Sunday, June 12, 2011

WORLD OCEANS DAY 2011 AT NATIONAL SCIENCE CENTRE

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum :)


The theme for this year is : YOUTH THE NEXT WAVE FOR CHANGE

Alhamdulillah :) selesai sudah volunteer job untuk sambutan World Oceans Day 2011 kat Pusat Sains Negara tadi.Alkisahnya , program ni organised by CFS Nature & Environmental Club in collaboration with WWF.Ni adalah program ke-3 aku under WWF.The first one is Beach Walk Campaign kat Tanjung Bidara Melaka , second jadi volunteer untuk sambutan Earth Hour 2011 kat Sunway Piramid and third  , volunteer untuk sambutan World Oceans Day ni.

Sedikit sejarah tentang sambutan world oceans day ni : disambut setiap june 8th.Pada tahun ini , tema sambutan memfokuskan peranan golongan belia untuk memelihara dan memulihara laut.Antara pihak dan badan2 NGO yang turut sama terlibat ialah National Science Centre ( NSC ) , Maritime Institute of Malaysia ( MIMA ) , World Wildlife Fund ( WWF ) , Ministry of Agriculture and Agro ( MOA ) , UNESCO , dll.

Ceritera perjalanan program kami hari ni , 

Pagi tadi dalam pukul 9.00 , semua volunteer berkumpul kat tempat parking bas depan Mahallah Fatimah Az-Zahra tu.Semua ada la dalam 60 orang if not mistaken.Alhamdulillah , tunggu tak lama sebab 9.10 dah gerak ke Pusat Sains yang hanya sekangkang  semut kera dari UIA ni.Dalam 10 minutes je.

Sesampainya kat sana , tunggu kehadiran Brandon.Brandon ni adalah orang kuat WWF yang handle semua penglibatan kami dalam program2 yang WWF join.Apa2 info , dia la yang akan roger pihak CFS nature club.Lepas Brandon sampai , ada briefing sikit pasal perjalanan program.Then , dapat t-shirt free ! pakat2 serbu toilet sebab nak kena tukar pakai baju yang dapat tu.Baru la ada identiti sebagai volunteer..hehe..

 The FREE t -shirt.
picture credited Fa Zo

Kami kaum hawa  ni susah sikit la sebab t -shirt tu lengan pendek.So , either pakai inner or t -shirt lengan panjang kat dalam ataupun pakai cardigan ke hape kat luar.Huhu..memang dah get ready awal2 la sebab already informed yang tshirt tu berlengan pendek.

After semua dah selesai tukar baju biru2 ni , move to kafetaria.Breakfast ! masa briefing sebelum ni kami dibagi tahu yang makan adalah sendirian berhad.Tup2 , sampai kat sana dapat kupon makanan.Haha.Alhamdulillah , murah rezeki kami.


Selesai makan [ kerja tak buat lagi tapi dah makan.haha ] , aku terpilih dalam kalangan 20 yang ' bertuah ' untuk sama2 berada dalam auditorium untuk upacara perasmian yang dihadiri para dato , datin dan barisan V VIP semestinya.Almost 11 . 30 baru majlis start.Ada ucapan aluan , ucapan perasmian , bacaan puisi oleh Yg.Bhg Prof Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh, Tokoh Sasterawan Negara 1991 , ucapan dari Miss World Malaysia 2010 , Miss Nadia Heng.Beliau ni duta untuk World Oceans Day ni.

Prof. Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh

Miss World Malaysia 2010 : Nadia Heng

Sepatotnya , hanya 20 orang daripada kami yang ber-60 tu yang akan berada dalam auditorium sempena perasmian.Tapi , tiba2 ja Dato yang nak merasmikan tu suruh semua sekali masuk.kalau ikut plan , yang 40 orang tu akan berkeliaran kat kawasan sekitar untuk approach para pengunjung pasal sambutan ni.Bagi pamphlet etc.Huhu.

Selesai majlis perasmian dalam pukul 12.45 macam tu , kami semua turun ke ruang tengah then buat flash mob berbentuk ikan.Flash mob ni  macam formasi la..buat ala2 wave sambil menjerit '' save our seafood ''..alahai ~ comel kot.Haha =P..

picture credited to Fa Zo

After that , aktiviti bebas sampai 3.45.Aku dan cik Aina pon merayau la sekitar Pusat Sains tu.Try segala macam game , science apparatus and application yang ada.Solat zohor and lunch etc.

Tepat jam 4 petang , bas UIA sampai.bertolak balik ke CFS IIUM terchenta.Alhamdulillah , selesai lagi satu program :)..Volunteer job kali  ni adalah yang paling tak banyak kerja , senang  dan tak memenatkan langsung compared to other programs yang aku pernah join.Pape pon , alhamdulillah for this new and nice experience :)
 muka bahagia di 'ngap' oleh Si Dinasour =P

 Si Dinasour pon pandai senyum bila amek gambar

 wooaa ! terapung ! smart tak ? haha [ cermin anti graviti sebenarnya ]

 Aina dan bola tukang sihir ! [ bola plasma ]

 zoom in bacteria E.Coli

 zoom in virus HIV 

 rangka Si Dinasour

err..the dinasour and I  * again

the pamphlet about Malaysia sustainable seafood guide

Antara apa yang aku sempat observe adalah :

  • sangat ramai parents yang bawak anak2 diorang datang melawat ke pusat sains ni.memang aku salute la.Even anak2 diorang tu kecik2 lagi.Pendedahan yang bermanfaat ! ( mostly chinese la -.-'' )
  • ada sorang aunty ni ( chinese ) dengan anak dia kat bilik pameran dinasour.Apa yang buat aku impressed ialah , si anak tu bawak buku tulis and pensil.Then salin semua nama2 spesis dinasour yang ada kat situ.Bagus gila lah.Bukan sekadar tengok then lupa.Ada sesi pembelajaran di situ.Great way of teaching your children. ( anak aku nanti nak buat macam tu jugak lah..haha =P )
  • pusat sains negara sangat sesuai untuk mereka2 yang gemarkan practikal compared to theory.Korang boleh try segala macam science apparatus / applications yang ada dan tengok hasil segala jenis teori2 sains yang korang belajar dalam kelas dulu.
Okey , itu saja perkongsian aku berkisar program yang aku join kali ni.Hope , ada lebih banyak peluang di masa hadapan untuk join program lain pulak.InsyaAllah :)

Adios and wassalam

--------------------------------------------------------


''the sea , once it casts its spell , holds one in its net of wonder forever '' - Jacques Couteau

10 comments:

  1. hehehe.aku dr dulu tertanya , emiratus tu pangkat dpt dr mane eh?

    ReplyDelete
  2. @ faiz : haha.. emeritus , having retired but allowed to retain a title as an honour..tudia maksud yg aku jumpak =P..taktau nak terang macam mana..kui3

    ReplyDelete
  3. @ bro hadiee : apa yang style nih ? haha =P

    ReplyDelete
  4. wah .. dah lama tak g Pusat Sains. Nanti nak singgah balik laa

    ReplyDelete
  5. @ iPai : free2 boleh 'lepak' sana..lepak sambil belajar..hoho

    ReplyDelete
  6. @ Aku Tulis : haha..cool habess..merasa macam terapung kejap =P

    ReplyDelete
  7. wah best best.. aq baru tahu ade ocean day. haha

    * tak lawo pon miss mlysia tu. LOL :D

    ReplyDelete
  8. @ naqib : ocean day ni event baru lagi..lagi baru compared to earth hour..huhu..

    haha..tak lawa eh ? Kui3

    ReplyDelete