Sunday, October 30, 2011

SAYONARA CFS IIUM

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful


assalamualaikum :)

Result final exam semester 1 2011/2012 yang merupakan semester terakhir aku di bumi Centre for Foundation Studies IIUM kononnya akan dapat di'access' bermula 27/10 , jam 5 petang.Well , sama macam sem2 sebelum ni , kesesakan nak masuk portal teramatla serius ( kot ).Tapi bahangnya aku tak terasa sangat.Balik kerja on 27 tu , try la bukak portal dengan hati yang berdegup kencang.As expected , portal tak dapat ditembusi.Set reload button each 5 seconds.Then sambung ber'FB'.Sampai naik lebam reload , still tak dapat buka.So , terus tido dengan hati yang buat2 tenang.Pagi 28/10 , bangun dengan muka chillnya.Pi kerja macam biasa.Dalam hati tuhan je yang tau betapa risau nya aku.Target untuk exam ni tak tinggi pon.Sebab carry mark tak banyak mana..Dapat B+ pon kira bersyukur tahap gaban dah.

Balik kerja pukul 7 , mandi solat etc,terus online.Bukan buka portal tapi buka FB dulu.Tahap kecuakan berganda-ganda bila TERbaca status rakan2 seperjuangan yang dah berjaya.Hoho..

Saat mata terpandang result on screen :

Tiada kata mampu terluah melainkan syukur padaNYA.Alhamdulillah atas result yang diberi.Even bukan 4 rata.Rasa macam tak layak pulak kalau nak dibandingkan dengan usaha aku yang seciput tu.Maka , dengan rasminya , aku layak untuk graduate dari CFS dan meneruskan langkah ke main campus IIUM Kuantan.Thanks untuk semua yang mendoakan.Terutama mak + abah + my lovely siblings + kawan susah senang + and roomates terchenta which are  cik wani , cik nami and cik aina.Semua DL kot.Alhamdulillah.Thanks korang yang menceriakan hari2 suram dan mendung selama 4 sem aku  di CFS.Serius cuak nak jumpak roommates baru kat kuantan nanti.Will missing you guys.Always :'( & will wait for you guys at kuantan soon !

Sedar tak sedar , berakhir sudah pengajian selama 1 & half year di CFS.Menghitung hari melangkah ke dunia baru.Dunia sebenar zaman universiti.Entah cabaran apa pula  yang menanti.Just wait and see

Flashback :

Mendaftar ke CFS dengan tiket 9A 1B dalam SPM 2009.Asalnya ditawarkan kos Physical Sciences.Tapi memandangkan aku sangat cintakan biology ,  dan kurang gemar dengan mathematics , membuatkan aku nekad mengisi borang tukar kos sewaktu minggu orientasi.Alhamdulillah , permohonan diterima.Maka , berjuanglah aku sebagai budak biological sciences selama 1 & half year.

Mula berkenalan dengan kawan2 baru dari seluruh m'sia.Mula belajar sesuaikan diri dengan hidup yang agak jauh berbeza dengan zaman sekolah.Namun , berbekalkan pengalaman 5 tahun hidup di sekolah berasrama dan jauh dari family , menjadikan aku biasa dengan segala hal yang perlu diselesaikan sendiri.Alhamdulillah , hidup di asrama membentuk diri aku yang ada hari ini.Lebih matang biar pon aku anak bongsu yang selalunya dikategorikan manja terlampau dan tak pandai urus diri.

Semester 1 paling best ( kot ).Rakan2 sekelas semua best2.Still rasa macam zaman sekolah.Masuk sem 2 , agak ramai yang terpisah lantaran result exam yang berbeza.Ada yang perlu repeat paper english , repeat paper arab etc.Lulus paper arab dan english adalah requirement untuk graduate dari cfs even not included in CGPA.Bersyukur sebab tak perlu repeat mana2 paper.

Sem 1 paling hectic.Kelas dari isnin sampai jumaat.Jeles je tengok roommates takde kelas hari jumaat.Jadual pulak pack gila.Mostly dari pukul 8 am sampai 6 pm.Dalam bilik tu jadual aku la paling padat.Sem 1 kena belajar English Level 6 , Arabic Level 1 , Biology 1 , Mathematics 1 and Basic Themes of AlQuran.

Sem 2 alhamdulillah sedikit lapang.Agak banyak masa untuk study.Perlu belajar subject Physics 1 , Chemistry 1 ( * most favourite subject )  Arabic 2 and Computer 1 . No class on friday.Seriously heaven !

Sem 3 pulak adalah short semester.Duration around 2 months sahaja.Sem ni aku ambil satu subject saja iaitu mathematics II.Sebetulnya , kalau diikutkan study plan aku , tak perlu ambil short sem ni.Tapi , time sem 2 aku drop subject Math II ni sebab risau tak dapat perform the best memandangkan aku perlu ambil 3 core subjects which are PHYSICS I , CHEMISTRY I AND MATHS II dan 2 elective subjects which are COMPUTER I and ARABIC 2 ..Alhamdulillah , keputusan aku untuk drop math 2 adalah tepat sebab result sem 2 meningkat.

Sem 3 la yang paling relax.Kelas dari isnin sampai khamis sahaja.Kelas pulak 2 jam je setiap hari .Memang tenang habes.Nak cover pon satu subject je.

Sem 4 agak busy.Almaklumlah sem last as asasi'an.Perlu cover subject Chemistry 2 , Physics 2 , Biology 2 dan Understanding Islam.Again , aku yang paling banyak subject nak kena cover compared to budak2 bilik aku yang lain.Cik Wani budak Allied Health Science , Cik Aina budak Nursing and Cik Nami budak Biomedik semua program 2 tahun.Aku sorang je program 1 and half year.

Cerita tentang mahallah ( hostel ) pulak : dari sem 1 sampai 4 , mahallah khadijah tetap di hati.Mahallah setinggi 9 tingkat berwarna coklat yang dulunya adalah hospital ( errrrrr ) menjadi saksi hidup aku selama 1+half year.Ditemani roommates yang sama dari sem 1 sampai 4.Cik wani je baru join time sem 4.Tapi tak kisah , kitorang dah lama kenal sebab sama2 ex-student IGOP dulu.Maybe orang kata boring sebab hadap orang yang sama dari mula masuk sampai akhir.Tapi aku suka sebab masing2 dah kenal dan serasi tinggal sebilik.Perangai , tabiat hatta gaya tidur pon dah hafal macam mana.Hehe.Sem 1 dan 2 dapat 4th floor , sem 3 dapat 3rd floor and sem 4 dapat 5th floor.

Dalam seminggu , hari selasa yang paling dinanti kot.Sebab ada pasar malam.HAHA..Tak jauh pon , jalan kaki kejap je dah sampai.Selalunya , cik2 roomates la peneman setia pi pasar malam tu.Biasanya , kitorang akan pi JayaOne dulu sebab nak serang Cold Storage untuk borong stok makanan.Then baru pi pasar malam.Menu favourite adalah : apam balik , cendawan goreng , nasi beriyani ayam *selalunya share dengan cik wani sebab tak mampu nak habiskan kalau makan sorang2 , nasi kerabu air tebu etc.HAHA.


Banyak la memori dan cerita yang nak diabadikan , tapi cukup la sampai sini aku flashback zaman2 asasi di uia.Banyak suka dan banyak juga duka.Yang pasti , perjuangan di CFS sudah berakhir buat aku.Tapi jauh lagi perjalanan perlu ditempuh demi segulung kertas yang dipanggil ijazah itu.Berdoa pada DIA agar segala kenangan dan persahabatan yang terjalin sewaktu di CFS ini kekal sampai hujung nyawa.Amin :D

Andai kata2 sudah tidak mampu menghurai dan menafsir , cukuplah sekadar gambar yang menyatakannya ;)

i love CFS IIUM ;)


Gambar masa jamuan buka puasa kecil kecilan C3 - Coolest Class Club during Semester 1.Nice to know all of you ;)   * erm , tak semua groupmate ada dalam pic ni  *

Gambar masa BBQ  C3 on 30.9.2011.Siangnya final exam paper BIOLOGY II.
not in picture : hani , dekna  , hafa , kyah , amanina , ainul  , zaman , haqeem.

The sisters in C3 - temah , kaka , firus , mizah , hajar , akma , yalid , syue , syu , mira , syameera , aziemah

Other member of C3 - irfan , mukhlis , burhan , helmi , jazmi , nazmi , tawfiq , fitri , azwan , mardiah

with cik wani - we are friend since 2008.Masa kat gopeng dulu , bilik cik wani bawah bilik aku.Then , masa sem 1 + 2 kat CFS , bilik cik wani depan bilik aku.Finally , sem 4 kitorang sebilik..HAHA.Ni la tukang share makanan dengan aku sebab nak elakkan pembaziran..Gambar ni masa outing pi Mid.Depan toilet pulak tu XD

Time Sem 4 - rak kasut kitorang paling penuh + padat kat level 5 tu.HAHA.

Belum tambah kasut ni lagi kat rak tu .haha

dan juga kasut ni.Nasib cik nami and cik aina tak pakai kasut dalam bilik jugak.huahua.Kasut warna pink tu of kos la kepunyaan cik wani a.k.a ratu pink.hikhik  XD

Meja aku time nak final hari tu.Memang serabut tahap tikus beranak.HAHA.Conquer habis la sebab time tu cik wani balik putrajaya  :D

Meja cik nami a.k.a budak super duper rajin study.Dia pon conquer meja jugak sebab cik aina tak study kat meja .
Kata2 semangat yang ditulis cik wani.Siap tampal kat tiang bilik lagi..Hehe

with Cik hajar yang ku panggil ' MAK ' sebab sama nama dengan mak aku..Cik Firus pulak ' MAK LONG ' sebab nama ayah dia sama dengan nama ayah cik hajar.kui3

Time mengemas after habis final exam hari tu.Ni semua barang aku + cik nami je.Serius , barang aku paling banyak kot.Kalau tak penuh satu kereta tu memang bukan aku la.HAHA

Antara khazanah2 berharga cik nami.Ada lagi yang tak termasuk dalam gambar ni.Cik nami ialah budak paling banyak beg antara kami ber- 4. HAHA.

With cik nami dan cik aina yang selalu aku gembar gemburkan dalam blog ni.HAHA.Jubah hitam + tudung hitam adalah ' baju rasmi ' bilik kitorang.Hihi - Ni time sem satu

       With cik ilah.Kitorang sempat jadi roomate untuk beberapa bulan je.Sebab cik ilah decide untuk quit CFS and masuk maktab.She's from terengganu and currently tengah belajar kat maktab perguruan p.pinang.Maths teacher wanna-be.

Gonna miss all these moments >.<

Tamat.
Adios and wassalam.

-----------------------------------------

entry paling banyak gambar sepanjang aku ber'blogging...kerinduan yang mendorong aku untuk update pasal ni.har har har * sila muntah *

13 comments:

  1. baca ni.. buat aq tertanya2 la. bila aku nak habis nih.. hahah.. tahniah AN_SAM (nama baru eh. haha)!
    all the best

    ReplyDelete
  2. seronoknyer....mesti bahagiakan bile dah lepas satu tahap...

    ReplyDelete
  3. @ NAEM : thanks kawan se'CFS..heee ^^

    ReplyDelete
  4. @ NAQIB : thanks naqib..satu masa nanti , akan tiba saat itu..ceewwwaahh =P

    yup..nama baru tu..HAHA..glamour ke ? aku konon2 taknak bagi tau nama sebenar la..padahal ada je nama kat contact tu.. XD

    ReplyDelete
  5. @ SHAHNON : of course la tersangat bahagia.even jauh lagi perjalanan tu..hoho :)

    ReplyDelete
  6. @ CIK WANI : aippp ! dont cry..i'm too far to wipe your tears...hihi ;)

    kenang daku dalam doa korang k ?

    ReplyDelete
  7. Yay! Nnti tulis pulak citer kat Kuantan! :D

    ReplyDelete
  8. @ CIK WANI : HOLLAND - Hope Our Love Last And Never Die :)

    ReplyDelete
  9. ok. thumbs up utk anak terhenta.. huhu.. rindu CFS T.T

    ReplyDelete