In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
assalamualaikum ;)
alhamdulillah , selesai sudah khatam buku ni.Beli time hangout dengan cik husnee kat CS hari tu.Actually nak beli buku pasal travelog da'ie yang terkenal tu, Saiful Islam..tajuknya secangkir teh ke apa entah.Tapi buku tu mahal sikit..RM20 ++.memandangkan aku nak beli novel Coke & Sundae jugak , so aku pilih buku ni instead of buku secangkir teh tu.Hehe..bajet tak cukup daa ~ kat POPULAR je dah lesap almost RM50..sebab tu aku malas nak masuk book stores.macam nak gila pilih buku.zzZZ..Tapi bulan Julai ni insyaAllah aku akan cuba dapatkan buku tu pulak..hihi..So , sedikit review apa yang ada dalam buku ni :
JUDUL : AKU , ISABELLA & TOK KENALI
PENULIS : BOB LOKMAN & RIDUAN MOHAMAD NOR
PENERBIT : JUNDI RESOURCES
HARGA SEMENANJUNG : RM 16.00
HARGA SABAH/SARAWAK : RM 18.00
MUKASURAT : 157
KELUARAN : MAC 2011
Saat mata mula membaca bait2 kata yang tertulis , hati berkata '' uii , dasyat jugak perjalanan hidup Bob Lokman ni.Ingatkan biasa2 je "
Bob Lokman atau nama sebenarnya Hakim bin Lokman , anak sulung dari 2 beradik.Merupakan cicit kepada seorang ulama Kelantan yang tersohor iaitu Tok Kenali..Lahir di Kelantan dengan dikelilingi persekitaran pondok dan madrasah yang tak pernah kering dengan pengisian rohani.Melalui zaman kanak2 yang baginya penuh konkongan oleh sang ayah yang mahu menjaga identiti keluarga berketurunan ulama.Ayah yang sangat tegas dan garang.Dirotan adalah 'makanan' hariannya asal ada kesilapan.Sampai satu tahap , dia dibelasah oleh ayahnya kerana dituduh mencuri cermin mata milik sang jiran.Dibelasah separuh nyawa , sampai ada jirang yang prihatin merayu ayahnya supaya berhenti.Kalau situasi hari ini , umpama kes penderaan kanak2.Pengalaman itu yang mematangkan dia.Membesar menjadi seorang yang kuat , tahan diejek dan bersendirian dalam saat susah tanpa perlu berpaut pada orang lain.Itu pengajarannya.
Berubah menjadi anak yang nakal bila tinggal dengan datuk dan neneknya.Berjauhan dengan sang ayah , menjadikan dia bebas laksana burung terlepas dari sangkar.Segala perkara yang dilarang sewaktu bersama ayahnya , kini bebas dilakukan.Sampaikan berani membakar dapur rumah seorang jiran gara2 dimarah kerana membuat bising.Padahal waktu itu , baru darjah satu !
Bila kerajaan Malaysia membuka sekolah agama kerajaan , dia dihantar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah Kajang.Bukan atas minat sebenarnya , bersetuju untuk ke sana semata-mata mahu lari dari konkongan sang ayah.Di sana , dia ketua segala onar.Berbekalkan susuk tubuh yang besar , itu satu kelebihan untuk menjadi taiko.Walau demikian , siapa sangka seorang taiko ini mampu menjulang gelaran pembahas terbaik negeri selangor.Petah berkata mematahkan hujah lawan ternyata berjaya menjulang naik namanya di arena perbahasan.Namun , nasib tak selalu indah.Lantaran kenakalan tahap tegar , dia dan 80 pelajar lagi dibuang sekolah dalam usaha sekolah menjaga maruah sebagai sebuah institusi pendidikan agama yang makin tersohor.
Kemudian dia bersekolah pula di Sekolah Menengah Kajang.Main2 dengan pelajaran sampai saat dia berada di tingkatan 5.Walaupon menjadi calon SPM pada tahun itu , pelajaran bukanlah minat utamanya.Pada hari peperiksaan , dia melangkah dalam keterpaksaan dengan mengusung IC dan slip.Kerana ayahnya mengugut akan membunuhnya andai dia tidak mahu menduduki SPM..Namun , selesai 3 kertas SPM , dia lari ! selamat tinggal SPM !..selamat tinggal ayah !
Menetap entah dimana , berniaga buah buahan untuk menyara diri.Masa lapang diisi dengan menghadiri konsert2 rock yang pada masa itu sangat luas pengaruhnya pada anak muda.Memulakan kerjaya sebagai pengurus artis ( Wings dan M.Nasir ) juga sebagai penulis lirik.Antaranya lirik lagu Isabella yang dipopularkan oleh kumpulan Search sehingga berjaya menjulang gelaran juara lagu dalam Juara Lagu TV3 1989.Waktu itu , dia mewah.Duit bukan soal besar.Pendapan puluhan ribu setiap bulan ternyata menghanyutkan.
Bila badai mula melanda , baru dia tahu erti hidup yang sebenar.1997 , tahun ekonomi lembab , dia disahkan lumpuh kerana tulang belakang yang gagal berfungsi dengan baik.Bagai jatuh ditimpa tangga , isteri lari meninggalkannya bersama 3 orang anak yang masih kecil.Terumbang ambing di gugah badai.Sedikit demi sedikit gunung harta yang terkumpul ditarah.Rumah dan kereta ditarik.Jatuh tersembam ke lantai !
Alhamdulilah , berkat doa dan tak kenal putus asa , rezeki datang dalam bidang penyiaran.Di tambah tahap kesihatan yang semakin membaik.Bertemu jodoh dengan isteri kedua dan dikurniakan 3 orang lagi cahaya mata.Kematian sahabat akrabnya akibat denggi pula benar2 membuka jalan ke pintu taubat.Mengenangkan anak2 yang semakin liar , dia mula berfikir lebih jauh untuk kembali menjadi Islam yang sebenar.Alhamdulillah , dengan izin Yang Maha Esa.Mula aktif dalam politik setelah menyertai PAS. ( err..dalam buku ni banyak jugak unsur2 politik.Terang-terangan dia menyokong PAS dan menolak UMNO.Biar apa pon , aku tak ambil port dari segi politik ni.Aku natural dalam aspek ni.Cuma apa yang aku hayati , perjalanan hidup dan pengalaman dia.Harap maklum.Peace ! )
Konlusinya , penghijrahan Bob Lokman ini atas dasar 3 perkara.Pembukaan akal yang dialaminya ketika sakit , keperitan hidup berkeluarga yang porak peranda , dan kematian rakan karibnya.
-----------------------------------------
P/s : sekarang kecoh pasal blog adinda ; blog budak berumur 14 tahun yang dengan bangganya mengaku sudah tiada dara ! semoga Allah memberinya hidayah.Kepada yang lain , tak payah la nak kutuk2 , maki segala bagai.Lebih baik berdoa kita dijauhkan dari perkara2 macam tu and Allah beri dia petunjuk untuk berubah.Kan baik kalau macam tu ? Kalau kutuk pon buat tambah dosa je..kan3 ?
terima kasih atas perkongsian. nak cari satu lah. macam best dan bermanfaat.
ReplyDelete@ bro hadiee : sama2..cari dua pon takpa..hehe insyaAllah berbaloi RM16 tu ~
ReplyDeletebulan lepas ade nampak kat mph..tak terbeli..mcm best je :)
ReplyDeletefuh macam dalam novel kisah hidup dy ni. haha.
ReplyDelete@ munirah: bulan ni pi beli..haha
ReplyDelete@ naqib : agak la..plot hidup dia mmg nampak naik turun..huhubuat filem pon best ni..banyak ibrah :)
ReplyDeletedah macam baca buku dia pulak .. menarik .. terima kasih .. ingatkan Bob Lokman ni masuk tabligh .. sebab masa kat raja lawak tuh, dah macam tuh rupanya ..
ReplyDeletethanx again ..
@ ipai : sama2 =)
ReplyDelete