Saturday, April 02, 2011

TINTA HIDUP PENGHUNI RAUDHATUS SAKINAH

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum ;)



mereka baru berumur lingkungan 12-25 tahun.berasal dari segenap pelusuk malaysia.utara , timur selatan bahkan ada dari sabah.masuk atas sebab paksaan.lantaran keluarga yang malu menanggung akibat arang yang terconteng , mereka dihantar ke RS.mencari diri sendiri yang pernah terhanyut dek arus zaman remaja.semuanya pernah terlanjur.bahkan ada yang sudah selamat melahirkan.ada 2/3 orang yang masih dalam pantang.ada 3 pelatih yang sedang mengandung kalau tak silap.masing2 ada sejarah sendiri.tempoh masa mereka di RS lebih kurang 13 bulan.ada pelatih yang kami jumpa tadi , baru seminggu menjadi penghuni RS.

rutin penghuni RS bermula seawal jam 3 pagi.ya 3 pagi.saat majoriti kita asyik diulit mimpi nan indah.bangun , tahajjud , bertadarus dan sebagainya.5 waktu solat semuanya dilakukan secara berjemaah.diimamkan pelatih2 senior.kelas bahasa arab.kelas menjahit dll.berdasarkan sukarelawan yang datang menurunkan ilmu.pukul 12 tengah hari , semua akan tidur sebentar.mengikut sunnah Rasulullah untuk qailullah sebentar.setiap masa diisi dengan sesuatu yang bermanfaat.semuanya dilakukan sendiri.memasak , membasuh ,mengemas etc.setiap hari , bergilir2 untuk masak mengikut menu yang telah dijadualkan.memasak secara berkumpulan.walau apa pon rasa masakan tersebut , semuanya akan sama2 makan.kerana ada yang baru belajar masak nasi ketika di RS.maka , tiada jaminan makanan lazat menjadi santapan mereka setiap hari.hidup mereka umpama sebuah keluarga besar yang berkongsi cerita hampir sama.namun versi yang berbeza.

aku teruskan dengan cerita adek ira.remaja berusia 17 tahun yang hanya sempat memasuki alam tingkatan 4 selama suku tahun sahaja.berasal dari bumi sabah , dihantar ibunya ke RS.lantaran , 'kenakalan' yang tak terbendung.dia pernah mengandung.dah selamat melahirkan.berasal dari keluarga yang terpecah.ibunya seorang peguam.memiliki firma guaman sendiri.bercerai dengan ayahnya.ira anak tunggal hasil perkahwinan itu.kini , ibunya sudah pon berkahwin lain dan mempunyai 2 anak.mulanya , ira ditipu.dikatakan dia akan dimasukkan ke sekolah agama di semenanjung.dan tinggal dengan ayahnya.namun , sebaik sampai , RS destinasi sebenarnya.ira dah pon berada di RS selama 9 bulan.insyaAllah bulan 7 ni , tamat tempoh pemulihannya.memang jelas dia gembira dengan hijrah yang berlaku.minat bidang perundangan.banyak bertanya tentang law di uia sebab sememangnya bercita2 untuk masuk ke uia.mengambil jurusan undang2.mungkin darah peguam ibunya yang diwarisi.sekali pandang , tak sangka dia 17 tahun.macam 14 tahun je.didoakan ira akan mencapai cita2nya.kagum dengan semangat ira untuk terus belajar walau ada kisah hitam.jangan terkejut satu hari nanti dia muncul peguam terbaik malaysia.perancangan Allah tiada siapa yang tahu.

Ana dan aisyah.pemberi tazkirah ringkas selepas zohor tadi.bercerita tentang kisah gadis yang bertaubat dari melalaikan solat dan pesanan supaya mentaati ibu bapa.sebak bila melihat mereka menangis.pesanannya , jangan menderhakai ibu bapa.kerana redha Allah terletak pada redha ibu bapa.ujian itu bukanlah musibah.tapi untuk mengangkat darjat kita di sisi Allah Yang Esa.biar buruk di pandangan manusia.asal kita tinggi nilai pada pandangan Allah.hidup kalau untuk manusia , tak pernah akan puas.

yang lebih mengharukan , aisyah memberitahu bahawa ibunya sangat2 lama tidak datang melawat.betapa duduk di RS tanpa handphone atau alat perhubungan lain benar2 menerbitkan rasa rindu kepada keluarga.hanya surat jadi penghubung mereka dengan dunia luar.itupon ditapis sebelum dipos.bukan mengongkong , tapi bermula dengan handphone la , mereka ada di RS hari ini.bila teknologi disalahguna.dengan izin Allah , selepas habis sesi tazkirah oleh aisyah , nampak kereta ibunya di pintu pagar.ya Allah ! hanya tuhan yang tahu.betapa terharu dan gembiranya aisyah.berhambur air mata.memeluk erat sang ibu.benar2 mengusik tangkai hati kami yang melihat.alhamdulillah , doanya sekian lama termakbul.baru tadi ana berkata kepada aisyah , ''teruskan berdoa.Allah mendengar doa kita''.subhanallah !

asma.seorang lagi pelatih dalam kumpulan aku.mulanya kami ingat umurnya masih belas2.rupa2nya 20++.itupun ira yang bagitau.fizikalnya yang kecik comel , menampakkan dia awek muda.* jealousy is in the air  =P *.suka memasak.terutama yang berkaitan bakery.dia antara yang paling bersemangat menyalin resepi cheese and choc cake.berasal dari perak.tak banyak kisah dia yang kitorang tahu.

roha.paling banyak cakap.sangat peramah.bersembang macam dah lama kenal.selesa bersembang dengan dia.gadis hitam manis ala2 mamak mukanya.excited jugak buat kek.hihi.seronok tengok diorang happy =)

zati.berasal dari perlis kalau tak silap.sangat cekap hal2 dapur.kagum.skill aku pon tak macam dia.hee.dia agak senior la dikalangan para pelatih.

dunia mereka hanya di RS.dibawa keluar hanya untuk melakukan medical check-up.terutama yang sedang mengandung.kadang2 ada pelatih yang senior sedikit dibawa untuk mengikuti ceramah2.

rasanya , sampai sini sedikit perkongsian dari program ni.semoga dapat memberi manfaat untuk kita semua.apa2 pon , jangan kita memandang negatif mereka yang pernah terlanjur.mungkin mereka lebih baik dari kita sendiri.siapa tahu? rutin berqiamullail setiap hari betol2 membuat aku muhasabah diri kembali.ternyata mereka lebih dekat dengan tuhan.hari2 berqiamullail , tadarus , solat berjemaah sehari 5 waktu dan sebagainya.sedangkan kita , boleh dibilang dengan jari berapa kali berqiamullail dalam sebulan.sama2 ambil ikhtibar.rasa sangat beruah dapat join program ni.alhamdulillah :)

salah silap harap dimaafkan.hanya menulis apa yang ada di minda dan hati.tulus untuk berkongsi.bingkisan dari bumi raudhatus sakinah,.tempat mencari jalan pulang untuk mereka yang pernah tergelincir dari landasan hidup.semoga kita semua dijauhkan dari ujian sebegini rupa.semoga ditetapkan hati untuk istiqamah di jalan-Nya.sama2 kita doakan kebahagiaan saudara2 kita di RS.semoga mereka terus tabah dan bersemangat membaiki diri.tidak dilupa , doa untuk mereka yang masih 'liar' diluar sana.semoga mendapat hidayah untuk u-turn ke jalan yang sepatotnya.amin.

lastly , terima kaseh membaca coretan aku yang panjang berjela ni.maaf.tiada gambar yang dapat dikongsi.lantaran untuk menjaga aib mereka , pelatih RS.insyaAllah , bila kita menjaga aib orang lain , Allah akan menjaga aib kita.cerita yang aku kongsikan di atas , bukan untuk mendedahkan keburukan sesiapa.sekadar mendedahkan realiti hidup saudara2 kita.yang baik jadikan ikutan , yang buruk pandai2 la tapis.

adios and wassalam ;)


6 comments:

  1. Teringin sangat nak pergi ziarah tempat2 sebegini...Kita kdg2 tak sedar yg hidup kita lebih beruntung drp hdup org lain...setidak2nya ziarah ke tempat seperti ini boleh menyedarkan dan melahirkan rasa bersyukur dalam diri....

    ReplyDelete
  2. @cik tiniey : ada rezki insyaAllah akan sampai untuk ziarah mereka2 ni.betol tu.kadang2 bila ada masalah kita rasa kita la yang paling malang.padahal kita tak sedar ujian kita tu kecik sangat kalau nak dibandingkan dengan orang lain kat luar tu.kita je yang tak sedar.
    alhamdulillah , dapat peluang tu ;)

    ReplyDelete
  3. awak! kenapa saya tak tau pun pasal program ni :( alaa,lain kali bagi tau la sakali. Iskk,btw nice entry. :')

    ReplyDelete
  4. @princess : okey :) eik , awak tak balikkah weekend ni ? hoo

    ReplyDelete
  5. @naqib : tau takpa..ni baru sikit.blom semua lagi.macam2 lagi yang kita taktau..huhu.

    ReplyDelete