Sunday, October 30, 2011

SAYONARA CFS IIUM

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful


assalamualaikum :)

Result final exam semester 1 2011/2012 yang merupakan semester terakhir aku di bumi Centre for Foundation Studies IIUM kononnya akan dapat di'access' bermula 27/10 , jam 5 petang.Well , sama macam sem2 sebelum ni , kesesakan nak masuk portal teramatla serius ( kot ).Tapi bahangnya aku tak terasa sangat.Balik kerja on 27 tu , try la bukak portal dengan hati yang berdegup kencang.As expected , portal tak dapat ditembusi.Set reload button each 5 seconds.Then sambung ber'FB'.Sampai naik lebam reload , still tak dapat buka.So , terus tido dengan hati yang buat2 tenang.Pagi 28/10 , bangun dengan muka chillnya.Pi kerja macam biasa.Dalam hati tuhan je yang tau betapa risau nya aku.Target untuk exam ni tak tinggi pon.Sebab carry mark tak banyak mana..Dapat B+ pon kira bersyukur tahap gaban dah.

Balik kerja pukul 7 , mandi solat etc,terus online.Bukan buka portal tapi buka FB dulu.Tahap kecuakan berganda-ganda bila TERbaca status rakan2 seperjuangan yang dah berjaya.Hoho..

Saat mata terpandang result on screen :

Tiada kata mampu terluah melainkan syukur padaNYA.Alhamdulillah atas result yang diberi.Even bukan 4 rata.Rasa macam tak layak pulak kalau nak dibandingkan dengan usaha aku yang seciput tu.Maka , dengan rasminya , aku layak untuk graduate dari CFS dan meneruskan langkah ke main campus IIUM Kuantan.Thanks untuk semua yang mendoakan.Terutama mak + abah + my lovely siblings + kawan susah senang + and roomates terchenta which are  cik wani , cik nami and cik aina.Semua DL kot.Alhamdulillah.Thanks korang yang menceriakan hari2 suram dan mendung selama 4 sem aku  di CFS.Serius cuak nak jumpak roommates baru kat kuantan nanti.Will missing you guys.Always :'( & will wait for you guys at kuantan soon !

Sedar tak sedar , berakhir sudah pengajian selama 1 & half year di CFS.Menghitung hari melangkah ke dunia baru.Dunia sebenar zaman universiti.Entah cabaran apa pula  yang menanti.Just wait and see

Flashback :

Mendaftar ke CFS dengan tiket 9A 1B dalam SPM 2009.Asalnya ditawarkan kos Physical Sciences.Tapi memandangkan aku sangat cintakan biology ,  dan kurang gemar dengan mathematics , membuatkan aku nekad mengisi borang tukar kos sewaktu minggu orientasi.Alhamdulillah , permohonan diterima.Maka , berjuanglah aku sebagai budak biological sciences selama 1 & half year.

Mula berkenalan dengan kawan2 baru dari seluruh m'sia.Mula belajar sesuaikan diri dengan hidup yang agak jauh berbeza dengan zaman sekolah.Namun , berbekalkan pengalaman 5 tahun hidup di sekolah berasrama dan jauh dari family , menjadikan aku biasa dengan segala hal yang perlu diselesaikan sendiri.Alhamdulillah , hidup di asrama membentuk diri aku yang ada hari ini.Lebih matang biar pon aku anak bongsu yang selalunya dikategorikan manja terlampau dan tak pandai urus diri.

Semester 1 paling best ( kot ).Rakan2 sekelas semua best2.Still rasa macam zaman sekolah.Masuk sem 2 , agak ramai yang terpisah lantaran result exam yang berbeza.Ada yang perlu repeat paper english , repeat paper arab etc.Lulus paper arab dan english adalah requirement untuk graduate dari cfs even not included in CGPA.Bersyukur sebab tak perlu repeat mana2 paper.

Sem 1 paling hectic.Kelas dari isnin sampai jumaat.Jeles je tengok roommates takde kelas hari jumaat.Jadual pulak pack gila.Mostly dari pukul 8 am sampai 6 pm.Dalam bilik tu jadual aku la paling padat.Sem 1 kena belajar English Level 6 , Arabic Level 1 , Biology 1 , Mathematics 1 and Basic Themes of AlQuran.

Sem 2 alhamdulillah sedikit lapang.Agak banyak masa untuk study.Perlu belajar subject Physics 1 , Chemistry 1 ( * most favourite subject )  Arabic 2 and Computer 1 . No class on friday.Seriously heaven !

Sem 3 pulak adalah short semester.Duration around 2 months sahaja.Sem ni aku ambil satu subject saja iaitu mathematics II.Sebetulnya , kalau diikutkan study plan aku , tak perlu ambil short sem ni.Tapi , time sem 2 aku drop subject Math II ni sebab risau tak dapat perform the best memandangkan aku perlu ambil 3 core subjects which are PHYSICS I , CHEMISTRY I AND MATHS II dan 2 elective subjects which are COMPUTER I and ARABIC 2 ..Alhamdulillah , keputusan aku untuk drop math 2 adalah tepat sebab result sem 2 meningkat.

Sem 3 la yang paling relax.Kelas dari isnin sampai khamis sahaja.Kelas pulak 2 jam je setiap hari .Memang tenang habes.Nak cover pon satu subject je.

Sem 4 agak busy.Almaklumlah sem last as asasi'an.Perlu cover subject Chemistry 2 , Physics 2 , Biology 2 dan Understanding Islam.Again , aku yang paling banyak subject nak kena cover compared to budak2 bilik aku yang lain.Cik Wani budak Allied Health Science , Cik Aina budak Nursing and Cik Nami budak Biomedik semua program 2 tahun.Aku sorang je program 1 and half year.

Cerita tentang mahallah ( hostel ) pulak : dari sem 1 sampai 4 , mahallah khadijah tetap di hati.Mahallah setinggi 9 tingkat berwarna coklat yang dulunya adalah hospital ( errrrrr ) menjadi saksi hidup aku selama 1+half year.Ditemani roommates yang sama dari sem 1 sampai 4.Cik wani je baru join time sem 4.Tapi tak kisah , kitorang dah lama kenal sebab sama2 ex-student IGOP dulu.Maybe orang kata boring sebab hadap orang yang sama dari mula masuk sampai akhir.Tapi aku suka sebab masing2 dah kenal dan serasi tinggal sebilik.Perangai , tabiat hatta gaya tidur pon dah hafal macam mana.Hehe.Sem 1 dan 2 dapat 4th floor , sem 3 dapat 3rd floor and sem 4 dapat 5th floor.

Dalam seminggu , hari selasa yang paling dinanti kot.Sebab ada pasar malam.HAHA..Tak jauh pon , jalan kaki kejap je dah sampai.Selalunya , cik2 roomates la peneman setia pi pasar malam tu.Biasanya , kitorang akan pi JayaOne dulu sebab nak serang Cold Storage untuk borong stok makanan.Then baru pi pasar malam.Menu favourite adalah : apam balik , cendawan goreng , nasi beriyani ayam *selalunya share dengan cik wani sebab tak mampu nak habiskan kalau makan sorang2 , nasi kerabu air tebu etc.HAHA.


Banyak la memori dan cerita yang nak diabadikan , tapi cukup la sampai sini aku flashback zaman2 asasi di uia.Banyak suka dan banyak juga duka.Yang pasti , perjuangan di CFS sudah berakhir buat aku.Tapi jauh lagi perjalanan perlu ditempuh demi segulung kertas yang dipanggil ijazah itu.Berdoa pada DIA agar segala kenangan dan persahabatan yang terjalin sewaktu di CFS ini kekal sampai hujung nyawa.Amin :D

Andai kata2 sudah tidak mampu menghurai dan menafsir , cukuplah sekadar gambar yang menyatakannya ;)

i love CFS IIUM ;)


Gambar masa jamuan buka puasa kecil kecilan C3 - Coolest Class Club during Semester 1.Nice to know all of you ;)   * erm , tak semua groupmate ada dalam pic ni  *

Gambar masa BBQ  C3 on 30.9.2011.Siangnya final exam paper BIOLOGY II.
not in picture : hani , dekna  , hafa , kyah , amanina , ainul  , zaman , haqeem.

The sisters in C3 - temah , kaka , firus , mizah , hajar , akma , yalid , syue , syu , mira , syameera , aziemah

Other member of C3 - irfan , mukhlis , burhan , helmi , jazmi , nazmi , tawfiq , fitri , azwan , mardiah

with cik wani - we are friend since 2008.Masa kat gopeng dulu , bilik cik wani bawah bilik aku.Then , masa sem 1 + 2 kat CFS , bilik cik wani depan bilik aku.Finally , sem 4 kitorang sebilik..HAHA.Ni la tukang share makanan dengan aku sebab nak elakkan pembaziran..Gambar ni masa outing pi Mid.Depan toilet pulak tu XD

Time Sem 4 - rak kasut kitorang paling penuh + padat kat level 5 tu.HAHA.

Belum tambah kasut ni lagi kat rak tu .haha

dan juga kasut ni.Nasib cik nami and cik aina tak pakai kasut dalam bilik jugak.huahua.Kasut warna pink tu of kos la kepunyaan cik wani a.k.a ratu pink.hikhik  XD

Meja aku time nak final hari tu.Memang serabut tahap tikus beranak.HAHA.Conquer habis la sebab time tu cik wani balik putrajaya  :D

Meja cik nami a.k.a budak super duper rajin study.Dia pon conquer meja jugak sebab cik aina tak study kat meja .
Kata2 semangat yang ditulis cik wani.Siap tampal kat tiang bilik lagi..Hehe

with Cik hajar yang ku panggil ' MAK ' sebab sama nama dengan mak aku..Cik Firus pulak ' MAK LONG ' sebab nama ayah dia sama dengan nama ayah cik hajar.kui3

Time mengemas after habis final exam hari tu.Ni semua barang aku + cik nami je.Serius , barang aku paling banyak kot.Kalau tak penuh satu kereta tu memang bukan aku la.HAHA

Antara khazanah2 berharga cik nami.Ada lagi yang tak termasuk dalam gambar ni.Cik nami ialah budak paling banyak beg antara kami ber- 4. HAHA.

With cik nami dan cik aina yang selalu aku gembar gemburkan dalam blog ni.HAHA.Jubah hitam + tudung hitam adalah ' baju rasmi ' bilik kitorang.Hihi - Ni time sem satu

       With cik ilah.Kitorang sempat jadi roomate untuk beberapa bulan je.Sebab cik ilah decide untuk quit CFS and masuk maktab.She's from terengganu and currently tengah belajar kat maktab perguruan p.pinang.Maths teacher wanna-be.

Gonna miss all these moments >.<

Tamat.
Adios and wassalam.

-----------------------------------------

entry paling banyak gambar sepanjang aku ber'blogging...kerinduan yang mendorong aku untuk update pasal ni.har har har * sila muntah *

Friday, October 21, 2011

BEING A PART TIMER : DAY 5

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum :)

Day 5.Everything went just like usual.

9.40 am macam tu , kak N datang bagi surat untuk buka akaun bank CIMB.Gaji syarikat bank in terus dalam akaun instead of bagi cash.No matter what kena settlekan hari ni jugak.Sebab besok sabtu , bank tutup.Huhu.Maka , pi jumpak Bro.AH ( leader department aku ) untuk mintak permission keluar pi bank.Pukul 12 , time rehat tu pecut la pi bank kat bandar Sg. Petani tu haa.* Kilang ni kat area Sg.Lalang

Bertambah la akaun bank aku.Sekarang dah ada 4 akaun bank.Bank BSN , Tabung Haji , Bank Muamalat dan CIMB ..Gaya macam banyak sangat duit je.Haha.

Terkezut aku time kakak kaunter CIMB tu cakap nak buka akaun and buat buku bank at least RM300.Mana taknya , aku ada RM50++ je dalam purse.Tak pasal kena keluar duit pulak nanti.But , alhamdulillah la sebab aku tak payah buat buku.Buat card je.Kalau takdak surat dari kilang at least kena deposit RM50 untuk buka akaun dan card.Tapi kalau ada RM20 je.Selamat duit eden.Hihi

tak sabaq nak tunggu 1st gaji.HAHA.Padahal baru 5 hari kerja =P

Pukul 1.30 baru sampai kat kilang balik.Lepas dah settle semua urusan. la.Then sambung buat kerja macam biasa sampai pukul 7.Time balik tak hujan.Cuma gelap je.Awan tunggu masa je nak beranak.hehe =P

Hari ni macam mengantuk sikit time buat kerja.Haha.Nasib ada gula2 penyelamat.. aku dah start sakit belakang and punggung sebab duduk lama sangat kot.Har har har  =P

------------------------------------------

p/s : akak A tanya aku anak no. berapa dalam family  . Bila aku bagi tau anak bongsu , dia cakap ''patot la nampak manja''...HAHAHA..padahal dia taktau aku ni ganas.Tak main la manja2 ni.Tak percaya call makcik Siti Hajar tanya pasal anak dia ni.HAHA

Thursday, October 20, 2011

BEING A PART TIMER : DAY 2 , 3 & 4

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum :D

Pejam celik hari ni dah masuk hari ke-4 aku jadi part timer kat kilang yang aku story mory dalam entry lepas.Boleh dikatakan aku dah kenal semua budak2 yang duduk satu department dengan aku iaitu  production  yang melibatkan proses cutting , crimping , dan checking..Kali ni just nak tunjuk gambar yang sempat aku snap time waktu rehat.HAHA. * nak buat kenangan

kipas besar yang boleh menerbangkan aku.HAHA.bukak level 1 pon dah lebih dari cukup.Betol2 sebelah meja aku.Angin dari kipas ni memang boleh buat aku mengantuk.Lagi2 pulak kalau hari hujan.Memang best kalau dapat tido.Tapi alhamdulillah la , so far aku belum buat lagi..HAHA..memang cari pasal la kalau tido time keja.Dah la ada CCTV -.-''

Area yang ada banyak tong warna biru tu tempat kumpul stock yang dah complete.Nanti budak2 stor akan mai kutip :)

ni la antara wire2 yang aku dok pulun check on the 3rd day.Penuh atas meja yang dikongsi aku , kak wani dan juga kak ilah.Tapi mulai esok , just tinggal aku dan kak ilah.Kak wani dah resign hari ni setelah 4 tahun menyumbang khidmat kat kilang ni.Huhu.

Ni wire jenis panjang2 pulak.Macam2 warna ada.Kuning , hijau , ungu , merah , kelabu , hitam , oren , biru etc .
Ni salah satu mesin cutting yang semestinya berfungsi untuk potong wire.Haha.Selalunya mesin ni Kak S yang dok guna.Kak S ni indon mari.Mulut dia memang 24/7 jalan.Haha..Memang dia la dok bagi area kitorang bising.Tapi semalam and hari ni dia MC.Dengar cerita sakit perut.Sadis sungguh.Area aku pon jadi sunyi sket.Dengar suara orang lain je lah.Operator lain selalu sakat dia.Haha.

Ni bahagian crimping wire. 

Overall , okey je kerja part time kat sini.Kerja tak penat pon.Cuma boring je.Huhu.Nak dengar lagu pon tak boleh.Bukan sebab apa , bunyi mesin sangat bising.Lagu pon tak dengar dengan clear.So , dengar bunyi mesin je la.Kerja kat department ni tak sesuai untuk orang yang alergik dengan bunyi bising ( takdak la bising TERlampau ) dan orang yang ngilu.Sebab macam2 jenis mesin ada.Ada yang bunyi macam mesin photostat , macam bunyi bas , etc la.Each time diorang cuci mesin lepas guna pulak sangat la mengilukan.Nasib la aku tak kisah bunyi2 macam tu.So , cool and relax je la .Hehe.

Kadang2 tengah kerja ada jugak kena panggil meeting.Hah ! jangan ingat kerja kilang takde meeting2 bagai.Haha.Tapi kejap je la.Sekadar leader atau QC nak bagi tau apa2 updates.

Cukup la kot ni , panjang berjela dah.I pon da penat.12 jam weh kat kilang..Huhu.Susahnya nak cari duit kan.Nak habeskan sekelip mata je.  # insaf

Eh ! terlupa pulak..Good news.Gaji aku RM31 per day.And tambah lagi RM5 untuk duit minyak.Means , RM36 la per day.Hihi.

Tu je.Adios and wassalam :)

______________________________________

P/S : 2 hari ni asyik hujan je time balik pukul 7 petang tu.Huhu.Ramai gak yang tak mai keja sebab demam.Alhamdulillah antibodi aku masih kuat :)

Monday, October 17, 2011

BEING A PART TIMER : DAY 1

   In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum :)


Hari ini dalam sejarah ! Sebab merupakan hari pertama aku bekerja part time..heheh..Setelah berpenat lelah memujuk bonda terchenta untuk mengizinkan sang puterinya ini untuk pi bekerja.Alhamdulillah , keizinan itu diberi jua..HAHA

Alkisah , plan asalnya  nak pi kerja kat kilang HALAGEL.Tapi ada halangan yang tak dapat dielakkan.Makanya , aku beralih arah pi interview kerja kat kilang wire pulak.Nama syarikat biarlah rahsia..ceeewaah ! ..kerja kilang pon ada interview weh.jangan nak pandang sebelah mata =P..kilangnya dekat je dengan rumah aku yang kat Sg.Petani ni..Kalau rumah yang kat Yan tu memang jauh la.Plus , kat Yan mana ada kilang selain kilang padi + kilang tepung..hehe.

Pukul 7 pagi aku dah terpacak kat depan post guard kilang.Sorang2..Naik motor je pi keja  sebab dekat. * i ada lesen ye.harap maklum :)..tercongok macam patung cendana sampai la pukul 8.45..bayangkan betapa 'bahagia'nya aku dok tunggu tu.dah la ketaq lutut nak kena interview.dup dap dup dap je..At last , pak cik guard tu suruh ikut dia pi office HR ( Human Resources )..bla bla bla ..aku diterima bekerja..hikhik..Terharu weh.1st time la katakan.Even part time je untuk memenuhkan kelapangan cuti aku selama 3 bulan ni..Nak jugak kutip pengalaman sebelum start degree kat uia kuantan nanti.At least , cuti aku tak la berlalu dengan sia2 ^^..kan3 ??

Lepas je lulus , terus supervisor bawak pi office aku *HAHA..berangan la kau !..bawak pi meja kerja aku sebenarnya..kui3..tanpa melengahkan masa , aku pon mula la buat kerja..almaklumlah , nak jadi pekerja berdedikasi..ahaha.Dapat la tunjuk ajar dari pekerja senior yang baik..thanks kak wani and kak ilah !

Hari ni dapat kerja , kenalan baru , environment baru , and the most important is the experiences that you can't buy anywhere :D..bak kata abah aku kepada mak aku dalam usaha nak mengizinkan aku kerja '' biar la dia nak cari pengalaman.biar dia tahu susah ke  tak nak cari duit.Kalau dia penat , nanti berhenti la ''.

Kerja aku senang sangat.Just check wire2 yang operator part lain buat.Check sama ada approved or rejected.Even kerja almost 12 hours , tak penat.Just boring la kot sikit.Dok hadap wire tu je..Haha..Macam2 jenis wire la yang aku terpaksa hadap.Yang best , sebab warna warni..Hari ni je aku dah jumpak warna merah , orange , kuning , coklat , and purple :D * memang jakun la kan..HAHA =P.Cakap pasal kerja , mesti la kena cakap pasal gaji kan..heheh.Sehari RM35.So , nak tau gaji berapa , darabkan la dengan jumlah hari yang aku datang bekerja.Kalau dalam sebulan aku pi 10 hari je , makanya.................. * kira la sendiri..haha


Maka dengan itu , rutin aku selama 11 hari bersenang lenang dan bermaharajalela kat rumah tu since cuti sem hari tu dah berubah 360 darjah bermula hari ni.Lepas subuh dah kena mandi , siap etc .Sebab masuk kerja pukul 7 pagi..Rasa macam nak pi sekolah pulak.Hihi.Yela , kat CFS dulu , kelas paling awal pon pukul 8.Aku kerja 12 jam.Means , masuk 7 pagi , balik 7 malam.Rehat pukul 10 , 12 , and 4.Kalau nak solat , lari2 kejap la time kerja tu.It is allowed :D Alhamdulillah.Kat kilang tu ada Malay , Chinese , India , and  of course foreigner which are from Nepal and Indon.Haha..Aku dapat ramai kenalan foreigner weh XD

okey lah , tu je nak story mory pasal hari pertama aku bekerja.hari2 mendatang insyaAllah aku update lagi apa yang jadi.Even takdak orang baca , ni kira macam diari aku la jugak.Kan ke Hari ini dalam Sejarah.At least sejarah dalam  hidup aku..Hehe

Doakan aku mampu bekerja dengan penuh dedikasi ye..nanti aku belanja minum air masak sorang segelas ..haha :)

Adios and wassalam .


Thursday, October 13, 2011

BOOK : BUMI CINTA by Habiburrahman El-Shirazy

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum :)


TAJUK : BUMI CINTA
PENULIS : HABIBURRAHMAN EL-SHIRAZY
PENERBIT : AR-RISALAH
HARGA : RM 25.90 ( semenanjung ) / RM 27.90 ( sabah/sarawak)
MUKA SURAT : 722

'' Apa yang akan berlaku jika seorang graduan lulusan agama , bernama Muhammad Ayyas , hidup di negara yang amat menjunjung tinggi seks bebas dan pornografi , iaitu Russia ?  Adakah iman dan kehormatannya dipertaruhkan demi memenuhi hasrat duniawi gadis - gadis muda Moskow , yang kecantikan mereka tiada taranya ?? ''




cerita tentang bagaimana seorang Muhammad Ayyas , pemuda dari Indonesia dan juga  lulusan sebuah university di Madinah yang berkelana sampai ke bumi Moskow , Russia demi menyiapkan tugasan tesisnya.Terpaksa se'apartment' dengan 2 orang gadis Rusia.Satunya bernama Yelena , pelacur kelas atasan yang terkenal di Moscow ( mulanya Ayyas mengenalinya sebagai seorang yang bekerja di agen pelancongan ) dan seorang lagi Linor , gadis Rusia yang kelihatan dingin. Linor adalah penyiasat ejen Mossad yang bertanggungjawab atas banyak kekejaman di bumi Moskow.

pelbagai ujian terpaksa ditempuh Ayyas selama beberapa bulan di bumi Moskow.Bukan saja ujian kedinginan musim sejuk yang bisa  membekukan tulang , tapi ujian iman itu yang paling hebat.Andai iman senipis kulit bawang , pasti tergelincir ke lembah hina dan nista itu .Namun syukur , rahmat Allah itu ada buat hambanya yang mencari dan meminta :) ..dan itu sesuatu yang pasti.sangat pasti

dan sungguhlah , hidayah petunjuk itu Allah SWT yang memegangnya..sama seperti hati manusia.Di pengakhiran cerita , Linor itu rupanya anak Palestin.Tiada setitis pon darah Yahudi dalam pembuluh darahnya seperti yang dimomokkan oleh sang ayah angkat sedari kecil.Dia adalah anak kepada doktor Salma Abdul Aziz yang syahid sewaktu bertugas di kem Sabra dan Shatilla yang turut meragut jutaan nyawa lain.Hanya manusia tidak berperasaan yang tidak akan ngeri dengan bagaimana sadisnya kematian Salma :

''tudung putih penutup kepalanya tercampak tidak jauh dari tubuhnya.Gamisnya koyak rabak.perutnya pecah dan isinya terburai.Dahinya kelihatan lebam akibat pukulan benda keras.Yang paling membuatkan bulu tengkuknya tambah berdiri ialah dada perempuan itu yang hancur dan payudaranya seperti disayat sayat sampai hancur luluh''   ..

Linor dipelihara oleh Ekaterina , perempuan Yahudi yang akhirnya memeluk Islam.Linor juga mengucap 2 kalimah syahadah setelah bertaubat dari perbuatan silamnya.Linor akhirnya menemui kematian yang boleh dikatakan Husnul Khatimah sejurus 'meminang' Muhammad Ayyas untuk dijadikan pendamping hidup.Dia ditembak sebaik keluar dari apartment Ayyas.Mungkin oleh ejen Mossad yang sudah lama memburunya.

Yelena si pelacur atasan itu juga kembali ke fitrah asal.Pegangan tidak percaya kepada kewujudan Tuhan yang dipegangnya sekian lama ternyata salah sama sekali.Dia bertaubat dan memeluk Islam di masjid dengan bersaksikan ribuan jemaah.Seterusnya bernikah dengan Devid yang juga baru kembali ke jalan Islam yang sebenar setelah lama bergelumang dosa di bumi Moskow.Hidayah yang sampai di sebalik ujian getir yang hampir mengorbankan nyawa Yelena ternyata membawanya kepada cahaya keIslaman.

-------------------------------------------------

overall , of course la cerita ni menarik.Kalau tak , takdak maknanya i nak tulis panjang-panjang ni haa..HAHA.Besides membaca , boleh jugak belajar bahasa Rusia even tak reti nak pronounce dengan betul.Main sebut je sesuka hati Doraemon.Kui3.

so , 

ladies and gentlemen , just go to the nearest bookstores and get this book for your own.Its worth.Believe me :)

by the way , this book is not the latest masterpiece by Habiburrahman elShirazy .This one was first published in june 2010.But well , its better late than never right ? hehe.Just buy and read it.

thats all
adios and wassalam


errr , bila nak start kerja ni ? 8 hari dah duduk rumah.Cuti yang agak TIDAK produktif..okey ! shame on me  then -.-''