Saturday, June 25, 2011

UJIAN

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum :)



alhamdulillah
tiada kata mampu menafsir rasa hati waktu ini.
lapang , lega , menjadi satu
berakhir sudah minggu penuh cabaran dan dugaan

kini menghayati erti hujung minggu yang sebenar
walau hanya bertapa di bilik kecil di CFS IIUM
benarlah kata bahwa ''lapang sebelum sempit''

minggu ini benar2 menguji aku.
fizikal dan mental

ISNIN...
kelas macam biasa
pukul 8-10 kelas physic II .masuk chapter baru.habeskan 1 chapter within 2 hours.besok nak discuss tutorial dah.haih

pukul 11-12  , Understanding Islam tapi lecturer tak datang.amek kesempatan buat tuto physic lah

pukul 2-4 biology II

SELASA...
pukul 11-1 physic II
pukul 2-4 chemistry II
petang gi pasar malam.Actually the main reason nak keluar sebab nak pi beli barang kat JayaOne
alang2 dah lalu , singgah la pasar malam
borong kebab ayam kat pakcik tu ~

malam
kecoh berita kawasan lembah klang bakal takde air dari rabu sampai jumaat
uia pj pon termasuk sekali dalam list kawasan yang bakal terjejas
parah , kelas cancel la kan kalau takde air
waahaha

tidur pukul 2 am siapkan report chemistry
fuh ! berasap kepala
pening theory dan experiment

RABU.....
bangun je dari tido , hidung terasa lain macam
dah agak akan dapat selesema
jangkit dari mana ntah..maybe sebab bersesak kat pasar malam semalam kot.exposed to udara yang tak-berapa-nak-bersih
haih..
aku memang jenis sensitif udara
pi kelas dengan berbekalkan tisu dan sapu tangan
air hidung keluar tanpa dapat dikawal
bukan hingus eh.ho-ho
sori budak2 kelas kalau terganggu dengan bersin , batuk and bunyi selesema aku..

pukul 9-11 chemistry II..discuss tutorial..Organic compound memang menguji neuron2 aku untuk bekerja di luar batas2 normal -.-''

bahang badan sendiri mula terasa.panas dan makin panas.telan ubat dengan berliter-liter air.Telan 100 plus jugak.Dengan harapan akan sembuh dengan izinNya.

pukul 11-1 Understanding Islam.Hari ni kelas yang just ada 6 orang sisters and 20++ brothers.Kelas kecik.Memang sesak macam sardin.Tiba2 rasa macam perempuan ni kaum  minoriti plak.Diorang sume budak2 engineering.Aku and cik Firus ja sesat budak Bio.Kui3.Tapi nak belajar kan .So tak kisah la.Dapat kawan baru.Cik Wadi , Cik Wani and Cik err..lupa nama.heh.Yang brothers tak kenal la.Ramai sangat =P

pukul 4-6 biology II

terkejut dengan berita kepulangan ayah kepada seorang sahabatku ke rahmatullah.Innalillahiwainnailaihirajiun.Semoga sahabatku Amirah Liyana dan keluarga tabah dengan takdir ini.Patotla dia tak datang kelas chemist pagi tadi.Semoga roh ayahnya ditempatkan bersama mereka yang beriman.Amin.

malam...
tetiba ja saket gusi / gigi
memang ujian
besok dah la ada 2 quiz
quiz bio and physic
kena cover 4 chapters
study dalam kesakitan
tabahkan hati
try nak ignore sakit tu
tapi.................haih >.<

KHAMIS ...
alhamdulillah..bangun pagi dah sembuh selesema..suhu pon dah kembali normal.Tapi..........
gusi / gigi still sakit
 sehari suntuk dilanda sakit gusi / gigi
nak naik gigi bongsu ke ? entah lah
sapu minyak panas segala bagai
no effect
tabahkan hati pegi kelas
taknak ponteng
sayang weh
lagi pon hari ni kan ada 2 kuiz
physically , mantain macam sihat je
boleh sembang + gelak2 lagi
tapi , dalaman..
berperang dengan sakit gigi

a bunch of thanks to firus yang sanggup menapak dari mahallah zainab ke mahallah khadijah semata mata nak hantarkan ubat :)

pukul 9-11 biology II..alhamdulillah soalan senang.TAPI aku pulak buat gila silly punya mistake.tertukar chlorophyl a dengan chlorophyl b.Hilang dua markah 

pukul 2-4 physic II.Alhamdulillah soalan senang jugak.InsyaAllah okey.Soalan direct je sume.Tak payah perah otak sampai berpeluh.Hope aku takde buat careless mistake.Tapi ada satu soalan tak sure unit apa..haih..

pukul 4-6 chemistry II
sakit belum hilang

malam
terpaksa telan painkiller
lepas isyak terus tidur
terjaga pukul 3.30 pagi
saket
sapu minyak panas
kurangla sikit
hati meraung nak mak !
roommate pon nampak air mata dah bergenang Yoyo
haih , malu aku =P
bila sakit , homesick berganda-ganda
selamat la jumaat takde kelas
boleh tidur dengan tenang
kalau jumaat still tak okey , nak balik shah alam
mintak tolong Kak Zai bawak gi jumpak dentist
nak tanya apa kes sakit2 ni
gigi  aku sihat je * rasanya la


JUMAAT....
alhamdulillah....sakit dah hilang ! lompat2 dalam bilikYoyo
tak jadi balik shah alam
bye bye dentist
bertapa kat bilik je

SABTU....
settlekan segala notes yang tergendala
struggle organic compound yang ' senang ' tu
tak outing mana2 pon
malas
and takde mood nak berjalan
settlekan house chores segala bagai
basuh baju
kemas bilik etc
online sentiasa
Cik Nami and Cik Wani balik weekend ni


syukur
berjaya lalui minggu penuh onak ni
thanks Allah :)

MORAL :
bila kita dilanda sakit , barulah kita tau menghargai nikmatnya kesihatan
bila Allah tarik satu dari nikmat yang diberi , hidup mula rasa tunggang langgang
Ya Allah , lalainya diri ini dalam mensyukuri nikmatMu
ampunkan hambaMU yang sering lalai ini
semoga diri ini lebih menghargai nikmat dari DIA
biar dalam senang mahu pon susah

hiduplah dengan apa yang kita ada
terima seadanya
jangan jadi macam kata pepatah
kuman diseberang laut nampak , gajah depan mata tak nampak
tak paham ? sila rujuk nota Bahasa Melayu time sekolah dulu..hee ;)

hargailah setiap detik yang kita ada
kerana
ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
salah satunya , lapang sebelum sempit
so , friends..
lets appreciate what we have , use our time wisely
all the best !
fighting !

adios and wassalam

---------------------------------------
# minggu depan bakal bergelumang dengan 3 experiments.Bakal berasap kena siapkan 3 reports  la jawabnya.Semoga dipermudahkan segala urusan.Amin :)


Sunday, June 19, 2011

TOKOH : YUSOF BIN NAJMUDDIN

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum ;)


Aku mulakan entry ni dengan satu persoalan.Berapa ramai artis yang kita semua kenal dan  sejauh mana kita tahu  tentang kehidupan peribadi artis2 pujaan kita tu ? ..haa , ramai kot.Then , cuba kita bandingkan pulak , berapa ramai tokoh2 Islam dan para sahabat zaman junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang kita kenal dan tahu sejarah serta kehidupan mereka semua ? Tak kira berapa pon jumlahnya , sikit , banyak or maybe takdak langsung..sendiri simpan jawapan tu.Kenalkah kita dengan contohnya ; Salahuddin Al-Ayubi , Tariq Ziyad , Khalid AlWalid , Ikramah , Sultan Muhamad Al-Fateh , Abu Ubaidah , Zaid bin Harithah dan banyak lagi yang tak mampu aku coretkan kat sini.Mungkin ada yang tahu , sekadar pernah dengar nama or mungkin ada juga yang memang dah baca & kaji profile tokoh2 ni semua.Apa pon jawapannya , hari ni aku nak share satu lagi profile yang tak kurang hebatnya.Yakni Panglima Yusof Bin Najmuddin.Semoga dapat menambah ilmu yang sedia ada.Sejujurnya , aku baru tahu pasal tokoh ni masa join talk BICARA WANITA : REVOLUSI UMMAH.Selama ni , macam , erm..tak pernah dengar kot.Ataupon sekadar dengar dan lupa.Actually dah lama talk ni , 26 APRIL lepas.Tapi baru hari ni tergerak nak menaip kisah beliau.Hee ;)

-------------------------------------------------------
'' Aku sakit sekarang , aku perlukan sedikit arak demi melegakan kesakitan ''

Maka bergegaslah tentera Yusuf bin Najmuddin mencari dan menyelongkar seluruh khemah tentera demi mencari arak untuk panglima perang mereka.Namun mereka menemui jalan buntu.Arak yang mereka cari tidak mereka temui.Panglima memerlukan sedikit alkohol untuk menyembuhkan penyakit.

'' Maaf wahai panglima , kami tidak mendapati arak di kem tentera kita , bagaimana sekarang ? Adakah kau mendapati cara lain untuk mengubatimu ? '' kata tenteranya , cemas....''Hmmm , kalau begitu .. aku telah sembuh'' , Yusuf menjawab tenang.

Tentera Yusof kehairanan.Tiba-tiba sahaja , panglima itu sihat seperti sedia kala

''Aku cuma ingin memastikan adakah tenteraku meminum arak.Itu sahaja '' , Yusof Najmuddin menjawab

Pada malam yang berikutnya , Yusof Najmuddin melakukan intipan di khemah tenteranya ketika mana semua orang sedang nyenyak tidur.Dia memerhatikan gelagat tenteranya seorang demi seorang.Apakah yang diintipnya ?

Waktu yang dinanti sudah tiba.Tentera musuh siap sedia untuk berperang.Mereka berada di hadapan pintu gerbang kota umat Islam yang telah lama mereka tawan.Kini saat pembebasan akan tiba.

Yusof Najmuddin memilih individu tertentu dalam kalangan tenteranya yang akan berada di barisan hadapan.

'' Wahai panglima , aku menawarkan diri bersama dengan sahabatku yang gagah ini untuk berada di barisan hadapan,Namun engkau tidak memilih begitu ? Mengapa engkau memilih mereka ini untuk berada di barisan hadapan ? Tidakkah engkau melihat bahawa ramai lagi tenteramu yang gagah yang lebih layak berada di barisan hadapan ? ''  seorang dari tenteranya bertanya.

'' Aku tidak melihat orang lain , melainkan mereka yang telah ku pilih ini yang bertahajjud kepada Allah pada malam tadi.'' Yusof menjawab dengan jelas.Jawapan itu cukup untuk menutup mulut tenteranya yang merungut tadi

Dalam perjalanan menggempur pintu gerbang utama pihak musuh , Yusof mengarahkan tentera barisan hadapannya berhenti dan membentuk formasi yang kuat mengelilingi tentera yang berada di tengah2.Selang beberapa minit kemudian mereka berjalan semula.Dan mereka berhenti semula.Kali ini , tentera yang berada di hadapan akan masuk ke tengah seketika , manakala tentera yang di tengah akan mengambil posisi hadapan seketika.

Situasi ini diperhati teliti oleh skuad pengintip musuh.Dia juga kehairanan dan memilih untuk memanjat menara demi mendapat tahu keadaan yang sedang berlaku pada tentera Yusof Najmuddin.

Rupa-rupanya , tentera Yusof sedang bergilir-gilir menunaikan solat.Tentera pengintip musuh segera melapor kepada panglimanya.'' Wahai tenteraku , bahawa apabila tembok ini dipecahkan oleh tentera Yusof Najmuddin .... ketahuilah bahawa kita akan kalah.Sesungguhnya mereka tidak akan tewas selagi mana mereka berpegang dengan ajaran al-Quran dan Sunnah Rasulullah ''

Jelas panglima perang musuh selepas mengetahui ketaatan tentera Yusof Najmuddin yang masih lagi mampu menunaikan solat walau dalam peperangan.Subhanallah !

 kita pula bagaimana ?

Wallahualam.Sedikit perkongsian untuk hari ini.

Credited to - Handout from Bicara Wanita ;)

------------------------------------------------


hujan renyai2 kat bumi PJ petang ni.update blog sebab mata dah mula tergoda dengan bayu hujan.hee =P

Monday, June 13, 2011

Ope-RAT-ion PERTAMA - BERJAYA !

In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

assalamualaikum ;)

Alhamdulillah ! pembedahan pertama berjaya.Hanya Allah yang tahu betapa lega nya rasa hati.Ceh ! padahal  bedah tikus je..Wakakaka =P..tikus pon mencabar gak pe

Alkisahnya , lab session pertama untuk subjek biology II sem ni ialah ' dissection of rat ' a.k.a bedah tikus..hoho..mula2 tu memang aku rasa sangat teruja.Almaklumlah , 1st time nak bedah2 benda hidup ni.Tapi , dalam keterujaan tu ada jugak la terselit secebis kerisauan + ke'nervous'san etc.Kot2 la , tetiba ja aku termuntah ke hape kan..Haha..Tak macho la kan kalau muntah2 ni.Kui3

So , lab session petang semalam , around pukul 2 ..kami dibekalkan dengan seekor tikus dan peralatan2 untuk meng'akses' seluruh badan tikus2 malang tersebut.Rezeki aku dapat tikus obesiti ! haila ..banyak kot lemak2 berselirat kat dalam badan dia.Sedikit menyukarkan proses pembedahan.Ceewah !

 ' pesakit ' pertama aku =P

Okey , step 1st , kena pinkan keempat - empat kaki tikus ni.dalam dissection tray..then , sembur air sikit untuk elakkan bulu2 tikus dari berterbangan.Then , ' lapah ' kulit  untuk exposekan bahagian kulitnya.Next , baru lah cut kulit tu untuk usha bahagian dalaman.Kena make sure , guna segala apparatus tu dengan berhati-hati la..Takut TERpotong bahagian yang tak sepatotnya.Kalau TERpotong salur darah , kang berlaku pendarahan plak.Dah menyusahkan proses pembedahan.Maka , terserlah la segala bagai organ yang ada..bau ? huh , takyah cakap la..menguji kekentalan diri gak la.Tapi , still boleh bertahan .Haha.

Berpandukan arahan dan demo dari lecturer / lab instructor , kami semua pon bersungguh-sungguhla mengkaji setiap inci badan si tikus ni.Kami mengkaji organ2 yang terlibat dalam circulatory system , alimentary canal , gaseous exchange system etc.

Tikus classmate aku iaitu cik Shu , still hidup ! boleh nampak jantung dia bergerak..hadoy , panjang umur betol si tikus tu.Eh , lupa nak cer , tikus yang kami dapat tu dah dimatikan terlebih dahulu.So , takyah la nak lari2 pi tangkap plak.Haha..

 uterus si tikus yang malang

 the apparatus used

 yang dalam circle tu ialah ovary si tikus

 tudiaaa...small intestine si tikus..

 Dr.Firus dan 'pesakit' beliau =P

Ehem ! bangga ber ' posing ' bersama pesakit pertama  =PP


muka bahagia je masing-masing..
*picture creditted to Encik Jazmi 

hati si tikus..besar !


sisa-sisa pesakit..haha
* picture credited to Encik Jazmi
Alhamdulillah , sebab semuanya berjalan lancar.Tiada tragedi loya , muntah berdarah , pengsan atau sebagainya.Masing2 aku tengok enjoy je ber 'posing' dengan para ' pesakit '..muka plak bahagia bukan main.Mesti sebab bangga berjaya membedah..haha.Apa2 pon , classmate ku G151 memang rock !..semoga masing2 dapat menjadi insan yang berguna di masa hadapan.Amin :)

Aku dinner malam ni guna sudu..Haha..still tak sampai hati nak guna tangan.Even , pakai glove masa dissect  tikus tadi =P

------------------------------------------------
Result MUET 2011 dah keluar.Alhamdulillah sekali lagi atas rezeki yang Allah bagi ni..Even sekadar band 4  :)

Sunday, June 12, 2011

WORLD OCEANS DAY 2011 AT NATIONAL SCIENCE CENTRE

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum :)


The theme for this year is : YOUTH THE NEXT WAVE FOR CHANGE

Alhamdulillah :) selesai sudah volunteer job untuk sambutan World Oceans Day 2011 kat Pusat Sains Negara tadi.Alkisahnya , program ni organised by CFS Nature & Environmental Club in collaboration with WWF.Ni adalah program ke-3 aku under WWF.The first one is Beach Walk Campaign kat Tanjung Bidara Melaka , second jadi volunteer untuk sambutan Earth Hour 2011 kat Sunway Piramid and third  , volunteer untuk sambutan World Oceans Day ni.

Sedikit sejarah tentang sambutan world oceans day ni : disambut setiap june 8th.Pada tahun ini , tema sambutan memfokuskan peranan golongan belia untuk memelihara dan memulihara laut.Antara pihak dan badan2 NGO yang turut sama terlibat ialah National Science Centre ( NSC ) , Maritime Institute of Malaysia ( MIMA ) , World Wildlife Fund ( WWF ) , Ministry of Agriculture and Agro ( MOA ) , UNESCO , dll.

Ceritera perjalanan program kami hari ni , 

Pagi tadi dalam pukul 9.00 , semua volunteer berkumpul kat tempat parking bas depan Mahallah Fatimah Az-Zahra tu.Semua ada la dalam 60 orang if not mistaken.Alhamdulillah , tunggu tak lama sebab 9.10 dah gerak ke Pusat Sains yang hanya sekangkang  semut kera dari UIA ni.Dalam 10 minutes je.

Sesampainya kat sana , tunggu kehadiran Brandon.Brandon ni adalah orang kuat WWF yang handle semua penglibatan kami dalam program2 yang WWF join.Apa2 info , dia la yang akan roger pihak CFS nature club.Lepas Brandon sampai , ada briefing sikit pasal perjalanan program.Then , dapat t-shirt free ! pakat2 serbu toilet sebab nak kena tukar pakai baju yang dapat tu.Baru la ada identiti sebagai volunteer..hehe..

 The FREE t -shirt.
picture credited Fa Zo

Kami kaum hawa  ni susah sikit la sebab t -shirt tu lengan pendek.So , either pakai inner or t -shirt lengan panjang kat dalam ataupun pakai cardigan ke hape kat luar.Huhu..memang dah get ready awal2 la sebab already informed yang tshirt tu berlengan pendek.

After semua dah selesai tukar baju biru2 ni , move to kafetaria.Breakfast ! masa briefing sebelum ni kami dibagi tahu yang makan adalah sendirian berhad.Tup2 , sampai kat sana dapat kupon makanan.Haha.Alhamdulillah , murah rezeki kami.


Selesai makan [ kerja tak buat lagi tapi dah makan.haha ] , aku terpilih dalam kalangan 20 yang ' bertuah ' untuk sama2 berada dalam auditorium untuk upacara perasmian yang dihadiri para dato , datin dan barisan V VIP semestinya.Almost 11 . 30 baru majlis start.Ada ucapan aluan , ucapan perasmian , bacaan puisi oleh Yg.Bhg Prof Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh, Tokoh Sasterawan Negara 1991 , ucapan dari Miss World Malaysia 2010 , Miss Nadia Heng.Beliau ni duta untuk World Oceans Day ni.

Prof. Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh

Miss World Malaysia 2010 : Nadia Heng

Sepatotnya , hanya 20 orang daripada kami yang ber-60 tu yang akan berada dalam auditorium sempena perasmian.Tapi , tiba2 ja Dato yang nak merasmikan tu suruh semua sekali masuk.kalau ikut plan , yang 40 orang tu akan berkeliaran kat kawasan sekitar untuk approach para pengunjung pasal sambutan ni.Bagi pamphlet etc.Huhu.

Selesai majlis perasmian dalam pukul 12.45 macam tu , kami semua turun ke ruang tengah then buat flash mob berbentuk ikan.Flash mob ni  macam formasi la..buat ala2 wave sambil menjerit '' save our seafood ''..alahai ~ comel kot.Haha =P..

picture credited to Fa Zo

After that , aktiviti bebas sampai 3.45.Aku dan cik Aina pon merayau la sekitar Pusat Sains tu.Try segala macam game , science apparatus and application yang ada.Solat zohor and lunch etc.

Tepat jam 4 petang , bas UIA sampai.bertolak balik ke CFS IIUM terchenta.Alhamdulillah , selesai lagi satu program :)..Volunteer job kali  ni adalah yang paling tak banyak kerja , senang  dan tak memenatkan langsung compared to other programs yang aku pernah join.Pape pon , alhamdulillah for this new and nice experience :)
 muka bahagia di 'ngap' oleh Si Dinasour =P

 Si Dinasour pon pandai senyum bila amek gambar

 wooaa ! terapung ! smart tak ? haha [ cermin anti graviti sebenarnya ]

 Aina dan bola tukang sihir ! [ bola plasma ]

 zoom in bacteria E.Coli

 zoom in virus HIV 

 rangka Si Dinasour

err..the dinasour and I  * again

the pamphlet about Malaysia sustainable seafood guide

Antara apa yang aku sempat observe adalah :

  • sangat ramai parents yang bawak anak2 diorang datang melawat ke pusat sains ni.memang aku salute la.Even anak2 diorang tu kecik2 lagi.Pendedahan yang bermanfaat ! ( mostly chinese la -.-'' )
  • ada sorang aunty ni ( chinese ) dengan anak dia kat bilik pameran dinasour.Apa yang buat aku impressed ialah , si anak tu bawak buku tulis and pensil.Then salin semua nama2 spesis dinasour yang ada kat situ.Bagus gila lah.Bukan sekadar tengok then lupa.Ada sesi pembelajaran di situ.Great way of teaching your children. ( anak aku nanti nak buat macam tu jugak lah..haha =P )
  • pusat sains negara sangat sesuai untuk mereka2 yang gemarkan practikal compared to theory.Korang boleh try segala macam science apparatus / applications yang ada dan tengok hasil segala jenis teori2 sains yang korang belajar dalam kelas dulu.
Okey , itu saja perkongsian aku berkisar program yang aku join kali ni.Hope , ada lebih banyak peluang di masa hadapan untuk join program lain pulak.InsyaAllah :)

Adios and wassalam

--------------------------------------------------------


''the sea , once it casts its spell , holds one in its net of wonder forever '' - Jacques Couteau

Monday, June 06, 2011

PENGHAYATAN CUTI 3 MINGGU : ANTARA REALITI DAN FANTASI

In The Name of Allah The Most Gracious The  Most Merciful

assalamualaikum :)

Pejam celik pejam celik , dah habis rupanya cuti aku selama 3 minggu.Biasala , manusia ni tak pernah nak rasa cukuphttp://matcuoi.com.Kadang2 rasa 3 minggu tu macam 3 hari ja.Tapi kalau dah kena tinggal sorang2 kat rumah , rasa bosan pulak.3 minggu macam 3 bulan pulak.Pape pon aku pasrah.Ceewah ! meh kita renungkan apa yang aku buat selama 3 minggu ni..adakah hanya berhibernasi semata ?

Alkisah fantasia cuti aku sebelum cuti adalah untuk merealisasikan impian2 kat bawah ni :

  • Habiskan membaca sebanyak buku yang boleh ( non-academic)
  • Belajar buat bunga manik
  • Masak ( -.-'')
  • Minimakan tidoq
  • Banyakkan makan
  • Keluar jalan2
  • Buat benda2 yang berfaedah sahaja
  • Kurangkan online ? (-.-'')
  • Prepare for the upcoming sem
  • etc etc etc
Alkisah realiti cuti aku :
  • Berjaya khatam 4 buah buku je dalam masa 3 minggu ni..Cinta Di Langit Gaza , Aku , Isabella & Tok Kenali , Coke and Sundae , The Gift ..Armagedon 2012 belum habis baca lagi..baru page 332 out of 558 ..bila dah bosan2 aku re-read novel2 jiwang pulak..haha XD
  • Berjaya buat sepohon pokok bunga daripada manik .Gila bangga la jugak sebab unexpected tangan aku berseni jugak rupanya =P
  • Masak ? err..takde try resepi baru pon.Masak yang dah tau je.Tu pon semua simple menu je.Sebab sekarang ni musim kenduri kawen.So , takde orang nak makan kat rumah.Sob !
  • Yeah ! memang aku banyak makan.Sebab asyik2 kena tinggal je kat rumah.Dok sorang2.Bila kebosanan , makanan adalah rakan karibku..haha
  • Keluar jalan2 ? memang takdak la.Sekali je keluar hangout dengan cik husnee.tu pon gi tengok movie , lepak2 makan etc.Keluar makan kat Radix Pizza House and RFC je..Lepas tu , pi menyemak kat rumah kakak 2 hari.Kui3..ni la nasib bila cuti time orang lain tak cuti.zzZZ
  • Apa la eh aktiviti aku yang berfaedah ? thinking ........http://matcuoi.com
  • Kurangkan online ? berjaya 68%..hihi..sebab bila kat rumah , banyak benda lain yang lebih menarik daripada online.Bila kat rumah , serius jadi malas nak online ( malas nak buat semua benda jugak =P )
  • Prepare untuk upcoming semester ? errr....macam tak je..hihi....
Tu diaaa cara2 aku menghayati cuti selama 3 minggu..Pada saat ni , aku dah pon selamat berada di CFS IIUM ynag terchenta.Petang tadi , dah masuk kelas pertama untuk sem ni..Sem yang agak tough.3 core subjects which are Chemistry II , Physic II and Biology II dan jugak 1 elective subject iaitu Understanding Islam.All the best to myself.Haha.

Lepas ni , update pon tak la kerap sangat  kot.Almaklumlah , dah kembali menjadi pelajar.Hehe.Tu jelah bebelan pertama untuk sem ni.Seronok sebab dah jadi senior.Haha.

Adios and wassalamhttp://matcuoi.com

Friday, June 03, 2011

BOOK : AKU , ISABELLA & TOK KENALI

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum ;)

alhamdulillah , selesai sudah khatam buku ni.Beli time hangout dengan cik husnee kat CS hari tu.Actually nak beli buku pasal travelog da'ie yang terkenal tu, Saiful Islam..tajuknya secangkir teh ke apa entah.Tapi buku tu mahal sikit..RM20 ++.memandangkan aku nak beli novel Coke & Sundae jugak , so aku pilih buku ni instead of buku secangkir teh tu.Hehe..bajet tak cukup daa ~  kat POPULAR je dah lesap almost RM50..sebab tu aku malas nak masuk book stores.macam nak gila pilih buku.zzZZ..Tapi bulan Julai ni insyaAllah aku akan cuba dapatkan buku tu pulak..hihi..So , sedikit review apa yang ada dalam buku ni :


JUDUL : AKU , ISABELLA & TOK KENALI
PENULIS : BOB LOKMAN & RIDUAN MOHAMAD NOR
PENERBIT : JUNDI RESOURCES 
HARGA SEMENANJUNG : RM 16.00
HARGA SABAH/SARAWAK : RM 18.00
MUKASURAT : 157
KELUARAN : MAC 2011

Saat mata mula membaca bait2 kata yang tertulis , hati berkata '' uii , dasyat jugak perjalanan hidup Bob Lokman ni.Ingatkan biasa2 je "

Bob Lokman atau nama sebenarnya Hakim bin Lokman , anak sulung dari 2 beradik.Merupakan cicit kepada seorang ulama Kelantan yang tersohor iaitu Tok Kenali..Lahir di Kelantan dengan dikelilingi persekitaran pondok  dan madrasah yang tak pernah kering dengan pengisian rohani.Melalui zaman kanak2 yang baginya penuh konkongan oleh sang ayah yang mahu menjaga identiti keluarga berketurunan ulama.Ayah yang sangat tegas dan garang.Dirotan adalah 'makanan' hariannya asal ada kesilapan.Sampai satu tahap , dia dibelasah oleh ayahnya kerana dituduh mencuri cermin mata milik sang jiran.Dibelasah separuh nyawa , sampai ada jirang yang prihatin merayu ayahnya supaya berhenti.Kalau situasi hari ini , umpama kes penderaan kanak2.Pengalaman itu yang mematangkan dia.Membesar menjadi seorang yang kuat , tahan diejek dan bersendirian dalam saat susah tanpa perlu berpaut pada orang lain.Itu pengajarannya.

Berubah menjadi anak yang nakal bila tinggal dengan datuk dan neneknya.Berjauhan dengan sang ayah , menjadikan dia bebas laksana burung terlepas dari sangkar.Segala perkara yang dilarang sewaktu bersama ayahnya ,  kini bebas dilakukan.Sampaikan berani membakar dapur rumah seorang jiran gara2 dimarah kerana membuat bising.Padahal waktu itu , baru darjah satu !

Bila kerajaan Malaysia membuka sekolah agama kerajaan , dia dihantar ke Sekolah Menengah Kebangsaan  Agama Maahad Hamidiah Kajang.Bukan atas minat sebenarnya , bersetuju untuk ke sana semata-mata mahu lari dari konkongan sang ayah.Di sana , dia ketua segala onar.Berbekalkan susuk tubuh yang besar , itu satu kelebihan untuk menjadi taiko.Walau demikian , siapa sangka seorang taiko ini mampu menjulang gelaran pembahas terbaik negeri selangor.Petah berkata mematahkan hujah lawan ternyata berjaya menjulang naik namanya di arena perbahasan.Namun , nasib tak selalu indah.Lantaran kenakalan tahap tegar , dia dan 80 pelajar lagi dibuang sekolah dalam usaha sekolah menjaga maruah sebagai sebuah institusi pendidikan agama yang makin tersohor.

Kemudian dia bersekolah pula di Sekolah Menengah Kajang.Main2 dengan pelajaran sampai saat dia berada di tingkatan 5.Walaupon menjadi calon SPM pada tahun itu , pelajaran bukanlah minat utamanya.Pada hari peperiksaan , dia melangkah dalam keterpaksaan dengan mengusung IC dan slip.Kerana ayahnya mengugut akan membunuhnya andai dia tidak mahu menduduki SPM..Namun , selesai 3 kertas SPM , dia lari ! selamat tinggal SPM !..selamat tinggal ayah !

Menetap entah dimana , berniaga buah buahan untuk menyara diri.Masa lapang diisi dengan menghadiri konsert2 rock yang pada masa itu sangat luas pengaruhnya pada anak muda.Memulakan kerjaya sebagai pengurus artis ( Wings dan M.Nasir ) juga sebagai penulis lirik.Antaranya lirik lagu Isabella yang dipopularkan oleh kumpulan Search sehingga berjaya menjulang gelaran juara lagu dalam Juara Lagu TV3 1989.Waktu itu , dia mewah.Duit bukan soal besar.Pendapan puluhan ribu setiap bulan ternyata menghanyutkan.

Bila badai mula melanda , baru dia tahu erti hidup yang sebenar.1997 , tahun ekonomi lembab , dia disahkan lumpuh kerana tulang belakang yang gagal berfungsi dengan baik.Bagai jatuh ditimpa tangga , isteri lari meninggalkannya bersama 3 orang anak yang masih kecil.Terumbang ambing di gugah badai.Sedikit demi sedikit gunung harta yang terkumpul ditarah.Rumah dan kereta ditarik.Jatuh tersembam ke lantai !

Alhamdulilah , berkat doa dan tak kenal putus asa , rezeki datang dalam bidang penyiaran.Di tambah tahap kesihatan yang semakin membaik.Bertemu jodoh dengan isteri kedua dan dikurniakan 3 orang lagi cahaya mata.Kematian sahabat akrabnya akibat denggi pula benar2 membuka jalan ke pintu taubat.Mengenangkan anak2 yang semakin liar , dia mula berfikir lebih jauh untuk kembali  menjadi Islam yang sebenar.Alhamdulillah , dengan izin Yang Maha Esa.Mula aktif dalam politik setelah menyertai PAS. ( err..dalam buku ni banyak jugak unsur2 politik.Terang-terangan dia menyokong PAS dan menolak UMNO.Biar apa pon , aku tak ambil port dari segi politik ni.Aku natural dalam aspek ni.Cuma apa yang aku hayati , perjalanan hidup dan pengalaman dia.Harap maklum.Peace ! )

Konlusinya , penghijrahan Bob Lokman ini atas dasar 3 perkara.Pembukaan akal yang dialaminya ketika sakit , keperitan hidup berkeluarga yang porak peranda , dan kematian rakan karibnya.

-----------------------------------------
P/s  : sekarang kecoh pasal blog adinda ; blog budak berumur 14 tahun yang dengan bangganya mengaku sudah tiada dara ! semoga Allah memberinya hidayah.Kepada yang lain , tak payah la nak kutuk2 , maki segala bagai.Lebih baik berdoa kita dijauhkan dari perkara2 macam tu and Allah beri dia petunjuk untuk berubah.Kan baik kalau macam tu ? Kalau kutuk pon buat tambah dosa je..kan3 ?

Wednesday, June 01, 2011

RADIX PIZZA HOUSE

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

 assalamualaikum ;)


Dah lama rasanya aku tak post something related to HPA..So , memandangkan semalam aku ber'dinner'kan pizza dari Radix Pizza House , hari ni nak la story sikit apa yang bestnya Radix Pizza House [ RPH] ni.Buat penggemar pizza , ni satu lagi port terbaek untuk menikmati pizza yang terjamin status  kesedapan dan kehalalannya.InsyaAllah.

RPH ni adalah salah satu rangkaian syarikat Herba Penawar AlWahida [ HPA ] yang bagi aku sangat popular kat Kedah ni terutamanya di kawasan Sg Petani dan Alor Star. Asal cuti je , aku memang akan usahakan jugak2 untuk makan kat sini selain Radix Fried Chicken [ RFC ] and Radix Chicken House [ RCH ] ..Kiranya RPH ni ganti kepada Pizza Hut and Domino's la.RFC pulak pilihan alternative menggantikan KFC.RCH pulak memang serve segala bagai makanan berasaskan ayam.Kalau nak makan chicken chop ke , sate ke , kat sini la tempatnya.Yelah kan , kan PJ mana ada semua ni.KFC , Pizza Hut , Domino's bersepah la.Huhu.

Kat RPH ni banyak choices.Almost like pizza hut and domino's.Paling aku suka chicken supreme and mediterrenean .Memang terbaik.Menu yang lain termasuklah jugak soup of the day.Either chicken 0r mushroom.Garlic bread , salad, variety choices of drinks , desert etc.Harga pon okey.Almost nak sama macam pizza huts and domino's la.Rasa pon sangat sedap ! silap2 hari bulan , korang terus say bye2 kat pizza huts dengan domino's.Haha.

Tapi , yang tak berapa nak best tu , setahu aku RPH ni ada 2 cawangan je kot.Yang aku selalu pegi dekat area Lagenda Height , Sg Petani.Sebab dekat dengan umah kakak aku.Asal cuti  and aku singgah umah dia , insyaAllah sampai la kat sini.Hehe.So , anda2 yang berada jauh dari Sg Petani , Kedah ni ...chances nak merasa makan kat sini payah sikit la kan.Just pray hard supaya HPA bukak lebih banyak cawangan nanti.Hihi.

Ni RPH kat Lagenda Height yang aku selalu pi tu.

 Motor untuk delivery..service dia okey.Tak lambat.Berdasarkan pengalaman aku la.

 taraaaa ! ni dia chicken supreme large.Dinner aku untuk semalam. RM 25.50.ada 8 pieces
( 2 orang ja makan )..hehe

 ni taktau nama apa.sebab amek kat Yahoo Images je ;)


So , kepada anda2 yang berada di kawasan berhampiran , sila lah cuba-try-test makan kat sini ( kalau belum pernah la )..lokasi betol2 kat taman Lagenda Height.Dekat area Village Mall and Tesco Sg.Petani.Berbaloi-baloi.

Okey , tuje lah untuk hari ni.Adios and wassalam :)

---------------------------------------------------
ggrrr..aku kini di penghujung sisa2 cuti...  =.=''..pity me.