In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
assalamualaikum ;)
Alhamdulillah ! akhirnya mendarat jugak jari jemari ni kat atas keyboard untuk update blog.selama ni mendarat jugak , tapi setakat kat Facebook je..Dah lama tak update kan , almost 2 weeks.Before ni sibok dengan exam , then dah habis ,balik rumah..Bila dah ada kat rumah ni , macam2 benda lain nak buat..online dah jatuh tangga terkebawah.Haha.Alhamdulillah , selamat mendarat kat rumah ahad minggu lepas bersamaan dengan 15 May..Petang 14 May tu , after exam , pi rumah cousin kat Shah Alam.Tidur sana satu malam , then esoknya baru balik Kedah.Okey lah ! kali ni bukan nak story pasal exam ke , pasal buku ke hapa , just nak share my new hobby bersempena cuti sem yang singkat ni..
GUBAH BUNGA MANIK.
Yup ! itulah hobi baru aku untuk cuti 3 minggu ni.. tak sangka aku berbakat jugak rupanya dalam seni gubah bunga.Eceh , haha..Bakat terendam ni..Btw , mula terjebak sebab kakak aku yang first tu la..Beria-ria benor nak suruh aku belajar buat bunga dengan manik.Siap mesej aku before aku exam lagi..So , sebagai adik yang baik , aku menurut perintah la..Tapi sungguh aku tak sangka ,akan tangkap cintan dengan benda ni.Addict kot..Meh nak story sikit cara2 nak buat.
Mula-mula , kena la sediakan bahan2 yang perlu.Kalau takdak bahan macam mana nak gubah kan..Yang penting semestinya manik.Eh ! lupa pulak nak bagi tau , aku belajar buat bunga ni kat satu kedai ni.Baru je bukak.Tak la jauh sangat dari rumah aku..Memang best la , sebab belajar FOC..Free of charges...just beli manik and bahan2 lain je.Taukenya , ada la sorang makcik ni..dia yang ajar.Dibantu oleh anak dia..Kalau masuk kedai dia , memang juling la.Lagi2 orang perempuan yang memang kaki gubah bunga and peminat tegar bunga-bungaan.Kalau aku , tak la.Sebab aku minat gitu2 je.Hehe.Sangat banyak choices.Dari sekecik-kecik gubahan , sampailah sebesar-besar gubahan.99% adalah dari manik.lagi 1% tu dawai..Tak snap pic pon , kang makcik tu usha pelik pulak.Kui3.Harga pon boleh tahan mahal.haha.Biasa la , susah kot nak buat bunga dari manik ni.
Okey , masuk main point , atas tu dah banyak membebel.Actually , aku pon taktau apa nama bunga yang aku gubah ni.Haha.Kakak aku buat bunga raya a.k.a Hibiscus Rosa a.k.a bunga kebangsaan.Cara buat bunga ni lagi senang dari nak buat bunga raya tu .Thats why aku belajar buat yang ni dulu.Steps dia tak serumit nak buat jenis lain.seswai bebenor la untuk beginner macam aku.Untuk mendapatkan hasil macam kat bawah ni :
Kita memerlukan 2 jenis manik yang berlainan warna , dawai kecik , 4 batang besi lembut berukuran dalam 25cm dan sebatang berukuran 30cm , sebijik pasu , sedikit simen dan batu putih.Aku pilih manik warna merah and hitam sebab tu my favourite colour..Dawai pulak aku guna yang warna silver.Kat kedai tu ada 3 choices untuk dawai ni.Merah , Gold and Silver.
Mula2 belajar tu , memang terkial2 jugak la nak pusingkan bagi jadi bentuk bunga tu.Even nak masukkan manik pon macam parkinson ketaq semacam.Haha.Tapi , bila dah banyak2 kali ulang step tu , dah pro dah.Hehe.
Buat macam gambar kat bawah ni sampai cukup 45 keping.Kalau nak buat gubahan yang kecik , 15 keping je dah cukup.Lagi banyak , lagi rendang la gubahan tu nanti.Sebab aku nak gubah yang besar sket , so perlukan 45 keping.
Then , lilitkan kat besi lembut yang berukuran around 25cm tu..5 keping untuk setiap batang.Yang lebih tu , sume lilit kat besi yang 30cm.Lilit guna dawai silver tu la eh.Jangan lilit pakai tali rafia plak.Keh3.So ,akan jadi la yang macam ni :
Lepas tu baru , gubah.Sampai jadi macam yang kat atas nun..[ pic mula2 tu ] : aku taktau nak tulis steps dia macam mana.Hihi.
Total modal untuk buat bunga ni dalam RM25 ++ ;
- Manik Merah 2 bungkus = RM 10
- Manik Hitam 1 bungkus = RM5
- Dawai Silver = RM5.50
- Pasu = RM2
- Simen + batu putih = RM 3
Bila dah merasa sendiri susahnya nak buat bunga manik ni , baru aku paham awatla depa jual bunga macam ni mahal sangat.Berbaloi la dengan usaha untuk nak siapkan.Merah jugak la jari2 aku dok pusing2 dawai segala bagai tu.No wonder la mahal.Huhu.Makcik tu kata , bunga yang macam aku buat tu harga dia dalam RM 50..yang akak aku punya tu lagi mahal..kadang2 sampai RM100++ .Sebab lagi rumit.Harga tu depend jugak on jenis manik yang digunakan.Either yang jenis biasa or berkilat.Size etc.Huhu..Ni baru bunga manik , belum yang guna batu kristal , jed ke hape..bertambah la harganye ye..Jangka masa nak siapkan pokok ni , just 2 hari je.Aku bertapa kat kedai makcik tu la nak siapkan..2 petang berturut2 aku lepak kat kedai dia.Pulun siapkan.Hihi..Pape pon , aku enjoy dengan hobi / minat baru aku ni.At least , takdak la aku ternak lemak je sepanjang cuti ni.
Untuk tempahan boleh order kat FB eh.hahahaha.Alhamdulillah , ni la salah satu pengisian aku untuk cuti sem ni.Selain berusaha meng'khatam' buku2 yang masih belum terbaca kat rumah ni.Sekarang tengah baca THE GIFT by Cecelia Ahern.Start baca time dalam bas on the way nak balik hari tu.Sampai hari ni tak habis2 lagi.Hehe
.
Okey lah , tu je entry untuk mencuci sawang2 kat blog ni.Kui3.
Adioss and wassalam ;)
wow...teringin la nak buat(^____^)
ReplyDelete@ myezatul aqma : hehe..best2..tapi kena pi cari cikgu yang sesuai la.. =P
ReplyDeletemana nak dapatkan manik2 tu ?
ReplyDelete@ ANONYMOUS : erm , kedai jual manik la =P
ReplyDeletekalau dok kat area Yan kedah ni , boleh cari kat kedai bunga kat guar chempedak.lokasi : kedai sebelah kedai brg2 haji , kedai emas , borong din ( tapak pasar malam guar )
tlong ajarkan..dok belah2 gurun ja..da lama tringin nk buat niy..tp xdak ckg ag.
ReplyDeleteCantek sngat.. Teringin nk try wat
ReplyDeletepasu beli kt maner murah sgt...klau kita kt cni bahan2 smua mahal...
ReplyDeletepasu beli kt maner murah sgt...klau kita kt cni bahan2 smua mahal...
ReplyDelete