Saturday, April 14, 2012

Forum CAFE CINTA by Dr Farhan Hadi + Ustazah Fatimah Syarha

Di sebalik ke'busy' an dalam menunaikan amanah sebagai seorang pelajar dan meetings yang tak pernah berpenghujung , alhamdulillah Allah masih memberi sedikit kelapangan dan kekuatan untuk melangkah ke forum Cafe Cinta anjuran Persatuan Belia Islam Nasional ( PEMBINA) IIUM Kuantan..Aku juga salah seorang ahli PEMBINA di bumi Kuantan ini..Ahli di bawah biro aktivisme yang bertanggungjawab merangka dan melaksana program program yang bersesuaian..Namun , aku tidak terlibat sebagai committee untuk forum ini..Tahniah buat rakan2 PEMBINA yang menjayakan program ini..Sambutan memang tersangatlah ohsem ! full house Banquet Hall , OCD malam itu :)

Makanya , di bawah ini aku kongsikan sedikit intipati forum pada malam selasa - 10 APRIL yang lalu..Baru malam ini berkesempatan untuk berkongsi ..Credit kepada sister siti hafizah atas perkongsian beliau di FB...Aku sekadar meluaskan jaringan perkongsian dengan berkongsi di sini..( akibat malas menaip tapi masih tetap mahu berkongsi sesuatu :p )

Hamboi gambaq tak menahan..kekekeke..abaikan

1 . Dr Farhan : APAKAH HUKUM BERCINTA SEBELUM KAHWIN ?

Kata Prof Syeikh Yusof Al Qardawi - saya tidak memuji cinta sebelum berkahwin , kerana ia bahaya dan boleh mengundang syahwat...

Kata Syeikh Muhd Sani - Perbuatan cinta sebelum berkahwin tidak dibenarkan dalam Islam

2. Ustazah : APAKAH KEKUATAN YANG PERLU ADA KEPADA MUSLIMAH UNTUK MENGHALANG CINTA SEBELUM BERKAHWIN @ MENDINDING DIRI DARI GODAAN LELAKI ?
  • KEKUATAN FAHAM - faham tentang makna cinta sebenar dalam Islam..Rujuk kepada para ulama tentang definisi cinta..bukan rujuk filem , lagu , drama korea..Bertanya sesuatu kepada ajnabi ( perkara sia sia ) hanyalah alasan untuk memulakan hubungan.   
  • Hadis ;  Allah lebih sayangkan hambaNya melebihi seorang ibu yang menyayangi anak kecilnya
  • KEKUATAN IKHLAS - Ikhlas niat kerana Allah swt dalam semua perkara yang dibuat..Simple formula : Jika sesuatu perkara tidak dilakukan dengan ikhlas , maka kita akan buat sesuatu kerja dengan tidak fokus , kemudian kita tidak akan ada kekuatan untuk mengingati perkara itu.
  • KEKUATAN MUJAHADAH - Mujahadah melawan nafsu dengan membaca AlQuran setiap hari , rajin bangun solat malam

3. Dr.Farhan : APAKAH KESAN BERCINTA SEBELUM KAHWIN ?


Tak bercinta sebelum kahwin ---> Tiada maksiat hati , perbuatan , dapat jaga keberkatan selepas berkahwin..Melahirkan rasa mawaddah , sakinah dan rahmah bersama pasangan


4. Ustazah : BAGAIMANA SEORANG MUSLIMAH HENDAK MENILAI CALON PASANGAN YANG TERBAIK UNTUK DIRINYA ?

Dalam Islam , perlu dijaga batasan sebelum berkahwin..Dalam Islam juga ada konsep merisik..Jadi , tempoh merisik adalah tempoh yang terbaik untuk mengenali pasangan..Tak perlu couple..Insyaallah setiap orang akan dikurniakan pasangan yang sekufu dengannya..Jika dia seorang yang menjaga batas batas syariah sepanjang zaman bujangnya , maka akan dikurniakan juga pasangan yang sama sama menjaga syariah.


5. Dr. Farhan : BILAKAH MASA YANG SESUAI UNTUK SESEORANG  MRNCARI PASANGAN @ PERLUKAH DIA HANYA MENUNGGU JODOH ?

Jodoh atau pasangan perlu dicari..Langkahnya :
  • Perlu siapkan diri menjadi yang soleh / solehah
  • Bentuk jati diri menjadi Muslim yang terbaik
  • Masa untuk bertindak : berbeza mengikut kondisi seseorang

EXTRA : CARA UNTUK APPROACH  pasangan yang berkenan di hati :
  • Direct kepada walinya
  • Gunakan orang tengah..Orang tengah kemudian akan bertindak untuk menyampaikan hajat kepada wanita / lelaki tersebut
  • Wali kepada wanita offerkan anak perempuannya
  • Wanita gunakan orang tengah untuk merisik lelaki
  • Lelaki gunakan orang berpengaruh sebagai orang tengah 
  • Gunakan pemimpin untuk tolong carikan calon yang sesuai
'' Dalam cinta tiada paksaan , yang ada hanya cadangan :) ''


Sekian sedikit ilmu yang dicedok dari  forum CAFE CINTA..
kenyang tak ? hee ^^


-----------------------------

Upcoming event is : Committee for Kuliyyah of Science booth at I-Fest at Berjaya Megamall ..Its tomorrow yaw ;)..May everything run smoothly..Amin ^^

errr , anyone nak jumpak my wali ? :p


2 comments:

  1. nice sharing (= barakillah
    p/s: insyaALLAH sat ag nanti ada yang datang jumpa wali tuh, hahha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sharing is caring :D

      reply p/s : HAHA * speechless* :p

      Delete