Saturday, May 28, 2011

FAKTA KENAPA SIPUT BABI BERGERAK LAMBAT

 In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

assalamualaikum ;)

 * entry ini mengandungi perkataan babi yang berulang2.Harap maaf jika ada yang alergi dengan perkataan ini.Sekadar merujuk kepada seekor haiwan bernama siput babi ataupon dikenali sebagai escargot .Penulis tidak sama sekali berniat untuk mencarut , berbahasa kesat atau sebagainya.Harap maklum.



Suatu petang di mana bayu bertiup sempoi-sempoi bahasa , daun nyioq ( kelapa ) melambai2 dihembus angin lalu , burung2 berterbangan di langit nan biru lagi luas terbentang , cacing2 di celah batu berhempas pulas mencari sesuap nasi , ada pemuda desa yang sibok membanting tulang 4 kerat mencari rezeki  , namun ada juga sekadar melepak tanpa tujuan..ada pemudi desa anggun berkain batek sambil leka menyapu halaman yang dicemari ranting2 kecil dan dedaun yang gugur umpama musim luruh , ada juga yang sekadar menyepi diri di dalam rumah lantaran perasaan malu yang masih tersisa tebal di dalam diri ( eceh , ada lagi ke zaman sekarang ni ? hmmm ) , pakcik makcik sibuk dengan aktiviti masing2 ...jauh di hujung kampung , kelihatan 2 orang budak lelaki bersantai rilek di atas sebatang titi ..menyedut udara segar di desa nan tercinta..Botak dan Debab nama diberi ( bukan nama sebenar ).Sedang keduanya asyik bersembang tentang ciri2 isteri idaman ( padahal budak2 lagi tu.Iskh3 ) , mata Botak menangkap satu kelibat yang tak asing di kampung itu.Iya , itulah kelibat sang siput babi yang agak ramai populasinya di desa damai itu.Maka , berlakulah perbualan seperti di bawah ini :

* situasi di bawah ini memerlukan daya imaginasi yang agak tinggi.Harap maklum.


Botak     : Weh Debab , ko nampak tak tu ? ( sambil memuncungkan mulutnya sepanjang 3.49 cm )

Debab    : Apa ? siput babi tu ke maksud ko ?

Botak     :Ye la..ada benda lain ke pon kat situ ? haishh... ( sambil mata ke atas , tangan di dada )

Debab     : Owh , mana la tau..nampak.Apsal ? Gaya ko bajet tak pernah jumpak siput tu je...haha..

Botak     : Bukan la macam tu...Eh , ko nak tau satu fakta menarik  tak pasal siput ni ?

Debab     : Fakta ? apakah ? cecite  , cecite ( pengaruh movie terhadap budak2 zaman sekarang )

Botak      : Tapi sebelum tu , aku nak tanya ko something.Boleh ?

Debab     : Hek eleh ! tanya je lah..nak kena mintak izin bagai plak..tetiba jadi sopan ni pe kes ko ? ( sambil tersenyum ala2 mengejek )

Botak      : Hehe , aku memang sopan pon..ko je taktau ( tersenyum malu2 kucing )..Hmm ,  ko tau tak kenapa siput babi ni jalan slow ?

Debab     : Erkk , entah.Dah Allah ciptakan dia ( merujuk kepada siput ) slow macam tu .Kan setiap ciptaan Allah tu ada hikmahnya.Boleh terima ke alasan tu ? ( sambil garu2 kepala )

Botak     : Dah agak dah jawapan ko mesti macam tu.Nak tau tak , sebenarnya kesian sangat kat siput babi ni.Huhu..

Debab    : Woih ko ni . dengan siput pon nak tacing2......poooraah !

Botak     : Ko jangan nyampuk boleh tak ? aku tak habes cakap lagi ni.

Debab    : Oh yeke.Sori2.Haaa , sambung la balik

Botak    : Sebenarnya....siput babi ni jalan lambat sebab dia konfius sama ada dia ni siput ke     babi..kah3 ( gelak sambil menekan2 perut )

Debab   : Hak aloh ! terkona den -.-''   zzzZZ 

----------------------------------------------------------------
Situasi di atas diadaptasi dari kisah benar.Hanya nama2 watak , lokasi , masa yang di ubah agar tidak menyinggung mana2 pihak.Harap maklum ;)


Saja nak lepas gian menaip.Haha.Sebenarnya , aku dah mula mengantuk dalam usaha menghabeskan buku ARMAGEDON 2012..huhu..Malas nak tido , so aku pon update la blog ni even aku tau ' fakta ' ni dah lama tersebar.Tapi saja nak share jugak kot2 la ada yang belum tau.Kan ? Tu je , sekian ;) * dah takde ide lain sebenarnya =P


picture:credited to Yahoo Images :)

1 comment: