Sunday, April 10, 2011

HASIL 'SURGERY'

In The Name of Allah The Most Gracious The  Most Merciful

assalamualaikum :)

amboih ! tajuk bajet gempak.padahal entry ni bukan pasal plastic surgery ke apa pon.agaga.maaf la kalau ada yang rasa tertipu.kui3^^.and bukan jugak nak cerita pasal mak nyah yang sibuk dok buat pertandingan ala2 miss world gitu. * sapa rasa2 macam taktau tu  , pandai2 selam  cari pasal ni okey.perkembangan semasa yang tak berapa nak sihat ni  * hu-hu.sebenarnya nak citer pasal blog picisan ni je :)

setelah beberapa hari menyepi , aku kembali.ha-ha.poyos ! untuk sesapa yang pernah singgah blog ni mesti perasan kan , blog ni dah 360 degree lain dari before ni.all those pink polka dots already kena sumpah jadik black and white.weekend ni [ start petang jumaat sampai semalam] aku mengubah macam2 benda kat blog ni.tukar apa2 yang patot.plus , dah ada header.even header cikai je.gasak la.asal ada sudah.hehe.tunggu aku explore photoshop dulu eh untuk dapatkan header super duper cute.ho-ho. * bila la agaknya ye *.almaklumlah , orang rabun software ni , susah sikit la ..huehue

memandangkan weekend ni aku takdak program kat luar , [actually ada , tapi aku TERlambat nak register , then dah penuh.sob!] maka , aku pon bertapa kat bilik , mengadap segala HTML code sampai muntah.hoho.hasil penat lelah , jadik la macam sekarang ni.hoho.blog yang lebih matured compared dengan yang lama yang macam girlish2 gitu.hak3. * sila muntah *.

buat masa ni takdak benda best kot untuk dikongsi kat sini.lagipon , this coming week gonna be a lil bit busy.exam midsem math 2 , 14/4 ni.then , 16/4 tu ada muet plak.doakan sekali ye kawan2.heheh ;)

okey , tu jelah nak merapu meraban untuk hari ni.jom study pulak !

adios and wassalam =)



Wednesday, April 06, 2011

MUET SPEAKING TEST 2011

In The Name of Allah The  Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum :)


alhamdulillah..bersyukur gilaaa sebab dah habis MUET speaking test.Even there is still another 3 parts which are writing , reading and listening.actually , speaking aku semalam 5/apr/2011..tapi hari ni baru TERrajin nak bercerita.plus , semalam busy sket.hoho..buat apa je pon sampai busy ? haa , meh nak habaq , pagi2 kalut study MUET la  # konon , pukul 11-1.30 ada kat dewan , pukul 3-5 kelas math 2..malam pukul 9-11.30 , pi  dengar talk "Ajarkan Aku Cinta''..heheh.sekarang ni hujan tengah mencurah curah ke ladang gandum sekitar PJ ni.hoho.lebat gilaaaa2..and aku baru lepas sidai baju -.-''..salah timing daa.  # out of topic 

okey , masuk tajuk sebenar ; MUET..10.30 ,  dah terpacak kat AlMalik Faisal Hall tu..ikut jadual pukul 11.sembang2 etc.pukul 11.15 macam tu baru kitorang dibenarkan masuk dewan.terus la menonong jalan pi kat area yang sepatutnya which is MB9020 (B)..then tandatangan untuk kehadiran ke apa entah tapi sampai 3 copies la.

divide group ikut name list.group aku 2 lelaki and 2 perempuan including aku la.heh.kami group last dalam M9020 tu..means kena tunggu lama la..huhu.salah sorang yang lelaki tu kebetulan encik hasrul rais which is schoolmate aku kat IGOP.hoho.dup dap dup dap la menunggu turn nak masuk and ber'speaking'.

hasil risikan kawan2 aku , dapat la keywordnya --> fastfood..tapi tak membantu pon.haha.apa je pon yang boleh nak dipikirkan.gilaaa luas skop under fast food tu.just bertawakkal je lah. 

After couple of hours waiting , pukul 1 macam tu  , our turn pon sampai..at that moment rasa jantung macam dah tertinggal kat atas kerusi ..haha    # hiperbola

the question is ---> FAST FOOD OUTLETS HAVE MANY ADVANTAGES.and myself as candidate B My point is : Provide Convenient Service.hoho.maka dengan itu , sesi ber'speaking' pon bermula.bla...bla..bla.....our examiners both are women and look so so so nice.hope they are nice to give us markssss also.hehe.amin :)

TAPI , aku terkilan jugak lahttp://matcuoi.com.sob..i'm not doing my very best for this.balik bilik , mencurah2 pulak ayat / idea kat otak ni.haishh.aku rasa ni mesti idea2 yang dijana time tu tapi pending sebab nervous sikit.huhu.tapi apakan daya , nasik dah jadik ko tiaw tomyam.ko tiaw tomyam pon sodaaap.hanya bertawakkal and struggle for the upcoming parts which are reading , listening , writing.doakan ye semua =)

okey , tu jelah nak story.kena sambung buat tuto math 2 pulak.hari jumaat ni quiz.bersyukur sebab madam laili postpone ke jumaat.patutnya khamis.hehe.tenkiu madam ! lap u lah ^^.

Tu ja nak story.Sekian

adios and wassalam :)

Sunday, April 03, 2011

TERTIPU DI WENDY'S

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum :(

.sadis.sadis.sadis.sadis.

tu la yang aku and cik nami rasa sekarang ni...alkisah kami 'tertipu' di Wendy's.

pagi tadi , kami mulakan dengan gaya hidup sihat.iaitu , berjogging..penat jugak la.lepas dah sekian lama tak lari2 ni.terkejut urat2 serta otot2 aku ni.hehe.pusing2 sekitar cfs.lepas tu , yang tak boleh blahnya , aku breakfast dengan nasi lemak ! walla ! lemak tu.penat je bakar lemak masa jogging tuh.haha.pape pon , tu baru mukaddimah.main point aku dalam entry ni ialah ---> aku dan nami ( si roommate) kena tipu/cekik kaw2 punya time kat Wendy's petang tadi. -.-''

alkisahnya macam ni : time tengah sembang2 tengahari tadi ,nami cakap ''eh , rasa macam nak keluar la''.aku pon dengan pantasnya,''jom2.kita pi jayaone nak?nak gi wendy's la.''.JayaOne ni sekangkang kera je dari uia ni.jalan kejap ja dah sampai.huhu.

maka dengan itu , tatkala jarum jam aku yang gedabak tu menunjukkan pukul 5.35 , kami ber-2 pon melangkah ke jayaone dengan penuh riang ria dan hati yang berbunga2..mula2 pi cold storage dulu.beli keperluan and stock makanan sikit.aku just beli cornflakes , jem buah and vono mushroom soup.cik nami dengan stok biskut2 dia la.

pastu , baru pi Wendy's.Actually , ni first time aku pi Wendy's kat Jayaone ni.before ni setakat pi cold storage tu je.tak merayap dah kat tempat lain.kalau kat luar pon memang aku gila2 jarang pi wendy's.sekali je penah pi rasanya.tiba2 hari ni nak merasa.haishh.menyesal pon ada.sob -.-''

tenung punya tenung menu2 yang ada kat situ , decide nak order triple melt.nyum3.ada cheese.okey , poster dia lebih kurang macam ni la :

;

just harga dia tulis kat situ RM 5.55.just ada gambar 1 burger + air.kitorang pon macam , o0oo okey.murah la kan.5.55 je.campur gov tax dalam 6++ la nanti.then , dengan penuh konfident pi la order kat kaunter.cakap kat bro tu , ''triple melt 2 sets.plus 1 medium fries''.then bro tu kata ''fries memang dah ada.''aku pon macam , errr..yeke.okey then.dalam hati macam pelik jugak sebab dalam gambar poster tu takdak pulak gambar fries.boleh pulak bro tu kata , ''banyaknya makan''..aku senyum je la.dalam hati ,''apa menda yang banyaknya.burger ja seketol ngan air.iskh.pelik la bro ni''.lepas bro tu tekan2 mesin kira2 , alangkah kepalang terkejutnya aku and nami sebab total bil ialah RM44.42 including gov tax yang sememangnya diketahui mencekik iaitu RM2.52.What the tuuuuuttt la kan.tapi muka control la.bajet chill and cool la.padahal dalam hati dah ,''hadoyy ! abes la duit aku !"

service dah la lambat.puas aku and nami dok belek2 resit tuh.memang tak puas hati.apa cer ni , poster lain.hakikat sebenar lain.terbayang2 duit yang aku bayar kat kaunter tadi.sob.naseb la duit dalam purse cukup.haha.aku bawak RM50 ja sekeping time keluar tu ngan matric card + kunci bilik.kalaula tak cukup , mau malu 7 keturunan aku.haishh.

sepanjang perjalanan balik tu memang la hati tak tenang.mulut pon pot pet la.tak puas hati punya pasal kan.salah aku jugak la kot sebab tak tanya dulu , triple melt tu just ada apa je.how much etc.etc.akan TETAPI , fast food restaurant yang biasa aku pi selama ni macam kfc ke , mcd ke , popeyes' ke , Radix Chicken House ke , Radix Fried Chicken ke hapa sume tak macam ni.apa yang ditunjuk kat poster , yang tu jela yang ada.harga pon yang sama jugak la.cuma tambah tax ja sket.

balik bilik , mandi segala bagai.baru la duduk nak menjamu selera la konon.tapi sebenarnya selera aku dah kurang mengenangkan betapa 'murah'nya dinner kami hari ni.untuk pengetahuan , cik aina (roomate aku lagi sorang ) tak terlibat dalam kes ni.sebab dia balik rumah makcik kat kelana jaya sebab ada wedding.and petang tadi dia pi main badminton.hoho.



hasil 'borong' hari ni.

the triple melt beef burger.duit aku yang MELT ! haiyo ~

yang lebih mensadiskan , burger tu BEEF !!! uwaaa..aku tak suka beef.selalu kalau teringin sangat nak makan burger , chicken la pilihan aku.seingat aku , ada tulis chicken kat iklan tadi.huhu.ni dah la beef , pastu 3 keping plak tu ! aiyokk 0____________o''.berusaha sehabes baik untuk makan.and sampai saat entry ni ditaip , aku tak abes makan lagi.tak terdaya rasanya.nak bagi orang lain pon , rotinya dah takde.just daging je sekeping.sapa la yang nak kan.takkan nak pi jaja satu mahallah plak.haishh.fries and air ja dah abes.

moral of story , kalau nak order satu2 set tu tanya dulu apa je yang ada dalam set tu.tanya harga sekali.tu paling penting.rasa2nya , tu ja kali pertama and terakhir aku pi Wendy's kat Jayaone tuh.terkilan gak r , iklan tak serupa bikin.indah khabar dari rupa.*erk , seswai ke?* gasak la.huhu.tu je la pengalaman sadis aku untuk hari ni.sama2 ambik pengajaran k.

tu ja.insyaAllah lepas ni stop blogging jap.sebab this coming tuesday ada speaking test MUET.then , math quiz on thursday.do pray for me and friends ya.arigato^^.

macam besa ,

 adios and wassalam.


# sapa la agaknya menang ABPH malam ni kan.takdak tv pon nak tengok.tapi takpa la , tak penting.esok baca paper mesti tau kan.hihi.plus , tengah tunggu loading BoboiBoy kat tonton.my.hehe =P.

Saturday, April 02, 2011

TINTA HIDUP PENGHUNI RAUDHATUS SAKINAH

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum ;)



mereka baru berumur lingkungan 12-25 tahun.berasal dari segenap pelusuk malaysia.utara , timur selatan bahkan ada dari sabah.masuk atas sebab paksaan.lantaran keluarga yang malu menanggung akibat arang yang terconteng , mereka dihantar ke RS.mencari diri sendiri yang pernah terhanyut dek arus zaman remaja.semuanya pernah terlanjur.bahkan ada yang sudah selamat melahirkan.ada 2/3 orang yang masih dalam pantang.ada 3 pelatih yang sedang mengandung kalau tak silap.masing2 ada sejarah sendiri.tempoh masa mereka di RS lebih kurang 13 bulan.ada pelatih yang kami jumpa tadi , baru seminggu menjadi penghuni RS.

rutin penghuni RS bermula seawal jam 3 pagi.ya 3 pagi.saat majoriti kita asyik diulit mimpi nan indah.bangun , tahajjud , bertadarus dan sebagainya.5 waktu solat semuanya dilakukan secara berjemaah.diimamkan pelatih2 senior.kelas bahasa arab.kelas menjahit dll.berdasarkan sukarelawan yang datang menurunkan ilmu.pukul 12 tengah hari , semua akan tidur sebentar.mengikut sunnah Rasulullah untuk qailullah sebentar.setiap masa diisi dengan sesuatu yang bermanfaat.semuanya dilakukan sendiri.memasak , membasuh ,mengemas etc.setiap hari , bergilir2 untuk masak mengikut menu yang telah dijadualkan.memasak secara berkumpulan.walau apa pon rasa masakan tersebut , semuanya akan sama2 makan.kerana ada yang baru belajar masak nasi ketika di RS.maka , tiada jaminan makanan lazat menjadi santapan mereka setiap hari.hidup mereka umpama sebuah keluarga besar yang berkongsi cerita hampir sama.namun versi yang berbeza.

aku teruskan dengan cerita adek ira.remaja berusia 17 tahun yang hanya sempat memasuki alam tingkatan 4 selama suku tahun sahaja.berasal dari bumi sabah , dihantar ibunya ke RS.lantaran , 'kenakalan' yang tak terbendung.dia pernah mengandung.dah selamat melahirkan.berasal dari keluarga yang terpecah.ibunya seorang peguam.memiliki firma guaman sendiri.bercerai dengan ayahnya.ira anak tunggal hasil perkahwinan itu.kini , ibunya sudah pon berkahwin lain dan mempunyai 2 anak.mulanya , ira ditipu.dikatakan dia akan dimasukkan ke sekolah agama di semenanjung.dan tinggal dengan ayahnya.namun , sebaik sampai , RS destinasi sebenarnya.ira dah pon berada di RS selama 9 bulan.insyaAllah bulan 7 ni , tamat tempoh pemulihannya.memang jelas dia gembira dengan hijrah yang berlaku.minat bidang perundangan.banyak bertanya tentang law di uia sebab sememangnya bercita2 untuk masuk ke uia.mengambil jurusan undang2.mungkin darah peguam ibunya yang diwarisi.sekali pandang , tak sangka dia 17 tahun.macam 14 tahun je.didoakan ira akan mencapai cita2nya.kagum dengan semangat ira untuk terus belajar walau ada kisah hitam.jangan terkejut satu hari nanti dia muncul peguam terbaik malaysia.perancangan Allah tiada siapa yang tahu.

Ana dan aisyah.pemberi tazkirah ringkas selepas zohor tadi.bercerita tentang kisah gadis yang bertaubat dari melalaikan solat dan pesanan supaya mentaati ibu bapa.sebak bila melihat mereka menangis.pesanannya , jangan menderhakai ibu bapa.kerana redha Allah terletak pada redha ibu bapa.ujian itu bukanlah musibah.tapi untuk mengangkat darjat kita di sisi Allah Yang Esa.biar buruk di pandangan manusia.asal kita tinggi nilai pada pandangan Allah.hidup kalau untuk manusia , tak pernah akan puas.

yang lebih mengharukan , aisyah memberitahu bahawa ibunya sangat2 lama tidak datang melawat.betapa duduk di RS tanpa handphone atau alat perhubungan lain benar2 menerbitkan rasa rindu kepada keluarga.hanya surat jadi penghubung mereka dengan dunia luar.itupon ditapis sebelum dipos.bukan mengongkong , tapi bermula dengan handphone la , mereka ada di RS hari ini.bila teknologi disalahguna.dengan izin Allah , selepas habis sesi tazkirah oleh aisyah , nampak kereta ibunya di pintu pagar.ya Allah ! hanya tuhan yang tahu.betapa terharu dan gembiranya aisyah.berhambur air mata.memeluk erat sang ibu.benar2 mengusik tangkai hati kami yang melihat.alhamdulillah , doanya sekian lama termakbul.baru tadi ana berkata kepada aisyah , ''teruskan berdoa.Allah mendengar doa kita''.subhanallah !

asma.seorang lagi pelatih dalam kumpulan aku.mulanya kami ingat umurnya masih belas2.rupa2nya 20++.itupun ira yang bagitau.fizikalnya yang kecik comel , menampakkan dia awek muda.* jealousy is in the air  =P *.suka memasak.terutama yang berkaitan bakery.dia antara yang paling bersemangat menyalin resepi cheese and choc cake.berasal dari perak.tak banyak kisah dia yang kitorang tahu.

roha.paling banyak cakap.sangat peramah.bersembang macam dah lama kenal.selesa bersembang dengan dia.gadis hitam manis ala2 mamak mukanya.excited jugak buat kek.hihi.seronok tengok diorang happy =)

zati.berasal dari perlis kalau tak silap.sangat cekap hal2 dapur.kagum.skill aku pon tak macam dia.hee.dia agak senior la dikalangan para pelatih.

dunia mereka hanya di RS.dibawa keluar hanya untuk melakukan medical check-up.terutama yang sedang mengandung.kadang2 ada pelatih yang senior sedikit dibawa untuk mengikuti ceramah2.

rasanya , sampai sini sedikit perkongsian dari program ni.semoga dapat memberi manfaat untuk kita semua.apa2 pon , jangan kita memandang negatif mereka yang pernah terlanjur.mungkin mereka lebih baik dari kita sendiri.siapa tahu? rutin berqiamullail setiap hari betol2 membuat aku muhasabah diri kembali.ternyata mereka lebih dekat dengan tuhan.hari2 berqiamullail , tadarus , solat berjemaah sehari 5 waktu dan sebagainya.sedangkan kita , boleh dibilang dengan jari berapa kali berqiamullail dalam sebulan.sama2 ambil ikhtibar.rasa sangat beruah dapat join program ni.alhamdulillah :)

salah silap harap dimaafkan.hanya menulis apa yang ada di minda dan hati.tulus untuk berkongsi.bingkisan dari bumi raudhatus sakinah,.tempat mencari jalan pulang untuk mereka yang pernah tergelincir dari landasan hidup.semoga kita semua dijauhkan dari ujian sebegini rupa.semoga ditetapkan hati untuk istiqamah di jalan-Nya.sama2 kita doakan kebahagiaan saudara2 kita di RS.semoga mereka terus tabah dan bersemangat membaiki diri.tidak dilupa , doa untuk mereka yang masih 'liar' diluar sana.semoga mendapat hidayah untuk u-turn ke jalan yang sepatotnya.amin.

lastly , terima kaseh membaca coretan aku yang panjang berjela ni.maaf.tiada gambar yang dapat dikongsi.lantaran untuk menjaga aib mereka , pelatih RS.insyaAllah , bila kita menjaga aib orang lain , Allah akan menjaga aib kita.cerita yang aku kongsikan di atas , bukan untuk mendedahkan keburukan sesiapa.sekadar mendedahkan realiti hidup saudara2 kita.yang baik jadikan ikutan , yang buruk pandai2 la tapis.

adios and wassalam ;)


SEHARI BERSAMA PENGHUNI RAUDHATUS SAKINAH

In The Name of Allah The Most Gracious  The  Most Merciful

assalamualaikum :)

Alhamdulillah , selesai satu program..hari ni aku join trip ke Raudhatus Sakinah..Rumah Perlindungan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah , Sg Buloh untuk lebih tepat lagi.RS ni tempat remaja2 puteri yang bermasalah ditempatkan.contoh yang paling senang , remaja yang dah TERlanjur , TERmengandung dan lain2 TER.program ni organised by Mahallah Representative Committee [MRC] kolej kediaman aku iaitu Mahallah Khadijah.nak tau lebih lanjut pasal RS boleh click sini --> RS..terima kasih kepada ex-schoolmateku , cik aisyah sebab ajak aku join :).and syukur alhamdulillah , Allah bagi aku dan rakan2 ni peluang untuk mendekati sendiri kehidupan pelatih kat RS sana.so , this time nak share serba sikit apa yang kami dapat dari program ni.

firstly , RS ni mula ditubuhkan pada tahun 1998.di mana pada masa tu gejala mengandung anak luar nikah oleh mahasiswi ipt sangat berleluasa.anak2 yang lahir pulak diserahkan kepada gereja2.bermula dengan hanya 1 cawangan , sekarang ni RS dah pon ada 5 cawangan.bukan nak berbangga adanya banyak cawangan , tapi ni la aras petanda bahawa social problems kat malaysia ni makin parah.cawangan RS ada kat Sg.Buloh , Kelantan , Penang , Melaka and Johor.

kami bertolak dari uia pagi tadi dalam pukul 8.30.sampai sana around 9.disambut oleh para warden RS yang masih muda2 semuanya.menggelarkan diri dengan panggilan Kak Long , Kak Yong , Kak Lang etc.terasa aura 'sibling' dengan panggilan yang dituturkan.sedikit briefing dan peraturan yang perlu dipatuhi disampaikan oleh kak long atau nama sebenarnya nur asyikin ismail.gadis yang aku rasa berumur dalam lingkungan 20++.tinggi lampai dan berkulit cerah.secara dasar memang payah nak percaya dia seorang warden.sebab memang berbeza 360 degree dari bayangan para warden yang selalunya berwajah garang dan bengis.hehe.Itu serba sedikit huraian para warden RS.

Then , kami mula melangkah masuk ke dalam teratak serba sederhana..teratak yang menempatkan hampir 30 orang pelatih.luarannya , hanya sebuah rumah sederhana besar..sebuah bangsal juga sederhana besar dihadapan.sebuah pondok kecil dengan kerusi batu dan buaian besi tempat untuk berehat.tiada kemudahan lain.lokasi RS memang agak terpencil.berada di persekitaran kampung yang tidak terlalu kekampungan.banyak juga banglo2 mewah.mungkin milik mereka yang kaya raya tetapi memilih suasana kampung.melangkah dengan perasaan yang bercampur baur.excited , nervous semua menjadi satu.cuak bagaimana reaksi pelatih menerima kunjungan kami.

program dimulakan dengan membahagikan kumpulan...4 groups kesemuanya..sesi taaruf bermula..berkenalan dengan semua pelatih yang ada.mudah sebab semuanya memakai name tag.aku se'group' dengan cik namira , cik hanim dan cik ain..ain kenalan baru aku untuk hari ni.namira pulak roommate aku sedari sem 1-3.hanim ,aku kenal melalui aina (roommate aku).kami disuruh membahasakan diri dengan panggilan 'kakak'.walaupon pada hakikatnya , kami baru 19 / 20.bukan apa , biar pelatih rasa macam kami ni kakak2 diorang yang masih nak ambil berat pasal diorang.supaya komunikasi antara kami lebih berkesan.adek2 pelatih RS yang di bawah group aku , antaranya ; roha , ira , zati , aisyah ,dan asma.

lepas tu , tentative kami diteruskan dengan sesi buat kek.sedikit teruja semuanya.hehe.ada dua jenis kek yang bakal disediakan.cheese cake and chocolate cake.yummy ^^. dimulakan dengan demo oleh sis amira dan assistantnya sis aini.masing2 teruja.then , ramai2 tolong menolong menyiapkan 2 choc cakes and 1 cheese cake.sementara tu , kami ambil kesempatan mengenali lebih dekat para pelatih.mencungkil macam2 cerita dari insan2 terpilih ini...terpilih untuk menerima hidayah setelah sekali tersalah pilih jalan kehidupan.alhamdulillah , mereka terpilih tatkala usia masih muda.bukan terus terbiar di lorong maksiat sampai ajal datang menjemput.insyaAllah masih ada kehidupan yang baik untuk mereka.sama2 kita doakan :)

selesai sesi membuat kek , masa untuk mengisi perut yang dah lama berjoget lambak.rock , nasyid , dangdut , indie berselang seli.tanda mintak diisi.menu memang terbaek dari ladang.nasi putih + ayam goreng ala2 kfc + ikan bawal masak merah + ulam-ulaman + sirap limau + betik + tembikai + sambal.kalau makan kat luar komfem dalam RM 6 / 7.makan ramai2 di bawah bangsal.masing2 khusyuk menikmati lazatnya menu lunch kami hari ni.satu kelainan buat penghuni RS yang rutinnya makan dalam talam.tapi hari ni makan dalam pinggan.hihi.

bersiap2 untuk menunaikan solat zohor.sementara menunggu masuknya waktu , penghuni RS bertadarus dan mengalunkan 99 asma Allah.sayu mendengar.entah kenapa , rasa terkesan di hati tatkala mendengar.mungkin berkat dari hati mereka yang betul2 ikhlas untuk berhijrah.solat diimamkan oleh saudari faz.terdengar esak tangis beberapa pelatih yang basah pipinya.lantaran menangisi kejahilan masa lampau mungkin.terasa diri sendiri tak se'khusyuk' mereka.kemudian diteruskan dengan sedikit tazkirah ringkas oleh Ana.salah seorang pelatih RS.ditambah sedikit pesanan dari Aisyah.juga pelatih RS.sebak mendengar tazkirah mereka.dengan contoh yang diambil dari masa silam mereka sendiri.benar2 membuat hati terkesan.

masuk semula ke teratak RS.sedikit cenderahati kecil dari kami pihak uia.hanya keychain lambang uia untuk setiap pelatih.sesi penutup dan bersalaman sebelum kami melangkah pulang.sebelum pelatih RS kembali kepada rutin mereka.terasa berat untuk berpisah.walhal , baru beberapa jam bersama.terasa masih banyak yang nak tahu , bukan nak menjaga tepi kain mereka apatah lagi mencari aib orang.tidak sama sekali.cuma sekadar mencari kenapa sampai begitu jalan hidup mereka.rasa seakan tak percaya bila memandang wajah2 pelatih di RS.semuanya wajah2 bersih , tenang.walau dalam hati tiada yang tahu.kerana sengsara jiwa tak nampak di muka.

jam 3.30 petang , bas bergerak meninggalkan perkarangan RS.kami pulang dengan bermacam pengalaman baru.yang tak terduga.selama ni hanya membaca pengalaman2 penghuni RS melalui buku yang dapat sewaktu join program Anda Bijak Jauhi Zina anjuran RS peringkat ipta.hanya tahu apa itu RS dari laman web.tapi hari ni , berjaya hadir sendiri ke bumi RS.berdepan dengan penghuni RS yang berusia seawal 12 -25 tahun.benar2 'impressed'.

logo program ABJZ

satu slot kelolaan ummi rose.pengasas RS
* sumber yahoo images*

entry lepas ni , ada bingkisan ceritera penghuni RS.lebih detail pasal kehidupan diorang kat sana.mulanya nak satukan dengan entry ni , tapi terlalu panjang rasanya.jom sama2 kita hayati perjalanan hidup pelatih RS yang sempat aku 'terjah' =)

adios and wassalam ;)


Friday, April 01, 2011

JENIS - JENIS MANUSIA

In The Name of Allah The Most Gracious The  Most Merciful

assalamualaikum :)

okey , straight without belok2 ---> entry kali ni aku nak share ragam2 manusia yang aku and the group jumpak kat sunway time volunteer job yang dah pon aku story dalam entry lepas..nak baca , sila tekan button OLDER kat bawah , belah kanan..terima kaseh :)

SITUATION 1

ada sorang perempuan ni , keja kat kedai aksesori , dari physical look memang nampak sangat umur dia komfem2 bukan 25 dan ke bawah..yang tak tahan tu , kat pledges yang dia sign , umuq dia 24 tahun !!..time tu aku nampak la , sebab aku belek je apa yang dia tulis..reaksi aku rilek je..buat2 takde pape..lepas je kitorang blah dari situ , groupmate aku cakap , ''eh , korang prasan tak umur dia tulis brapa?"..kami pakat angguk.lepas tu, gelak la! hoho * jahat kan?hee..jangan ikut perangai ni *

moral.of story : agak2 la kalau taknak bagitau umur sebenar pon =.='' and jangan gelakkan orang..huhu * yang ni pesan kat diri sendiri ni *

SITUATION 2

dari jauh kami dah nampak our next 'mangsa'.ahah.one chinese woman , tengah khusyuk baca paper kat tengah2 ruang yang luas tu.dengan penuh harapan , kami pon melangkah.lalu , ''hye miss'' kataku sebagai intro..1 saat , 2 saat...no respon ! sikit pon dia tak angkat kepala dia..haiyok..sampai hati T.T''..lalu kami pon blah dengan perasaan yang bercampur baur.and pastinya ada 'pujian' kami pasal dia.kuang3.sebab even kalau dia pekak sekali pon , takkan tak nampak kami 4 orang kat depan dia?? nak kata buta pulak , baca paper kan..huhu..khusyuk sangat agaknya ~

moral.of.story : baru aku taw macam mana rasanya cakap and orang buat dunno je.serius saket hati ='(..

SITUATION 3

ada sorang pakcik.foreigner dari Belgium.masa kat column age tu , before dia tulis , ''pssst , don't tell other ya"..umuq dia 72 ! hoho..plus , dia sangat friendly.hoho.kami semua dok puji2 dia lepas tu.ahah.

moral.0f.story : be friendly.nanti semua orang suka =P..tapi jangan sampai over.ti orang meluat plak.kui3 :)

SITUATION 4

ni kat area yang ala2 fun fair tu..aku try approach one mamat ni.bukan malay la.aku pon spealking london la kan..nampak gaya macam dia paham apa yang aku cakap , elok je aku habes , dia panggil sorang lagi mamat ni.ketua dia rupanya.rupa2nya , mamat Bangladesh daa..ahaha.and dia tak paham omputeh.aiseh , perabes ayaq liuq ja -.-''..kena ulang cakap kat ketua dia plak..

moral.of.story : malaysia memang ramai orang bangladesh ! ahaha =P..nak selamat tanya dulu ''can you speak english?''.lepas tu baru cakap sampai habes.kalu tak SS la jawabnya..[ss=syok sendiri]

SITUATION 5

masa kemuncak earth hour tu , semua volunteer yang terlibat gather sama2 kat main entrance..nak countdown segala bagai..obviously, malay berapa ketul ja..yang lain major chinese , some indian and also foreigner.haishh.

moral.of.story : jom la pakat2 join kerja2 sukarelawan ni.majulah bangsa untuk agama dan negara :) *peace*

SITUATION 6

time ni kitorang approach one nenek ni.chinese.umuq dia 72 tahun.tapi masih sihat wal'afiat.boleh lagi mai shopping sorang2.hoho.kagum2.hehe.

moral.of.story : amalkan gaya hidup sihat untuk kekal kekal cergas sepanjang hayat.hihi.nanti tua2 pon tak penat bila pi shopping =P

------------------------------------------------------------

tu jelah antara situasi2 yang aku masih ingat even dah seminggu berlalu.hoho.bukan niat nak mengaibkan sapa2 , just nak cakap ada macam2 jenis ragam manusia kat muka bumi ni.plus , kita memang takkan dapat puaskan hati semua orang.so , just be yourself and don't simply judge other people via their physical look.as the proverb said ; don't judge the book by its cover =).

adios and wassalam ;)


# this coming tuesday ada speaking test MUET.doakan aku ye.terima kaseh =)