Thursday, March 10, 2011

LANGKAWI TRIP : DAY 2

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum =)

alhamdulillah :)
mood datang lagi.hehe.so this time nak story alkisah Langkawi trip ; day 2 pulak.

10.30 AM
baru keluar rumah..haha.lepas subuh and mandi semua 'syahid' balik.hampeh je.tu la semalam keluar tak ingat dunia  =.=''.lebih malang lagi sebab tengok2 kereta banyak taik burung !! haila..melambatkan lagi perjalanan kami.cik Mira selaku driver bertauliah dengan efisyennya mencuci dan menggosok kereta sampai kembali berkilat..syinggg ! 

gaya driver bertauliah cuci keta..muahaha

1st destination is MAKAM MAHSURI.tiket masuk RM5.melawat la apa yang ada.Telaga Mahsuri , rumah Panglima2 bagai and etc.stuck kat Makam Mahsuri lama la jugak sebab hujan..last2 , kitorang redah je.plus , hujan pon makin reda.Alhamdulillah.


with ms irda :)



12.50 PM
gerak ke UNDERWATER WORLD pulak.Aku dengan Irda je yang masuk.Farrah and Mira pi pekena cendol tepi laut.masyuk.haha.tiket masuk should be RM28.but kitorang dapat RM23.hehe.almaklumlah , ada agen.best jugak kat situ.merasa macam jadi ikan kejap.haha.

::Boxing Shrimp::






::Ikan Bibir AJ..ekeke^^::



3.15 PM
 aku and irda keluar dari situ.berjalan jauh la jugak nak cari surau.sebab farrah and mira tunggu kitorang kat sana.surau kat situ not bad la.cuma tempat ambik wudhuk je tak best.kat area terbuka..nasib la tempat tu belakang.jarang orang lalu.huhu.

3.50 PM
heading to CABLE CAR dengan penuh semangat nye.tapi kecewa yang amat sebab TUTUP.hoho.just hari tu and 9/3 je tutup.salah plan la pulak.last2 , kami jalan2 je kat sekitar tempat tu.usha2 souvenir and survey harga pastinya.


on the way balik tu , kami singgah pekena pasembur Langkawi.aku +  mira pasembur.irda + farrah pulak order laksa.makan sambil sedut angin laut.best gilerrr.lepas dah kenyang , ambik gambaq pulak.kat situ nama tempatnya PANTAI KOK.


then , sambung lagi ! patah balik pi TELAGA 7.tak mandi pon sebab baju spare tak bawak.saja nak pi exercise bakar kalori.haha.naik tangga banyak gilerr ~ almost nak pancit sebab dah la baru lepas makan.last2 , berjaya jugak.banyak kera kot kat situ.time otw nak turun , ramai kera block jalan.perrghh ! cuak beb.kitorang dah gabra dah.then , ada pakcik teksi kat belakang tu cakap ''jalan je.buat2 tak nampak.buat macam biasa je.''..kami pon dengan gaya macho * tapi dalam , cuak * berjalan turun.alhamdulillah , kera2 sekalian tu yang lari tengok kami.fuhh !..terima kaseh kat pakcik tu atas dorongan yg diberi.haha.

on the way ke puncak

tragedi kat Telaga 7 tu sebab jumpak br0 parking yang annoying =.='' huu.maafla yer.menurut Mira yang dah berpuluh kali pi situ , tak pernah ada la pulak dikenakan bayaran untuk parking before ni.mungkinkah bro tersebut bersama kawannya menjalankan xtvt jaga parking secara haram di situ ? hoo.hanya Allah yang tahu.kenapa aku cakap dia annoying ? malas la nak cerita..bikin panas hati gua je.huh !

masa kat atas Telaga 7 tu , just main2 air and usha mat2 salleh.haha.boleh pulak buat aksi kuak lentang tak jadi sambil buat bunyi ''quak..quak''.*korang bayangkan 3 guys meniarap atas batu yg ada air sikit sambil mengepak2 tangan dan kaki dan buat bunyi quak2 tu.haa !..lawak gila.solat asar kat situ je.sebab ada pondok.bilik bersalin pon ada.haha.

7.15 PM
sempat lagi singgah Harbour Park amek gambar.kat situ tempat orang2 kaye je.banyak cruises.hanya mampu melihat la.haha.time kitorang jalan2 kat situ , ramai omputeh dok dinner.tapi , part yang tak best nak story tu sebab kat situ ada hidang arak.and pekerjanya pulak Melayu yang insyaAllah aku yakin Islam.huhu.macam mana tu ? haram kan ?.berdekatan situ ada The Danna.tempat penginapan mewah kot rasanya.sebab ramai omputeh je aku tengok.pelancong tempatan tak nampak pon.

dok kejap je sebab dah maghrib.kitorang singgah kat Petronas.belakang tu ada surau.besar and sangat selesa :). then , having our dinner kat KFC Harbour Park.memang best la kot keja kat situ.pelanggan tak ramai.komfem tak penat.sempat lagi sorang pekerja tu dok online time keja.dia duduk meja depan kitorang.mula2 aku ingat customer.skali tengok baju , KFC punya daa.

9.05 PM
heading back to Pekan Kuah.mulanya nak singgah UPTOWN.tempat ala2 pasar malam.nak usha souvenir like baju ke hape.but , sekali lagi naseb tak menyebelahi.tutup daa ~ .Lepas tu kami pi HAJI ISMAIL GROUP.buat apa ? jeng3.......shopping chocolat0ss !! kain batek !! kain pelikat !! minyak gamat dll.haha.yang tak boleh blah tu , kami pelanggan last..haha..sampai kena keluar ikut pintu kecik tepi kedai.sebab pintu lain semua dah tutup.pekerja semua dah get ready nak balik.tunggu kami je.haha.sumpah malu.bayangkan ---> lepas bayar , tengok2 yang ada kat dalam kedai tu sume pakai baju hijau je *means pekerja kat situ la * .semua dok usha je kitorang yang beli agak banyak la jugak..hehe.time kitorang nak keluar , ramai2 pakat cakap ''terima kasih..lain kali datang lagi..'' hatoyy !! malu ~senyum je la..tak perlu kata apa2.haha.terus masuk kereta ..chow !

sebahagian jek.yang lain tak sempat snap.dah di'NGAP'.haha:

then , pi pasar malam pulak ! haha.time tu pasar malam pon dah nak tutup.major peniaga dah nak kemas.kih3..aku dengan irda jalan2 tanpa tujuan je kat situ.sementara dok tunggu Farrah and Mira pilih shawl..aku dengan irda tak layan shawl.hoo.sampai kami habis pusing pon depa 2 orang tak siap lagi memilih..hadoi..last2 aku and irda tunggu dalam keta je.sampai nak tertido dah tunggu.haha.sempat lagi ber'photogedik' kat situ.kuang3

tak habes lagi tentatif untuk hari ni.hehe.last --> Pekan Rabu.tempat ni tak menarik pon *bagi aku la * .berhadapan dengan laut.tempat lepak muda-mudi.huhu.time kami sampai , dapat la aku tengok depan mata , gejala lepak di malam hari.dok kejap je , terus balik sebab tak selesa la.ramai guys kot.huhu

11.30 PM
alhamdulillah.sampai rumah dengan jayanya.haha.mandi etc.then ---> zzzZZZ.

apa yang terjadi keesokkannya ??
 jeng3

nantikan Langkawi Trip - day 3..haha
Adios and wassalam !



p/s : kain batik + pelikat tak sempat snap.mak dah simpan dalam almari.hahaha.terharu sebab mak cakap aku pandai pilih corak ! muahaha.kembang 8 inci aku.kih3.  nak baca episode 1 ? boleh klik2 kat sini --->HERE2 !

1 comment:

  1. There's SHOCKING news in the sports betting world.

    It's been said that any bettor must watch this,

    Watch this or stop placing bets on sports...

    Sports Cash System - Advanced Sports Betting Software

    ReplyDelete