Saturday, February 18, 2012

HAFALAN SHOLAT DELISA

In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

assalamualaikum :)

adaptasi dari buku ni sebenarnya :)

' OMBAK' Malaysia  vs ' OMBAK ' Indonesia 
( read : ombak rindu versus hafalan sholat delisa)

Alhamdulillah , malam semalam terisi dengan perkara yang bermanfaat..InsyaAllah.Berkesempatan menonton filem dari seberang yang bagi aku tersangatlah ohsem dan wajib tonton..HAFALAN SHOLAT DELISA.

Dah lama jugak dengar orang dok cakap2 pasal filem ni.Akhirnya berpeluang jugak menghayati sendiri...Dua  jam yang sangat bermakna..Begini ceritanya :

Alkisah seorang kanak2 bernama Delisa yang hidup bersama ummi dan 3 orang kakaknya.Abi nya bekerja di perantauan. ( belayar ) ..Tiga kakak nya itu ialah , kak fatimah , kak zahra dan kak aisyah.Delisa ni nakal sikit..Nak kejut subuh pon liat..Kalau buat something tu pulak , mesti nak hadiah..Diorang ni tinggal dekat dengan pantai dalam sebuah teratak sederhana..Tapi sangat bahagia :)..watak lain dalam cerita ni ialah ustaz Rahman ( guru agama di kampung itu ) , pak cik acan ( tauke kedai emas ) , umam dan keluarganya ( umam ni sebaya dengan Delisa tapi sangat2 nakal ) , Tiur dan emaknya ( Tiur ni bestfriend Delisa la jugak ) , Smith ( tentera yang terlibat dalam operasi menyelamat mangsa tsunami ) , Sophie ( doctor sukarelawan tragedi tsunami ).

26 disember 2004 - tarikh berdarah buat warga acheh yang di uji tragedi tsunami..Pagi itu , Delisa ada ujian amali solat dekat sekolah..Ditemani ibunya.Tiga kakaknya berada di rumah.Namun siapa menyangka , sedang Delisa khusyuk dengan amali solatnya , tsunami ganas menelan bandar acheh.Semua kelam kabut menyelamatkan diri.Namun tidak bagi Delisa yang seakan-akan tidak langsung tersedar dengan bala itu.Penuh khusyuk dengan hafalan solatnya..

Delisa berjaya diselamatkan oleh tentera penyelamat.Ditemui oleh Smith si handsome .Tsunami itu ' menghanyutkan '  ketiga-tiga kakaknya , ummi nya , Tiur dan ibunya..Bukan itu saja , Delisa juga hilang sebelah kakinya akibat kecederaan yang tak dapat dirawat lagi.Kepalang sedih , di saat usia masih kanak2 , terpaksa berhadapan dengan terlalu banyak kehilangan.Ujian Allah untuk hambanya itu adalah untuk menaikkan taraf kita di mata NYA..Sabar itu ubat terbaik walaupun payah.Terlalu payah.........

Abi nya pulang dari perantauan setelah tersebar berita tsunami di media..maka , bermula hidup baru Delisa yang kini hanya ditemani abi nya..Smith dan Sophie adalah dua insan baru yang rapat dengan Delisa setelah kejadian itu.Pak cik Acan , Ustaz Rahman , Umam dan kedua ibu bapanya selamat.Umam kehilangan abangnya.

Walau tragedi itu begitu pahit untuk di telan , Delisa tetap optimis.Masih ceria walaupun merindui ummi dan kakak nya..Bermain bola walau hanya dengan sebelah kaki.Keceriaan dan sinar bahagia itu disebar melalui watak Delisa..Ramai insan lain yang TER - inspirasi melalui wataknya.


Konlusinya , filem ini tersangatlah amat menarik dan bermanfaat.Percayalah.. Tiada banglo , mercedez , swimming pool , business bernilai jutaan ringgit , rasuah dan lain2 ' value ' yang kita lihat dalam  tipikal filem zaman ini.Ianya penuh nilai-nilai hidup yang sepatutnya menjadi paksi untuk kita terus berada di pentas dunia yang sementara ini.Nilai yang mesti ada untuk terus mengejar redha DIA sebelum kita menutup mata.Luangkan dua jam masa anda untuk filem ini.Siapa tahu dua jam itu bakal menjadi titik mula kita untuk menjadi hamba yang lebih baik ? kuasa Allah tiada siapa dapat menduga :)  Aku jamin , sepuluh kali ganda lebih baik dan bermanfaat daripada cerita Ombak Rindu.

Nak tau lebih detail , sila lah tengok sendiri.Recommended to everyone :) 

Antara moral yang kami bincangkan selepas selesai menonton :


  • Dalam hidup ini kita ada dua pilihan.Menjadi insan yang menyebarkan aura gembira dan optimis atau menjadi orang yang menyebarkan aura benci dan pesimis.Digambarkan melalui watak Delisa yang optimis dengan hidup walaupun di uji dan watak Umam yang sentiasa mencari gaduh dengan orang lain.Pesimis dengan hidup.Pilihan di tangan kita.Maka , pilih lah ! 
  • Ikhlas.Kunci utama dalam setiap perkara.Kita belajar kerana apa ? mahukan ilmu atau sekadar inginkan kerjaya dan gaji yang lumayan ? Kita solat untuk apa ? adakah sekadar kerana orang lain juga solat ? bertanya lah pada diri.Untuk dan kenapa kita melalukan sesuatu.Pupuklah ikhlas itu biarpun payah..Allah melihat usaha bukan hasil.
  • Didiklah anak2 dengan ilmu agama sedari kecil.Andai rebung itu sudah menjadi buluh , takut2 terpatah pula andai di saat itu baru ingin dilentur..
  • Sabar..Allah menguji bukan kerana suka2..Itu tanda cintaNYA..Ingat , Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya.Positif lah dengan takdir Ilahi.
Terkesan dengan filem ni.Berkaca la jugak mata..nasib tutup lampu Cik Hajar dah banjir dah ;p..Indahnya andai Malaysia juga ada filem seperti ini :) 

Okay thats all i wanna share.Besok kelas Principle and Practice of Management .Start pukul 9.30 sampai 5 petang.Do pray for me guys.Uhukkss

Let be a better servant ! Adios and salam ;)




4 comments:

  1. salam alayk~ yeah serius cerita ni ,, terkedu bila tgok.. agak2 macam boleh mengalirkan air mata (dah mngalir kot..ngee~,,haisy.. banyak ibrah dalam cerita ni,, kasi adik tgok pon bgos(= hah mabruk lah sebab buat list pngajaran yang antunna dapat (=.. keep it up ya ukhti,, may ALLAH bless (=

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam :)
      haa..banyak kan pengajaran dri cerita ni..mmg thumb up la..mmg nangis pon :p

      insyaAllah..may Allah bless us :)

      Delete
  2. hai, x yah lar nk include me in your post.. haha.. cite nie best giler.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..MAK ! mana boleh tak include..point penting tu..hihi ;)

      Delete