Sunday, January 29, 2012

4 BULAN ITU

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum


preparing myself to say sayonara home sweet home , hello iium kuantan ..tssskkk


Review of the 4 months :

5-10-2011 -  , selamat menjejak kan kaki di rumah ..bahagia tak terkata bila cuti panjang yang di nanti nanti , akhirnya tiba jugak.banyak plan yang ada dalam kepala untuk direalisasikan...5 / 10 sampai rumah around 6 pm.bertolak dari PJ awal..pukul 8.30 pagi..tapi merayap ke rumah sedara mara sekitar situ dulu sebelum gerak balik ke kedah.Esok dan lusa nya , sibuk mengemas dan menyimpan harta karun aku yang berlambak tu...After that , my life as jobless began and last for the next few days.

bersenang lenang , goyang kaki macam big bos dekat rumah for only 12 days..itu pon dah rasa macam lamaaaa sangat sebab i'm getting boring with the daily routine as jobless.kui3..bangun pagi , gosok gigi , mandi , bukak / tutup tingkap , jemur / angkat kain di jemuran , buang habuk , sapu sampah ( jarang sebab puan mak selalu sapu dulu..pagi2 buta dah sapu.hehe )  , lipat baju , tengok TV , online , baca buku buku yang belum di khatam , etc..plan asal nak kerja dekat kilang HALAGEL kat sg lalang tu..but ended up kerja dekat kilang wire.haha..but it's okay..as long as i have work to do and what most important , i got the money and experience ( money first..LOL )

17-10-2011 - officially i'm being a minah kilang..The new routine started from 7.00 am till 7.00 pm..Full story pasal being a minah kilang ni boleh rujuk sini dan sini dan sini ..HAHA..

20-12-2011 -  last day of working .Alhamdulillah , i got the chance to know how difficult it is to find money..priceless kot experiences tu..tambah pengalaman berkenalan dengan manusia manusia baru , berdepan dengan realiti masyarakat yang tak semudah / semanis disangka dan sebagainya.InsyaAllah bermanfaat untuk jadi pedoman menghadapi hari2 mendatang ni...ceeewwwaah ;)

Last day tu balik awal..instead of  7 pm , 3 pm aku dah blah.huehue..malam nya family dinner dekat Arabian Mendy .konon konon celebrating the resignation lah >.<  haha. .cerita penuh boleh sepak kat sini .

Total gaji untuk 2 bulan kerja tu almost 2k jugak la..Alhamdulillah..Berbaloi baloi kerja..keke

21-12-2011 -  the routine as jobless person began again..tapi menarik sikit la sebab ada cik kakak yang balik bercuti tu..hehe..so , ada la peneman and kawan nak cari gaduh kat rumah..hahahampeh..masa ni la baru start nak upgrade skill memasak dengan puan mak..sekadar pembantu chef je la..bertindak mengikut arahan..plus , ada try 2 3 resepi baru..buat apam polka dot dengan cik kakak..after 2 rounds , dah malas nak titik titik buat polka dot , last2 ended up tuang dalam bekas besar..sekali je terus siap..ngeh3..sungguh la hangat hangat taik ayam kan =P ..

cerita pasal memasak ni : one day tu duduk rumah sorang2..so kena masak lunch sendiri..selongkar2 fridge , jumpak complete ingredients untuk tomyam..keletung keletang memasak ala2 masterchef gitu..and finally siap..bila mak balik , dengan bangganya tunjuk kat mak..lepas tu puan mak kata , '' daun limau purut tak masukkan ? '' errrr...baru la sedar ada sesuatu yang tertinggal..hehe..tapi still sedaapp sampai menghirup periuk..keh3 ..sepanjang cuti ni masak spaghetti 2 kali je..daging nak buat meatball tak ada..so ganti dengan ayam cincang..hihi  ( rindu spaghetti cik wani..tssskk ) lepas tu ada banyak kali jugak la memasak lauk pauk ni tanpa bantuan sapa2... yang lain2 tu sekadar tolong2 je.Tolong kacau dan tolong makan ..

29-12-2011 - hari yang agak memilukan ..sebab dah kena hantar cik kak tu balik ..Flight beliau pada 2.30 pm ,  maka lepas beliau selamat berlepas , pi makan angin dulu kat muzium padi ..Alang2 dok kat area tu..Gunung Keriang dengan airport sultan abdul halim bukannya jauh pongg .Act , dah lama type entry pasal muzium padi tu , tapi entah kenapa tak boleh upload gambar..tssskkk..sungguh sadis.nanti2 la kalau masih ada jodoh dengan entry tu.


2-1-2012 - Di pagi yang indah itu , dengan confident nya merempit ke library dekat rumah tu..Niat di hati nak jumpak dengan cik yus , si bestfriend dari sekolah rendah dan nak pinjam buku semestinya..alkisah , malang tak berbau sebab encik motor tiba2 hilang nyawa dekat simpang..cuakkkkkkk ! sebab tak sempat berguru lagi cara2 handle motor bermasalah..dengan penuh cool dan macho lagi smart , try buat cpr dekat motor tu..alhamdulillah berjaya setelah cubaan untuk entah ke berapa kali..motor tu bermasalah sebab dah lama tak naik..terperuk je kat rumah sebab takdak sapa sudi naik.Lega tu Tuhan je la yang tau.Maklum lah first time.

 7-1-2012 - buat pertama kalinya cik  syaza , si bestfriend dari IGOP mai rumah..sampai jugak beliau ke teratak hina hamba ini..cewwwaah ;P datang bersama ayah dan bonda beliau serta si kecik yasmin , anak saudaranya,,hihi

9-1-2012 - Hari shopping sedunia..keluar beli barang2 untuk ke kuantan lah..habis banyaakkkk duit..iskh awat la barang2 semua mahal hah ? why ? pusing satu sg petani..centre square , sp plaza , village mall , tesco semua serbu..kui3..masa pi purse macam berat , bila balik ....errr macam dah kosong je -,-''

12-1-2012 - Menerima satu perkhabaran pilu pada sebelah petang..Seisi keluarga terkejut dengan berita pulangnya nenek sepupu ku .Ibu mertua pak njang untuk lebih specific.Kami kenali dengan panggilan Tok Tom.Beliau asalnya tinggal bersendirian di rumahnya atas alasan lebih selesa di rumah sendiri.Pada petang itu , arwah datang ke rumah pak njang dihantar oleh seorang lagi anaknya.Katanya , mahu melawat sepupuku yang terseliuh kaki padahal sepupuku itu sudah pon pulih.Mungkin itu hanya asbab untuk membawa dia ke sini.Arwah meninggal di dalam bilik air.Bukan akibat terjatuh , tetapi tiba2 sahaja jadi lemah dan terbaring..husnul khatimah hendaknya.Arwah sememangnya seorang yang rajin beribadat.Katanya duduk sendirian lebih mudah untuk dia solat etc.takmau diganggu kebisingan and kenakalan cucu2 yang masih kecil.Bergegas kami sekeluarga ke sana.12.30 pagi baru sampai di rumah..Tersangat ramai sanak saudara yang datang menziarah arwah.Arwah sendiri memiliki 8 orang permata.Belum dicampur menantu , cucu , cicit , besan , ipar duai dll.semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.InsyaAllah :)

13-1-2012 - Hari ini dalam sejarah sebab buat pertama kalinya aku dok rumah sorang2 di waktu malam hari ( kalau siang , selalu dah kena tinggai sorang2..tssskkk )..alkisah , sebab agak cuak ( read agak cuak ye..bukan penakut..cehh ) , aku ON tv.Duduk diam2 dalam bilik sambil online..bukak penulisan2u.com sebab tiba2 teringin nak baca cerpen / novel jiwang , lepas tu sengih sorang2..Suddenly aku dengar macam lagu..otak aku terus cakap '' ehhh..ringtone sapa ni ? ntah2 ada orang dok stalk rumah aku then hp dia berbunyi..aaaaa.....cuak + gelebah ..dah la langsir bilik tak jatuhkan lagi..Tengah2 dok gelabah tu , terpegang pulak headphone ..rupa2 nya lagu tu dari headphone tu ..kalau buka penulisan2u memang ada lagu sebab diorang ada radio..ya Allah ! rasa nak hempuk kepala sendiri..boleh pulak gelabah tak tentu hala..kih3..lepas ni kalau mak ajak ikut kena la ikut..jangan dok buat konon2 hang tu berani sangat..iskh..pengajaran ni

18-1-2012 - tolong puan mak buat bedak sejuk..panjang cerita kalau nak story..Nanti2 la i cerita macam mana nak buat.. ye ?
bawak sebalang pi kuantan..kekeke..

20-1 -2012 -  Petang yang indah bertukar menjadi gelap gelita..Tengah dok bergembira mengutip buah asam , kaki tersepak pisau galah yang aku guna untuk mengait..Tak sakit , cuma pedih macam kena gigit dengan semut api..tengok2 kaki , dah berdarah ! cepat2 masuk dalam rumah..selongkar2 cari minyak gamat + plaster..5 plaster aku tampal dekat ibu jari..banyak darah yang keluar..Bayangkan , dah letak 5 plaster + ikat pangkal jari dekat kain untuk stop bleeding but still darah menitik ! takut aku pengsan sebab hilang banyak darah..handle sorang2 je sebab puan mak dan encik abah still kat luar dengan buah2 tu..aku diam je masuk rumah..tak jerit2 ke apa..cool kan aku ? keh3 ..dah balut semua , baru aku keluar bagi tau mak + abah..terus la mak '' ya Allah..ingat masuk sebab nak tutup tingkap..patut la tinggal macam tu je..dah buh ( sapu ) ubat ? ''..encik abah pulak '' ambik minyak yang tok bagi tu..minyak tu cepat hentikan bleeding ''...bla bla bla..terus la depa masuk rumah..en. abah sapukan minyak  and tolong balutkan..aaaa , terharu..itulah kasih sayang mak + abah..hiihi..jalan macam penguin for almost 3 days.Baru sedar betapa susahnya ada kaki yang sakit..baru sedar nikmat sihat yang Allah bagi..Alhamdulillah

26-1 -2012 -  Entah kenapa tiba2 jadi nyanyuk.Alkisah masa tu  , dalam pukul 1 ptg..puan mak + encik abah tengah tidoq sebelum zohor..aku pulak tengah online.Tiba2 hati terdetik , '' eh abah tak mau pi masjid ke ? pukul satu dah ni''  dengan penuh gaya anak solehahnya aku pon kejut la encik abah '' abah ! abah ! pukul satu dah..tak mau pi masjid ke ? '' ..lepas tu abah bangun sambil senyum2..aku buat dunno je..then , mak pon terjaga , '' kejut abah nak pi mana ?''... '' laaa ~ pi masjid la semayang jumaat '' dengan muka confidentnya aku jawab..''semayang jumaat apa nya , hari ni khamis yang oiii '' kata puan mak..aku pon '' eh ...laaaa..rasa macam jumaat..hehe ''  * sambil buat muka tak bersalah..HADOY..kena gelak dengan mak + abah..Entah pasai apa la boleh jadi sampai macam tu..ish ish.Patut lah abah senyummmm..tssskk

28-1-2012 - Abah buat kenduri doa selamat sempena nak masuk uia kuantan ni..Buat dekat masjid je.Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.Amin :) Terima kasih untuk semua yang hadir ( walaupun depa tu takdak blog dan takkan baca entry ni..heheh )


Hah ! itu lah laporan sepanjang cuti 4 bulan ni yang telah diringkaskan konon nya tapi masih panjang berjela..jangan ditanya sama ada dah ready nak masuk kuantan tu..sebab aku sendiri tak ada jawapan..31 dah kena gerak dari kedah ni memandangkan 1 / 2 dah kena register..semoga Allah mempermudahkan .Doakan sekali ye  ;) 


--------------------------------------

barang nak bawak pi kuantan sangattttttt banyak...hmmmm 




6 comments:

  1. oit! buat la kenduri selamat kat kuantan plak. hehe~ :P

    ReplyDelete
  2. @ IZZATI MUSTAFA : boleh boleh..mai sini ambik..hehe..ada banyak lagi ni :)

    ReplyDelete
  3. @ JAZMI : kat kuantan buat kenduri kawen je terus..keh3 ( akibat sedikit jeles dengan perkahwinan amir + siraj )haha

    ReplyDelete
  4. an_sam, kendurimu dinanti-nanti.. heheh..

    ReplyDelete
  5. @ MESSY a.k.a MAK : mak tolong la doakan..hihihi :P

    ReplyDelete