Monday, June 13, 2011

Ope-RAT-ion PERTAMA - BERJAYA !

In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

assalamualaikum ;)

Alhamdulillah ! pembedahan pertama berjaya.Hanya Allah yang tahu betapa lega nya rasa hati.Ceh ! padahal  bedah tikus je..Wakakaka =P..tikus pon mencabar gak pe

Alkisahnya , lab session pertama untuk subjek biology II sem ni ialah ' dissection of rat ' a.k.a bedah tikus..hoho..mula2 tu memang aku rasa sangat teruja.Almaklumlah , 1st time nak bedah2 benda hidup ni.Tapi , dalam keterujaan tu ada jugak la terselit secebis kerisauan + ke'nervous'san etc.Kot2 la , tetiba ja aku termuntah ke hape kan..Haha..Tak macho la kan kalau muntah2 ni.Kui3

So , lab session petang semalam , around pukul 2 ..kami dibekalkan dengan seekor tikus dan peralatan2 untuk meng'akses' seluruh badan tikus2 malang tersebut.Rezeki aku dapat tikus obesiti ! haila ..banyak kot lemak2 berselirat kat dalam badan dia.Sedikit menyukarkan proses pembedahan.Ceewah !

 ' pesakit ' pertama aku =P

Okey , step 1st , kena pinkan keempat - empat kaki tikus ni.dalam dissection tray..then , sembur air sikit untuk elakkan bulu2 tikus dari berterbangan.Then , ' lapah ' kulit  untuk exposekan bahagian kulitnya.Next , baru lah cut kulit tu untuk usha bahagian dalaman.Kena make sure , guna segala apparatus tu dengan berhati-hati la..Takut TERpotong bahagian yang tak sepatotnya.Kalau TERpotong salur darah , kang berlaku pendarahan plak.Dah menyusahkan proses pembedahan.Maka , terserlah la segala bagai organ yang ada..bau ? huh , takyah cakap la..menguji kekentalan diri gak la.Tapi , still boleh bertahan .Haha.

Berpandukan arahan dan demo dari lecturer / lab instructor , kami semua pon bersungguh-sungguhla mengkaji setiap inci badan si tikus ni.Kami mengkaji organ2 yang terlibat dalam circulatory system , alimentary canal , gaseous exchange system etc.

Tikus classmate aku iaitu cik Shu , still hidup ! boleh nampak jantung dia bergerak..hadoy , panjang umur betol si tikus tu.Eh , lupa nak cer , tikus yang kami dapat tu dah dimatikan terlebih dahulu.So , takyah la nak lari2 pi tangkap plak.Haha..

 uterus si tikus yang malang

 the apparatus used

 yang dalam circle tu ialah ovary si tikus

 tudiaaa...small intestine si tikus..

 Dr.Firus dan 'pesakit' beliau =P

Ehem ! bangga ber ' posing ' bersama pesakit pertama  =PP


muka bahagia je masing-masing..
*picture creditted to Encik Jazmi 

hati si tikus..besar !


sisa-sisa pesakit..haha
* picture credited to Encik Jazmi
Alhamdulillah , sebab semuanya berjalan lancar.Tiada tragedi loya , muntah berdarah , pengsan atau sebagainya.Masing2 aku tengok enjoy je ber 'posing' dengan para ' pesakit '..muka plak bahagia bukan main.Mesti sebab bangga berjaya membedah..haha.Apa2 pon , classmate ku G151 memang rock !..semoga masing2 dapat menjadi insan yang berguna di masa hadapan.Amin :)

Aku dinner malam ni guna sudu..Haha..still tak sampai hati nak guna tangan.Even , pakai glove masa dissect  tikus tadi =P

------------------------------------------------
Result MUET 2011 dah keluar.Alhamdulillah sekali lagi atas rezeki yang Allah bagi ni..Even sekadar band 4  :)

13 comments:

  1. tringat blaja bio time skola dulu..errr~ :P

    ReplyDelete
  2. @ haha..time sekolah bedah katak je

    ReplyDelete
  3. mcm sekolah dulu2 kan?best3..
    charge brapa juta operation tuh?hehheeh
    jom tgok cini---> http://myezatulakmar.blogspot.com/2011/06/part-2bila-saya-teringin-main-lukis.html

    ReplyDelete
  4. @ myezatul akma : a'ah..ala2 time sekolah dulu.operation ni ribu2 je..tak sampai juta2 lagi..keh3 =P

    ReplyDelete
  5. sius ku nk termuntah.. nsb aku xamek bia dr kecik dulu

    ReplyDelete
  6. @ Ir Roti Tisu a.k.a Syaza : haha..best weh !takpe la..aku bedah tikus , hang bedah engine je =P

    ReplyDelete
  7. ceeewwwwaaaahhhhhhh...
    aku rasa kalau tikus hang hidop semula baru operation betul-betul berjaya...kahkahkah

    ReplyDelete
  8. @ Mira : hahahahaha..berhantu la plak weh kalau hidup semula =P

    ReplyDelete
  9. skunk nie cikgu tuziee dah maju...bagi bedah tikus daripada katak...

    ReplyDelete
  10. @ unknown a.k.a shahnon : wah ? seriusly ? unfair2..haha =P

    ReplyDelete
  11. Wah, curik gambar aku ye?!

    Nasib baek ade kredit... :)

    ReplyDelete
  12. @ jazmi : hahaha..mana da curik la.pinjam ja weh.. =P

    ReplyDelete