Midterm dah tamat. Isnin 2 kelas je. Selasa cuti deepavali. Rabu satu kelas je. Khamis cuti lagi. Jumaat semua kelas cancel. Sambung lagi sabtu ahad minggu depan. Wehuu, sangat bahagia dan lapang. Alhamdulillah. Dan ini boleh menyebabkan aku, hafa dan tiqah terbaring kebosanan kalau tak pi mana2.Maka dengan itu, aktiviti pertama untuk mengisi kelapangan yang ada.........
Alkisah semalam, ahad 11/12/12:
Plan asal nak keluar lunch dekat Bay Route je sebab dengar cerita ada kedai makan best kat situ. Pukul 12 gerak dari UIA.Pusing 2 kali naik turun Bukit Bay Route tu tapi tak jumpak pon kedai yang diperkatakan.Just ada satu warung, tu pon tak bukak. Fed up punya pasal, kami ( me + Hafa + Tiqah ) meneruskan perjalanan tanpa arah. Nekad nak pi Sg. Lembing padahal taktau apa benda yang menarik kat sana. Lebih kurang 40km perjalanan, sampai la kami ke Sg. Lembing. Destinasi pertama semestinya cari kedai makan sebab perut pon dah pedih terkena rembesan asid perut yang kelaparan.
Makan dekat Anjung Selera Sg. Lembing.Tak banyak pon gerai yang buka kat medan selera tu. Ada dalam 2 or 3 ja. Kami try menu yang sama which is nasi goreng ayam + teh O ais. Murah sangat. Total kami makan 16.90 ja untuk 3 orang. Nasi goreng ayam yang banyak + telur goreng. Siap mintak sup, sos, kicap lagi buat penambah selera. Keke. Memang berbaloi.
Next, kami teruskan perjalanan sampai la ke satu destinasi yang sangat heaven untuk pencinta alam macam aku ni. Ehem ehem :P
Mula2, kami turun ke Sg Lembing tu dulu. Usha2 kawasan. Ada segerombolan budak2 sekolah rendah tengah camping situ sambil ber'bbq segala bagai. Next, baru kami try jambatan gantung ni. Mula2 macam seram nak naik sebab macam sunyi ja kat jambatan tu. Tiba2 ada seorang pakcik datang naik moto dan dengan penuh macho dan slumber nya naik jambatan tu. Maka dengan itu, terjamin la keselamatan dan kekukuhan jambatan tersebut. Haha :p
Tadaa ! ni la jambatan tu. Agak panjang. Nice view kan dengan kawasan perumahan kampung macam ni. Kat situ semua chinese.
Me and Tiqah seusai menawan jambatan gantung. Jantung dok gedebuk-gedebuk lagi time ni.Nervous goyang2.Lol muka cuak
The view from jambatan gantung. Me like this nature ! Tenang sangat tengok
Ni masa kat tengah2 jambatan. Goyang gila sebab Hafa lari2 -.-'' duduk dulu sebab macam gayat.Haha :p
Umpama sebuah lukisan. Lengkap.Sungai, rumah kampung, bukit bukau. Total likeness !
Again.The scenery. Tranquility fills the heart :)
The so called Sg. Lembing
On the way nak ke jambatan tu ada Muzium Sg. Lembing. Tapi kami tak singgah pon. Sebab takut lambat. Gambar ni curi kat google je. Next time if ada kesempatan nak ke Sg. Lembing lagi insyaAllah akan lawat muzium ni.
Heading back from jambatan gantung tu, kami try kereta kuda. Ni first time naik kereta kuda. Bayaran RM 8 per person. Jalan2 dalam 500m macam tu. Tak sempat nak ambik gambar atas kereta kuda sebab elok je habis pusing, hujan turun. Picture atas ni ambik before naik. Best !
Back from Sg. Lembing, we continue our craziness. Nak pi pantai pulak ambik angin release tension. Padahal tak tau apa benda yang tension entah.Lol.Lalu Gebeng yang famous sebab Lynas tu. So, kena snap picture bukti dah pernah sampai Gebeng.Haha
Eh before tu, singgah pasar malam Taman Kg Padang Damai. Hafa macam nak makan durian, so masuk kedai Terus Maju konon2 nak beli tupperware nak isi durian then makan kat pantai. But tiba2 tak jadi sebab macam tak berbaloi nak beli tupperware segala bagai.So, ended up beli yogurt drink ja sorang sebotol buat pembasah tekak setelah jauh perjalanan dan memekak dalam kereta. Terjerit kesoronokan dan keterujaan melihat dunia luar. Keh3
Yang belakang tu Gua Charas.Mula2 ingat nak pi sana.Tapi laluan nak ke situ agak scary and gloomy gila. Ada surau and perkuburan lama.Sangat sunyi. So, undur kereta.Patah balik.Kui3
Bersuka suki kat Pantai Balok pulak. Jalan2, main pasir. Usha budak2 mandi. Got jealous by a group of guys yang mandi, lambung2 their friends dalam air laut tu. Urgh, best gila. Tapi kami tak boleh mandi and buat macam tu.Tskkk.Tengok je la. :'(
Sampai UIA around 5++. Penat tak payah cakap la.Sakit pinggang semua ada.On the way balik dah tak banyak bising memekak dalam kereta sebab dah penat dan mengantuk.LOL
So, itulah cerita kegilaan semalam.Menawan Sg.Lembing, Balok etc.Aktiviti ni sesuai untuk orang yang suka nature,pantai,hutan je.Kalau anda jenis yang suka shopping mall and air-conditioned places je memang akan cakap tempat dan aktiviti ni boring tahap super saiya.Sg Lembing ni is actually bandar lama.Tempat yang famous dengan perusahaan melombong bijih timah suatu masa dulu.Penuh dengan bangunan2 lama ala2 kat Melaka tu.Best sangat kalau ambik gambar.Malangnya semalam tak bawak pon camera sebab semua ni unplanned.Just happened spontaneously.Gambar yang ada ni pon belas ehsan kamera phone je.Tapi cukup la sekadar beberapa keping untuk kenangan.Anyhow, this is a great weekend after penat dengan exam, assignment etc.Tapi lepas ni ada je lagi assignment,report segala bagai.But at least, we enjoy the moment together before getting busy again and again :)
No comments:
Post a Comment