Tuesday, May 03, 2011

BOOK :CONTENGAN JALANAN by HLOVATE

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

assalamualaikum :)

Alhamdulillah , akhirnya jari jemari ni berjalan jugak kat atas keyboard ni.Malas bebenor nak update.Lagi2 weekend hari tu balik rumah.Memang wassalam la blog ni.Haha.Actually ,kali ni just nak share pasal CONTENGAN JALANAN yang merupakan latest masterpiece by one of my favourite writer which is Hlovate.Beli masa KLIBF hari tu , but baru khatam time on the way nak balik Kedah last friday.Hee

So , here it goes
CONTENGAN JALANAN
by HLOVATE
RM21 -----> after discount RM16.80


PART 1 ; FEND

Alkisah pasal seorang lelaki bernama Affendy.Nama glamour Fend.Music hardcore.Student.Mula kenal erti dan tujuan hidup yang sebenar bila.........

One day , Chad ataupon nama sebenar Irsyad called  ajak backpacking ke Australia..Sydney untuk lebih specific.Chad ni student  salah satu universiti kat Texas , merangkap sepupu kepada Fend.Sama2 melalui zaman kanak2 , muda remaja kat kampung diorang di perlis.Then , diorang pon berangkat ke Sydney.Fend memang totally taktau plan Chad , yang dia tau pi backpacking je.Sampai je kat sana , diorang menuju ke Masjid Punchbowl.Rupa2nya , Chad dah plan diorang akan stay kat masjid tu sepanjang percutian tu.Fend memang terkejut beruk la sebab tak pernah terlintas di fikiran akan tidur , makan etc kat masjid ! dah ala2 puak tabligh  pulak.nak tak nak kena la jugak ikut idea 'gila' si chad tu.

maka dari situ , titik mula hijrah Fend.Sepanjang menjalani Ramadhan kat sana , siang2 diorang akan berjalan menikmati keindahan bumi Tuhan , petang pulak  tolong2 orang masjid sediakan makanan untuk berbuka , solat tarawikh etc.Dan itu adalah Ramadhan pertama yang mana Fend khatam 30 juzuk al-Quran , solat 5 waktu berjemaah , solat tarawikh , khatam syarah hadis 40 , dan bersama-sama merebut Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir.Tasmi' bacaan al-quran dengan Imam Masjid Punchbowl.Berkenalan dengan ramai imigrant dari segenap pelusuk dunia.Memang satu pengalaman yang AMAZING ! ..dari situ , Fend tahu , belajar dan mendalami erti serta tujuan hidup yang sebenar.Alhamdulillah , cahaya hidayah dari Allah begitu mudah masuk ke hati Fend.Dengan dorongan dari Chad...

plot cerita melankolik bila .....................

Fend dan Chad balik sambut aidilfitri kat kampung di Perlis.Jumpak sepupu lain macam Aidil dan K2 [ read : k-square ] .. tapi malang tak berbau bila Chad meninggal pada hari raya pertama.Dilanggar lori kuari haram sewaktu dalam perjalanan dari rumah Tok untuk ambik ais.Since kematian Chad , Fend berubah lagi 180 degree..Jadi seorang yang sangat pendiam dan kuat termenung.

Tapi...Chad tu boleh la dikatakan mendapat Khusnul Khotimah [ penutup yang baik ] sebab Ramadhan yang terakhir tu benar2 dihayati.Sempat berubah sebelum terlambat..bak kata 'tagline' novel ni......'' the eleventh hour ''..a man who decided to change on twelfth  hour died on eleventh hour ...................

PART 2 ; K-SQUARE

Alkisah insan yang asalnya lebih kurang sama macam Fend.Hubungan diorang sama macam Fend - Chad , yakni sepupu.Sama2 music hardcore , Islam bukan paksi hidupnya...Berlainan dengan Fend , cahaya hidayah dari Allah tu tak terus masuk ke hati..Lambat tapi masuk jugak akhirnya.

Segalanya bermula bila Fend ajak K2 backpacking ke Australia.Tempat yang sama dia pernah pergi dengan arwah Chad dulu.Fend cuba nak sampaikan apa yang Chad pernah sampaikan kat dia dulu.Sebab Fend rasa dia selfish kalau tak share benda baik.Tapi , mula2 K2 macam blurr dengan apa yang Fend cuba sampaikan.http://matcuoi.comMasa diorang stay kat Masjid Punchbowl tu , K2 rasa diri dia hipokrit sangat2.Semua amal yang dia buat contohnya solat berjemaah semua sebab terpaksa ikut apa yang Fend buat.Lastly , percutian K2 dan Fend ke Australia tu macam takde apa2 manfaat.Mesej yang Fend cuba sampaikan tak kesampaian.Mulanya Fend agak kecewa , tapi dia berpegang pada hakikat sesungguhnya hati manusia Allah yang pegang.Cahaya petunjuk tu takkan sampai kalau Allah belum izinkan.

Lepas balik dari Australia tu , K2 rasa macam kekurangan sesuatu.Then , bertemankan sebuah sketchbook pemberian Fend , K2 nekad ke Jakarta untuk mencari erti hidup yang pernah disuarakan oleh Pak Tono semasa berada di Masjid Punchbowl dulu.Di Jakarta lah tempat K2 menjumpai apa itu erti dan tujuan hidup yang sebenar.Banyak peristiwa yang dicoretkan dalam Contengan Jalanan ni yang bila kita hayati dan selusuri pasti membuatkan hati berdetik '' betapa bertuahnya aku dengan nikmat Allah ini '' dan '' sejauh mana aku bersyukur dengan apa yang aku miliki hari ini  ''.

Di Jakarta...K2 belajar definisi  H.I.D.U.P

-------------------------------------------------

Itu sedikit sebanyak ceritera dari Contengan Jalanan.0verall aku bagi  4.5 bintang.Hihi.Antara moral yang dapat aku ' tangkap ' dari buku ni  :

  • Ajal maut sememangnya di tangan Tuhan.Sudah bersediakah kita ? Sejauh mana persediaan kita ke sana ?
  • Jangan sekali2 bertangguh untuk bertaubat kerana takut '' a man who decided to change on twelfth hour died on eleventh hour ''
  • Pentingnya bersahabat dengan orang yang baik.Sekurang-kurangnya kita ada 'penarik' tatkala kaki mula melangkah jauh dari jalan-Nya
  • Walaupun kita tahu hidayah itu milik Allah , bukan bermakna kita hanya menunggu hidayah itu untuk sampai.Hidayah untuk berubah itu perlu dicari , perlu dirayu pada Sang Empunya yakni dengan berdoa
Thats all..
adios and wassalamhttp://matcuoi.com

---------------------------------------

P/S : pre-register untuk sem depan dah start.Masalahnya , group aku punya jadual clash antara Bio 2 dengan Chemistry 2.Haila -.-'' Sabor je lah

6 comments:

  1. ta beli ag! sen ta cukup ouh! seronok ta mcm buku buku die yang lepas???

    ReplyDelete
  2. best ! sama macam buku2 hlovate before ni ;)
    hee

    ReplyDelete
  3. teringin nak bace, aku blom pnah bace lagi pun ape2 novel hlovate sblm ni :(

    ReplyDelete
  4. @naqib : lepas ni pi carik k..really inspiring :)

    ReplyDelete
  5. pasti akan berada dalam genggaman.masih berada di luar kawasan yang tidak punya masa untuk melawat kedai buku.

    ReplyDelete
  6. By checking refеrencеs yоu can leаrn ѕo muсh аbout free eхpression in businesѕ Chinа.


    Му wеb-site: internet marketing course

    ReplyDelete