In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
assalamualaikum :)
Alhamdulillah , selesai satu program..hari ni aku join trip ke Raudhatus Sakinah..Rumah Perlindungan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah , Sg Buloh untuk lebih tepat lagi.RS ni tempat remaja2 puteri yang bermasalah ditempatkan.contoh yang paling senang , remaja yang dah TERlanjur , TERmengandung dan lain2 TER.program ni organised by Mahallah Representative Committee [MRC] kolej kediaman aku iaitu Mahallah Khadijah.nak tau lebih lanjut pasal RS boleh click sini --> RS..terima kasih kepada ex-schoolmateku , cik aisyah sebab ajak aku join :).and syukur alhamdulillah , Allah bagi aku dan rakan2 ni peluang untuk mendekati sendiri kehidupan pelatih kat RS sana.so , this time nak share serba sikit apa yang kami dapat dari program ni.
firstly , RS ni mula ditubuhkan pada tahun 1998.di mana pada masa tu gejala mengandung anak luar nikah oleh mahasiswi ipt sangat berleluasa.anak2 yang lahir pulak diserahkan kepada gereja2.bermula dengan hanya 1 cawangan , sekarang ni RS dah pon ada 5 cawangan.bukan nak berbangga adanya banyak cawangan , tapi ni la aras petanda bahawa social problems kat malaysia ni makin parah.cawangan RS ada kat Sg.Buloh , Kelantan , Penang , Melaka and Johor.
kami bertolak dari uia pagi tadi dalam pukul 8.30.sampai sana around 9.disambut oleh para warden RS yang masih muda2 semuanya.menggelarkan diri dengan panggilan Kak Long , Kak Yong , Kak Lang etc.terasa aura 'sibling' dengan panggilan yang dituturkan.sedikit briefing dan peraturan yang perlu dipatuhi disampaikan oleh kak long atau nama sebenarnya nur asyikin ismail.gadis yang aku rasa berumur dalam lingkungan 20++.tinggi lampai dan berkulit cerah.secara dasar memang payah nak percaya dia seorang warden.sebab memang berbeza 360 degree dari bayangan para warden yang selalunya berwajah garang dan bengis.hehe.Itu serba sedikit huraian para warden RS.
Then , kami mula melangkah masuk ke dalam teratak serba sederhana..teratak yang menempatkan hampir 30 orang pelatih.luarannya , hanya sebuah rumah sederhana besar..sebuah bangsal juga sederhana besar dihadapan.sebuah pondok kecil dengan kerusi batu dan buaian besi tempat untuk berehat.tiada kemudahan lain.lokasi RS memang agak terpencil.berada di persekitaran kampung yang tidak terlalu kekampungan.banyak juga banglo2 mewah.mungkin milik mereka yang kaya raya tetapi memilih suasana kampung.melangkah dengan perasaan yang bercampur baur.excited , nervous semua menjadi satu.cuak bagaimana reaksi pelatih menerima kunjungan kami.
program dimulakan dengan membahagikan kumpulan...4 groups kesemuanya..sesi taaruf bermula..berkenalan dengan semua pelatih yang ada.mudah sebab semuanya memakai name tag.aku se'group' dengan cik namira , cik hanim dan cik ain..ain kenalan baru aku untuk hari ni.namira pulak roommate aku sedari sem 1-3.hanim ,aku kenal melalui aina (roommate aku).kami disuruh membahasakan diri dengan panggilan 'kakak'.walaupon pada hakikatnya , kami baru 19 / 20.bukan apa , biar pelatih rasa macam kami ni kakak2 diorang yang masih nak ambil berat pasal diorang.supaya komunikasi antara kami lebih berkesan.adek2 pelatih RS yang di bawah group aku , antaranya ; roha , ira , zati , aisyah ,dan asma.
lepas tu , tentative kami diteruskan dengan sesi buat kek.sedikit teruja semuanya.hehe.ada dua jenis kek yang bakal disediakan.cheese cake and chocolate cake.yummy ^^. dimulakan dengan demo oleh sis amira dan assistantnya sis aini.masing2 teruja.then , ramai2 tolong menolong menyiapkan 2 choc cakes and 1 cheese cake.sementara tu , kami ambil kesempatan mengenali lebih dekat para pelatih.mencungkil macam2 cerita dari insan2 terpilih ini...terpilih untuk menerima hidayah setelah sekali tersalah pilih jalan kehidupan.alhamdulillah , mereka terpilih tatkala usia masih muda.bukan terus terbiar di lorong maksiat sampai ajal datang menjemput.insyaAllah masih ada kehidupan yang baik untuk mereka.sama2 kita doakan :)
selesai sesi membuat kek , masa untuk mengisi perut yang dah lama berjoget lambak.rock , nasyid , dangdut , indie berselang seli.tanda mintak diisi.menu memang terbaek dari ladang.nasi putih + ayam goreng ala2 kfc + ikan bawal masak merah + ulam-ulaman + sirap limau + betik + tembikai + sambal.kalau makan kat luar komfem dalam RM 6 / 7.makan ramai2 di bawah bangsal.masing2 khusyuk menikmati lazatnya menu lunch kami hari ni.satu kelainan buat penghuni RS yang rutinnya makan dalam talam.tapi hari ni makan dalam pinggan.hihi.
bersiap2 untuk menunaikan solat zohor.sementara menunggu masuknya waktu , penghuni RS bertadarus dan mengalunkan 99 asma Allah.sayu mendengar.entah kenapa , rasa terkesan di hati tatkala mendengar.mungkin berkat dari hati mereka yang betul2 ikhlas untuk berhijrah.solat diimamkan oleh saudari faz.terdengar esak tangis beberapa pelatih yang basah pipinya.lantaran menangisi kejahilan masa lampau mungkin.terasa diri sendiri tak se'khusyuk' mereka.kemudian diteruskan dengan sedikit tazkirah ringkas oleh Ana.salah seorang pelatih RS.ditambah sedikit pesanan dari Aisyah.juga pelatih RS.sebak mendengar tazkirah mereka.dengan contoh yang diambil dari masa silam mereka sendiri.benar2 membuat hati terkesan.
masuk semula ke teratak RS.sedikit cenderahati kecil dari kami pihak uia.hanya keychain lambang uia untuk setiap pelatih.sesi penutup dan bersalaman sebelum kami melangkah pulang.sebelum pelatih RS kembali kepada rutin mereka.terasa berat untuk berpisah.walhal , baru beberapa jam bersama.terasa masih banyak yang nak tahu , bukan nak menjaga tepi kain mereka apatah lagi mencari aib orang.tidak sama sekali.cuma sekadar mencari kenapa sampai begitu jalan hidup mereka.rasa seakan tak percaya bila memandang wajah2 pelatih di RS.semuanya wajah2 bersih , tenang.walau dalam hati tiada yang tahu.kerana sengsara jiwa tak nampak di muka.
jam 3.30 petang , bas bergerak meninggalkan perkarangan RS.kami pulang dengan bermacam pengalaman baru.yang tak terduga.selama ni hanya membaca pengalaman2 penghuni RS melalui buku yang dapat sewaktu join program Anda Bijak Jauhi Zina anjuran RS peringkat ipta.hanya tahu apa itu RS dari laman web.tapi hari ni , berjaya hadir sendiri ke bumi RS.berdepan dengan penghuni RS yang berusia seawal 12 -25 tahun.benar2 'impressed'.
logo program ABJZ
satu slot kelolaan ummi rose.pengasas RS
* sumber yahoo images*
entry lepas ni , ada bingkisan ceritera penghuni RS.lebih detail pasal kehidupan diorang kat sana.mulanya nak satukan dengan entry ni , tapi terlalu panjang rasanya.jom sama2 kita hayati perjalanan hidup pelatih RS yang sempat aku 'terjah' =)
adios and wassalam ;)
WAH!
ReplyDelete@hazen : awat ? speechless kah ? =')
ReplyDeletemungkin entri ini berjaya menyedarkan rakan-rakan kita yang telah tersalah pilih jalan. saya rasa anah ada bakat untuk tulis buku.
ReplyDeletekeep on writting nice entri. good luck and all the very best!
@bro hadiee
ReplyDeletejust berkongsi apa yang memang rasa/dapat kat sana :)
err , bakat tulis buku ? hehe.jauh lagi tu.thank you for the wishes.amin :D
nice:)
ReplyDeleteaku baca pon rasa nak nangis.
ReplyDeletematrik pj eh? HI!
hari tu pon ada program kat KEWAJA.
tapi sana tak bagi kita jumpa dak2 dalam tu, just dgr citaa ketua dia jelaa.
syukur la depa dapat hidayah.
time semayang tu syahdu ja dgr hang citaa. hurmm =(
@ NAZYHA : just sharing ..thanks btw ;)
ReplyDelete@ A.I : yup..cfs pj and hi too :)
ReplyDeleteowh ~ maybe sebab nak jaga privacy penghuni situ kot..yes , frankly said memang rasa nak nangis time solat tu..sebak je dengar :'(
boleh bagi alamat penuh tempat ni tak ? emailkan ke nurazzielah_zulkifle@yahoo.com
ReplyDeletetq :)