Monday, April 09, 2012

MUALAF VISIT PROGRAMME

In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Alhamdulillah , dengan izin DIA , berkesempatan untuk join Mualaf Visit Programme organised by Mahallah Representative Committees siang tadi.Alkisah , plan asal untuk weekend ni nak join Camping Seekers dekat Taman Pertanian Jubli Perak yang sekankang kera je dari uia ni.Akan tetapi , memandangkan ada tanggujawab lain yang perlu diutamakan ( minit mesyuarat 2 kena submit dekat PM , full report programme satu etc ) , maka cancel plan nak pi camping..Malam semalam , terbuka pintu rezeki untuk join program ni selepas dilamar oleh seorang kakak senior ni..Hehe..Setelah diadakan musyawarah ( perbincangan ) dengan rakan2 seangkatan , aku , mar , tiqah , syam dan aimy setuju untuk sama2 join.

Maka nya , 7.45 pagi tadi , semua peserta berkumpul di Central Facilities ( CF ) untuk sesi briefing dan sebagainya.Jumlah peserta dalam lingkungan 40 orang.Kami dibahagikan kepada empat kumpulan kerana terdapat empat buah rumah mualaf yang akan dilawati..Bertolak ke destinasi tepat jam 9.00 pagi..Empat destinasi kami ialah sebuah keluarga di : 
  • Semambu ( 9.15 am )
  • Sekilau ( 9.45 am )
  • Indera Mahkota 8 ( 10.30 am )
  • Kampung Jawa  


Aku dan Aimy dalam kumpulan pertama.Di amanahkan untuk ke rumah sebuah keluarga mualaf di Indera Mahkota 8.Ketibaan kami disambut baik oleh keluarga Encik R Wong ( bukan nama sebenar )..Dimulakan dengan taaruf semestinya.Sharing moment , makan2 dan sebagainya.Kesempatan yang ada diguna sebaik mungkin untuk bertanya dan berkongsi apa saja cerita.Ini sebahagian cerita mereka yang sempat aku rakam dalam memori ini :

Encik R Wong merupakan lelaki berbangsa cina yang memeluk Islam pada tahun 1999.Berkahwin dengan Puan Hafisah ( bukan nama sebenar ) dan kini memiliki 5 orang cahaya mata.Tiga heroes dan dua heroins.Yang sulung berusia 12 tahun , 10 , 9 , 5 dan 4 tahun.Tinggal di sebuah apartment yang mana keadaannya agak meruntun tangkai hati.Persekitaran yang tidak begitu baik untuk perkembangan anak2.Apakan daya , hanya itu yang mampu disediakan.Rumah mereka tiada perabut mewah.Sekadar sebuah rak TV , set sofa yang koyak rabak , peti ais yang usang , sebuah komputer untuk kegunaan anak2..Encik R bekerja sebagai mekanik manakala isterinya suri rumah sepenuh masa.Puan Hafisah berasal dari Kelantan manakala Encik R dari Kuantan..Dalam keluarga en.R , 3 orang yang telah memeluk Islam.Abangnya yang pertama telah meninggal dunia.

Bercerita mengenai detik penghijrahan bagaimana En. Wong memeluk Islam : Beliau dibesarkan dalam kehidupan masyarakat Melayu sejak zaman kanak2..Sering mengikuti rakan2 Melayu ke kelas fardhu ain dan sebagainya..Sering mendengar laungan azan di kaca TV..Namun , pada masa itu hidayah belum menyapa sepenuhnya.Sekadar angin lalu yang mengusik sedikit rasa hati ke arah Islam.Pada tahun 1999 , beliau yakin untuk berhijrah kepada Islam.Lalu , beliau mengunjungi PERKIM.Pertama kali ke sana untuk menyampaikan niat di hati , lidahnya kelu untuk berkata apabila ditanya oleh pekerja di sana.Lalu , dia pulang tanpa menyempurnakan niat asal..Hasrat murni beliau itu disampaikan kepada seorang kawan.Dan kawan itulah yang membantu beliau kembali ke PERKIM semula untuk mengucap 2 kalimah syahadah.

Mulanya , beliau mengalami kesukaran untuk membaca Al Fatihah..satu ayat pon terasa begitu sukar untuk disebut apatah lagi untuk dihafal.Satu malam , beliau bermimpi didatangi seorang berpakaian serba putih yang mengajar beliau membaca alFatihah dari awal hingga akhir.Sewaktu kelas di PERKIM , gurunya terkejut kerana beliau mampu membaca alFatihah dari awal hingga akhir padahal guru tersebut baru mengajarkan beberapa ayat.Subhanallah ! Bantuan Allah untuk hambanya.Beliau ada juga bermimpi tentang beberapa perkara lain.

Antara beberapa masalah yang dihadapi oleh En. Wong dan keluarga ialah :
  • En. Wong mengalami kesukaran untuk membaca ayat2 al Quran.Dia kini masih mengikuti kelas fardhu ain di masjid pada setiap ahad.Kelas tersebut diadakan setiap sabtu dan ahad.Apakan daya , beliau bekerja pada hari sabtu.Hanya ahad peluang yang ada.
  • Beliau juga memiliki masalah daya ingatan yang lemah.Kadang2 , sewaktu solat , fikirannya tiba2 kosong dan langsung tidak mengingati bacaaan yang sepatutnya..Mudah lupa.Mungkin kesan kecederaan yang dialami di bahagian kepala beliau sedikit masa dahulu.
  • Beliau tidak boleh berpuasa.Maximum beliau mampu bertahan ialah sehinggga pukul 4..menggeletar dan pucat itu simptom biasa..Menurut doctor , perut beliau luka..Mungkin akibat tabiat makan yang tidak mengikut masa sewaktu beliau bekerja di syarikat chemical suatu masa dulu.Kesibukan bekerja menghalang mereka untuk makan pada waktu yang konsisten.
  • Terakhir mereka sekeluarga menerima zakat ialah 2 tahun lepas.Di mana hak mereka ?
  • Pihak berwajib tidak pernah datang ke rumah mereka untuk follow - up setiap perkembangan atau pun masalah mereka.Jika ingin memohon bantuan , semua nya perlu dirujuk sendiri ke ' sana '
  • Persekitaran kerja yang tidak membantu.Rakan2 sekerja beliau ramai yang Melayu Islam.Namun , dia yang mengajak mereka ke masjid untuk solat jumaat bukan sebaliknya.Contoh yang ditunjukkan ternyata mengecewakan.Beliau tiada tempat rujukan selain program di masjid.
  • Masalah kewangan.Dengan gaji sebagai seorang mekanik dan tanggungan seramai 6 orang ternyata hidup mereka tak lebih dari kais pagi makan pagi , kais petang makan petang.Beliau memiliki sebuah kereta usang.Tanpa road-tax kerana tidak mampu..Anak2 yang bersekolah seramai 3 orang..Bayaran keperluan harian rumah , perbelanjaan sekolah anak2 .Bayangkan bagaimana beliau terpaksa mencatu setiap keperluan.
Semua anak2 beliau dihantar ke sekolah cina.Kerana menurut pendapatnya , di sana mereka diajar untuk menguasai ekonomi.Bukan sekadar akademik..Terdetik rasa cemburu kerana anak2nya lancar bertutur mandarin sedangkan aku masih terkial2 memulakan langkah belajar mandarin di usia 20 tahun..hehe

Sambil2 berkongsi , ada sedikit makan2..bihun goreng yang disediakan oleh puan hafisah dan beberapa orang committees.Perkongsian kami berakhir jam satu tengahari..Sebelum pulang , sedikit sumbangan dari pihak kami seperti beras , kicap , sos , tepung dan keperluan harian yang lain..Bertolak balik ke uia..

Kami kumpulan terakhir yang sampai ke uia..Lunch.Dan program disambung dengan post mortem .Semua ketua membentangkan report lawatan masing2..Negative dan positive feedback dari peserta , cadangan untuk improvement dan tindakan susulan yang bersesuaian dengan kes masing2..Report yang berkenaan akan di submit kepada pihak berwajib misalnya JKM , MAIP , PERKIM untuk membela nasib2 mereka yang memerlukan.

sepanjang program dan pembentangan , terbuka minda seluasnya..Tersentap rasa hati..Betapa masih ramai mereka yang tidak berkemampuan dan tidak se ' bertuah ' kita..Bagaimana perjalanan hidup seorang mualaf..betapa pentingnya untuk kita sebagai muslim untuk membantu dan menunjukkan khudwah hasanah ( contoh yang baik ) , mendekati golongan seperti meraka dan jutaan perasan lain tak tergambar dengan kata kata..Alhamdulillah atas peluang dan kesempatan yang diberi ini.Aku belajar erti hidup dan belajar untuk lebih menghargai.

Cukup sampai sini rasanya..Cerita tentang 3 buah rumah lagi mungkin akan aku kongsikan disempatan akan datang..Besok kelas pukul 8..I better go to sleep now..Plus , this entry is long enough right ? hehe :)..Mulanya aku ingin kongsikan gambar keluarga En . R Wong ni , akan tetapi atas sebab privacy dan faktor aurat ( isterinya tidak memakai tudung kerana kami semuanya perempuan ) aku batalkan niat tersebut..Semoga ada sedikit ibrah dari penulisan aku yang penuh cacat cela ini..Sekadar berkongsi sedikit rasa hati :D



 Kawasan apartment mereka..Dengar cerita kawasan ini antara kawasan yang di label sebagai ' Black Area '



Anak En. Wong yang bongsu..Paling nakal dan digelar '' betino garik '' oleh abang2 nya..Sangat hyperactive.Hanya tong cat sebagai kerusi.............

di mana majlis perbandaran ??

itu perkongsian aku untuk program hari ini..Bersyukur kita dilahirkan dalam nikmat Islam dan Iman..Dua nikmat terbesar dalam hidup..Ini pengalaman pertama aku dengan golongan mualaf.Semoga ini bukan yang terakhir :)

2 comments: