Sunday, February 26, 2012

PASAR MALAM

In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

assalamualaikum :)

Sepatutnya semalam dan hari ni tengah bersuka ria dekat pantai sepat untuk program FUIYOW ( Fun Interesting Youth Week )..Tapi kita hanya merancang Allah yang menentukan.Alkisah , hari tu aku , hafa , tiqah , syam , kaka , farah , yana dah bagi nama dekat sister yang in charge that programme.Payment RM7 belum buat..Then , on Thursday night at 1.15 am , ada orang berkaitan message bagi tau esok ( jumaat ) is the official registration and need to settle the payment..Time from 8.30 - 11 am je..FIRST PAY , FIRST SERVE..The problem is , all of us got class from 8-12..Reply message orang tu bagi tau ada kelas , but no reply.

Yana mintak tolong kawan dia ( budak math science ) bayarkan dulu untuk kami sebab dia ada kelas at 10..So sempatla kan..Then dia pon pi la kat kaunter tu.Sister kat situ kata , takpe ..nanti lepas kelas kami boleh pi bayar dekat dia.No need dia nak bayarkan..Okay la kan..Fine..

Habis je kelas Molecular Cell Biology at 12 tu , ( dah la ada POP quiz hari tu..Memang pop habis la.Terkejut beruk semua orang..hee ) terus pi dekat kaunter pendaftaran.Tengok2 ada meja and kerusi je.Orang takdak.Call sister tadi tu , nak tau dia cakap apa ?

'' sorry la dah penuh..first pay first serve ''

kitorang semua dengan penuh kecewa duka lara nye pi cafe la ..makan ! huh..rosak aktiviti untuk hujung minggu ni :'(

----------------------------------------------------

Kat atas tu just mukaddimah atau pon introduction..Hehe..Sebenarnya nak cerita pasal pasar malam..Memandangkan plan asal untuk ke FUIYOW tak jadi , maka kami plan nak pi pasar malam.Pukul 8 baru gerak dari uia ni.Jauh la jugak kot.Tak sempat nak kira berapa minit..Just 6 of us..Me , hafa , tiqah , farah , azimah and kaka.

Jalan2 dekat pasar malam situ..Not bad la..Makanan banyak jugak..Baju bundle laaagiii banyak..Haha..Ni pasar malam pertama yang aku jumpak ada tong sampah kat tengah jalan..So senang la nak buang sampah.Tak la orang buang merata-rata..Tapi ada jugak yang tak bersivik , dah kenyang makan , plastik , wrapper segala tu tinggal macam tu je >.< haih..bila nak insaf entah..Kalau kat singapore ni , komfem dah lama kena saman.

Just beli nasi and jagung kukus..Kebab ayam untuk cik husna si roomate..Tunggu hafa , azimah and kaka membeli agak lama la jugak..Then tunggu lagi akak hakimah tu jemput balik..haha..Dia lambat sikit sebab ada hal..Paling awal dia boleh sampai pon 10.30..

Kami ber-6 dah macam budak2 liar pon ada..Duduk lepak tepi jalan sambil sembang2 macam kat taman..Lepak depan kedai satu malaysia..First time okay aku masuk kedai 1 malaysia tu..haha..  # jakun ..Tengok macam2 gelagat orang ..At last , pukul 11 baru sampai uia..Pasar malam pon dah tinggal peniaga je..Tu pon ramai dah yang balik..Kesian husna sampai dah tertido tunggu aku kebab balik..hihi..Dia ada kelas MGT dari pagi sampai 6 petang..Memang komfem lemau la sehari suntuk kelas kan..Weekend pulak tu.Bangun tido , makan kebab lepas tu tido..Haha..Aku pon gaya hidup sihat sangat.Pukul 11 malam makan nasi + jagung kukus..haih 

Apa2 pon nice experience la jugak..merayau2 di kuantan ni haa..sebab ramai2 tak la cuak ke apa.Tapi rasanya lepas ni takmau pi dah kot pasar malam situ..haha..

 Eksaited first time masuk kedai ni..Padahal beli cereal dengan kismis je pon..kui3

ni namanya nasi ayam boxing..RM 4..rasa ? hhhmmmm..biasa je..nama bukan main , boxing lagi..hehe

okay lah , itu aja kejakunan pertama kali pi pasar malam kat bumi kuantan ni :)

------------------------------

p/s : petang ni nak pi COWBOY pulak dengan tikah and farah..lol..

Tuesday, February 21, 2012

JELAJAH KUANTAN PARADE

In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

assalamualaikum :)
hari yang berbunga-bunga bahagia sebab kelas Islamic Worldview hari ni CANCEL ! hewhew..Ni cerita pasal semalam.Lepas habis kelas Biostatistics , decide nak  outing ke Kuantan Parade..Main intention nak beli tudung sebab hari tu cik Nani kata sana banyak tudung kain jenis tudung Akel tu..harga pon murah.Maka , 12.30 bertolak la pi sana dengan cik Aimy.

Jalan2 survey je dulu..Sebelum shopping kena cari atm la kan ;p Singgah satu kedai beg ni sebab cik Aimy nak beli backpack..Sembang2 dengan uncle chinese si tauke tu.Tanya kat mana atm , atm apa yang ada bla bla bla..

Atm kat GF..ada Maybank , CIMB , RHB dengan Bank Rakyat if not mistaken..Rasa macam parade ni better than ECM kot sebab ada The Store , CIMB , Maybank..haha..Lots of kedai baju yang jual baju muslimah ..Kedai tudung pon banyak..Senang sangat2 la nak cari tudung bidang 50 / 60..tudung biasa , shawl segala bagai tu pon bersepah-sepah..Siapkan duit je banyak2..Dah tu , harga memang affordable tahap-haih-susah-nak-kawal-nafsu..HAHA..

Then merayap cari surau..tanya kakak kat kaunter jual asam..hihi..Surau kat parade ni sumpah scary..dok kat tingkat atas..Kat tempat parking.Tapi parking tu kosong je..So gloomy and mysterious gitew :p

Masa jalan nak ke surau tu , terbayang-bayang adegan dalam filem yang seram2 tu..haih..pengaruh filem terhadap kanak-kanak   penonton betol.


Keadaan dalam surau kat parade ni..Biasa2 je.Tak grand macam shopping mall lain.Takpa la , yang penting ada jugak surau kan .Setakat surau je cantik , takdak orang solat buat apa ye dak ? hee..cik Aimy buat lawak sebab just bawak kain..Telekung tak bawak..Last2 kena jugak guna telekung wakaf ;p Moral of story : check dulu sebelum masuk dalam beg. 

sambung shopping etc sampai pukul 5..lepak dekat food court.Tak makan pon , tumpang kerusi nak minum cool blog je..Ahaks.

On the way balik uia , hujan lebat..agak jammed.

Macam biasa , banyak jugak duit habis..RM140 ++..kui3..semua keperluan ( kot ) ..tu pon dah buat list  before keluar..Itu maksudnya barang2 zaman sekarang semua mahal :p ( ada jugak satu dua barang yang takdak dalam list tapi TERbeli..TER maksudnya tak sengaja kan ? heew 

In conclusion , parade agak best untuk dikunjungi sebab ada banyak choices..Even tak banyak kedai2 yang branded macam kat ECM , tapi senang nak cari baju2 muslimah , beg , kasut , tudung bidang besar etc..As usual , no POPULAR / MPH ..haih..ada satu bookstores je kalau tak silap..Namanya pustaka apa entah..Okay la..Not bad ;)

 beli tshirt ni..Sebijik macam cik Aimy punya..Konon2 boria..Tapi takpa , bilik jauh ;p..and I just dont believe i bought this PINK shirt because i'm not pink lover..miahaha..  # konon feminine 

 jumpak kedai ni time merayau2 tu..Serious boleh hilang kawalan..Too many choices..blouse , dress , tudung kecik , tudung besar , tudung belit2 , tudung segera , jubah etc..Harga pon murah..Average blouse / tshirt muslimah dalam rm29 je..Jubah denim kat sini RM100 je..Selalu nya komfem 100 ++ la..Hantar mesej dekat cik kakak nak tanya pasal jubah..( kalau kakak nak , boleh mintak sponsor skali..trololol :p )..tapi a bit frust sebab cik kakak taknak.Dia dah plan baik punya nak shopping jubah dekat Sarikei.Kat sana lagi murah katanya..Erm , kena tunggu lama sikit la.Dia dah janji nak belikan jugak untuk adik terchenta dia ni..Muahaha :D..kat parade ni pon ada butik Najaa ke Najah entah yang buat bisness online tu..Blouse dia , mak aiii..cantik sangat >.< harga pon cantik..semua rm60++..kui3.


 the tudung part 

Hmm , tu je la serba sikit ke' jakun ' an first time shopping dekat kuantan parade..haha :)..just sharing kot2 ada orang nak datang kuantan nanti kan..macam tourist guide pulak.. Okay , sayonara .

----------------------------------------------

p/s :my mandarin class will start on this wednesday..yippie ! ^^

Saturday, February 18, 2012

HAFALAN SHOLAT DELISA

In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

assalamualaikum :)

adaptasi dari buku ni sebenarnya :)

' OMBAK' Malaysia  vs ' OMBAK ' Indonesia 
( read : ombak rindu versus hafalan sholat delisa)

Alhamdulillah , malam semalam terisi dengan perkara yang bermanfaat..InsyaAllah.Berkesempatan menonton filem dari seberang yang bagi aku tersangatlah ohsem dan wajib tonton..HAFALAN SHOLAT DELISA.

Dah lama jugak dengar orang dok cakap2 pasal filem ni.Akhirnya berpeluang jugak menghayati sendiri...Dua  jam yang sangat bermakna..Begini ceritanya :

Alkisah seorang kanak2 bernama Delisa yang hidup bersama ummi dan 3 orang kakaknya.Abi nya bekerja di perantauan. ( belayar ) ..Tiga kakak nya itu ialah , kak fatimah , kak zahra dan kak aisyah.Delisa ni nakal sikit..Nak kejut subuh pon liat..Kalau buat something tu pulak , mesti nak hadiah..Diorang ni tinggal dekat dengan pantai dalam sebuah teratak sederhana..Tapi sangat bahagia :)..watak lain dalam cerita ni ialah ustaz Rahman ( guru agama di kampung itu ) , pak cik acan ( tauke kedai emas ) , umam dan keluarganya ( umam ni sebaya dengan Delisa tapi sangat2 nakal ) , Tiur dan emaknya ( Tiur ni bestfriend Delisa la jugak ) , Smith ( tentera yang terlibat dalam operasi menyelamat mangsa tsunami ) , Sophie ( doctor sukarelawan tragedi tsunami ).

26 disember 2004 - tarikh berdarah buat warga acheh yang di uji tragedi tsunami..Pagi itu , Delisa ada ujian amali solat dekat sekolah..Ditemani ibunya.Tiga kakaknya berada di rumah.Namun siapa menyangka , sedang Delisa khusyuk dengan amali solatnya , tsunami ganas menelan bandar acheh.Semua kelam kabut menyelamatkan diri.Namun tidak bagi Delisa yang seakan-akan tidak langsung tersedar dengan bala itu.Penuh khusyuk dengan hafalan solatnya..

Delisa berjaya diselamatkan oleh tentera penyelamat.Ditemui oleh Smith si handsome .Tsunami itu ' menghanyutkan '  ketiga-tiga kakaknya , ummi nya , Tiur dan ibunya..Bukan itu saja , Delisa juga hilang sebelah kakinya akibat kecederaan yang tak dapat dirawat lagi.Kepalang sedih , di saat usia masih kanak2 , terpaksa berhadapan dengan terlalu banyak kehilangan.Ujian Allah untuk hambanya itu adalah untuk menaikkan taraf kita di mata NYA..Sabar itu ubat terbaik walaupun payah.Terlalu payah.........

Abi nya pulang dari perantauan setelah tersebar berita tsunami di media..maka , bermula hidup baru Delisa yang kini hanya ditemani abi nya..Smith dan Sophie adalah dua insan baru yang rapat dengan Delisa setelah kejadian itu.Pak cik Acan , Ustaz Rahman , Umam dan kedua ibu bapanya selamat.Umam kehilangan abangnya.

Walau tragedi itu begitu pahit untuk di telan , Delisa tetap optimis.Masih ceria walaupun merindui ummi dan kakak nya..Bermain bola walau hanya dengan sebelah kaki.Keceriaan dan sinar bahagia itu disebar melalui watak Delisa..Ramai insan lain yang TER - inspirasi melalui wataknya.


Konlusinya , filem ini tersangatlah amat menarik dan bermanfaat.Percayalah.. Tiada banglo , mercedez , swimming pool , business bernilai jutaan ringgit , rasuah dan lain2 ' value ' yang kita lihat dalam  tipikal filem zaman ini.Ianya penuh nilai-nilai hidup yang sepatutnya menjadi paksi untuk kita terus berada di pentas dunia yang sementara ini.Nilai yang mesti ada untuk terus mengejar redha DIA sebelum kita menutup mata.Luangkan dua jam masa anda untuk filem ini.Siapa tahu dua jam itu bakal menjadi titik mula kita untuk menjadi hamba yang lebih baik ? kuasa Allah tiada siapa dapat menduga :)  Aku jamin , sepuluh kali ganda lebih baik dan bermanfaat daripada cerita Ombak Rindu.

Nak tau lebih detail , sila lah tengok sendiri.Recommended to everyone :) 

Antara moral yang kami bincangkan selepas selesai menonton :


  • Dalam hidup ini kita ada dua pilihan.Menjadi insan yang menyebarkan aura gembira dan optimis atau menjadi orang yang menyebarkan aura benci dan pesimis.Digambarkan melalui watak Delisa yang optimis dengan hidup walaupun di uji dan watak Umam yang sentiasa mencari gaduh dengan orang lain.Pesimis dengan hidup.Pilihan di tangan kita.Maka , pilih lah ! 
  • Ikhlas.Kunci utama dalam setiap perkara.Kita belajar kerana apa ? mahukan ilmu atau sekadar inginkan kerjaya dan gaji yang lumayan ? Kita solat untuk apa ? adakah sekadar kerana orang lain juga solat ? bertanya lah pada diri.Untuk dan kenapa kita melalukan sesuatu.Pupuklah ikhlas itu biarpun payah..Allah melihat usaha bukan hasil.
  • Didiklah anak2 dengan ilmu agama sedari kecil.Andai rebung itu sudah menjadi buluh , takut2 terpatah pula andai di saat itu baru ingin dilentur..
  • Sabar..Allah menguji bukan kerana suka2..Itu tanda cintaNYA..Ingat , Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya.Positif lah dengan takdir Ilahi.
Terkesan dengan filem ni.Berkaca la jugak mata..nasib tutup lampu Cik Hajar dah banjir dah ;p..Indahnya andai Malaysia juga ada filem seperti ini :) 

Okay thats all i wanna share.Besok kelas Principle and Practice of Management .Start pukul 9.30 sampai 5 petang.Do pray for me guys.Uhukkss

Let be a better servant ! Adios and salam ;)




Sunday, February 12, 2012

GOOD MORNING SUNSHINE AT PANTAI BALOK

In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

assalamualaikum :)

It is indeed a great pleasure kan kalau dapat sedut angin pantai..Tenang kot bayu laut tu..cewaahh.  ( tu pon kalau pantai tu bersih la kan )..Nak dijadikan cerita ,one day tu  ada TERbaca satu notis dekat pintu bilik pasai program dekat pantai balok ni .. ( first time dengar ;p).so its kinda interesting kot..Plus , aku ni memang suka berjalan tengok tempat orang..hehe..Tapi at first macam errr , malas pulak nak pi sebab on saturday tu dah ada BTN..konon2 ahad nak rest..Then , satu malam tu Kak Ruwaida ( senior dekat igop dulu ) datang bilik..Sembang2 lama jugak etc.Then dia ajak join program tu..Lepas tu terus sms sister in charge untuk program tu.

ni haa iklan untuk programme tu..Yang lagi best tu sebab FOC - free of charge ..HAHA..Act , main point join program ni sebab teringin sangat nak ada experience solat dekat tepi pantai tu..Tak pernah lagi buat..Solat dekat atas batu , kat padang pernah la..Memang gamble je bagi nama sorang sebab kawan2 lain macam tak berminat..Bila pikir , nevamind la , geng je dengan kak ruwaida..Malangnya , Kak Ru tak boleh pi sebab organizer kata untuk budak2 first year sahaja..kui3..Alhamdulillah , cik nadia si roomate pon pi..

Makanya , pukul 7 ++ tadi berkumpul dekat CF..registration then bertolak around 7.30 menaiki kereta kakak2 senior..Total dalam 12 bijik kereta..Aku , zuyyin , umi , amni , and lagi 2 orang ( tak ingat nama ;P ) naik ALZA dengan kak anis  + kak farhana..

The journey lebih kurang 30 mins jugak la..Ni haa petanya :   * sumber : google *


Agenda pertama semestinya taaruf..Walaupun 99% daripada kami adalah dari CFS yang sama , bukan nya semua kenal pon..Ramai kot..Mula2 buat group ikut negeri asal..Orang kedah ada la dalam 6 ke 7 macam tu..okay , kenai manusia2 yang baru..Second , buat group ikut bulan kelahiran..Bulan march tak ramai sangat..About 5 ke 6 entah..Okay , kenal orang baru lagi..hehe.

Then , divide group lagi ikut name list pulak..Dapat sama group dengan nadia si roomate ..hew hew..First task , kena buat SANDWICH  dengan bertemakan kasih sayang..sebut je kasih sayang mesti bentuk love yang muncul kat otak ni..HAHAhampeh je -..-''..we were given ,a loaf of bread , a tin of tuna , 2 boiled eggs , cucumber , tomato , mayonis  , 2 knifes , talam , etc..Maka mula la konon2 dengan kreatifnya membuat sandwich dengan penuh kasih sayang..huahua ..Group members yang lain termasuk la nadhirah , wani , zati , fifi , nabilah , suhaili , aisyah..Lepas siap dan  di kira markah oleh para juri  ala2 masterchef , maka sesi seterusnya pasti lah MAKAN ! sampai licin talam ;P  tu maksudnya memang finger licking good punya sedap. HAHA

Next , we performed DHUHA prayer on the sand..Alas dengan tikar la tapi..Ya Allah , memang best sangat..Pengalaman pertama ni ..Even orang lain usha kinda weird jugak la..But still , nevamind..we must proud to be a Muslim..No matter where , no matter when..Kan3 ? alhamdulillah , dapat peluang tu..Kalau pi sorang2 , memang takkan buat la kan dhuha dekat atas pasir..Dhuha pon jarang2 buat -..-''Untung pakcik toilet tu sebab kami yang ramai tu bayar seorang 30 sen untuk masuk ambik wudhu..Takpa la , rezeki dia kan hari ni..hehe.

Next agenda are SAND CASTLE and NEWSPAPER MODEL..Dibekalkan dengan surat khabar , gunting dan saletip je ...yang lain pandai2 la cari sendiri..Cepat2 pengadil kena judge sebab air dah start pasang..Lambat2 nanti , habis la castle2 kitorang ditelan badai..cewwah ;p  setiap group kena ada wakil untuk present setiap rekaan dan terangkan model masing2..haha..macam2 jenis / gaya yang ada..kreatif  kot

Dah settle pasai tu , kami ada SHARING MOMENT pulak..group aku dimonitor oleh kak ammar ( 2nd year CTS ) dan kak aisyah ( 4th year medic )..just sharing anything you want..But mostly cerita pasal pengalaman join usrah atau pon mentoring la..Macam mana boleh terlibat , apa kesan pada diri etc..Ada jugak yang cerita pasal hijrah diri dll..Memang best..Terasa ukhuwah itu padahal baru hari ni berkenalan..Selama ni , just tengok muka je..Nama , asal apa semua tu memang totally zero lah.

For closing , ambil gambar je ramai2.. ( nak share kat sini tapi gambar tu takde pon..ada kat  kakak2 yang jadi PIC je..huihui )..eh , before tu ada penyampaian hadiah untuk group yang menang aktiviti sandwich and sand castle..Dengan bangganya nak bagi tau ni , group aku TAK menang pon..hahahadoyy -..-''..tapi tak kesah la..Yang penting pengalaman tu..alah , dapat air kotak je pon ..kat bilik aku pon bersepah.HAHA ..ayat jeles..  

Bertolak balik ke iium terchenta around  satu tengahari..Alhamdulillah atas pengalaman ini :)

Overall , memang best aktiviti macam ni..Dapat jalan2 tengok tempat orang , tambah kenalan dan membina ukhuwah saudara se-islam :)..insyaAllah kalau ada peluang lain di masa akan datang ni , mesti join lagi rehlah bermanfaat macam ni.A lot of thanks to all the participants and the organizer of course..Lain kali buat lagi..hehe.

Enjoy the pictures taken by my old-and-not-up-to-date-but-still-has-a-camera-nokia-phone..HAHAHA :


 sang matahari yang malu-malu..berselindung di sebalik gumpalan awan..tetapi ganas memancar sinar , meratah  kulit manusia..  # puitis tak ? ;p

 pasir yang sangat halus..
 ramai jugak orang kat pantai balok ni..satu bas datang camping dekat sini ..masa sharing moment tu , sambil makan ais kerim..beli kat pakcik naik motor tu..hee

 angin sempoi-sempoi bahasa..nyaris2 tudung nak tercabut..kalau letak buai bawah pokok tu , memang nyenyak la kan..besok pon belum tentu terbangun ..haha   # hiperbola
 castle yang rendah je..haha..konon2 castle kerajaan yang tawaduk..kekeke..sumbangan aku cuma pagar2 tu je..haha.tak produktif sungguh..haih

sandwich cinta dari kami..keh3.. love tu i buat okay..just for you ehem..  ;p

okay itu saja..sekian.wassalam ;)

----------------------------------------

ukhuwah itu indah andai redha Allah jadi paksinya.

Saturday, February 11, 2012

ADAPTING PHASE

In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

assalamualaikum ;)

11 days at iium kuantan.Currently , still in adapting phase..A bit of culture shock maybe..HAHA. As the life here is much much much different from school years and even foundation years..hopefully , i can get used to this new routines and new environment..insyaAllah.

1/2 - the day when i stepped into iium kuantan campus for the first time.Ta'aruf programme started at 12 pm  and finished at 12.30 am ( almost )

2/2 - TAWE programme continued.We got Tilawah Placement Test ( again )..Fortunedly , there is no more EPT and APT..hehe..Officially , TAWE ended at 7 pm

3/2 - pre registration for this semester..And like usual , the system is not organized and everyone was stressed ( including myself )..this section is closed , that section is not offered , cant get through the portal , forgot the pin number , and many other problems..Only certain subjects can be registered.Sesat dekat Kuliyyah of Sciences..pusing merata nak cari computer lab etc etc.

Dinner dengan hajar , mar and aimy lepas isyak.Then , for the first time kitorang ' ceroboh ' bilik tv..masuk ikut tingkap..HAHA..ganas kan ? ;p  menonton SHANGHAI KNIGHT sampai pukul 12 pagi.Act , teringin nak main badminton dekat court dalam tu.Akan tetapi , raket nya di rumah pula -,-'' 

4/2 - Lepak2 dekat bilik je sambil ulang tengok HARRY POTTER sambil2 buat decorations untuk compartment..Malamnya pulak , layan OMBAK RINDU dengan yalid dan mar..Serius tak paham kenapa ada orang sampai nangis2.Sebab kami gelak je.Hehe..rasanya lagi best kalau baca novel dia instead of movie. ( kot )

5/2 - First outing to ECM..Full story boleh rujuk sini .Malamnya , ceroboh tv room lagi for the second time.Kali ni masuk ikut pintu ye..Haha..Tengok THE MESSAGER on Tv Hijrah..11.30 dah surrender..Mengantuk tahap tapir dah.Penat shopping gamaknya..  =P

6/2 - nothing special.

7/2 - Add and drop session.Alhamdulillah settle segala urusan berkaitan course registration.Petangnya , for the first time jejak kaki dekat swimming pool uia ni.Time pi , naik bas pukul 6.Driver hantar sampai computational sciences building ja.Then kena jalan kaki sampai sport complex..agak ramai orang..on the way balik , ( baru jalan sikit dari sport complex tu ) ada lecturer tumpangkan kitorang ( hajar , datul , midah , nani and me )..hehe.Alhamdulillah , murah rezeki.Kalau tak jauh jugak la nak menapak ke mahallah..Ni la nasib budak2 first year tanpa kenderaan sendiri..hukhuk :(

8/2 - First class for BIOCHEMISTRY with Assc.Prof Dr. Tariqur Rahman.. He's from Bangladesh.We did have some kind of argument regarding DNA  , soul and so on..From my point of view ( and from what seniors told us too ) he is a very strict lecturer..Love to ask questions and bla bla..But i love his way of teaching ( even agak laju ) .He used example such as Nabi Isa as , Nabi Musa as and even dajjal.Belajar science tapi contoh from sirah.. interesting rite ? Hmm , no matter what , i should try my best in this subject ( and other subjects as well ) .May Allah ease everything :)

After class , went to One Stop Centre.Niat nak ambik baucer rm200..Tapi sampai sana dah lunch hour.So , not entertained..Menapak ke library with cik hajar..Tragedi payung ( only hajar and me know what happened ;p )..pukul 2 baru pi OSC sekali lagi.First time pi library sini.

9/2 -  First class for BIOSTATISTIC with Assistant Professor Mohammad Mustafizul Rahman. ( i'm not sure which country he's from ) Belum belajar lagi.Just a little briefing ( cerita sebenar malas nak tulis.hew hew )..Petang , first class for COMPUTER IN SCIENCE with mdm Linda..Lecture on HTML then we were given our first assignment.Create a blog in a group of  3 persons..Kaka , zuyyin and me.You may call us KAZUHA..hahaha..Alhamdulillah , everything went smoothly as i'm already knew how to create it..hehe.So , a big thank to this blog !  

Congregational maghrib prayer at Musolla CF..Then , we got some briefing about SCIENCESS ( a society for students in kuliyyah of science )..Delivered by seniors.Actually , blackout dari pukul 6 petang.Alhamdulillah tak semua.Lampu study boleh bukak , and plug dekat luar tu pon boleh guna.

10/2 - First class for THE ISLAMIC WORLDVIEW with Assistant Professor Dr Abdulrezak  AbdulahiHashi..He's from Habsyah..But did his bachelor , master and Phd at IIUM..He called himself as ' anak uia '..haha..Quite fluent in Malay.I think , this UNGS ( code for this subject ) class gonna be so interesting as he's quite funny.Just a little introduction about this subject..At 10.30 , first class for MOLECULAR CELL BIOLOGY with Assistant Professor Dr Pang Ing Chia.So far , nice class kot..hee.Alhamdulillah.

11/2 - BTN for the third time in my life..The good news is , nanti dah kerja pon ada lagi -..-''.kejap je..start 8 am sampai 1 tengahari.

Sedikit ( read : banyak ) perbezaan antara zaman cfs dengan zaman main campus :

  • dulu masa dekat cfs , lagi 10 minit kelas pon sempat lagi nak pi..Jalan sikit je dah sampai..Sekarang , sejam or at least setengah jam dah kena gerak.Tunggu bas , berebut tempat dalam lecture hall.
  • dulu masa dekat cfs , anytime bila lapar , turun je beli kat cafe bawah mahallah..Turun pakai lif lagi..Sekarang , dah makan kat cafe , belum sampai bilik dah lapar balik ( sebab jalan jauh )..
  • dulu masa dekat cfs , tak payah jalan jauh2.nak turun naik , pakai lif..campus pon kecik je.Sekarang , mak aiii , besaq nya campus..sampai tak ter ' tawaf '..dah tu , kena jalan kaki for a long distance.Memang ada shuttle to and fro kuliyyah etc , but setengah jam sekali..penat + buang masa je nak tunggu lama2  
  • dulu masa dekat cfs , nak outing mana2 pon senang sangat..tunggu je bas depan gate tu..nak pi mid pon baru RM 1.90..sekarang , mana ada bas nak outing..just kereta sewa , delivery service or kenderaan sendiri..delivery pon standard RM 7 for one way..can you see the price gap ?
  • etc etc etc ( malas dah nak type ;p )
Apa apa pun , this is a nature kan..Lumrah alam..Bersyukur seadanya..hal duniawi , pandanglah mereka yang di bawah , bukan dengan pandangan hina , tapi pandangan kesyukuran atas nasib diri yang lebih baik..a reminder for myself yang kadang2 tak terlepas dari merungut..Jauh perjalanan , luas pemandangan..ye dak ? hehe..so , welcome to the main campus.I dedicated this for myself  XD 

Overall , i'm in good shape here.Still adapting with the new environment and people..There are some seniors in certain classes..Agak ramai..Do pray for me guys :D

Some pictures to share : ( sorry , the pictures are not in sequence.Berterabur ! )
masjid terapung..hew ~ gambar ni cilok dari fb datul si roomate..hehe

this is the view from my window..taken around 9 am .does it looks like somewhere oversea ? HAHA
the closet.Taken on the first day at iium kuantan..At least , this one is bigger than cfs's..alhamdulillah :)
another view from my window

can you see how new the swimming pool is ? plastik pon tak tanggal lagi oii..HAHA
tempat beradu -..-'' kan best kalau king size
the Ta'aruf  Tshirt..lagi suka baju ni compared to ta'aruf  tshirt masa dekat CFS..haha. ( sebab yang ni kain jenis lembut )
information board ( ? ) okay , i know this is soooo cute and adorable decorations..kan ? dah tak payah nak puji sangat..segan i ..HAHA   * sambil jolok tekak *
meja dah besaq , kalau tak study taktau la :p

each floor ada ampaian masing-masing..but water cooler machine  tu not functioning pon..so agak susah la untuk anyone yang tak ada water heater..Alhamdulillah , i'm not affected by this problem sebab memang dah lama boycott water cooler..kekeke ( due to some reasons )

the front view from my room..at this time , kereta tak banyak lagi sebab seniors still in holidays..gila hutan kan..haha
sport complex .yang ni untuk acara balapan..belakang ni baru ada swimming pool and court segala macam games.
the swimming pool..hew hew..1.4 m and 2.4 m..tak bau chlorine sangat air kat pool ni..maybe evaporated kot sebab takdak bumbung  ( ? )  memandai je kan..hik hik..eh , tapi macam betol kan.haha

hari2 tunggu bas sekolah warna oren ni la nak pi kelas..merasa la naik bas ni..dulu sekolah rendah , encik abah hantar and balik..dari darjah satu sampai enam..sekolah menengah pulak jalan kaki je..dah nama pon dok hostel kan..ni dah masuk uni baru merasa naik bas sekolah..HAHAH  
* gambar bas dari dr.google *

sekian.Terima kasih


------------------------------------

p/s : actually nak ajak cik hajar buat campus tour lagi petang ni..nak snap gambar then upload kat sini...malangnya , hajar nak balik johor pulak..tsskkkkk ..sampai hati mak :'(  

Tuesday, February 07, 2012

ON THE DOT PUNISHMENT

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum ;)


Every single day , we confront with the blessings  and chances given by HIM The Almighty .Hence , we have no reason for not being grateful..Things happened in our days are always for reason..Allah never created something for no reason..but sometimes , when we are tested , we feel ghastly..start to talk rubbish and we might forget that Allah never test His servant more than what she / he can bear.It's the tradition of being a human.Manusia mudah lupa.We should  think beyond what our naked eyes can see.Search and learn the lesson.

Here a story for you to read..just happened to my friends and me ;

Tadi jalan jalan..settle kan all those pending procedures..Add and drop session , wifi registration bla bla bla..on our way to Kuliyyah of Science ( KOS ) , one of my friend , ( let her name be a secret :P ) keep on complaining about her pimple..Fyi , she only got 2 pimples on her left cheek..not a serious pimple pon actually..just merah2 and not so obvious..maybe for her , it is a kind of 'disaster' yang akan mencacatkan muka beliau yang cun itu..hew hew..tapi the reality is , pimple 2 ketul tu apalah sangat kan ? lagipon , kedudukan jerawat tu agak tersorok..bukan betul2 kat pipi..but still , she keep on complaining this and that..malu lah , rasa orang tengok dia semacam bla bla bla..

and...

all out of sudden , we came across someone with half of her face is dark ! maybe birth mark kot..dont know la kan..everyone was like soooo shocked ! speechless weh ..only our eyes communicate without any voice..monolog dalaman..

then we realized that Allah send His warning to us

we should be grateful with what we have..for every single thing..no matter how small or how big the thing is..

'' tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu , padahal itu baik bagimu , dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu , padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui '' - AlBaqarah ( 2:216)

tepat kena atas batang hidung masing masing..even seorang je yang dok complain , Allah bagi semua merasa..alhamdulillah , itu tanda Allah masih sayang..cepat cepat ditegurnya bila mula menjauh..terus diam dan tukar topic..self reflection actually..selalu merungut , selalu sebut kalau lah ini , kalau lah itu ..hmm , shame on me -,-''

thats the ibrah for today..short scene , but it sank into the deepest heart..sakit sebab rasa berdosa itu.astagfirullah.muhasabah diri.

'' sesungguhnya Allah itu amat mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri '' - AlBaqarah ( 2 : 222 )

moga Allah akan terus memimpin kita di jalanNya..Jangan sampai DIA murka..lalu ditinggalnya kita terus sesat dalam jahiliyah diri..Jangan sampai leka ,  dibiar terus hanyut ke muara dosa..hanyut dan hanyut sampai tenggelam..nauzubillah..jangan sampai yang dosa itu menjadi terbiasa.


------------------------------

 P / S : i'm sooo sleepy while typing this entry..but still i want to post it..A gentle reminder for you and me :)
be a better servant !

gratitude is absolutely the way to bring more into your life

Monday, February 06, 2012

FIRST HANGOUT AT ECM

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum :)

It has been 6 days aku kat bumi Kuantan ni..tak sampai pon seminggu.Tapi macam dah homesick. Orientation week or famously known as TAWE  ( read : Taaruf Week ) 2 hari je.So tak layak nak sebut ' week' tu..heh..Best sangat sebab kejap ja.Tentative pulak , 90 % briefing about this and that...tapi entry ni bukan nak cerita what happened in these 6 days..Cuma nak share ke ' terujaan ' dan ke ' jakunan ' kerana pertama kali shopping dekat East Coast Mall Kuantan ni..HAHA

Atas alasan konon konon macam dah bosan sangat kat sini without doing anything , aku dan cik mar planning to hangout somewhere kat bumi kuantan ni..Cik Aisyah si schoolmate bagi senarai number yang boleh di contact untuk delivery to and fro bandar.At first contact seorang sis ni.Unfortunedly , she's not in iium yet.Still at hometown.Second , contact pakcik teksi sorang ni..Penat karang ayat BM yang penuh kesopanan ala ala gadis melayu terakhir , tup tup pakcik tu reply in english ! MORAL : jangan pandang rendah kat taxi driver ingat diorang tak pandai english..Bear that in your mind !  and alhamdulillah , the third trial worked..

Yesterday , at 11 am - my very first outing to East Coast Mall Kuantan..Went there with cik Mar.Just two of us.
sumber : google image 

Jalan jalan cari pasal , movie time , shopping tingkap , etc.Part yang paling best , kitorang tengok UNDERWOLRD THE AWAKENING !  ohhhhh...memang daebak , ohsem la..sapa2 fobia darah dan berjiwa selembut agar2 jangan gedik2 nak tengok..hihi..Time dok tengok tu , jantung macam nak terkeluaq ja..at one time rasa macam nak terbangun dari kerusi sebab terkejut / excited..HAHA..how sengal i'm kan.Tapi kalau tak silap macam ada sekali tu terjerit agak kuat..Taktau la kalau tu perasaan aku je..Hopefully betul  la..malu den -.-'' selamat seat sebelah kanan takdak orang..cik Mar kat sebelah kiri..phew..melayang la RM16..siap tengok 3D lagi..iskh3

berbaloi rm16..puas hati

Before tengok movie , makan dulu dekat foodcourt then zohor.Movie pukul 2...Masa dekat foodcourt , order chicken sizzling + telur.Sekali tukang masak lupa nak letak telur..Kena tunggu pulak telur tu masak..Last2 , bahagian bawah tu dah hangit sikit..rugi rugi ..tskkk  -,-''

Overall , ECM okay la untuk hangout or  nak cari apa2 keperluan.Dekat sebelah ECM ada Berjaya Times jugak.Tak jauh pon dari uia ni..dalam + / - 5 km je..among the tenants yang available dekat ecm are :


  • PARKSON / CARREFOUR  ( no jusco )
  • PADINI / LEVI'S / F.O.S / FIRST LADY / ( no reject shop .tapi brands outlet ada :d  )
  • TROPICANA LIFE / POLO / QUICKSILVER
  • KFC / PIZZA / RASAMAS / LAKSA SHACK / CHICKEN RICE SHOP / BIG APPLE / MAMA CHOP PAPA GRILL / JOHNNY'S / ROTIBOY / STARBUCKS / SUSHI KING /  ( no Mcd )
  • BASKIN ROBINS 
  • BONIA / CARLORINO / SEMBONIA / SCHOLL  
  • VERNS / BATA / HUSH PUPPIES 
  • BODY SHOP / COSWAY / ELIANTO / NEW YORK SKIN / YUN NAM 
  • UK ENTERTAIMENT ( kot2 nak beli musical intruments )
  • GOLDEN SCREEN CINEMA 
  • SONG BOX ( for kaki karok..but not for me la )
  • AL- IKHSAN
  • LIVING CABIN / MEMORY LANE
  • ATM : MAYBANK , RHB , BANK RAKYAT ( no cimb..huhu )
  • MBS BOOKSTORES  ( no popular..no mph..double tsskkk  -,-'' )
  • WATSONS ( no guardian -,-'' )
Maka , insyaAllah takdak masalah nak cari / beli / makan apa2 yang teringin..Tutti fruiti yang mahal tu takdak kat ecm...tapi kedai dekat2 dengan uia ni ada..dekat jugak dengan secret recipes.Yang agak sadis tu , benda2 yang aku favourite takdak..contoh , POPULAR , MPH , GUARDIAN , JUSCO , THE STORE , bowling , CIMB atm etc..huaaaa >.< memang totally useless la ada member card semua2 tu..balik simpan je lah membership card popular , mph , jusco semua tu dalam bagasi..tssskkk ! and semalam jugak aku dah buat kad watsons..haha..at first tak mau buat. Tapi sebab takdak expired date , fee rm12 je sepanjang hidup.So , buat jugaklah satu..hee..Kalau nafsu nak main boling tiba2 membuak2 boleh pi berjaya times tu..si yalid cakap ada bowling kat sana..hew hew :3

sampai dekat uia around 7 pm..mula2 ingat nak jelajah BERJAYA TIMES jugak , alang2 dah keluar ..Lagi pon dekat je jalan kaki dari ecm tu.Tapi memandangkan dah agak lewat , mengatuk etc , tak jadi la..Maybe next time..  ( lepas ambik boucer rm200 kat finance nanti nak keluar lagi..borong buku dekat mbs bookstores tu..hehehe ) 
  # taksabaq
beli ni ja ..err btw  , cap tu bukan untuk saya..hehe  ;)

masa balik , kami tak guna delivery service dah..instead , kami naik teksi which cost us rm 15..double price compared to delivery..sebab nak cepat actually..sembang punya sembang , pakcik driver tu rupa2nya orang kampung aku..orang yan jugak asalnya.and what more important , we have sort of bau bau bacang jugak la..subhanallah , kecik kan dunia ni sebenarnya..uncle rafaai ni buat part time je bawak teksi..full time , he works as boilerman at Grace Davison..Grace Specialty Chemical dekat kuantan ni..Baru semalam la aku tau wujudnya istilah ' boilerman' tu..ohh , sungguh daif lagi general knowledge aku ni -,-''..dari rm 15 , dapat la rm 12..haha..siap bagi name card lagi.dengah penuh excitednya aku call bagi tau encik abah :)  # kepochi sungguh 

sekian yang terjadi masa outing ke ecm semalam ( kemarin bak kata oqang utagha )..terima kasih sebab ' buang ' masa baca catatan seorang budak yang jakun sebab first time jejak ECM kuantan ni..HAHA  :p

Adios & salam :)
-------------------------------

P/S : nak pi book fair kat pwtc tu..huaaa  >.<  teringat taun lepas --> KLIBF 2011