In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful
Alhamdulillah , ada sedikit kelapangan untuk review buku.Dah lama tak review buku2 yang dibaca.Busy sangat la konon nya.Hehe.
okay , kali ni nak review buku ni :
TITLE : KUTEMUI CINTANYA
WRITER : DR FARHAN HADI MOHD TAIB
PUBLISHER : TELAGA BIRU
PRICE : RM 23
PAGES : 296
sebuah novel yang mengisahkan tentang pengalaman seorang pemuda bernama Farid yang mencari penawar untuk menyembuhkan penyakitnya.Sehinggakan dia tersasar daripada agama dengan berjumpa bomoh dan pengamal perubatan yang tidak masuk akal.Lebih malang lagi , dalam masa yang sama Farid ini telah tersilap langkah dalam percintaan yang bertuhankan kecantikan sehingga akhirnya dia menanggung kekecewaan akibatnya.Perjalanan yang menarik untuk dihayati. Bagaimana Farid akhirnya menemui jalan dan cinta yang sebenar .
Moral :
1. IMAN TAK DAPAT DIWARISI :
Farid ni anak kepada ustaz dan ustazah.Ibunya walaupun sudah lanjut usia , tetapi masih aktif menulis karya Islam untuk generasi muda.Ayahnya pula seorang tokoh yang disegani oleh penduduk kampung lantaran keperibadian beliau yang indah..Namun , Farid ...solat 5 waktu sehari pon masih tidak sempurna..Beza bagai langit dan bumi.Iman tak dapat diwarisi , kita perlu mencari :)
2. BERHATI - HATI MEMILIH KAWAN :
Farid memiliki beberapa orang kawan yang terlalu percaya kepada bomoh.Sehinggakan dia sendiri terseret untuk mendapatkan khidmat bomoh untuk sakit tulang belakangnya.Hinggakan Allah membuktikan bahawa bomoh yang dirujuknya itu tidak lebih dari sekadar seorang penipu..Apabila Farid sampai di rumah bomoh tersebut , bomoh itu sedang cuba untuk merogol salah seorang pesakitnya.Di situ , segala penipuan akhirnya tersingkap..
Akmal , salah seorang rakan sekerja baru di tempat Farid.Berpewatakan seolah olah ' nerd ' , lurus bendul.Sedangkan hakikatnya Akmal seorang yang sangat berilmu dalam bidang agama.Menjadi sumber rujukan yang tepat untuk membawa Farid keluar dari daerah jahiliyah..Akmal yang bertanggujawab memperkenalkan Farid dengan Ustaz Zuhdi yang akhirnya menjadi murabbi Farid
3. SEKADAR CANTIK LUARAN , CUKUPKAH UNTUK BAHAGIA ?
Farid mempunyai seorang kekasih bernama Shasha..Begitu cantik luarannya..Kekasih idaman Farid sejak sekian lama.Namun , shasha tidak lebih dari sekadar pisau cukur.Mencari lelaki demi duit.Segala tipu helah akhirnya terbukti apabila Farid sendiri melihat kecurangan Shasha dengan lelaki yang lebih kaya.Tanpa segan silu , shasha ternyata menafikan dia sebagai teman lelaki dan memilih lelaki yang lbih berharta itu.Di akhir cerita , shasha ditangkap polis atas tuduhan mengedar dadah..Mungkin akibat terlalu taksub dengan duit.
Akhirnya , Farid berkahwin dengan adik Ustaz Zuhdi.Seorang yang dijamin solehah oleh ibu Farid sendiri..Wanita yang pernah dipandang rendah oleh Farid kerana parasnya yang tidak begitu jelita..Dan mereka bahagia :)
Maka , sesungguhnya kecantikkan luaran itu akan lebih indah andai dalamannya juga begitu :)
4. ILMU ' HEBAT ' DAN TIDAK MASUK AKAL:
ilmu Persilatan cengkam alam raya - belajar silat boleh kebal ? andai benar , kenapa pengamal yang sudah mencapai makam tertinggi ( sudah kebal ) tidak ke Palestin untuk membantu saudara seagama kita di sana ? pasti nya yahudi laknatullah akan bertempiaran lari dan menyerah kalah andai mereka benar2 kebal.Bayangkan sudah di bom pon masih kebal ? bukankah sesuatu yang sangat menakjubkan ? andai hanya dengan berzikir dan ilmu persilatan sudah boleh kebal dan menafsir penyakit dan sebagainya dengan hanya berpandukan gambar seseorang , sesuatu yang langsung tidak masuk dek akal.Sedangkan Nabi dan para sahabat terdahulu yang begitu kuat ibadah dan zikirnya pon masih tidak kebal..Inikan pula kita umat akhir zaman yang mana khusyuk itu sendiri sukar untuk digapai....Berzikir dengan zikir2 yang bukan asasnya dari alquran dan mathurat .Berpuluh ribu kali berzikir semata mata untuk naik peringkat makam ? di mana niat asal untuk beribadah ?
dan banyak lagi sebenarnya.Tapi tak larat dah nak taip :p..Alhamdulillah , banyak manfaat dan input baru insyaAllah.
wassalam :)
_________________________
p/s : besok insyaAllah akan ke program di rumah mualaf Kg. Jw , bukit sekilau , IM8 dan Semambu.May Allah ease everything :)
aku pun tak abeh bca lagi.. hebat toi hang. tahniah2.. haha
ReplyDeletesebab nipis ja..tu cepat habis..kui3 :D
Delete