Friday, April 01, 2011

SUSAHNYA JADI VOLUNTEER !

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum :)

alhamdulillah , baru malam ni berkesempatan dan rajin nak meng'update' blog ni.haish.entry kali ni nak story pasal Volunteer Job yang aku buat last saturday.kiranya , nak story cerita basi la..dah seminggu expired -.-''.Apa2 pon , nak jugak tulis ! Act , this week busy sikit.kena siapkan tuto math and ada quiz pulak tu.so , kena focus on study dulu la kan.blog jatuh tangga ke-2.

the poster ;)
okey , alkisahnya bermula....

seawal pukul 8.45 , kitorang dah terpacak kat bas.around 9++ baru gerak ke sunway.sampai sana , tunggu lama la jugak untuk registration.ramai volunteers dari WWF yang terlibat.diorang memang busy la dengan segala macam benda.

lepas register , kitorang dipecahkan kepada beberapa 'station'.aku dapat 'station' yang dekat2 dengan Mcd tu.then , pecah lagi kepada beberapa group.each group ada dalam 4 orang.campur la , 2 lelaki and 2 perempuan.plus , campur jugak budak CFS IIUM dengan budak2 from taylor's.aku se'group' dengan encik harris , encik azmi and zhen ji.*not sure la eja macam ni ke tak * haha.

apa je kerja kitorang ni ? haa , ni nak story nih.kami dibekalkan dengan berkeping2 pledges untuk ditandatangani , and keychain sunway special edition sempena earth hour , glow in the dark hand band sebagai souvenir untuk anyone yang sign pledges tu.

the hand band

tambah koleksi button !

tugas kitorang , approach seramai orang kat sunway tu.then , mintak diorang sign that pledges.explain la pape yang patot pasal earth hour tu.sebab ada jugak yang kitorang jumpak tu taktau pon apa benda earth hour tu.hoho.mula2 memang terkial-kial gak la macam mana nak approach orang.haha.tak penah seumur hidup aku buat benda alah ni.

tapi lama2 ok jugak la.baru aku tau betapa SUSAHnya kerja as promoter.huhu.SUSAHnya nak approach orang.macam2 jenis manusia yang kami jumpak.serius , buat kerja ni memberi aku satu pengalaman baru yang memang menguji kekuatan fizikal dan tahap kesabaran aku.

moral yang aku dapat , kalau kita tengah shopping / jalan2 , then ada orang datang approach kita , tolong la bagi respon.even just by saying ''no.thanks''.sebab --> sangat la sakit hati kalau orang yang kita tegur just buat dunno je.sob ='(.at least bagi la respon sikit , jangan buat2 tak nampak pulak.padahal orang tu kat depan mata.huhu.* menulis berdasarkan pengalaman *.

sesi meng'approach' orang ni habis around 12.30.another group pulak take over.kira macam tukar shift la.heheh.lepas tu , kitorang semua bebas la nak buat aktiviti apa pon.sementara nak tunggu kemuncak earth hour pukul 8.30 malam.aku dengan aina decide nak buat wayang.eh silap ! tengok wayang daaa..ehehe.so , pi beli tiket citer Hikayat Merong Mahawangsa pukul 3.55.then , zohor.pastu makan kat Popeye.lepak situ lama la jugak.

half of our lunch :)

overall cerita HMM tu best la.4 bintang.hoho.malas la nak buat review macam citer Ngangkung yang aku buat dulu tu kan.hee.keluar cinema , pi surau.asar.rest jap.maghrib etc.

pukul 8 , kitorang semua gathered kat main entrance sunway.time tu , semua volunteers including dari UIA , UM , TAYLOR ,KDU , WWF dll sume dok sekali la.dapat lilin kecik sorang satu.hehe.persediaan nak tutup lampu.so , that time ada la ucapan perasmian etc.tak dengar sangat pon sebab bising kot.huhu.

ada show dari wwf , budak2 sekolah mana entah.plus , ada dance show segala bagai.part ni macam tak best la.sebab persembahan dia macam ala2 tak seswai la dengan kita.terjerit2 and terkinja2 pon ada.kitorang ni tengok jelah.plus , mostly kat situ adalah non-muslim.so , komfem la budaya diorang lain daripada kita kan.so tak boleh nak salahkan diorang sangat la...pape pon , yang baik jadikan ikutan,yang buruk jadikan sempadan k.

pukul 10 , kitorang blah dari situ.berkumpul tunggu pakcik bas uia datang jemput.hoho.masing2 muka dah agak selebeh.hahaha.mana taknya , seharian berkeliaran kat sunway tu.dari pagi sampai malam.bertanduk la jugak tunggu -.-''.alhamdulillah , pukul 11 malam selamat mendarat kat bilik terchenta.

so , conclusion nya , kerja volunteer ni memang bukan senang...memerlukan kekuatan yang jitu.dan jangan memandang rendah kerja as promoter.sangat susah nak approach and yakinkan orang.huhu.lepas ni insyaAllah kalau tengah2 shopping or jalan2 kat mana2 , then ada orang nak mintak pledges /promote pape , aku akan bagi respon.even just say ''no'' sambil tersenyum maneh umpama madu.ha-ha.sebab , aku komfem akan ingat betapa peritnya rasa kalau orang ignore je teguran kita -.-''.sumpah makan dalam.

so , tu jelah yang berlaku sepanjang sabtu lepas.program ke-2 yang aku join under CFS IIUM Environmental & Nature Club in collaboration with WWF Malaysia.

Kat bawah ni serba sikit gambar untuk event ni : * ada yang di cilok dari FB WWF and certain dari Programme Manager  which is Fa Zo


 before bertolak ke Sunway :)


the volunteers !

institut perguruan guru tengku ampuan afzan , kuala lipis

view of klcc and kl tower during earth hour


institut perguruan guru tengku ampuan afzan , kuala lipis

entry lepas ni , nak cerita pasai ragam2 manusia yang kumpulan aku jumpak time mengumpul pledges tu.hihi.insyaAllah :)

adios and wassalam










2 comments: