In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
assalamualaikum :D
Pejam celik hari ni dah masuk hari ke-4 aku jadi part timer kat kilang yang aku story mory dalam entry lepas.Boleh dikatakan aku dah kenal semua budak2 yang duduk satu department dengan aku iaitu production yang melibatkan proses cutting , crimping , dan checking..Kali ni just nak tunjuk gambar yang sempat aku snap time waktu rehat.HAHA. * nak buat kenangan
kipas besar yang boleh menerbangkan aku.HAHA.bukak level 1 pon dah lebih dari cukup.Betol2 sebelah meja aku.Angin dari kipas ni memang boleh buat aku mengantuk.Lagi2 pulak kalau hari hujan.Memang best kalau dapat tido.Tapi alhamdulillah la , so far aku belum buat lagi..HAHA..memang cari pasal la kalau tido time keja.Dah la ada CCTV -.-''
Area yang ada banyak tong warna biru tu tempat kumpul stock yang dah complete.Nanti budak2 stor akan mai kutip :)
ni la antara wire2 yang aku dok pulun check on the 3rd day.Penuh atas meja yang dikongsi aku , kak wani dan juga kak ilah.Tapi mulai esok , just tinggal aku dan kak ilah.Kak wani dah resign hari ni setelah 4 tahun menyumbang khidmat kat kilang ni.Huhu.
Ni wire jenis panjang2 pulak.Macam2 warna ada.Kuning , hijau , ungu , merah , kelabu , hitam , oren , biru etc .
Ni salah satu mesin cutting yang semestinya berfungsi untuk potong wire.Haha.Selalunya mesin ni Kak S yang dok guna.Kak S ni indon mari.Mulut dia memang 24/7 jalan.Haha..Memang dia la dok bagi area kitorang bising.Tapi semalam and hari ni dia MC.Dengar cerita sakit perut.Sadis sungguh.Area aku pon jadi sunyi sket.Dengar suara orang lain je lah.Operator lain selalu sakat dia.Haha.
Ni bahagian crimping wire.
Overall , okey je kerja part time kat sini.Kerja tak penat pon.Cuma boring je.Huhu.Nak dengar lagu pon tak boleh.Bukan sebab apa , bunyi mesin sangat bising.Lagu pon tak dengar dengan clear.So , dengar bunyi mesin je la.Kerja kat department ni tak sesuai untuk orang yang alergik dengan bunyi bising ( takdak la bising TERlampau ) dan orang yang ngilu.Sebab macam2 jenis mesin ada.Ada yang bunyi macam mesin photostat , macam bunyi bas , etc la.Each time diorang cuci mesin lepas guna pulak sangat la mengilukan.Nasib la aku tak kisah bunyi2 macam tu.So , cool and relax je la .Hehe.
Kadang2 tengah kerja ada jugak kena panggil meeting.Hah ! jangan ingat kerja kilang takde meeting2 bagai.Haha.Tapi kejap je la.Sekadar leader atau QC nak bagi tau apa2 updates.
Cukup la kot ni , panjang berjela dah.I pon da penat.12 jam weh kat kilang..Huhu.Susahnya nak cari duit kan.Nak habeskan sekelip mata je. # insaf
Eh ! terlupa pulak..Good news.Gaji aku RM31 per day.And tambah lagi RM5 untuk duit minyak.Means , RM36 la per day.Hihi.
Tu je.Adios and wassalam :)
______________________________________
P/S : 2 hari ni asyik hujan je time balik pukul 7 petang tu.Huhu.Ramai gak yang tak mai keja sebab demam.Alhamdulillah antibodi aku masih kuat :)
sonoknyer...keje leklok yer...jangan terkerat jeri plak
ReplyDelete@ SHAHNON : haha.insyaAllah..kerja aku check wire je..takdak guna mesin2 ni haa :)..org lain yg guna ~
ReplyDelete