Sunday, June 19, 2011

TOKOH : YUSOF BIN NAJMUDDIN

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum ;)


Aku mulakan entry ni dengan satu persoalan.Berapa ramai artis yang kita semua kenal dan  sejauh mana kita tahu  tentang kehidupan peribadi artis2 pujaan kita tu ? ..haa , ramai kot.Then , cuba kita bandingkan pulak , berapa ramai tokoh2 Islam dan para sahabat zaman junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang kita kenal dan tahu sejarah serta kehidupan mereka semua ? Tak kira berapa pon jumlahnya , sikit , banyak or maybe takdak langsung..sendiri simpan jawapan tu.Kenalkah kita dengan contohnya ; Salahuddin Al-Ayubi , Tariq Ziyad , Khalid AlWalid , Ikramah , Sultan Muhamad Al-Fateh , Abu Ubaidah , Zaid bin Harithah dan banyak lagi yang tak mampu aku coretkan kat sini.Mungkin ada yang tahu , sekadar pernah dengar nama or mungkin ada juga yang memang dah baca & kaji profile tokoh2 ni semua.Apa pon jawapannya , hari ni aku nak share satu lagi profile yang tak kurang hebatnya.Yakni Panglima Yusof Bin Najmuddin.Semoga dapat menambah ilmu yang sedia ada.Sejujurnya , aku baru tahu pasal tokoh ni masa join talk BICARA WANITA : REVOLUSI UMMAH.Selama ni , macam , erm..tak pernah dengar kot.Ataupon sekadar dengar dan lupa.Actually dah lama talk ni , 26 APRIL lepas.Tapi baru hari ni tergerak nak menaip kisah beliau.Hee ;)

-------------------------------------------------------
'' Aku sakit sekarang , aku perlukan sedikit arak demi melegakan kesakitan ''

Maka bergegaslah tentera Yusuf bin Najmuddin mencari dan menyelongkar seluruh khemah tentera demi mencari arak untuk panglima perang mereka.Namun mereka menemui jalan buntu.Arak yang mereka cari tidak mereka temui.Panglima memerlukan sedikit alkohol untuk menyembuhkan penyakit.

'' Maaf wahai panglima , kami tidak mendapati arak di kem tentera kita , bagaimana sekarang ? Adakah kau mendapati cara lain untuk mengubatimu ? '' kata tenteranya , cemas....''Hmmm , kalau begitu .. aku telah sembuh'' , Yusuf menjawab tenang.

Tentera Yusof kehairanan.Tiba-tiba sahaja , panglima itu sihat seperti sedia kala

''Aku cuma ingin memastikan adakah tenteraku meminum arak.Itu sahaja '' , Yusof Najmuddin menjawab

Pada malam yang berikutnya , Yusof Najmuddin melakukan intipan di khemah tenteranya ketika mana semua orang sedang nyenyak tidur.Dia memerhatikan gelagat tenteranya seorang demi seorang.Apakah yang diintipnya ?

Waktu yang dinanti sudah tiba.Tentera musuh siap sedia untuk berperang.Mereka berada di hadapan pintu gerbang kota umat Islam yang telah lama mereka tawan.Kini saat pembebasan akan tiba.

Yusof Najmuddin memilih individu tertentu dalam kalangan tenteranya yang akan berada di barisan hadapan.

'' Wahai panglima , aku menawarkan diri bersama dengan sahabatku yang gagah ini untuk berada di barisan hadapan,Namun engkau tidak memilih begitu ? Mengapa engkau memilih mereka ini untuk berada di barisan hadapan ? Tidakkah engkau melihat bahawa ramai lagi tenteramu yang gagah yang lebih layak berada di barisan hadapan ? ''  seorang dari tenteranya bertanya.

'' Aku tidak melihat orang lain , melainkan mereka yang telah ku pilih ini yang bertahajjud kepada Allah pada malam tadi.'' Yusof menjawab dengan jelas.Jawapan itu cukup untuk menutup mulut tenteranya yang merungut tadi

Dalam perjalanan menggempur pintu gerbang utama pihak musuh , Yusof mengarahkan tentera barisan hadapannya berhenti dan membentuk formasi yang kuat mengelilingi tentera yang berada di tengah2.Selang beberapa minit kemudian mereka berjalan semula.Dan mereka berhenti semula.Kali ini , tentera yang berada di hadapan akan masuk ke tengah seketika , manakala tentera yang di tengah akan mengambil posisi hadapan seketika.

Situasi ini diperhati teliti oleh skuad pengintip musuh.Dia juga kehairanan dan memilih untuk memanjat menara demi mendapat tahu keadaan yang sedang berlaku pada tentera Yusof Najmuddin.

Rupa-rupanya , tentera Yusof sedang bergilir-gilir menunaikan solat.Tentera pengintip musuh segera melapor kepada panglimanya.'' Wahai tenteraku , bahawa apabila tembok ini dipecahkan oleh tentera Yusof Najmuddin .... ketahuilah bahawa kita akan kalah.Sesungguhnya mereka tidak akan tewas selagi mana mereka berpegang dengan ajaran al-Quran dan Sunnah Rasulullah ''

Jelas panglima perang musuh selepas mengetahui ketaatan tentera Yusof Najmuddin yang masih lagi mampu menunaikan solat walau dalam peperangan.Subhanallah !

 kita pula bagaimana ?

Wallahualam.Sedikit perkongsian untuk hari ini.

Credited to - Handout from Bicara Wanita ;)

------------------------------------------------


hujan renyai2 kat bumi PJ petang ni.update blog sebab mata dah mula tergoda dengan bayu hujan.hee =P

6 comments:

  1. cikgu pun baru kenai je ni..hehe. thx 4 sharing :D

    ReplyDelete
  2. @ naqib : HAHA..sama2 cikgu :)..alhamdulillah , dapat tambah ilmu ..kan3 ? =P

    ReplyDelete
  3. Salam alaik.
    Syukran ats perkongsian yg amat bermakna. Begitulah hebatnya tentera islam pada masa dahulu. mrk diumpamakan abid pd waktu mlm dan singa pada waktu siang

    ReplyDelete
  4. nice sharing...
    begitu mengindafkan dan menyentuh kalbuu..

    ReplyDelete
  5. @ shameel : w'salam..sama2.ye , betul tu..jauhnya beza dengan kita hari ini ~

    ReplyDelete
  6. @ unknown : semoga bermanfaat untuk semua yang membaca =)

    ReplyDelete