Sunday, April 03, 2011

TERTIPU DI WENDY'S

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum :(

.sadis.sadis.sadis.sadis.

tu la yang aku and cik nami rasa sekarang ni...alkisah kami 'tertipu' di Wendy's.

pagi tadi , kami mulakan dengan gaya hidup sihat.iaitu , berjogging..penat jugak la.lepas dah sekian lama tak lari2 ni.terkejut urat2 serta otot2 aku ni.hehe.pusing2 sekitar cfs.lepas tu , yang tak boleh blahnya , aku breakfast dengan nasi lemak ! walla ! lemak tu.penat je bakar lemak masa jogging tuh.haha.pape pon , tu baru mukaddimah.main point aku dalam entry ni ialah ---> aku dan nami ( si roommate) kena tipu/cekik kaw2 punya time kat Wendy's petang tadi. -.-''

alkisahnya macam ni : time tengah sembang2 tengahari tadi ,nami cakap ''eh , rasa macam nak keluar la''.aku pon dengan pantasnya,''jom2.kita pi jayaone nak?nak gi wendy's la.''.JayaOne ni sekangkang kera je dari uia ni.jalan kejap ja dah sampai.huhu.

maka dengan itu , tatkala jarum jam aku yang gedabak tu menunjukkan pukul 5.35 , kami ber-2 pon melangkah ke jayaone dengan penuh riang ria dan hati yang berbunga2..mula2 pi cold storage dulu.beli keperluan and stock makanan sikit.aku just beli cornflakes , jem buah and vono mushroom soup.cik nami dengan stok biskut2 dia la.

pastu , baru pi Wendy's.Actually , ni first time aku pi Wendy's kat Jayaone ni.before ni setakat pi cold storage tu je.tak merayap dah kat tempat lain.kalau kat luar pon memang aku gila2 jarang pi wendy's.sekali je penah pi rasanya.tiba2 hari ni nak merasa.haishh.menyesal pon ada.sob -.-''

tenung punya tenung menu2 yang ada kat situ , decide nak order triple melt.nyum3.ada cheese.okey , poster dia lebih kurang macam ni la :

;

just harga dia tulis kat situ RM 5.55.just ada gambar 1 burger + air.kitorang pon macam , o0oo okey.murah la kan.5.55 je.campur gov tax dalam 6++ la nanti.then , dengan penuh konfident pi la order kat kaunter.cakap kat bro tu , ''triple melt 2 sets.plus 1 medium fries''.then bro tu kata ''fries memang dah ada.''aku pon macam , errr..yeke.okey then.dalam hati macam pelik jugak sebab dalam gambar poster tu takdak pulak gambar fries.boleh pulak bro tu kata , ''banyaknya makan''..aku senyum je la.dalam hati ,''apa menda yang banyaknya.burger ja seketol ngan air.iskh.pelik la bro ni''.lepas bro tu tekan2 mesin kira2 , alangkah kepalang terkejutnya aku and nami sebab total bil ialah RM44.42 including gov tax yang sememangnya diketahui mencekik iaitu RM2.52.What the tuuuuuttt la kan.tapi muka control la.bajet chill and cool la.padahal dalam hati dah ,''hadoyy ! abes la duit aku !"

service dah la lambat.puas aku and nami dok belek2 resit tuh.memang tak puas hati.apa cer ni , poster lain.hakikat sebenar lain.terbayang2 duit yang aku bayar kat kaunter tadi.sob.naseb la duit dalam purse cukup.haha.aku bawak RM50 ja sekeping time keluar tu ngan matric card + kunci bilik.kalaula tak cukup , mau malu 7 keturunan aku.haishh.

sepanjang perjalanan balik tu memang la hati tak tenang.mulut pon pot pet la.tak puas hati punya pasal kan.salah aku jugak la kot sebab tak tanya dulu , triple melt tu just ada apa je.how much etc.etc.akan TETAPI , fast food restaurant yang biasa aku pi selama ni macam kfc ke , mcd ke , popeyes' ke , Radix Chicken House ke , Radix Fried Chicken ke hapa sume tak macam ni.apa yang ditunjuk kat poster , yang tu jela yang ada.harga pon yang sama jugak la.cuma tambah tax ja sket.

balik bilik , mandi segala bagai.baru la duduk nak menjamu selera la konon.tapi sebenarnya selera aku dah kurang mengenangkan betapa 'murah'nya dinner kami hari ni.untuk pengetahuan , cik aina (roomate aku lagi sorang ) tak terlibat dalam kes ni.sebab dia balik rumah makcik kat kelana jaya sebab ada wedding.and petang tadi dia pi main badminton.hoho.



hasil 'borong' hari ni.

the triple melt beef burger.duit aku yang MELT ! haiyo ~

yang lebih mensadiskan , burger tu BEEF !!! uwaaa..aku tak suka beef.selalu kalau teringin sangat nak makan burger , chicken la pilihan aku.seingat aku , ada tulis chicken kat iklan tadi.huhu.ni dah la beef , pastu 3 keping plak tu ! aiyokk 0____________o''.berusaha sehabes baik untuk makan.and sampai saat entry ni ditaip , aku tak abes makan lagi.tak terdaya rasanya.nak bagi orang lain pon , rotinya dah takde.just daging je sekeping.sapa la yang nak kan.takkan nak pi jaja satu mahallah plak.haishh.fries and air ja dah abes.

moral of story , kalau nak order satu2 set tu tanya dulu apa je yang ada dalam set tu.tanya harga sekali.tu paling penting.rasa2nya , tu ja kali pertama and terakhir aku pi Wendy's kat Jayaone tuh.terkilan gak r , iklan tak serupa bikin.indah khabar dari rupa.*erk , seswai ke?* gasak la.huhu.tu je la pengalaman sadis aku untuk hari ni.sama2 ambik pengajaran k.

tu ja.insyaAllah lepas ni stop blogging jap.sebab this coming tuesday ada speaking test MUET.then , math quiz on thursday.do pray for me and friends ya.arigato^^.

macam besa ,

 adios and wassalam.


sapa la agaknya menang ABPH malam ni kan.takdak tv pon nak tengok.tapi takpa la , tak penting.esok baca paper mesti tau kan.hihi.plus , tengah tunggu loading BoboiBoy kat tonton.my.hehe =P.

6 comments:

  1. cian cik has.. laen kali g wendys ajk saya k. mesti selamat punyer.. =)
    btw, shaheizy sam, bf i yg menang abp.. hahahaha

    ReplyDelete
  2. @vampire : kejam r..gelak plak..komfem tobat pasni.hoho =P

    ReplyDelete
  3. @ cik wani : u takdak kat sini.camna nak ajak.sob -.-''..aceh ! 'abg' sempit menang der...hihi.congrats la 'abg' awak menang ye. ;)

    ReplyDelete
  4. @ birashitler

    kejam r...SAY BIG NO TO WENDY"S...haha

    ReplyDelete