Sunday, March 27, 2011

BOOK XCESS

In The Name of Allah The Most Gracious The  Most Merciful

assalamualaikum ;)

Hari ni outing lagi.padahal semalam dah seharian kat sunway piramid.Tapi hari ni just outing pi Amcorp Mall.dekat je pon.naek LRT baru 7 kupang.hehe.Actually , dah lama plan nak pi dengan cik nami dan cik aina.Plan nak serang and borong sakan kat BookXcess..heheh.around 2.30  baru keluar and 4.45 dah terpacak kat bilik.


so , post kali ni nak kongsi la buku apa yang aku dah TERborong =P


hah ! part ni memang tak boleh blah..murah gilaaa...dah la buku2 bestseller...rasa nak kaut je semua2 tuh..naseb nafsu dapat dikawal..ahah =p


yang ni aku pilih dari part under RM10 tu


cecelia ahern is one of my favourite writer ^^


buku ni pasal simple biografi stephenie meyer..sapa peminat twilight kompom kenai ! yang ni lagi murah..RM5 ja.aku sambar dari ''Bargain Bin Sale''..harga serendah Rm1-RM8 SAHAJA ..memang boleh buat aku hilang kawalan -.-''



wallaweh ! dah lama nak beli buku ni..alhamdulillah , hari ni berjaya gak.Hari tu almost nak beli dah kat POPULAR , but then tak jadi sebab nak save duit.Harga kat sana dalam RM30 ++

memang rambang mata tahap petala ke-7.haishh..habes duit kat situ ja.tapi memandangkan mak abah serta kaum kerabat  tak kisah perabes duit untuk beli buku , maka tak la terasa sangat RM52.70 yang TERmelayang tuh...hehe.terima kaseh ya semua kaum kerabat sebab support hobby saya.ahaks ;)

so , kepada penggemar buku2 English , boleh la pi sini ye.jimat and berbaloi-baloi.recommended to all.

thats all.alkisah pengalaman aku jadik volunteer WWF untuk earth hour semalam insyaAllah akan menyusul dalam masa terdekat.haha.

adios and wassalam =)


# tutorial math 2 tak siap lagi..haiyok =.=''

Friday, March 25, 2011

WHAT ON EARTH IS EARTH HOUR ?

In The Name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

assalamualaikum :)



26 March 2011 , sabtu bersamaan dengan esok adalah hari sambutan earth hour.rasanya  majoriti dah tau kan ? so , hari ni nak share la sikit pasal earth hour ni.alang2 tengah buat research sikit pasal ni memandangkan aku dan kawan2 se'CFS' akan ke Sunway Pyramid besok.Bukan nak pi bershopping sakan ye.Nak pi jadi volunteer untuk event earth hour ni la.Kitorang akan ada kat sana dari jam 10 pagi - 10 malam.ho-ho.program ni organised by CFS Nature Club in collaboration with WWF.kiranya ni program ke-2 yang aku join under nature club and WWF.1st programme aku join is Beach Walk Campaign kat Tanjung Bidara..full story pasal ni boleh usha--> SINI.Laporan penuh pasal program kitorang kat sana plak insyaAllah akan menyusul dalam entry akan datang.hehe.

so , ni serba sikit pasal Earth Hour.

E.H ni actually dianjurkan oleh World Wildlife Fund a.k.a WWF.selalunya akan disambut tiap2 sabtu minggu terakhir dalam bulan march..event ni first dibuat kat Sydney masa tahun 2007.start dari tu la , negara2 lain pon join.time ni , seluruh penghuni muka bumi digalakkan untuk tutup lampu and segala perkakas yang menggunakan elektrik.apa motif dia susuh tutup lampu segala bagai ni ? haa..good question ! jawapannya sebab nak meningkatkan kesedaran kita la.kesedaran untuk sama2 ambil berat pasal pemanasan global yang makin serius ni.nak tau lebih lanjut pasal pemanasan global / climate change ni sume , korang pandai2 la google sendiri k?hoho.

untuk pengetahuan , ada la sorang hamba Allah ni , aku bahasakankan sebagai si polan je la eh.si polan ni berpendapat yang EH ni hanyalah benda yang sia2.takdak faedah.sebab katanya lagi , dengan hanya padam lampu selama sejam adakah cukup untuk buktikan yang kita ni sayangkan planet? padahal on the same time dok pulun buat pembangunan sampai abes kawasan hutan digondolkan.huhu.ada sapa2 setuju dengan si polan tak ? =.=''

tapi pendapat aku pulak , tak salah kita nak sama2 join EH ni.tak merugikan pon.at least kita support usaha yang baek.even memang la pada dasarnya , bumi kita yang dah makin nazak ni tak boleh 'sembuh' dengan hanya tutup lampu sejam.kalau macam tu senang la kan? takyah la WWF and NGO lain nak kempen sana sini.semua saintis pon tak payah pening2 kepala pikir macam mana nak selamatkan bumi.kesian depa , major pikir sampai jadik botak.kuang3 =P.lagi pon , EH ni tak bercanggah pon dengan amalan agama kita.kan3??untuk pengetahuan jugak , padam lampu selama sejam ni simbolik yang membuktikan setiap usaha untuk selamatkan planet kita ni boleh berjaya kalau kita semua boleh bergabung.sehati-sejiwa.bekerjasama and lain2 perkataan la yang sama erti.


tak paham?

macam ni --> cuba korang pikir ; kalau penduduk sesebuah negara tak kira la bangsa apa,agama apa,even orang tu pagan sekali pon boleh tunjukkan kesepakatan untuk sama2 padam lampu and bergelap selama sejam time EH ni , kenapa pulak diorang semua ni tak boleh sepakat untuk hal2 lain yang boleh menyelamatkan bumi ni? see , ada bukti yang tunjukkan setiap usaha tu ada possibility untuk berjaya KALAU ada kerjasama semua :) nothing is impossible kan?

apa2 pon , selamat memadam lampu and lain2 electrical items yang berkenaan kepada sesapa yang TErgerak hatinya untuk sama2 menyokong niat murni ni.pukul 8.30 malam ye.kalau taknak pon takpa.tiada paksaan.tapi , cuba tanya diri kita , apa yang kita dah sumbangkan kat bumi ni? adakah dengan membuang sampah merata2 ? 


membazir elektric? 


etc.renung2kan dan selamat beramal.hehe.

sapa2 yang berminat nak sokong usaha ni , boleh sign pledges kat sini livegreen.wwf.org.my.simple je , just isi sikit info korang contohnya nama , state etc.pledges ni macam ikrar kita la untuk sama2 sokong usaha ni..pledges ni pon bertanding tau , negeri mana yang paling banyak rakyat dia sign.sekarang ni selangor tengah leading if tak silap.hoho.oqang kedah mana?? cepat pi sign !! ha-ha.( tiba2 semangat kenegerian ) .home page earth hour boleh pi kat sini http://www.earthhour.org.

okeylah tu ja nak share.mata pon dah ngantuk.hihi ^^

eh lupa , ni nak pesan sikit ;

jangan suka pandang rendah or memperlekehkan usaha orang lain untuk buat perkara baik.kalau taknak buat , diam2 sudah.tak pon come out la dengan solution yang lebih baik dan bernas. ( kalau fikir diri sendiri dah cukup bergeliga kan ? ) 

tu je.thanks for reading.just drop your word if you want.it never will bring you any harm.believe me. =P
adios and wassalam =)


#  Earth Hour 2011 pada 26.march = my birthday .A bunch of thanks  kepada semua yang wish.No matter by  phone , FB , face to face  etc.Makin bertambah usia , semakin dekat dengan mati.Kan3 ?huhu.Apa2 pon nampaknya tahun ni aku sambut birthday kat sunway pyramid dengan menjadi seorang volunteer.should be nice experience.Yeayh !

Thursday, March 24, 2011

MUET

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum :)

ho-ho-ho.tepat jam 7.00 am tadi dengan penuh rasa dup-dap-dup-dap aku pon buka www.mpm.edu.my.buat apa ? check status permohonan untuk exam MUET la.hadoyyhttp://matcuoi.com

so here it goes :


CODEPAPERDATETIMEDURATION
800/2SPEAKING5 APRIL 201111:00am30 minutes
800/3READING16 APRIL 20118:00 am - 9:30 am90 minutes
800/4WRITING16 APRIL 201110:00 am - 11:30 am90 minutes
800/1LISTENING16 APRIL 201112:00 noon - 12:30 pm30 minutes



waa..cuak gilaaa kot.sem lepas dah la tak belajar English dah.just belajar time sem 1 dulu.Then , alhamdulillah exit :).so, no need to learn English anymore.but , ni kena MUET pulak.huhu.Dah lama la jugak tak buat essay bagai.speaking pulak, kadang2 je.bila tetiba mood omputih mai.ha-ha.5 APR tu berapa hari je lagi..tolak makan , tidoq , tandas , lectures , sembang , etc.etc tinggal la dalam 2 hari je kot.hoho.Ya ampun ....gimana ni? ada enggak sesiapa yang bisa nolong gue ? *siaran lari.masok line Indon plak.heh http://matcuoi.com*


kepada sesapa yang senasib tu , all the best ye.jom pulun asah skill English sampai berkilat.syinggg !! ahaks...biaq time exam nanti lancar je sume macam pakai minyak pelincir gitu.wahaha.

kalau nak any rujukan online , boleh pi kat sini ---> CLICK2..kalau ada sumber rujukan lain , bagi tau la yer.kan ke sharing is caring ? hee.

sapa2 sudi nak share pengalaman ber-exam MUET or nak kasik tips / skill mantap ke ?..you are kindly invited to do so.

kepada yang sudi membaca luahan seribu satu rasa aku ni , tak kira la drop komen ke or just being a silent reader..terima kaseh diucapkan.haha.kalau sudi tu doakan la sekali.mudah-mudahan segalanya berjalan lancar.and most important , dapat result yang mantop.Target ----> Band 6 *tak salah kan berangan? hihi ;) *

tu je untuk petang khamis ni.
adios and wassalam :)


  # agak2 topic apa eh untuk speaking part ? politic issues ? ermm *wondering *



Tuesday, March 22, 2011

PENDEDAHAN IKHLAS DARI AKAK YANG BAIK

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum :)

entry khas untuk adek2 SPM 2010.1st of all CONGRATULATION to all of you no matter berapa pon yg korang dapat k?setiap ketentuan tu pasti ada hikmahnya :) chill je k..kejap je isu result2 ni.setahun dua lepas ni basi la. orang tak tya dah.hehe.tapi , bersedia la , orang akan tanya berapa pointer pulak..hadoyai ~ 4 flat ke ? perghh..makan dalam soklan tu.hahaha.LOL.

kepada yang straight A+ , korang memang hebat gilerr r..hehe.congrats2.Bila dah berjaya jangan sekali-kali memandang rendah pada orang lain tau.jangan lupa orang di bawah anda.ikut resmi padi.makin berisi makin tunduk.   # eceh ! asal gaya aku cam motivator neyh? heh

kepada yang kurang berjaya pulak ; jangan down sangat.perjalanan masih jauh.SPM tak menjanjikan segala2 yg indah di masa dihadapan.ramai je kat luar tu yang SPM macam hampeh , but diorang berjaya dalam hidup.kadang2 , lebih hebat dari orang yang dulunya kaw2 nye score time SPM.sebab kita kena ingat , rezeki tu di tangan Allah.kita sebagai hamba ni hanya mampu berusaha dan bertawakkal.

kalau rasa sedih sebab tak dapat fulfill parent's demand / rasa macam tak dapat jadik anak yg boleh dibanggakan , kena janji dengan diri sendiri yang korang akan cuba lagi.don't give up.tu yang penting.time matrix/dip./degree nanti , pulon kaw2 nyer.hehe.insyaAllah boleh.lagi pon banyak lagi cara nak banggakan mak ayah kan? dengan menjadi seorang manusia pada erti kata yang sebenar.bukan sekadar nama.

kepada sapa2 yang apply scholar tu , all the best ye korang.akak  (kata ganti nama aku telah diubah mengikut kesesuaian )  tak dapat pon dulu.9A 1B pon tak laku dah sekarang ni.haha.tapi bersyukur seadanya.even tak dapat fly oversea macam kawan2 lain.and just tersadai kat UIA ni.wahaha.pilih betol2 jurusan yang korang minat and rasa mampu nak hadapi.be wise in making your decision okey adek2 ? eheh.

....................................................................................................................

okey , now nak story kisah 'akak' plak.

Alhamdulillah result SPM 2009 dulu , akak dapat 9A 1B.B for add math.subject yang mmg akak lemah.dapat B tu pon macam ''wah ! unexpected''.Serius !  , akak nangis tau lepas jawab paper add math tu.hehe. ( pssst , jangan gitau orang lain.hee ).tapi chemistry is my favourite.Love chemistry^^

 macam ni la rasa lepas jawab add math dulu.haha.tapi takde la sampai nak bunuh diri.rasa cam nak bunuh cicak jek ! wakaka

try la jugak apply scholar MARA even chances macam senipis cadar katil.hoho.Ye la kan , ramai lagi yang straight A's kan.tapi rezeki tak menyebelahi.mula2 mmg frust menonggeng la jugak.tak dapat kan.tambah2 plak dok baca status FB kawan2 yang dapat MARA/JPA sume tu.Seriously , agak down jugak at that time.

Then , dapat tawaran pi Kolej Mara Kulim [KMM].Excited gila.Siap join group KMM kat FB lagi.berkenal-kenalan dengan kawan2 yang senasib.masa tu , result UPU blom kluar lagi.mmg dilemma nak accept ke tak.

Lepas tu , alhamdulillah.dapat offer buat Foundation in Physical Science kat UIAM.even , tu bukan 1st choice.After pikir2 sampai berpeluh cerebrum ,akak decide accept offer yang UIA tu.Lepas orientation week , kitorang boleh apply untuk tukar kos.And alhamdulillah sekali lagi sebab application akak untuk tukar amek Biological Science diterima.sebab akak sangat minat belajar Biology :) dan kurang minat Math ( gara2 tak dapat score yg terbaek dalam add math dulu.eheh )  maka , pada saat ini , akak dah pon berada di sem 3 kat Centre For Foundation Studies UIAM ni.tinggal lagi satu sem.insyaAllah , Januari 2012 nanti akan menjejak kaki ke main campus UIAM kat Kuantan sana.doakan akak ye adek2 sekalian.hoho^^.

Apa motif akak cerita semua ni kat korang ? haa , actually the main point nye --->perancangan Allah adalah yang terbaik.bersyukur seadanya.Even mula2 akak bukan main frust tak dapat fly oversea.pastu frust lagi tak dapat offer buat farmasi which is my dream since form 4 lagi.tapi alhamdulillah , sekarang akak happy with my life.

nak tau apa hikmah yang akak dah jumpak disebalik ketentuan akak yang tak dapat fly tu ?.hehe.dok kat uia ni , akak dapat balik rumah bila cuti.haa ! tu yang paling penting.besar2 pon still homesick lagi.hihi.kalau dok oversea , susah la kan.

lagi , akak selalu la dapat jumpak kawan2 lama.yang skolah rendah pon dapat face to face lagi bila sama2 cuti.kan best tu ? hoho.akak rasa tak rugi pon dapat uia ni.akak dah pon rasa experience belajar dengan lecturer foreigner.see , apa yang ada kat oversea , almost sume yang ada kat Malaysia.tapi banyak yang ada kat M'sia takde kat overc. bukan la nak kata dapat overc tu tak bagus ke hape.but , cuba kita renung balik.setiap apa yang Allah dah aturkan tu ,adalah yg terbaik untuk kita.jangan sekali2 salahkan Allah atas apa yg kita terima.nasihat untuk diri akak jugak ni.  # muhasabah

plus , mak akak memang tak berapa setuju kalau akak nak gi overc.hehe.anak bongsu kan.kadang2 rasa mcm budak kecik pon ada sebab over protecti0n yg akak dapat.hee.but it doesn't bother pon.tu tandanya kita disayangi.kan3? hehe.mak akak cakap , kalau nak pegi pon , tunggu la besaq sket.time buat degree/master/phd ke.haa, time tu pi la.green lite punya.kalau pi dgn husband lagi bagus  (ok.yang ni akak yg tambah sendiri.ha-ha )

yang pasti , setiap perkara ada pro and con :) 
...............................................................................

moral of the stories ; terima segala result / ketentuan dalam hidup kita.kerana Allah adalah sebaik-baik perancang.tapi jangan la sampai taknak usaha langsung and depend on takdir semata-mata.usaha then tawakkal.doa jangan lupa.doa tu kan penghubung kita dengan Yang Esa.plus , doa itu senjata orang Mukmin :)

okey ye adek2 , itu je tazkirah kita pada malam ini.hehe.all the best in your future undertakings.May Allah bless.Don't give up !


don't be hesitated to drop your words k.any comment , ketidakpuasan hati boleh luah kat sini kalau nak.hihi 

tu ja pesanan khidmat masyarakat dari akak yang baek kepada adek2nya yang notty. # bajet

adioss and wassalam ;)


#  SBPI Gopeng 2nd in Perak.kalahkan STAR and bawah MCKK.hoho.cograts to all my juniors there.and to the teachers also.u guys rock.hehe.miss IGOP soooo much =.=''

Monday, March 21, 2011

NEW SEMESTER STARTED

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum..

wah ! hari ni dah start sem 3 untuk students CFS IIUM yang ambik short sem.tak sangka sebulan cuti dah tamat rupanya.huhu.semalam aku sampai uia ni around 7 mlm.so , hari ni baru daftar kat mahallah office and ambik kunci.this sem dapat katil atas.biasa la , orang terakhir yang mai.hehe.roommates still sama ; cik aina and cik nami.

alkisah kelas hari ; isnin kelas pukul 11-1.ingatkan 1st class ni just introduce diri + berkenalan dengan klasmate baru + briefing je.last2 , siap start belajar dah .yang lagi advance tu , sebab dah dapat soalan tutorial.haha..amacam ? mantop kan??.aku dah la pi kelas tak bawak calculator -.-''

alhamdulillah sebab dapat lecturer Mdm Laili.beliau lecturer math 1 aku time sem 1 dulu.hehe..so , kira senang siki la untuk any urusan kan.plus , madam pon still kenal lagi muka aku + firus + hajar.hehe.kitorang ber-3 je yang still sama kelas dari sem 1 sampai sekarang.yang lain semua stok classmates baru.

ni jadual aku untuk sem 3 ni ;

mon ; 11 am - 1 pm
tue ; 2 pm - 4 pm
wed ; 9 am - 11 am
thurs ; 11 am - 1 pm
fri ; 8 am - 10 am

ikutkan plan, nak ambik math 2 and Understanding Islam [UI] sekali.but , tak dapat sebab kelas untuk UI sikit je kuotanye.so , dah tak cukup kelas.means , menghadap math 2 je la hari2.heheh.may Allah bless :)

Actually , math 2 is not about algebra.it's about calculus + statistic

even dah start sem baru , insyaAllah aku akan terus berblogging.selagi ada benda nak dicampakkan kat blog ni.haha.tu je la untuk hari ni.

sekian.adios.wassalam :)



 homesick already.makan nasi pon tak habis lunch tadi.nak yg mak masak..uwaaa T.T''

Saturday, March 19, 2011

20 SECONDS OF DUMBNESS

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Assalamualaikum peeps ^^
petang sabtu yang tak brapa nak bahagia ni (sebab esok kena balik PJ dah ) nak share something yang best gileerrrr ngan korang.hehe.

baca and hayati betol2 tau short passage kat bawah ni.hihi ^^



this love, is love, a love, good love, way love, to love, keep love, an

love, idiot love, busy love, for love, 20 love, seconds love !

p/s : Now read without the word love ♥


bahahahaa..amacam ? jangan belasah aku ye.aku pon dah terkena tadi.ni status sorang kawan aku.ceit !

adioss and wassalam =)

Friday, March 18, 2011

RESULT YANG DEGIL

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum  = )



Kebahagiaan dalam perpisahan betul la hari ni.Bahagia sebab Group SKSL Batch '99-'04 dah berjaya tercipta kat Facebook.Members yang dah berjaya dijejaki pulak baru 20 orang.haha.should be 40.sebab dulu my class ; 6 Amanah ada 40 students.ramai kan ? hee.Tapi still alhamdulillah dapat contact balik yang 20 orang tu.Lagi pon sekarang semua dah tercampak seluruh negara.huhu.rindunya zaman kanak2 ribena-strawberry-blueberi-blackberi-biri2 sume tu.sob sob..Hanya FB yang jadik penghubung.ceewaah ! haha.

part yang tak syok pulak tu alkisah result aku yang tak keluar2 ni..Memang bagus la CFS IIUM ni sebab melatih aku supaya bersabar =,=''.dah tak terkira berapa juta kali aku try log in portal tu.almost nak kematu dah jari menekan refresh button.alahai...belum rezeki lagi.Mantop sangat gamaknya result aku tu sampai nak suruh jadi orang terakhir yang tau.kan ke save the best for last?   # senget

hari ni sepanjang hari dok online je keja.pastu , menekan butang refresh sampai lebam.last2 fed up.offline.layan TV pulak.sabaq je la.rasa2 nya kalau tahap kesabaran dapat diuukur pakai penyukat , dijamin tahap kesabaran aku dah bertambah.maybe dalam 3/4 kali ganda.haha.amacam? hebat kan penangan portal CFS IIUM ni.heheh.ramai jugak yang senasib dengan aku.and ramai jugak yang bertuah dapat check dah.huhu.

rasa macam nak call dean pon ada.dialog yang dijangka akan berlaku :

aku : Assalamualaikum Dean.May I ask u something?
dean: W'salam.of course.but before that do I know u?
aku : How can u don't know me.because I'm the 1st in your list

bahahaha.sumpah perasan.bajet dapat 4 rata a.k.a 4 flat je.ni la yang jadi kalau otak dah tak brapa nak centre =.=''

pape pon really hope by tomorrow dapat tau my result tu.hishh.tak tenang jiwa ni.dup dap dup dap je selagi taktau.dah la ahad ni nak kena balik PJ dah.uwaa...nak call dean mintak extend boleh ?? wakaka.

tu je la untuk kali ni.sapa yang baca ni , tolong la doakan aku berjaya ye.terima kaseh daun keladi.alang2 berdoa,doa la dapat 4 flat sekali.kui3.good night.sleep well peeps ^^

adios and wassalam =)



Tuesday, March 15, 2011

BEN ASHAARI :BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN ; KEDAH

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum :)
okey , kali ni nak join segmen dari blog BA lagi..lama tak join.kalau berminat jugak nak join , klik ja banner kat bawah ni okey ?


[1] - [LATAR BELAKANG]
chek ni blogger Kedah Darul Peace.anak last dari 4.Umuq muda trang-tang2 lagi..baru 19..suka makan.suka tid0q.suka baca.suka aktiviti lasak macam junggle trekking ke hapa.start ber'blogging' lepas SPM.nak tau lagi sila baca 'About Me' kat tepi blog chek ni ye..hanya blogger part -time.bukan blogger tegar.kih3.

[2] - [PROFESION]
Profesion utama ialah hamba Allah SWT.2nd profesion , anak kepada mak and abah.hehe.profesion lain; student.La ni chek dok belajaq lagi.amek course Biological Science kat UIAM Campus Petaling Jaya.Profesion sambilan pulak ; blogger la.

[3] - [BLOG FAVOURITE]
Chek suka blog yang ada input berguna.macam berbentuk motivasi ke.contoh blog Hami Asraff.huhu.yang lawak2 pon suka jugak.gaya penulisan santai and slumber pon okey.layan je.

[4] - [BLOG YANG TAK SUKA]
Tak brapa suka masuk blog yang guna short form overdose.huhu.lagi2 yang guna bahasa 'w'.contoh , napew? apew? sapew? oh , pliss la =,=''  sakit kepala nak baca...short form yang normal okey la.hee.maaf kalau ada yang terasa ^^.

[5] - [IMPIAN TERHADAP BLOG]
Chek harap apa yang dikongsi kat blog ni boleh dijadikan input untuk orang lain.even kadang2 entry selalu je bersifat personal.heh.teringin la jugak nak ada follower sampai ribu2..traffic pon jammed macam jalan kat KL nun.bahaha.tapi takpa , perjalanan blog chek ni masih jaoh.

okey , tu ja nak tulih.salam perkenalan buat blogger2 jelapang padi and lain2 negeri.muahaha.

adioss =)
wassalam.

Sunday, March 13, 2011

LANGKAWI TRIP : DAY 3

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum =)

alhamdulillah masih rajin nak mengadap blog ni.haha.sambil2 tengok citer The Adventure of Merlin kat TV3 ni.alone.mak and abah da tidoq..okey ! straight to the point ---> langkawi Trip episod akhir.

10.20AM
Baru bertolak dari rumah ke jeti.beli tiket siap2 untuk balik petang nanti.huhu.before tu singgah stesen minyak.komfem la nak isi minyak kan , takkan la nak gi mancing plak.kuang3.ada tragedi kat situ.alkisah pakcik teksi dan Mira.haha.biarlah rahsia.lepas tu terus pi CABLE CAR.hari ni baru ramai orang sebab dah bukak balik.alhamdulillah.time naek tu , satu cable car 6 orang.kitorang ber-4 and 1 couple ni.foreigner la.apa lagi , speaking la weh ! hee.si Farrah la paling speaking London.''Can U snap our picture?'' keh3.tu la dialog nyer.overall cable car best !!.tapi untuk orang2 yang gayat , say sorry la ye.hoho.enjoy the pictures there ;




entrance


dari dalam cable car , boleh nampak Telaga 7 yg kitorang pi on the 2nd day :)



penat gilerr panjat tangga nak pegi ke each part of jambatan yg ada..sampai ketaq kaki =,=''






nak turun kena jaga 'brek' la sebab tangga tu agak curam..



1.20 PM
on the way balik dari cable car tu , ada roadblock.'abang' polis tu memang usha pelik la kat kami berempat..siap buat muka musykil lagi.haha.taktau la pasai pa jadik lagu tu.tergamam kot tengok 4 dara pingitan dalam kereta.bahaha..

sampai rumah  , kemas2 la.dah nak balik kan..rest.lunch. etc

3.30 PM
keluar dari IPD Langkawi dengan membawa beg baju dll.gaya macam peserta AF tersingkir pon ada.haha.tak dilupakan , buah tangan untuk mak Mira.hehe.kaen batek je sekeping.hope mak dia suka la corak tu sebab kami suruh Mira yang pilih.huehue

memandangkan tiket feri kami pukul 5.30 , so kami pi lepak kat Langkawi Fair la dulu.shopping mall.window shopping.pekena Mc Flurry sorang satu. bosan =,=''

pi tunggu kat jeti.sembang2 .5.30 - kami pon berpisah la dengan cik Mira selaku tuan rumah + pemandu pelancong.muahaha.

alhamdulillah pukul 7 selamat mendarat kat jeti Kuala Kedah.Mak and abah pon dah sampai.terus drift balek rumah.

Langkawi trip with Geng Kapak finished.mission accomplished.

sekian , laporan dari saya.heh

adioss and wassalam :)


Friday, March 11, 2011

CURRENTLY ........

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

salam petang jumaat ('',)v

CURRENTLY ...
just finished re-reading this book.yup ! Rooftop Rant by Hlovate.ada kenal ? haa..sapa tak kenal cepat2 pi serbu MPH / Popular.cari sume buku2 karya Hlovate.try baca.komfem tangkap cintan.yes , it is a novel.BUT , not the ordinary jiwang2 karat novel.novel dia sume ada 'something '.banyak manfaat.tak banyak unsur jiwang yang melalut-lalut.senang citer memang seswai beben0r la untuk jadi bahan bacaan.terutama untuk golongan remaja macam aku.remaja ke?? ahaks..ofkos la !!

 # pinjam kat library.tu pasal dah rabak semacam.ha-ha 

CURRENTLY...
reading this book - Di Atas Sejadah Cinta by Habiburrahman El-Shirazy.aku suka baca novel2 beliau.very inspiring.kisah cintan-cintun berlandaskan Islam.no jiwang.but , sweet yes !.heh.buku ni consist of banyak citer.memang insaf bila baca.recommended to all =)

# library also

yang 2 buah kat bawah ni tunggu turn untuk di baca.hee.hari tu pi library , pinjam 4 buah buku.


CURRENTLY...
rasa lega gila sebab dah habes kemas stor ! muahaha..semalam la aku buat sesi sepetang-menjadi-bibik-di stor .kemas and buang kertas2 yang tak sepatotnya.almost seguni jugak la ketas2 exam , test etc.yang zaman sekolah dolu2 la.haish ! banyak giler la kertas.tu baru aku sorang.kalau kumpul satu skolah ? kesian pokok2 kat hutan nun.berkorban demi exam.apa kata hapuskan exam demi selamatkan forest ?hmm, should be a very brilliant idea.muahaha  # merapu 

 # part of those kertasss =.='

CURRENTLY...
tengah try rajinkan diri study MUET.hadoyy =.=''.april ni insyaAllah akan ada exam MUET plak.memang kena clorox balik la otak ni sebab last sem dah tak belajar English.skill2 menulis pon rasa makin berkarat dah.speaking apatah lagi.double karat kot.kuang3.

cilok sume buku2 kakak aku yang berkaitan dengan MUET.harap2 study la yerk.jangan hangat2 taek kambing sudah.ha-ha-ha.

CURRENTLY...
tengah carik penawar hati.tonik hati al-Jabbar boleh?

tapi bukan yang ni yang dicari !

nak carik penawar rohani la ~ bila baca Rooftop Rant n Versus (also by Hlovate ) rasa macam diri ni terlalu naif.still terlalu banyak yang perlu diperbetolkan.huhu.rawat hati !


yeah..sama2 kita perbaiki diri k..A journey to be a better servant.InsyaAllah.May Allah bless ^^
......................................................................................................................

hah ! tu je nak merepek untuk hari ni.Besok , insyaAllah akan ke Perlis.which part taktau.haha.sebab ada walimatul urus my cousin punya mertua punya anak..paham tak? aku pon da pening.wakaka.Act ayat mudahnya  , adek ipar cousin aku kawen.hee.

pastu kalau ikut plannyer , akan ke Felda Lubuk Merbau plak.ziarah family Pak Lang aku yang akan berangkat menunaikan umrah dalam masa terdekat ni.semoga Allah permudahkan.insyaAllah =)

adioss
wassalam.
enjoy your day.
no matter what.
make your life easier.
but dont take thing for easy :)


Thursday, March 10, 2011

LANGKAWI TRIP : DAY 2

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum =)

alhamdulillah :)
mood datang lagi.hehe.so this time nak story alkisah Langkawi trip ; day 2 pulak.

10.30 AM
baru keluar rumah..haha.lepas subuh and mandi semua 'syahid' balik.hampeh je.tu la semalam keluar tak ingat dunia  =.=''.lebih malang lagi sebab tengok2 kereta banyak taik burung !! haila..melambatkan lagi perjalanan kami.cik Mira selaku driver bertauliah dengan efisyennya mencuci dan menggosok kereta sampai kembali berkilat..syinggg ! 

gaya driver bertauliah cuci keta..muahaha

1st destination is MAKAM MAHSURI.tiket masuk RM5.melawat la apa yang ada.Telaga Mahsuri , rumah Panglima2 bagai and etc.stuck kat Makam Mahsuri lama la jugak sebab hujan..last2 , kitorang redah je.plus , hujan pon makin reda.Alhamdulillah.


with ms irda :)



12.50 PM
gerak ke UNDERWATER WORLD pulak.Aku dengan Irda je yang masuk.Farrah and Mira pi pekena cendol tepi laut.masyuk.haha.tiket masuk should be RM28.but kitorang dapat RM23.hehe.almaklumlah , ada agen.best jugak kat situ.merasa macam jadi ikan kejap.haha.

::Boxing Shrimp::






::Ikan Bibir AJ..ekeke^^::



3.15 PM
 aku and irda keluar dari situ.berjalan jauh la jugak nak cari surau.sebab farrah and mira tunggu kitorang kat sana.surau kat situ not bad la.cuma tempat ambik wudhuk je tak best.kat area terbuka..nasib la tempat tu belakang.jarang orang lalu.huhu.

3.50 PM
heading to CABLE CAR dengan penuh semangat nye.tapi kecewa yang amat sebab TUTUP.hoho.just hari tu and 9/3 je tutup.salah plan la pulak.last2 , kami jalan2 je kat sekitar tempat tu.usha2 souvenir and survey harga pastinya.


on the way balik tu , kami singgah pekena pasembur Langkawi.aku +  mira pasembur.irda + farrah pulak order laksa.makan sambil sedut angin laut.best gilerrr.lepas dah kenyang , ambik gambaq pulak.kat situ nama tempatnya PANTAI KOK.


then , sambung lagi ! patah balik pi TELAGA 7.tak mandi pon sebab baju spare tak bawak.saja nak pi exercise bakar kalori.haha.naik tangga banyak gilerr ~ almost nak pancit sebab dah la baru lepas makan.last2 , berjaya jugak.banyak kera kot kat situ.time otw nak turun , ramai kera block jalan.perrghh ! cuak beb.kitorang dah gabra dah.then , ada pakcik teksi kat belakang tu cakap ''jalan je.buat2 tak nampak.buat macam biasa je.''..kami pon dengan gaya macho * tapi dalam , cuak * berjalan turun.alhamdulillah , kera2 sekalian tu yang lari tengok kami.fuhh !..terima kaseh kat pakcik tu atas dorongan yg diberi.haha.

on the way ke puncak

tragedi kat Telaga 7 tu sebab jumpak br0 parking yang annoying =.='' huu.maafla yer.menurut Mira yang dah berpuluh kali pi situ , tak pernah ada la pulak dikenakan bayaran untuk parking before ni.mungkinkah bro tersebut bersama kawannya menjalankan xtvt jaga parking secara haram di situ ? hoo.hanya Allah yang tahu.kenapa aku cakap dia annoying ? malas la nak cerita..bikin panas hati gua je.huh !

masa kat atas Telaga 7 tu , just main2 air and usha mat2 salleh.haha.boleh pulak buat aksi kuak lentang tak jadi sambil buat bunyi ''quak..quak''.*korang bayangkan 3 guys meniarap atas batu yg ada air sikit sambil mengepak2 tangan dan kaki dan buat bunyi quak2 tu.haa !..lawak gila.solat asar kat situ je.sebab ada pondok.bilik bersalin pon ada.haha.

7.15 PM
sempat lagi singgah Harbour Park amek gambar.kat situ tempat orang2 kaye je.banyak cruises.hanya mampu melihat la.haha.time kitorang jalan2 kat situ , ramai omputeh dok dinner.tapi , part yang tak best nak story tu sebab kat situ ada hidang arak.and pekerjanya pulak Melayu yang insyaAllah aku yakin Islam.huhu.macam mana tu ? haram kan ?.berdekatan situ ada The Danna.tempat penginapan mewah kot rasanya.sebab ramai omputeh je aku tengok.pelancong tempatan tak nampak pon.

dok kejap je sebab dah maghrib.kitorang singgah kat Petronas.belakang tu ada surau.besar and sangat selesa :). then , having our dinner kat KFC Harbour Park.memang best la kot keja kat situ.pelanggan tak ramai.komfem tak penat.sempat lagi sorang pekerja tu dok online time keja.dia duduk meja depan kitorang.mula2 aku ingat customer.skali tengok baju , KFC punya daa.

9.05 PM
heading back to Pekan Kuah.mulanya nak singgah UPTOWN.tempat ala2 pasar malam.nak usha souvenir like baju ke hape.but , sekali lagi naseb tak menyebelahi.tutup daa ~ .Lepas tu kami pi HAJI ISMAIL GROUP.buat apa ? jeng3.......shopping chocolat0ss !! kain batek !! kain pelikat !! minyak gamat dll.haha.yang tak boleh blah tu , kami pelanggan last..haha..sampai kena keluar ikut pintu kecik tepi kedai.sebab pintu lain semua dah tutup.pekerja semua dah get ready nak balik.tunggu kami je.haha.sumpah malu.bayangkan ---> lepas bayar , tengok2 yang ada kat dalam kedai tu sume pakai baju hijau je *means pekerja kat situ la * .semua dok usha je kitorang yang beli agak banyak la jugak..hehe.time kitorang nak keluar , ramai2 pakat cakap ''terima kasih..lain kali datang lagi..'' hatoyy !! malu ~senyum je la..tak perlu kata apa2.haha.terus masuk kereta ..chow !

sebahagian jek.yang lain tak sempat snap.dah di'NGAP'.haha:

then , pi pasar malam pulak ! haha.time tu pasar malam pon dah nak tutup.major peniaga dah nak kemas.kih3..aku dengan irda jalan2 tanpa tujuan je kat situ.sementara dok tunggu Farrah and Mira pilih shawl..aku dengan irda tak layan shawl.hoo.sampai kami habis pusing pon depa 2 orang tak siap lagi memilih..hadoi..last2 aku and irda tunggu dalam keta je.sampai nak tertido dah tunggu.haha.sempat lagi ber'photogedik' kat situ.kuang3

tak habes lagi tentatif untuk hari ni.hehe.last --> Pekan Rabu.tempat ni tak menarik pon *bagi aku la * .berhadapan dengan laut.tempat lepak muda-mudi.huhu.time kami sampai , dapat la aku tengok depan mata , gejala lepak di malam hari.dok kejap je , terus balik sebab tak selesa la.ramai guys kot.huhu

11.30 PM
alhamdulillah.sampai rumah dengan jayanya.haha.mandi etc.then ---> zzzZZZ.

apa yang terjadi keesokkannya ??
 jeng3

nantikan Langkawi Trip - day 3..haha
Adios and wassalam !



p/s : kain batik + pelikat tak sempat snap.mak dah simpan dalam almari.hahaha.terharu sebab mak cakap aku pandai pilih corak ! muahaha.kembang 8 inci aku.kih3.  nak baca episode 1 ? boleh klik2 kat sini --->HERE2 !