin untuk bertanya dan berkongsi apa saja cerita.Ini sebahagian cerita mereka yang sempat aku rakam dalam memori ini :

Encik R Wong merupakan lelaki berbangsa cina yang memeluk Islam pada tahun 1999.Berkahwin dengan Puan Hafisah ( bukan nama sebenar ) dan kini memiliki 5 orang cahaya mata.Tiga heroes dan dua heroins.Yang sulung berusia 12 tahun , 10 , 9 , 5 dan 4 tahun.Tinggal di sebuah apartment yang mana keadaannya agak meruntun tangkai hati.Persekitaran yang tidak begitu baik untuk perkembangan anak2.Apakan daya , hanya itu yang mampu disediakan.Rumah mereka tiada perabut mewah.Sekadar sebuah rak TV , set sofa yang koyak rabak , peti ais yang usang , sebuah komputer untuk kegunaan anak2..Encik R bekerja sebagai mekanik manakala isterinya suri rumah sepenuh masa.Puan Hafisah berasal dari Kelantan manakala Encik R dari Kuantan..Dalam keluarga en.R , 3 orang yang telah memeluk Islam.Abangnya yang pertama telah meninggal dunia.

Bercerita mengenai detik penghijrahan bagaimana En. Wong memeluk Islam : Beliau dibesarkan dalam kehidupan masyarakat Melayu sejak zaman kanak2..Sering mengikuti rakan2 Melayu ke kelas fardhu ain dan sebagainya..Sering mendengar laungan azan di kaca TV..Namun , pada masa itu hidayah belum menyapa sepenuhnya.Sekadar angin lalu yang mengusik sedikit rasa hati ke arah Islam.Pada tahun 1999 , beliau yakin untuk berhijrah kepada Islam.Lalu , beliau mengunjungi PERKIM.Pertama kali ke sana untuk menyampaikan niat di hati , lidahnya kelu untuk berkata apabila ditanya oleh pekerja di sana.Lalu , dia pulang tanpa menyempurnakan niat asal..Hasrat murni beliau itu disampaikan kepada seorang kawan.Dan kawan itulah yang membantu beliau kembali ke PERKIM semula untuk mengucap 2 kalimah syahadah.

Mulanya , beliau mengalami kesukaran untuk membaca Al Fatihah..satu ayat pon terasa begitu sukar untuk disebut apatah lagi untuk dihafal.Satu malam , beliau bermimpi didatangi seorang berpakaian serba putih yang mengajar beliau membaca alFatihah dari awal hingga akhir.Sewaktu kelas di PERKIM , gurunya terkejut kerana beliau mampu membaca alFatihah dari awal hingga akhir padahal guru tersebut baru mengajarkan beberapa ayat.Subhanallah ! Bantuan Allah untuk hambanya.Beliau ada juga bermimpi tentang beberapa perkara lain.

Antara beberapa masalah yang dihadapi oleh En. Wong dan keluarga ialah :
  • En. Wong mengalami kesukaran untuk membaca ayat2 al Quran.Dia kini masih mengikuti kelas fardhu ain di masjid pada setiap ahad.Kelas tersebut diadakan setiap sabtu dan ahad.Apakan daya , beliau bekerja pada hari sabtu.Hanya ahad peluang yang ada.
  • Beliau juga memiliki masalah daya ingatan yang lemah.Kadang2 , sewaktu solat , fikirannya tiba2 kosong dan langsung tidak mengingati bacaaan yang sepatutnya..Mudah lupa.Mungkin kesan kecederaan yang dialami di bahagian kepala beliau sedikit masa dahulu.
  • Beliau tidak boleh berpuasa.Maximum beliau mampu bertahan ialah sehinggga pukul 4..menggeletar dan pucat itu simptom biasa..Menurut doctor , perut beliau luka..Mungkin akibat tabiat makan yang tidak mengikut masa sewaktu beliau bekerja di syarikat chemical suatu masa dulu.Kesibukan bekerja menghalang mereka untuk makan pada waktu yang konsisten.
  • Terakhir mereka sekeluarga menerima zakat ialah 2 tahun lepas.Di mana hak mereka ?
  • Pihak berwajib tidak pernah datang ke rumah mereka untuk follow - up setiap perkembangan atau pun masalah mereka.Jika ingin memohon bantuan , semua nya perlu dirujuk sendiri ke ' sana '
  • Persekitaran kerja yang tidak membantu.Rakan2 sekerja beliau ramai yang Melayu Islam.Namun , dia yang mengajak mereka ke masjid untuk solat jumaat bukan sebaliknya.Contoh yang ditunjukkan ternyata mengecewakan.Beliau tiada tempat rujukan selain program di masjid.
  • Masalah kewangan.Dengan gaji sebagai seorang mekanik dan tanggungan seramai 6 orang ternyata hidup mereka tak lebih dari kais pagi makan pagi , kais petang makan petang.Beliau memiliki sebuah kereta usang.Tanpa road-tax kerana tidak mampu..Anak2 yang bersekolah seramai 3 orang..Bayaran keperluan harian rumah , perbelanjaan sekolah anak2 .Bayangkan bagaimana beliau terpaksa mencatu setiap keperluan.
Semua anak2 beliau dihantar ke sekolah cina.Kerana menurut pendapatnya , di sana mereka diajar untuk menguasai ekonomi.Bukan sekadar akademik..Terdetik rasa cemburu kerana anak2nya lancar bertutur mandarin sedangkan aku masih terkial2 memulakan langkah belajar mandarin di usia 20 tahun..hehe

Sambil2 berkongsi , ada sedikit makan2..bihun goreng yang disediakan oleh puan hafisah dan beberapa orang committees.Perkongsian kami berakhir jam satu tengahari..Sebelum pulang , sedikit sumbangan dari pihak kami seperti beras , kicap , sos , tepung dan keperluan harian yang lain..Bertolak balik ke uia..

Kami kumpulan terakhir yang sampai ke uia..Lunch.Dan program disambung dengan post mortem .Semua ketua membentangkan report lawatan masing2..Negative dan positive feedback dari peserta , cadangan untuk improvement dan tindakan susulan yang bersesuaian dengan kes masing2..Report yang berkenaan akan di submit kepada pihak berwajib misalnya JKM , MAIP , PERKIM untuk membela nasib2 mereka yang memerlukan.

sepanjang program dan pembentangan , terbuka minda seluasnya..Tersentap rasa hati..Betapa masih ramai mereka yang tidak berkemampuan dan tidak se ' bertuah ' kita..Bagaimana perjalanan hidup seorang mualaf..betapa pentingnya untuk kita sebagai muslim untuk membantu dan menunjukkan khudwah hasanah ( contoh yang baik ) , mendekati golongan seperti meraka dan jutaan perasan lain tak tergambar dengan kata kata..Alhamdulillah atas peluang dan kesempatan yang diberi ini.Aku belajar erti hidup dan belajar untuk lebih menghargai.

Cukup sampai sini rasanya..Cerita tentang 3 buah rumah lagi mungkin akan aku kongsikan disempatan akan datang..Besok kelas pukul 8..I better go to sleep now..Plus , this entry is long enough right ? hehe :)..Mulanya aku ingin kongsikan gambar keluarga En . R Wong ni , akan tetapi atas sebab privacy dan faktor aurat ( isterinya tidak memakai tudung kerana kami semuanya perempuan ) aku batalkan niat tersebut..Semoga ada sedikit ibrah dari penulisan aku yang penuh cacat cela ini..Sekadar berkongsi sedikit rasa hati :D



 Kawasan apartment mereka..Dengar cerita kawasan ini antara kawasan yang di label sebagai ' Black Area '



Anak En. Wong yang bongsu..Paling nakal dan digelar '' betino garik '' oleh abang2 nya..Sangat hyperactive.Hanya tong cat sebagai kerusi.............

di mana majlis perbandaran ??

itu perkongsian aku untuk program hari ini..Bersyukur kita dilahirkan dalam nikmat Islam dan Iman..Dua nikmat terbesar dalam hidup..Ini pengalaman pertama aku dengan golongan mualaf.Semoga ini bukan yang terakhir :)

Sunday, April 08, 2012

BOOK : Kutemui CintaNYA by Dr Farhan Hadi

In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Alhamdulillah , ada sedikit kelapangan untuk review buku.Dah lama tak review buku2 yang dibaca.Busy sangat la konon nya.Hehe.

okay , kali ni nak review buku ni :



TITLE  : KUTEMUI CINTANYA
WRITER : DR FARHAN HADI MOHD TAIB
PUBLISHER : TELAGA BIRU
PRICE : RM 23
PAGES : 296

sebuah novel yang mengisahkan tentang pengalaman seorang pemuda bernama Farid yang mencari penawar untuk menyembuhkan penyakitnya.Sehinggakan dia tersasar daripada agama dengan berjumpa bomoh dan pengamal perubatan yang tidak masuk akal.Lebih malang lagi , dalam masa yang sama Farid ini telah tersilap langkah dalam percintaan yang bertuhankan kecantikan sehingga akhirnya dia menanggung kekecewaan akibatnya.Perjalanan yang menarik untuk dihayati. Bagaimana Farid akhirnya menemui jalan dan cinta yang sebenar .

Moral :

1. IMAN TAK DAPAT DIWARISI :
Farid ni anak kepada ustaz dan ustazah.Ibunya walaupun sudah lanjut usia , tetapi masih aktif menulis karya Islam untuk generasi muda.Ayahnya pula seorang tokoh yang disegani oleh penduduk kampung lantaran keperibadian beliau yang indah..Namun , Farid ...solat 5 waktu sehari pon masih tidak sempurna..Beza bagai langit dan bumi.Iman tak dapat diwarisi , kita perlu mencari :)

2. BERHATI - HATI MEMILIH KAWAN :
Farid memiliki beberapa orang kawan yang terlalu percaya kepada bomoh.Sehinggakan dia sendiri terseret untuk mendapatkan khidmat bomoh untuk sakit tulang belakangnya.Hinggakan Allah membuktikan bahawa bomoh yang dirujuknya itu tidak lebih dari sekadar seorang penipu..Apabila Farid sampai di rumah bomoh tersebut , bomoh itu sedang cuba untuk merogol salah seorang pesakitnya.Di situ , segala penipuan akhirnya tersingkap..

Akmal , salah seorang rakan sekerja baru di tempat Farid.Berpewatakan seolah olah ' nerd ' , lurus bendul.Sedangkan hakikatnya Akmal seorang yang sangat berilmu dalam bidang agama.Menjadi sumber rujukan yang tepat untuk membawa Farid keluar dari daerah jahiliyah..Akmal yang bertanggujawab memperkenalkan Farid dengan Ustaz Zuhdi yang akhirnya menjadi murabbi Farid

3. SEKADAR CANTIK LUARAN ,  CUKUPKAH UNTUK BAHAGIA ?
Farid mempunyai seorang kekasih bernama Shasha..Begitu cantik luarannya..Kekasih idaman Farid sejak sekian lama.Namun , shasha tidak lebih dari sekadar pisau cukur.Mencari lelaki demi duit.Segala tipu helah akhirnya terbukti apabila Farid sendiri melihat kecurangan Shasha dengan lelaki yang lebih kaya.Tanpa segan silu , shasha ternyata menafikan dia sebagai teman lelaki dan memilih lelaki yang lbih berharta itu.Di akhir cerita , shasha ditangkap polis atas tuduhan mengedar dadah..Mungkin akibat terlalu taksub dengan duit.

Akhirnya , Farid berkahwin dengan adik Ustaz Zuhdi.Seorang yang dijamin solehah oleh ibu Farid sendiri..Wanita yang pernah dipandang rendah oleh Farid kerana parasnya yang tidak begitu jelita..Dan mereka bahagia :)

Maka , sesungguhnya kecantikkan luaran itu akan lebih indah andai dalamannya juga begitu :)

4. ILMU  ' HEBAT ' DAN TIDAK MASUK AKAL:
ilmu Persilatan cengkam alam raya - belajar silat boleh kebal ? andai benar , kenapa pengamal yang sudah mencapai makam tertinggi ( sudah kebal ) tidak ke Palestin untuk membantu saudara seagama kita di sana ? pasti nya yahudi laknatullah akan bertempiaran lari dan menyerah kalah andai mereka benar2 kebal.Bayangkan sudah di bom pon masih kebal ? bukankah sesuatu yang sangat menakjubkan ? andai hanya dengan berzikir dan ilmu persilatan sudah boleh kebal dan menafsir penyakit dan sebagainya dengan hanya berpandukan gambar seseorang , sesuatu yang langsung tidak masuk dek akal.Sedangkan Nabi dan para sahabat terdahulu yang begitu kuat ibadah dan zikirnya pon masih tidak kebal..Inikan pula kita umat akhir zaman yang mana khusyuk itu sendiri sukar untuk digapai....Berzikir dengan zikir2 yang bukan asasnya dari alquran dan mathurat .Berpuluh ribu kali berzikir semata mata untuk naik peringkat makam ? di mana niat asal untuk beribadah ? 

dan banyak lagi sebenarnya.Tapi tak larat dah nak taip :p..Alhamdulillah , banyak manfaat dan input baru insyaAllah.

wassalam :)

_________________________

p/s : besok insyaAllah akan ke program di rumah mualaf Kg. Jw , bukit sekilau , IM8 dan Semambu.May Allah ease everything :)


Monday, April 02, 2012

RUMAH DIPECAH MASUK

In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

assalamualaikum .

Perjalanan dari Kedah ke Kuantan sepanjang 9 jam berjaya diharungi.Alhamdulillah selamat pergi dan balik.Sampai di kampus tepat jam 9 pagi semalam ( 1/4/12)..Malam tadi , tak boleh tidur..Pukul 2 pagi , still tergolek golek atas katil..Susah betul nak lena..Memang selalu macam ni kalau berubah tempat tidur..Biasa dah..Last tengok jam dekat phone pukul 2.15..Pukul berapa terlena , entah la.

Suddenly , lebih kurang pukul 5.10 am , dapat mesej dari my eldest sister..RUMAH KENA PECAH MASUK !

errrr..gambar macam tak seswai..abaikan ...

Terkedu..Betul ke ni ? Still in mamai mood..Few minutes later , baru tersedar..Terus hilang mengantuk..Selamat jugak terasa nak baca mesej tu..Sebab , selalunya kalau tengah tidur , memang akan ignore semua mesej or call..Dah memang habit :p

Terus mesej2 , call  tanya cerita sebenar..Risau gila.Kakak cakap abah called her around 3 am..Abah didnt tell me and my second kakak at sarawak..Taknak kitorang risau la tu..

Alkisah , just tinggal mak and abah dekat rumah..Should be abang ada jugak dekat rumah semalam sebab balik  cuti weekend kan..Tapi , dah nama pon weekend , dia balik lambat sebab macam biasa la , time2 cuti je dia nak lepak dengan kawan2..Time abah bangun masa abang balik tu la baru tersedar rumah dah kena ceroboh.At that time pukul 2 kot.

Diorang ( or dia ) masuk ikut tingkap  -.-'' ..Semua bilik kecuali bilik mak+abah dicerobohnya..Habis bersepah barang..Alhamdulillah , barang2 berharga like laptop , phone etc memang takde la dalam our rooms since semua tak ada kan..Just baju2 and other things yang tak boleh gadai..Tapi satu kerja pulak nak kemas balik semua tu..haih.

Syukur alhamdulillah , they did no harm to my beloved parents..i just cant imagine what they will do if they attack my parents..Barang kemas yang mak pakai , yang mak simpan , phones and all the valuable things..

Kerugian ? tak banyak sangat kot..Setakat yang aku tau , cash lebih kurang rm400..Abang aku memang suka letak duit dalam one box ni..Then box tu dalam drawer almari dia..hmmm , lepas ni mesti dia taubat dah nak letak duit macam tu je..Taktau la pulak , tabung syiling 5 sen kakak aku tu selamat ke tak..Kalau tu pon dicurinya , meraung la kakak aku..Bertahun2 dia kumpul syiling 5 sen yang kecik tu..Sampai dah penuh balang..Then , GPS..Letak dalam almari , sebelah yang tak berkunci tu..So , memang selamat tinggal la..Lepas ni nak cari jalan , pakai gps henpon jelah -..-''..Again , syukur sebab my digital camera selamat..Letak atas meja study tu je..Dalam laci.Maybe diorang tak ambik sebab takda bateri..Bateri dia aku letak dalam almari , bahagian yang berkunci tu..Mak cakap , casing semua dah terbukak , tapi tak ambik pon..Terima kasih la ye wahai penjenayah -.-'

By now , police report semua dah settle..Encik2 polis pon dah datang ambik2 gambar semua..Just wait and see la apa tindakan nya nanti..Rumah aku bukan the first house la yang kena..Ada jugak 2 3 buah rumah dekat area kitorang before this..Tapi , hari tu dah lama jugak senyap..But , seems like  they are coming back now..Hmm..

Rasanya , dah lama rumah aku di 'aim'..seminggu aku cuti mungkin membantutkan niat diorang..Sebab , aku memang jadi noctunal person..Pukul 1 2 pagi baru nak tidur..Baru tutup lampu..Kalau tinggal mak and abah , memang diorang tidur awal ..10 .30 macam tu.So , tutup lampu awal la.Hmm , entah la..Hanya DIA dan mereka yang tahu.

Apa2 pon , syukur alhamdulillah , mak + abah selamat without any harm..Harta tak penting..Boleh dicari..Tapi mak ayah mana nak cari ? kan kan ? This is our first experience being robbed.Hope , this is the last too.Amin.

Lepas call abah etc , terus tak boleh tidur dah..Hilang mengantuk..Pukul 8 pegi kelas biostatistics..Selamat tak mengantuk..Just kepala macam pening2 lalat sikit..Huhu.

Alhamdulillah , now everything back to normal.May Allah  bless :)


---------------------------------

p/s : midterm Islamic Worldview ( UNGS ) on this friday..Gambatte ><