Tuesday, May 31, 2011

MOVIE : NUR KASIH

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum ;)

Ewah , aku layan Nur Kasih rupanya.Haha.Alkisahnya macam ni , 

Memandangkan tengah cuti 3 minggu ni ( sekarang dah berada di penghujung cuti ) , aku ingat nak la keluar jumpak kawan2 semua.Sebab major tengah cuti.Kawan2 sekolah rendah aku la .Alhamdulillah , kitorang still contact lagi even tak semua..terima kasih kepada Group SKSL Batch '99-'04 ...Kat sini la tempat kami meng'update' cerita masing2.Terima kasih jugak kepada admin group iaitu aku sendiri.haha =P...Plan punya plan , ada ja halangan.Last2 aku decide pi shopping kat Centre Square plus tengok movie ke , bowling ke semalam..kalau takdak org nak join pon , aku jadi lone ranger la.tawaf shopping mall sorang2.haha..Tengok2 , cik Husnee ja yang free semalam..Wiyah dah tengok NK , Yus ada tusyen , Mun , Bihah and Ruzanna baru je habis cuti ( aku plan lambat sangat -.-'' ) , Raimi ada kat N9 , dll..Maka , semalam  bersamaan dengan isnin , 30 May , aku dan cik husnee serta ditemani 3 orang sepupunya , ber'Nur Kasih' la.Haha.( 2 dari 3 sepupu cik husnee tu budak2 lagi.lelaki pulak tu.tapi layan NK jugak.hihi ).So , ni la sikit tentang NK : ( aku tau aku dah terlambat.tapi nak jugak update.hua3 )


--------------------------------------------------------

Alkisahnya , Aidil yang kematian isterinya Alia ( aku baru tau isteri dia meninggal.almaklumlah , nur kasih kat TV tu aku tengok 4/5 episod je.kui3 ) masih dirundung pilu.Namun , Maryam ( Mia Sara Nasuha ) dan Ilyas yang menjadi penyeri hidupnya.Adam dan Nur pulak masih setia dihimpit ujian demi ujian.Nur keguguran buat kali yang ke-2.Adam dan Nur akhirnya menunaikan umrah.Ketika di Jordon , kemalangan kereta api hampir2 meragut nyawa keduanya.Namun , syukur , masih ada peluang untuk meneruskan hidup.Nekad mencari cincin pernikahan Nur yang tercicir semasa tragedi itu , Adam keluar mencarinya di tempat lokasi.Tapi , sekali lagi , nyawa Adam bagai telur di hujung tanduk.Ribut pasir yang tiba2 melanda , menyebabkan kereta Adam terbabas.Syukur sekali lagi , bila Allah menghantar Hassan , seorang kanak2 arab yang menjumpai Adam dan keretanya.Lalu , Adam dibawa pulang ke rumahnya.Dirawat.Dalam waktu genting itu , Nur berusaha mencari suaminya yang hilang.Dalam bingung , pada Aidil pertolongan dimohon.Sesampainya Aidil di sana , usaha mencari diteruskan.Berkat tidak putus asa , Adam berjaya mereka temui.

Keadaannya agak parah.Dibawa pulang untuk dirawat di Malaysia.Kata doktor , sharpener yang ada di dalam badan Adam akibat kejadian letupan di Mumbai dulu , kini berada begitu hampir dengan jantungnya.Situasi yang bisa merenggut nyawa.Alhamduliilah , nyawa Adam masih panjang.Berbekalkan jantung Mad , seorang remaja lelaki yang mula kembali ke jalan yang benar setelah mengikuti kelas2 tarbiyah Adam.Mad meninggal kerana dibelasah sekumpulan samseng diketuai Jamal ketika cuba menyelamatkan Aidil yang lebih dahulu dibelasah kumpulan tersebut.Hanya kerana............

Seorang remaja perempuan yang mengaku menjadi kekasih kepada Aidil.Niatnya cuma mahu lari dari sang kekasih ( jamal ) yang tidak lagi dicintai.Lantaran dendam yang kononnya Aidil merampas aweknya , Aidil dibelasah sampai separuh nyawa.Padahal , Aidil sekelumit pon tidak bersalah.

Di saat Adam masih kritikal dengan sakitnya , Nur disahkan mengandung buat kali ke-3.Alhamdulilah , rezeki dari Allah buat hambanya yang bersabar.

Di pengakhiran cerita , Nur dan Aidil menyingkap kembali jalan2 cerita kisah Nur Amina dan Adam.Berbekalkan sebuah buku , seakan travelog yang ditulis oleh Adam di waktu usianya masih bersisa.Buat bekalan anak mereka katanya. Maryam dan Ilyas juga sudah dewasa.Begitu juga Saif.Satu2nya anak Adam dan Nur.

------------------------------------------------------
MORAL : 
  • Sesungguhnya ujian itu adalah peluang untuk kita semakin mendekatkan diri dengan Allah.Bukan menjadi punca retaknya hubungan kita dengan DIA.
  • Pasti ada ganjaran yang menanti bila kita tidak berputus asa saat dilambung badai kehidupan.Jika bukan di dunia , pasti di akhirat sana ada.Itu janji DIA.
  • Kita hanya mampu merancang.Tetapi Allah jua sebaik2 perancang.
  • Kasih sayang keluarga tak dapat dibeli.Biar engkau berharta setinggi Everest.
  • Saat susah dan senang , ingat Allah.
  • Dari Allah kita datang , kepadaNYA jua kita kembali
  • Mencari rezeki yang halal itu wajib kerana akan menjadi darah daging..memberi kesan kepada generasi mendatang ( merujuk kepada babak Nur menolak projek pembinaan sebuah kelab sosial )
  • Ramai lagi diluar sana yang berfikiran jumud dalam soal tarbiyah. ( merujuk kepada babak seorang ustaz yang menolak memberi ceramah kepada golongan remaja bermasalah atas alasan , remaja perempuan di situ tidak menutup aurat )
  • dll
Yang lawaknya , dekat2 nak ending aku and cik husnee macam blur2..konfius bila masa Adam meninggal sebenarnya.Sebab , time tu babak  macam selang2 antara masa sekarang dengan flashback.Aku dah la dok gelak bila tengok watak Nur and Aidil bila dah tua.haha.Last2 , macam tak berapa nak paham.Sebagai jalan penyelesaian , aku merujuk kepada cik Hani ( peminat tegar NK - awai2 lagi dia dah serbu cinema pi tengok =P )

* baca selang seli antara aku dan cik Hani.Dari bawah ke atas.Bermula dengan aku 



 Thank ye hani sebab tolong exlpainkan.Haha.Hampeh je.Tengok tapi ending tak paham.Memang kurang penghayatan betul aku nih. * sigh.Pape pon , overall okey la.Berapa bintang eh nak bagi.Tak tau la.So , tak payah bintang2 la eh.Haha.Alhamdulillah , aku tak la pening dengan jalan ceritanya even aku tak layan NK yang kat TV tu.Duduk asrama la katakan.Kui3.Yang dok ulang2 kat TV pon malas nak tengok.Tengok NK The Movie terus.Haha.Advance gitu ;)

murah tak ? hehe ;)
Sekian , wassalam ;)

# NK ni sesuai ditonton bersama pasangan suami / isteri sebab banyak part romantik..kekeke =P  

Saturday, May 28, 2011

FAKTA KENAPA SIPUT BABI BERGERAK LAMBAT

 In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

assalamualaikum ;)

 * entry ini mengandungi perkataan babi yang berulang2.Harap maaf jika ada yang alergi dengan perkataan ini.Sekadar merujuk kepada seekor haiwan bernama siput babi ataupon dikenali sebagai escargot .Penulis tidak sama sekali berniat untuk mencarut , berbahasa kesat atau sebagainya.Harap maklum.



Suatu petang di mana bayu bertiup sempoi-sempoi bahasa , daun nyioq ( kelapa ) melambai2 dihembus angin lalu , burung2 berterbangan di langit nan biru lagi luas terbentang , cacing2 di celah batu berhempas pulas mencari sesuap nasi , ada pemuda desa yang sibok membanting tulang 4 kerat mencari rezeki  , namun ada juga sekadar melepak tanpa tujuan..ada pemudi desa anggun berkain batek sambil leka menyapu halaman yang dicemari ranting2 kecil dan dedaun yang gugur umpama musim luruh , ada juga yang sekadar menyepi diri di dalam rumah lantaran perasaan malu yang masih tersisa tebal di dalam diri ( eceh , ada lagi ke zaman sekarang ni ? hmmm ) , pakcik makcik sibuk dengan aktiviti masing2 ...jauh di hujung kampung , kelihatan 2 orang budak lelaki bersantai rilek di atas sebatang titi ..menyedut udara segar di desa nan tercinta..Botak dan Debab nama diberi ( bukan nama sebenar ).Sedang keduanya asyik bersembang tentang ciri2 isteri idaman ( padahal budak2 lagi tu.Iskh3 ) , mata Botak menangkap satu kelibat yang tak asing di kampung itu.Iya , itulah kelibat sang siput babi yang agak ramai populasinya di desa damai itu.Maka , berlakulah perbualan seperti di bawah ini :

* situasi di bawah ini memerlukan daya imaginasi yang agak tinggi.Harap maklum.


Botak     : Weh Debab , ko nampak tak tu ? ( sambil memuncungkan mulutnya sepanjang 3.49 cm )

Debab    : Apa ? siput babi tu ke maksud ko ?

Botak     :Ye la..ada benda lain ke pon kat situ ? haishh... ( sambil mata ke atas , tangan di dada )

Debab     : Owh , mana la tau..nampak.Apsal ? Gaya ko bajet tak pernah jumpak siput tu je...haha..

Botak     : Bukan la macam tu...Eh , ko nak tau satu fakta menarik  tak pasal siput ni ?

Debab     : Fakta ? apakah ? cecite  , cecite ( pengaruh movie terhadap budak2 zaman sekarang )

Botak      : Tapi sebelum tu , aku nak tanya ko something.Boleh ?

Debab     : Hek eleh ! tanya je lah..nak kena mintak izin bagai plak..tetiba jadi sopan ni pe kes ko ? ( sambil tersenyum ala2 mengejek )

Botak      : Hehe , aku memang sopan pon..ko je taktau ( tersenyum malu2 kucing )..Hmm ,  ko tau tak kenapa siput babi ni jalan slow ?

Debab     : Erkk , entah.Dah Allah ciptakan dia ( merujuk kepada siput ) slow macam tu .Kan setiap ciptaan Allah tu ada hikmahnya.Boleh terima ke alasan tu ? ( sambil garu2 kepala )

Botak     : Dah agak dah jawapan ko mesti macam tu.Nak tau tak , sebenarnya kesian sangat kat siput babi ni.Huhu..

Debab    : Woih ko ni . dengan siput pon nak tacing2......poooraah !

Botak     : Ko jangan nyampuk boleh tak ? aku tak habes cakap lagi ni.

Debab    : Oh yeke.Sori2.Haaa , sambung la balik

Botak    : Sebenarnya....siput babi ni jalan lambat sebab dia konfius sama ada dia ni siput ke     babi..kah3 ( gelak sambil menekan2 perut )

Debab   : Hak aloh ! terkona den -.-''   zzzZZ 

----------------------------------------------------------------
Situasi di atas diadaptasi dari kisah benar.Hanya nama2 watak , lokasi , masa yang di ubah agar tidak menyinggung mana2 pihak.Harap maklum ;)


Saja nak lepas gian menaip.Haha.Sebenarnya , aku dah mula mengantuk dalam usaha menghabeskan buku ARMAGEDON 2012..huhu..Malas nak tido , so aku pon update la blog ni even aku tau ' fakta ' ni dah lama tersebar.Tapi saja nak share jugak kot2 la ada yang belum tau.Kan ? Tu je , sekian ;) * dah takde ide lain sebenarnya =P


picture:credited to Yahoo Images :)

Thursday, May 26, 2011

BOOK : CINTA DI LANGIT GAZA

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

bukan katak bukan kerang
assalamualaikum korang ;)



TAJUK : CINTA DI LANGIT GAZA
PENULIS : RIDUAN  MOHAMAD NOR
PENERBIT : JUNDI RESOURCES 
HARGA SEMENANJUNG : RM 20.00
HARGA SABAH/SARAWAK : RM 25.00
MUKA SURAT : 291


Alhamdulillah , dah berjaya khatam Cinta Di Langit Gaza by Riduan Mohamad Nor.He is one of the activist yang aktif dalam misi bantuan di segenap pelusuk yang memerlukan.Gaza , Acheh , Kemboja , dan Pakistan  antaranya.Aku beli buku ni dah lama , time tu ada event kat CFS..tak ingat event apa.Yang pasti , instead of RM 20 , aku dapat RM18..Hehe.Tapi baru semalam habis baca.Biar lambat , asal baca..kan ? kan ? 

Buku ni bercerita tentang travelog penulis setiap kali beliau terlibat dalam misi kemanusian ke tempat2 bencana dan negara2 miskin.Aku taktau la kenapa '' Cinta Di Langit Gaza '' yang menjadi tajuk pilihan buku ni.Sebab , dalamnya bukan sahaja memuatkan episod duka berdarah di Gaza semata.Ada banyak jugak coretan perjalanan penulis semasa menyertai misi kemanusiaan bagi membantu mangsa tragedi tsunami di Acheh , aktiviti korban di Pakistan dan Kemboja , dan sebagainya.Apa pon tak kesah la , yang penting isi bukan tajuk.Hehe.

Saat membaca setiap aksara dalam buku ni , seolah2 macam kita turut berada di sana.Dapat aku bayangkan susah perit mangsa peperangan , kebuluran , dan mereka yang ditindas oleh pemerintah zalim bertopengkan  manusia adil ( konon )..walaupun aku tahu , apa yang aku bayangkan pasti takkan sama dengan realiti sebenar.Mungkin sedikit ( boleh jadi banyak ) yang tersasar dari hakikat sebenar.Namun sedikit sebanyak berjaya menyentuh hati ini bila menghayati nasib saudara  seIslam dan seakidah kita di luar sana.Alangkah bertuahnya kita di bumi Malaysia. ( muhasabah diri yang kadang2 tak terlepas dari terleka dengan nikmat yang ada ).

Sungguh , aku kagum dengan semangat juang para aktivis ini  yang sanggup turun padang ke tempat2 kejadian demi menghulur bantuan berupa tenaga , duit , harta dan yang paling utama masa.Walau masing2 ada komitmen lain misalnya keluarga dan kerja kerana mereka terdiri dari kakitangan kerajaan dan juga swasta.Ramai yang memegang title doktor tak jemu menyumbang khidmat kepada setiap mangsa tak kira ceruk mana yang perlu mereka redah.Bukan sekadar berada atas kerusi empuk dalam bilik berhawa dingin.Alasan sibuk dengan kerja seolah tiada dalam kamus hidup mereka.Bertanya pada diri sendiri , mampu ke aku nak menyumbang macam diorang bila dah bekerja nanti ? Hmmmm....Walau hanya mengenali mereka melalui buku ini , aku doakan mereka istiqamah dan terus ikhlas dalam perjuangan ini.Semoga satu hari nanti , aku juga berkesempatan menjadi sebahagian dari mereka..biar pon bukan aktivis sepenuhnya , biarlah ada jua secebis khidmatku buat saudara seIslam.InsyaAllah :)

Konklusinya , aku sangat sarankan agar membaca buku ni.Sekurang-kurangnya minda kita sedikit terbuka bila dipaparkan dengan realiti hidup insan2 yang mana naseb mereka kelam dan kabur.Tak secerah kita.Apalah sangat nilai RM 20 yang bakal melayang dengan membeli buku ni kalau nak dibandingkan dengan ilmu dan ' pengalaman virtual ' kita di tempat2 kejadian.Kalau boleh makan kat tempat2 mewah yang satu hidangan pon dah mencecah puluhan ringgit , kalau sekali top up at least RM 30 , komfem la boleh beli buku ni kan ? Daripada habiskan duit tak tentu pasal , baik jimat untuk beli buku.Kalau ekonomi tak berapa nak kukuh , jimat la sikit2..cukup RM 20 , serbu la mana2 kedai buku.Hehe

Tu je untuk kali ni , semoga sama2 mendapat manfaat dari buku ni.

Adios and wassalam ;)

-------------------------------------------------------------

'' sempadan kita orang beriman bukan sempadan geografi , tetapi sempadan kita ialah sempadan akidah '' - Sayyid Qutb

Tuesday, May 24, 2011

MOVIE : CUN

In The Name of Allah The Most Gracious The  Most Merciful

assalamualaikum ;)

Tiba2 di petang selasa yang indah ni , teringat pulak movie CUN yang menggegarkan panggung wayang 31 Mac dulu.Sebab tadi time tengok TV , ada iklan Nur Kaseh.Nampak Remy Ishak , tu yang tetiba teringat. Aku baru tengok time study week hari tu.Haha , hampeh je kan.Orang kasi study week suruh study , aku buat movie week plak.Ahakss.Gasak la.Tengok tu pon sebab dah tepu mengadap soalan2 math...Then , aku pon jalan2 la kat Youtube tu , tengok movie apa yang ada..Tengok2 , citer CUN ni dah ada.Terus download la...Lalu , aku , cik aina dan cik nami pon berlayar ke alam panggung wayang Youtube.

Movie CUN ni dibintangi oleh :


Remy Ishak  as Atan
Maya Karin as Luna Latisya
Jehan Miskin as Ryan Hidayat
Ning Baizura as Candy
Faezah Elai as Kuntum Renjong a.k.a Tom

Alkisahnya ,

Luna Latisya ni host untuk satu rancangan TV , MELETOP nama program tu.Ryan Hidayat tu pulak pakwe si Luna ni.Tapi , Ryan ni jahat.Sebab curang.Buat skandal dengan sape - ntah - nama , watak lakonan Marsha Londoh.

Frust sebab dapat tau Ryan ni curang , Luna nekad lari ke kampung Tom.Tom ni PA kepada Luna ...Memang sempoi habis la watak Tom ni.Ganas , otai tapi Faezah Elai memang comey.Hee.Dia sesuai kot bawak watak gila2 macam tu.Aku tak sure la kampung Tom ni kat Kedah or Penang.Yang pasti depa semua cakap loghat utara yang kaw2 jugakla..pandai la jugak diorang tiru , sebab bunyinya agak sedap..heheh

Kat kampung ni la macam2 tragedi havoc yang jadi.Ada watak Bedah Tonggek , Atan , Maneh etc.Maneh ni adik Atan.aku tak kenal sapa nama dia.Yang pasti Maneh ni terencat akal sikit.Hehe.And peminat rancangan Meletop dan Luna...Luna and Tom stay kat rumah nenek Tom la.Merangkap nenek kepada Atan dan Maneh jugak.So , start la bibit2 chenta Atan kat Lunahttp://matcuoi.com .Cerita ni jadi lawak bila ada adegan Bedah Tonggek ni dok try ngorat Atan.Actually , selain Bedah , Tom pon minat jugak kat atan , tapi bila Atan dan berkenan kat Luna , Tom tarik diri la.Diorang ni membesar sama2 dari kecik lagi.Since , parents Tom ni meninggal.Part ni ada la sedih2 sket.Plot cerita ni jadi kelam kabut bila si Candy iaitu penerbit rancangan Meletop , mai kat kampung tu.Siap bawak krew rakaman sebab nak popularkan gosip percintaan Luna and Ryan yang dah putus tu.

Ending cerita ni , mesti la Luna dengan Atan.Hoho..Sapa kata bandar dan kampung tak boleh bersatu ? ceeewwaahh ! haha.* Cerita ni yang kata okey *..Candy , Ryan tu pon insaf la in the end..Alhamdulillah.

Overall cerita ni , aku bagi 8/10 la kot..Bagi aku citer ni lawak la.Boleh la untuk tontonan seisi keluarga untuk bergelak ketawa sambil menghirup kopi panas dicicah pulak dengan biskut Munchy's yang dok iklan kat TV nun..haha.Takde aksi2 yang TAK sepatutnya , so boleh la budak2 nak tumpang sekaki.Moral ? Cinta tak mengenal darjat..haha.Takdelah , cerita ni ada moral kasih sayang.Atan ni sayang bebenor la kat adek dia si Maneh tu.Even , Maneh ni otak tak berapa nak center.Nenek diorang pon , penyayang tak hingat.Tom pon penyayang gila.Kalau tak , macam mana dia sanggup lepaskan Atan yang dicintai dari kecik tu kat Luna ? haa , kalau anda ? sanggup ke ? kalau  aku macam tak berapa nak sanggup je..ahahha..memang la ni lakonan semata2 , tapi kita amek dari side yang positif okey !

Tu je lah yang aku nak bebelkan pasal movie ni.Untuk sapa2 yang belom tengok tu , sila2 la tengok.Not bad afterall :)

Adios and wassalamhttp://matcuoi.com


Sunday, May 22, 2011

CARA-CARA GUBAH BUNGA DARI MANIK

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum ;)

Alhamdulillah ! akhirnya mendarat jugak jari jemari ni kat atas keyboard untuk update blog.selama ni mendarat jugak , tapi setakat kat Facebook je..Dah lama tak update kan , almost 2 weeks.Before ni sibok dengan exam , then dah habis ,balik rumah..Bila dah ada kat rumah ni , macam2 benda lain nak buat..online dah jatuh tangga terkebawah.Haha.Alhamdulillah , selamat mendarat kat rumah ahad minggu lepas bersamaan dengan 15 May..Petang 14 May tu , after exam , pi rumah cousin kat Shah Alam.Tidur sana satu malam , then esoknya baru balik Kedah.Okey lah !  kali ni bukan nak story pasal exam ke , pasal buku ke hapa , just nak share my new hobby bersempena cuti sem yang singkat ni..

GUBAH BUNGA MANIK.

Yup ! itulah hobi baru aku untuk cuti 3 minggu ni.. tak sangka aku berbakat jugak rupanya dalam seni gubah bunga.Eceh , haha..Bakat terendam ni..Btw , mula terjebak sebab kakak aku yang first tu la..Beria-ria benor nak suruh aku belajar buat bunga dengan manik.Siap mesej aku before aku exam lagi..So , sebagai adik yang baik , aku menurut perintah la..Tapi sungguh aku tak sangka ,akan tangkap cintan dengan benda ni.Addict kot..Meh nak story sikit cara2 nak buat.

Mula-mula , kena la sediakan bahan2 yang perlu.Kalau takdak bahan macam mana nak gubah kan..Yang penting semestinya manik.Eh ! lupa pulak nak bagi tau , aku belajar buat bunga ni kat satu kedai ni.Baru je bukak.Tak la jauh sangat dari rumah aku..Memang best la , sebab belajar FOC..Free of charges...just beli manik and bahan2 lain je.Taukenya , ada la sorang makcik ni..dia yang ajar.Dibantu oleh anak dia..Kalau masuk kedai dia , memang juling la.Lagi2 orang perempuan yang memang kaki gubah bunga and peminat tegar bunga-bungaan.Kalau aku , tak la.Sebab aku minat gitu2 je.Hehe.Sangat banyak choices.Dari sekecik-kecik gubahan , sampailah sebesar-besar gubahan.99% adalah dari manik.lagi 1% tu dawai..Tak snap pic pon , kang makcik tu usha pelik pulak.Kui3.Harga pon boleh tahan mahal.haha.Biasa la , susah kot nak buat bunga dari manik ni.

Okey , masuk main point , atas tu dah banyak membebel.Actually , aku pon taktau apa nama bunga yang aku gubah ni.Haha.Kakak aku buat bunga raya a.k.a Hibiscus Rosa a.k.a bunga kebangsaan.Cara buat bunga ni lagi senang dari nak buat bunga raya tu .Thats why aku belajar buat yang ni dulu.Steps dia tak serumit nak buat jenis lain.seswai bebenor la untuk beginner macam aku.Untuk mendapatkan hasil macam kat bawah ni :


Kita memerlukan 2 jenis manik yang berlainan warna , dawai kecik , 4 batang besi lembut berukuran dalam 25cm dan sebatang berukuran 30cm , sebijik pasu , sedikit simen dan batu putih.Aku pilih manik warna merah and hitam sebab tu my favourite colour..Dawai pulak aku guna yang warna silver.Kat kedai tu ada 3 choices untuk dawai ni.Merah , Gold and Silver.



Mula2 belajar tu , memang terkial2 jugak la nak pusingkan bagi jadi bentuk bunga tu.Even nak masukkan manik pon macam parkinson ketaq semacam.Haha.Tapi , bila dah banyak2 kali ulang step tu , dah pro dah.Hehe.

Buat macam gambar kat bawah ni sampai cukup 45 keping.Kalau nak buat gubahan yang kecik , 15 keping je dah cukup.Lagi banyak , lagi rendang la gubahan tu nanti.Sebab aku nak gubah yang besar sket , so perlukan 45 keping.
Then , lilitkan kat besi lembut yang berukuran around 25cm tu..5 keping untuk setiap batang.Yang lebih tu , sume lilit kat besi yang 30cm.Lilit guna dawai silver tu la eh.Jangan lilit pakai tali rafia plak.Keh3.So ,akan jadi la yang macam ni :

Lepas tu baru , gubah.Sampai jadi macam yang kat atas nun..[ pic mula2 tu ] : aku taktau nak tulis steps dia macam mana.Hihi.


Total modal untuk buat bunga ni dalam RM25 ++  ;

  • Manik Merah 2 bungkus = RM 10
  • Manik Hitam 1 bungkus = RM5
  • Dawai Silver = RM5.50
  • Pasu = RM2
  • Simen + batu putih = RM 3

Bila dah merasa sendiri susahnya nak buat bunga manik ni , baru aku paham awatla depa jual bunga macam ni mahal sangat.Berbaloi la dengan usaha untuk nak siapkan.Merah jugak la jari2 aku dok pusing2 dawai segala bagai tu.No wonder la mahal.Huhu.Makcik tu kata , bunga yang macam aku buat tu harga dia dalam RM 50..yang akak aku punya tu lagi mahal..kadang2 sampai RM100++ .Sebab lagi rumit.Harga tu depend jugak on jenis manik yang digunakan.Either yang jenis biasa or berkilat.Size etc.Huhu..Ni baru bunga manik , belum yang guna batu kristal , jed ke hape..bertambah la harganye ye..Jangka masa nak siapkan pokok ni , just 2 hari je.Aku bertapa kat kedai makcik tu la nak siapkan..2 petang berturut2 aku lepak kat kedai dia.Pulun siapkan.Hihi..Pape pon , aku enjoy dengan hobi / minat baru aku ni.At least , takdak la aku ternak lemak je sepanjang cuti ni.

Untuk tempahan boleh order kat FB eh.hahahaha.Alhamdulillah , ni la salah satu pengisian aku untuk cuti sem ni.Selain berusaha meng'khatam' buku2 yang masih belum terbaca kat rumah ni.Sekarang tengah baca THE GIFT by Cecelia Ahern.Start baca time dalam bas on the way nak balik hari tu.Sampai hari ni tak habis2 lagi.Hehe

.

Okey lah , tu je entry untuk mencuci sawang2 kat blog ni.Kui3.

 Ni bunga yang kakak aku buat.

 close up bunga raya

close up batang pokok bunga aku..hihi

Adioss and wassalam ;)


Saturday, May 07, 2011

SAYA BLOGGER MUSLIM vs SAYA BLOGGER MUSLIMAH

In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful 

assalamualaikum :)

Entry di pagi hari sabtu ni sebab nak join segmen dari blog Pilihan Hati.Tajuknya    '' Saya Blogger Muslim VS Saya Blogger Muslimah ''...Menurut encik penganjur iaitu en.hakim , saja nak buat kajian / survey nak tengok sapa lagi ramai..blogger muslim or muslimah..So , aku rasa terpanggil untuk menambah statistic bilangan blogger muslimah...hik3 * poyo * ..so , tahniah kepada beliau di atas penganjuran segment ni.hoho..Sapa2 nak join boleh klik link tu ye.Okey ! dah nama pon anah samsudin maka sudah terang lagi bersuluh umpama spotlight bahawasanya aku ni blogger muslimah..hehe.

.
Kena la copy banner saya blogger muslimah ni .. * ayu je pic ni..kih3 *

Lastly , kena tag 2 orang.So , supaya fair and square , aku tag satu blogger muslim and satu blogger muslimah.Hee , mereka yang malang bertuah tu ialah :


Tu jelah nak kongsikan di pagi sabtu ni.Happy weekend ye semua !!
wassalam and adiosshttp://matcuoi.com

---------------------------------------------------------
Pppsssstt : ulser dalam mulut ni memang menyakitkan..nak gosok gigi pon payah..huhu http://matcuoi.com



Friday, May 06, 2011

PROGRAM ASASI UIAM

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

 assalamualaikum :)

Entry kali ni dedikasi untuk adek dorm terchenta kat IGOP dulu which is Azween Sharina dan mereka2 yang dapat tawaran program asasi UIA sesi 2011/2012..So , nak share la sikit macam mana system asasi kat sini , live kat sini etc.Time akak dulu kos yang science-based semua kat Campus PJ and kos yang art-based kat Campus Nilai.But , start tahun ni semua akan buat foundation kat PJ Campus je sebab Nilai dah nak tutup hujung tahun ni.Kalau tak silap la.Sila rujuk kepada yang pakar dalam isu2 ni untuk keselamatan yang lebih terjamin # poyo

First and foremost * ceh ! gaya buat essay * mesti la taaruf week kan.Taaruf week kat sini biasa ja .Takdak  la aktiviti2 yang tak terduga.Just ada banyak briefing .Take for example , briefing pasal English Placement Test [ EPT ] , Arabic Placement Test [ APT ] , pasal department [ depend on course ] , pasal CGPA semua2 tu.Adat la , nama pon taaruf kan , so berkenalan dengan macam2 benda baru yang pastinya jauh beza dengan zaman sekolah.

At the end of taaruf week tu akan ada EPT and APT tu.Dua2 test ni yang akan menentukan berapa lama duration kita kat asasi ni.Kalau uni. lain just setahun je.But UIA ni special sikit.Sebab ada 1 year , 1 and half , and 2 years program.Tapi kalau kos medic , pharmacy , dentistry memang komfem 2 tahun.No choices.EPT tu semua ada 6 levels.Lagi bawah level yang kita dapat , lagi lama la contact hours untuk lecture.Means , jadual akan makin padat la.APT pulak ada 2 level.Takyah risau la kalau takde basic arab pon.Sebab level 1 tu senang je.Level 2 pon lagi senang dari arab PMR.hehe.InsyaAllah boleh.And mungkin jugak korang dah dikecualikan dari belajar english dengan arabic ni dengan syarat korang kena exempted test tu.Exempted tu maksudnya korang punya score untuk test tu tinggi la... dah cukup terror dah.Tak payah susah2 nak belajar lagi.So , jadual tak la padat sangat sebab tak payah belajar either english or arabic.Moral of story , kena la jawab betol2 untuk dua2 tests tu.Penentu masa depan tu.Hehe..Contoh macam akak * gaya bila senior berkomunikasi dengan junior =P  * dapat level 6 je untuk EPT and level 1 untuk APT.Almaklumlah  , belajar arab sampai PMR je.Tapi soalan yang tested dalam APT tu lagi susah dari PMR..So , kantoi la..hehe.Then , dapat program 1 and half year.Sekarang alhamdulillah , dah exempted untuk English and Arabic.Belajar english level 6 time sem 1 , arabic level 1 time sem 1 and arabic level 2 time sem 2..Alhamdulillah , lepas tiap kali exam.Kalau rasa macam tak berapa nak paham tu , rilex dulu...jangan kecoh2 sebab time taaruf week akan dijelaskan secara lebih detail...Hoho.

Habis je taaruf week , bermulalah sesi pembelajaran setelah sekian lama bercuti ye adek2 sekalian.Pesanan dari akak , kikis la siap2 karat2 yang dalam kepala tu , so takdak la masa first lecture nanti blurrrr semacam.Aahaha.Bercakap melalui pengalaman ni.First class akak dulu biology 1..memang agak blurrr la after soo looong holidays then tetiba kena mengadap term2 biology yang sangatla sedap namanya.http://matcuoi.comFirst class dah start belajar chapter 1..terbaeekk !  * okey , out of topic.sory .Malas backspace *

Untuk sisters ada dua Mahallah [ hostel ]..which are Khadijah [ KC ] and Zainab Al Jahsy [ ZC ]..KC la best sebab ada 9 tingkat , so ada lif..haha.ZC takde sebab 4 tingkat je.So , berdoalah dapat KC macam akak..Tak payah la nak naik tangga banyak2 macam kat sekolah tu.Lagi2 IGOP yang gilaaaa banyaakkkk tangga..hehe.Untuk brothers pulak ada 4.Fatimah Az-zahra , Umar Al-Khattab , Abu Bakar and Aisyah.Jangan risau , mahallah lelaki semua TAKDE lif..haha =P

Lecture pulak sama ada kat SMAWP 2 , SMAWP 3 , LY Building , Block E , Block C etc.Nanti2 tau la.Just nak introduce nama2 tempat yang mungkin korang akan masuk..SMAWP 2 and 3 tu , errr.......just bangunan lama je..bekas bangunan Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan..huhu..so , dont expect too much la.Hehe..* gelak tersirat *..

Nak makan ? jangan risau..Setiap mahallah ada cafe KECUALI fatimah zahrah.Siap duit aje.For brother , cafe yang popular ialah Cafe E sebab dengar cerita murah.Kalau lalu kat situ , jarang la nampak sister ramai2..brothers je yang penuh.

Nak outing ? lagi la tak perlu risau.Sebab cfs ni kat tengah2 bandar.Siap duit aje.Midvalley , One Utama , Pavilion , etc.Pilih ja nak pi mana.Paling dekat , JayaOne.Jalan kaki je dah sampai.Setiap petang selasa pulak , ada pasar malam.Dibenarkan outing time tu.

Ni sikit gambar sekitar CFS IIUM PJ ni..curik kat Yahoo Image je..haha 

 Al-Malik Faisal Hall

 Kiri : Mahallah Khadijah    Kanan : Mahallah Umar Al-Khattab

 Mahallah Khadijah

Library + Annex Building + LY Building

So , that all la apa yang akak nak share.Serba sikit pasal program asasi UIAM sempena result UPU yang keluar hari ni.So , kalau tak dapat banyak pon , at least ada la sikit gambaran macam mana  ' rupa ' asasi UIA ni..sebab selalunya orang akan pening sebab sistem UIA tak sama macam uni. lain.huhu.Btw , tahniah untuk semua no matter kat mana pon korang tercampak.Even ke UNIMAS sekali pon.Kalau tak dapat apa yang dihajatkanhttp://matcuoi.com pon , jangan give up okey.Chill and kalau masih tak yakin buat la solat istikharah .InsyaAllah , ada something yang akan guide kita untuk buat keputusan.Yang paling penting jangan give up je.Yakin perancangan Allah adalah yang terbaik.Akak dulu pon tak dapat 1st choice UPU.Dapat pilihan keempat kalau tak salah.Huhu.

Anything nak tanya , boleh je tanya kat sini or FB.Sent message ke apa.InsyaAllah boleh tolong sekadar mana yang termampu.Akak tak bertanggungjawab di atas sebarang pengubahsuaian sistem yang akak cerita ni sebab akak just bercerita based on pengalaman sendiri untuk sesi 2010/2011.Maybe , ada apa2 yang akan ditukar untuk sesi 2011/2012 ni.Wallahualam.Akak bukan admin kat CFS IIUM ni.hehe.

Sekian
Wassalam and adioss
----------------------------------------------------------------
hari ni kelas last untuk sem 3..sempat la bergambar-gambar  after quiz and tutorial test untuk chapter 5 and 6 tadi.haha.tapi , errr...exam la pulok 14/5 ni.doakan sekali ye.hehe.

''Ya Allah Ya Tuhanku , bantulah Anah Samsudin untuk menjawab final exam Math 2 pada 14/5 , jam 9 am-12pm di AMF.Semoga dia dapat scores A solid untuk exam kali ni.Amin'' 
http://matcuoi.com

Tuesday, May 03, 2011

BOOK :CONTENGAN JALANAN by HLOVATE

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum :)

Alhamdulillah , akhirnya jari jemari ni berjalan jugak kat atas keyboard ni.Malas bebenor nak update.Lagi2 weekend hari tu balik rumah.Memang wassalam la blog ni.Haha.Actually ,kali ni just nak share pasal CONTENGAN JALANAN yang merupakan latest masterpiece by one of my favourite writer which is Hlovate.Beli masa KLIBF hari tu , but baru khatam time on the way nak balik Kedah last friday.Hee

So , here it goes
CONTENGAN JALANAN
by HLOVATE
RM21 -----> after discount RM16.80


PART 1 ; FEND

Alkisah pasal seorang lelaki bernama Affendy.Nama glamour Fend.Music hardcore.Student.Mula kenal erti dan tujuan hidup yang sebenar bila.........

One day , Chad ataupon nama sebenar Irsyad called  ajak backpacking ke Australia..Sydney untuk lebih specific.Chad ni student  salah satu universiti kat Texas , merangkap sepupu kepada Fend.Sama2 melalui zaman kanak2 , muda remaja kat kampung diorang di perlis.Then , diorang pon berangkat ke Sydney.Fend memang totally taktau plan Chad , yang dia tau pi backpacking je.Sampai je kat sana , diorang menuju ke Masjid Punchbowl.Rupa2nya , Chad dah plan diorang akan stay kat masjid tu sepanjang percutian tu.Fend memang terkejut beruk la sebab tak pernah terlintas di fikiran akan tidur , makan etc kat masjid ! dah ala2 puak tabligh  pulak.nak tak nak kena la jugak ikut idea 'gila' si chad tu.

maka dari situ , titik mula hijrah Fend.Sepanjang menjalani Ramadhan kat sana , siang2 diorang akan berjalan menikmati keindahan bumi Tuhan , petang pulak  tolong2 orang masjid sediakan makanan untuk berbuka , solat tarawikh etc.Dan itu adalah Ramadhan pertama yang mana Fend khatam 30 juzuk al-Quran , solat 5 waktu berjemaah , solat tarawikh , khatam syarah hadis 40 , dan bersama-sama merebut Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir.Tasmi' bacaan al-quran dengan Imam Masjid Punchbowl.Berkenalan dengan ramai imigrant dari segenap pelusuk dunia.Memang satu pengalaman yang AMAZING ! ..dari situ , Fend tahu , belajar dan mendalami erti serta tujuan hidup yang sebenar.Alhamdulillah , cahaya hidayah dari Allah begitu mudah masuk ke hati Fend.Dengan dorongan dari Chad...

plot cerita melankolik bila .....................

Fend dan Chad balik sambut aidilfitri kat kampung di Perlis.Jumpak sepupu lain macam Aidil dan K2 [ read : k-square ] .. tapi malang tak berbau bila Chad meninggal pada hari raya pertama.Dilanggar lori kuari haram sewaktu dalam perjalanan dari rumah Tok untuk ambik ais.Since kematian Chad , Fend berubah lagi 180 degree..Jadi seorang yang sangat pendiam dan kuat termenung.

Tapi...Chad tu boleh la dikatakan mendapat Khusnul Khotimah [ penutup yang baik ] sebab Ramadhan yang terakhir tu benar2 dihayati.Sempat berubah sebelum terlambat..bak kata 'tagline' novel ni......'' the eleventh hour ''..a man who decided to change on twelfth  hour died on eleventh hour ...................

PART 2 ; K-SQUARE

Alkisah insan yang asalnya lebih kurang sama macam Fend.Hubungan diorang sama macam Fend - Chad , yakni sepupu.Sama2 music hardcore , Islam bukan paksi hidupnya...Berlainan dengan Fend , cahaya hidayah dari Allah tu tak terus masuk ke hati..Lambat tapi masuk jugak akhirnya.

Segalanya bermula bila Fend ajak K2 backpacking ke Australia.Tempat yang sama dia pernah pergi dengan arwah Chad dulu.Fend cuba nak sampaikan apa yang Chad pernah sampaikan kat dia dulu.Sebab Fend rasa dia selfish kalau tak share benda baik.Tapi , mula2 K2 macam blurr dengan apa yang Fend cuba sampaikan.http://matcuoi.comMasa diorang stay kat Masjid Punchbowl tu , K2 rasa diri dia hipokrit sangat2.Semua amal yang dia buat contohnya solat berjemaah semua sebab terpaksa ikut apa yang Fend buat.Lastly , percutian K2 dan Fend ke Australia tu macam takde apa2 manfaat.Mesej yang Fend cuba sampaikan tak kesampaian.Mulanya Fend agak kecewa , tapi dia berpegang pada hakikat sesungguhnya hati manusia Allah yang pegang.Cahaya petunjuk tu takkan sampai kalau Allah belum izinkan.

Lepas balik dari Australia tu , K2 rasa macam kekurangan sesuatu.Then , bertemankan sebuah sketchbook pemberian Fend , K2 nekad ke Jakarta untuk mencari erti hidup yang pernah disuarakan oleh Pak Tono semasa berada di Masjid Punchbowl dulu.Di Jakarta lah tempat K2 menjumpai apa itu erti dan tujuan hidup yang sebenar.Banyak peristiwa yang dicoretkan dalam Contengan Jalanan ni yang bila kita hayati dan selusuri pasti membuatkan hati berdetik '' betapa bertuahnya aku dengan nikmat Allah ini '' dan '' sejauh mana aku bersyukur dengan apa yang aku miliki hari ini  ''.

Di Jakarta...K2 belajar definisi  H.I.D.U.P

-------------------------------------------------

Itu sedikit sebanyak ceritera dari Contengan Jalanan.0verall aku bagi  4.5 bintang.Hihi.Antara moral yang dapat aku ' tangkap ' dari buku ni  :

  • Ajal maut sememangnya di tangan Tuhan.Sudah bersediakah kita ? Sejauh mana persediaan kita ke sana ?
  • Jangan sekali2 bertangguh untuk bertaubat kerana takut '' a man who decided to change on twelfth hour died on eleventh hour ''
  • Pentingnya bersahabat dengan orang yang baik.Sekurang-kurangnya kita ada 'penarik' tatkala kaki mula melangkah jauh dari jalan-Nya
  • Walaupun kita tahu hidayah itu milik Allah , bukan bermakna kita hanya menunggu hidayah itu untuk sampai.Hidayah untuk berubah itu perlu dicari , perlu dirayu pada Sang Empunya yakni dengan berdoa
Thats all..
adios and wassalamhttp://matcuoi.com

---------------------------------------

P/S : pre-register untuk sem depan dah start.Masalahnya , group aku punya jadual clash antara Bio 2 dengan Chemistry 2.Haila -.-'' Sabor je lah