Thursday, April 21, 2011

BODY TEST HERBALIFE

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum :)

Ini cerita di suatu petang.Petang semalam.Sedang aku khusyuk buat tutorial math , cik aina khusyuk dok baca surat khabaq , tiba2 , pintu bilik kami yang kononnya sangat utuh itu diketuk bertalu2 oleh seseorang.Siapakah?? Hati aku dan aina mula berdebar2 , dah la baru je lega dari kejutan kilat dan guruh yang memancar kat bumi CFS ni.Sumpah , takut gilaaa..kilat sabung menyabung , guruh berdentum dentam..sampai naik bengang lubang telinga.Kiranya , hujan + kilat + petir tadi adalah yang terdasyat selama aku ada kat bumi cfs ni.Cuak sungguh..huhu...Rupa2nya , cik Fatimah , merangkap jiran kami..agagaga * konon suspen * ..cik Fatimah ni jiran + geng silat Aina.hoho.Plus , dia ni coach Herbalife.Korang tau ke Herbalife tu benda apa ? kalau tau , bagus...kalau taktau sila2 la google.yahoo pon takpa.ha-ha.
sekadar hiasan.Tiada kena mengena.Credit to Yahoo Image =P

alkisahnya , main point kat sini ialah aku nak share cerita pasal BODY TEST yang aku buat.Cik Fatimah punya angkara la ni.ngahaha..saja2 la nak buat , lagi pon dah lama tak timbang berat sume tu..jom check out apa benda yang dicheck..kih3

ni haa, result test tu.
meh nak explain.

Body Fat Range , BFR
Bagi perempuan yang berumur 20-24 tahun , body fat index yang paling excellent ialah sekitar 18.2%..kiranya aku normal + sihat la jugak kot sebab aku punya 22%...dalam kategori good je la tapi..huhu.kalau lebih 29.6% , tu dah kategori bad.Kalau lelaki dalam range umur 20-24 ni , BFR paling excellent ialah 10.8.hoho. So , aku kena kurangkan lemak dalam badan la  kasik dapat '' excellent '' tu..hehe.

% Body Water Range
Untuk perempuan , water index yang terbaek ialah 50-60 %..Yeay ! aku tergolong dalam kategori cukup ayaq ni sebab aku punya 57.1%.kih3.Kalau lelaki and kanak2 , % BWR diorang kena lagi tinggi.

Muscle Mass
Aku punya tak cukup.Sob -.-''.Just 32.6 %..kena bina muscle la aku pasni.Bina muscle ye , bukan ternak lemak.kah3 http://matcuoi.com

Physique Ratings
PR ni ada kaitan dengan Muscle Mass kat atas ni.Contoh , aku punya 32.6% which is tergolong dalam kategori 4 iaitu Under Exercises.Dalam erti kata lain , tak cukup la.kalau 5 = standard , 6 = standard muscular , 7 = thin ( cik nami dapat 7 ) , 8 = thin and muscular ( ni untuk model la selalunya ) and 9 = very muscular ( ni Malik Noor je kot.Tak pon Sazali.ha-ha )

Bone Mass
Untuk women , paling ideal ialah ;

  •  berat kurang 50 kg  ; 1.95 kg
  • 50-75 kg  ; 2.4 kg
  • lebih 75 kg  ; 2.95 kg
Untuk men , paling ideal ialah ;
  • less than 65 kg  ; 2.65 kg
  • 65 - 95 kg  ; 3.29 kg
  • more than 95 kg  ; 3.69
alhamdulillah , aku punya ideal.hehe.1.9 kg  :)

Body Metabolic Rate , BMR
Kiranya , berapa kalori yang mampu dibakar oleh badan aku.Sob , sedih sebab tak cukup.Patotnya around 1200-1400 ..Tapi aku just 1078 je.Nak kena exercise lebih r nih.Jogging every weekend + badminton seminggu 2/3 kali je tak cukup lagi..haisshh.. * sigh *.

Basal Metabolic Age
Benda ni kiranya indicator yang menunjukkan badan kita beroperasi macam mana.Let say , macam aku dapat 16.Means , badan aku beroperasi /  bekerja macam baru umur 16 tahun.Padahal dah 19.hehe * ehem , bangga sat.Eceh.ha-ha *http://matcuoi.com.Kalau kita dapat lebih dari umur yang sebenar , means kena la buat something untuk mengatasinya.Ho-ho..

Visceral Fat
VF ni adalah lemak2 yang berada di sekeliling organ kita.Contohnya , jantung la.Apa yang penting dengan VF ni ? haa, meh nak habaq , bila VF kita tinggi , means risiko untuk dapat darah tinggi , sakit jantung , diabetes etc tu pon tinggi la.Ni haa ratingnya ; 
  • 1 to 4 = good
  • 5 to 8 = medium
  • 9 to 12 = bad
  • more than 13 = ALERTING !
 Alhamdulillah , aku punya 1..hihi ^^

Sejauh mana kebenaran dan ketepatan fakta2 ni aku sendiri tak pasti.Wallahualam.Bukan pakar lagi dalam bidang kesihatan ni.InsyaAllah , dalam jangka masa beberapa tahun lagi.Hehe , bioscience la katakan.Kih3.Pape pon , kena improve lifestyle ke arah yang lebih sihat.Banyakkan exercises untuk bina muscle.Yeah..weekend ni kita work out ye kawan2.. * acehh , semangat lebih plak *.Amalkan gaya hidup sihat - Pesanan dari wakil Kementerian Kesihatan Malaysia.ha-ha.

Okey , tu jelah yang nak dikongsikan pada pagi yang penuh barakah ni , insyaAllah.Mentang2 kelas lambat hari ni , ( pukul 11 ) , update blog dulu la.Hehe.Padahal besok quiz kot.Aisehhttp://matcuoi.com .

sapa2 yang berminat nak buat jugak test ni , pandai2 la korang pi carik coach Herbalife..Aku pon taktau kat mana nak cari.Hua3 =P.

adios and wassalam :)




8 comments:

  1. haha..ingt ape lah tdi suspen jew..

    entry terbaru singgah lah..

    http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/04/kerana-cinta-kau-murtad-eh.html

    ReplyDelete
  2. baru tau ada body test mcm ni, tak penah nampak pun, thanks for sharing =)

    ReplyDelete
  3. @ Dekcik : haha..saja je tuh..gimik.. =P

    ReplyDelete
  4. @ ninie : hee , samalah...baru je tau ni :)

    ReplyDelete
  5. tapi aku nak badan gemuk..
    ce cane?
    hehhehee
    ade tak produk ni menggemukkan badan? :P

    ReplyDelete
  6. owhh.. berat sy ideal.. tp atas line je.. heheh.. sipi2..

    ReplyDelete
  7. @ nas : nak gemok ? ada2..silalah rujuk kepada pakar/coach Herbalife..ahaha =P

    ReplyDelete
  8. @ SZ : atas line ?? bahaya dah tu..haha

    ReplyDelete