Tuesday, May 24, 2011

MOVIE : CUN

In The Name of Allah The Most Gracious The  Most Merciful

assalamualaikum ;)

Tiba2 di petang selasa yang indah ni , teringat pulak movie CUN yang menggegarkan panggung wayang 31 Mac dulu.Sebab tadi time tengok TV , ada iklan Nur Kaseh.Nampak Remy Ishak , tu yang tetiba teringat. Aku baru tengok time study week hari tu.Haha , hampeh je kan.Orang kasi study week suruh study , aku buat movie week plak.Ahakss.Gasak la.Tengok tu pon sebab dah tepu mengadap soalan2 math...Then , aku pon jalan2 la kat Youtube tu , tengok movie apa yang ada..Tengok2 , citer CUN ni dah ada.Terus download la...Lalu , aku , cik aina dan cik nami pon berlayar ke alam panggung wayang Youtube.

Movie CUN ni dibintangi oleh :


Remy Ishak  as Atan
Maya Karin as Luna Latisya
Jehan Miskin as Ryan Hidayat
Ning Baizura as Candy
Faezah Elai as Kuntum Renjong a.k.a Tom

Alkisahnya ,

Luna Latisya ni host untuk satu rancangan TV , MELETOP nama program tu.Ryan Hidayat tu pulak pakwe si Luna ni.Tapi , Ryan ni jahat.Sebab curang.Buat skandal dengan sape - ntah - nama , watak lakonan Marsha Londoh.

Frust sebab dapat tau Ryan ni curang , Luna nekad lari ke kampung Tom.Tom ni PA kepada Luna ...Memang sempoi habis la watak Tom ni.Ganas , otai tapi Faezah Elai memang comey.Hee.Dia sesuai kot bawak watak gila2 macam tu.Aku tak sure la kampung Tom ni kat Kedah or Penang.Yang pasti depa semua cakap loghat utara yang kaw2 jugakla..pandai la jugak diorang tiru , sebab bunyinya agak sedap..heheh

Kat kampung ni la macam2 tragedi havoc yang jadi.Ada watak Bedah Tonggek , Atan , Maneh etc.Maneh ni adik Atan.aku tak kenal sapa nama dia.Yang pasti Maneh ni terencat akal sikit.Hehe.And peminat rancangan Meletop dan Luna...Luna and Tom stay kat rumah nenek Tom la.Merangkap nenek kepada Atan dan Maneh jugak.So , start la bibit2 chenta Atan kat Lunahttp://matcuoi.com .Cerita ni jadi lawak bila ada adegan Bedah Tonggek ni dok try ngorat Atan.Actually , selain Bedah , Tom pon minat jugak kat atan , tapi bila Atan dan berkenan kat Luna , Tom tarik diri la.Diorang ni membesar sama2 dari kecik lagi.Since , parents Tom ni meninggal.Part ni ada la sedih2 sket.Plot cerita ni jadi kelam kabut bila si Candy iaitu penerbit rancangan Meletop , mai kat kampung tu.Siap bawak krew rakaman sebab nak popularkan gosip percintaan Luna and Ryan yang dah putus tu.

Ending cerita ni , mesti la Luna dengan Atan.Hoho..Sapa kata bandar dan kampung tak boleh bersatu ? ceeewwaahh ! haha.* Cerita ni yang kata okey *..Candy , Ryan tu pon insaf la in the end..Alhamdulillah.

Overall cerita ni , aku bagi 8/10 la kot..Bagi aku citer ni lawak la.Boleh la untuk tontonan seisi keluarga untuk bergelak ketawa sambil menghirup kopi panas dicicah pulak dengan biskut Munchy's yang dok iklan kat TV nun..haha.Takde aksi2 yang TAK sepatutnya , so boleh la budak2 nak tumpang sekaki.Moral ? Cinta tak mengenal darjat..haha.Takdelah , cerita ni ada moral kasih sayang.Atan ni sayang bebenor la kat adek dia si Maneh tu.Even , Maneh ni otak tak berapa nak center.Nenek diorang pon , penyayang tak hingat.Tom pon penyayang gila.Kalau tak , macam mana dia sanggup lepaskan Atan yang dicintai dari kecik tu kat Luna ? haa , kalau anda ? sanggup ke ? kalau  aku macam tak berapa nak sanggup je..ahahha..memang la ni lakonan semata2 , tapi kita amek dari side yang positif okey !

Tu je lah yang aku nak bebelkan pasal movie ni.Untuk sapa2 yang belom tengok tu , sila2 la tengok.Not bad afterall :)

Adios and wassalamhttp://matcuoi.com


10 comments:

  1. i dah tengok u...serius!! lawak!!

    ReplyDelete
  2. salam ziarah..
    wahH..teng0k cun..
    tuan umah ni cun tak?
    kui3! ;)

    ReplyDelete
  3. @qamarguyz : ahaha..lagi cun dari luna latisya...*okey , tipu =P

    ReplyDelete
  4. haha~has...
    sape kate KLCC dan sawah padi tak boleh bersatu

    ReplyDelete
  5. @afrah : owh a'ah la..silap plak..terima kaseh betolkan... :)

    ReplyDelete
  6. hehe...xpe,lepas bace blog has bru afrah tau kat youtube da ada..tq

    ReplyDelete
  7. @ afrah ; owh..okey..sama2..say thanks kt sapa yg upload ke youtube..haha XD

    ReplyDelete
  8. hehe..klcc dan bendang padi mmg boleh bersatu..hehe

    tp luna latisha tu seksi r..huhu..dlm kampung pun boley seksi lagi..haha

    ReplyDelete
  9. @ princesspinky : haha..agak la..dah mmg seksi , kat kampung ke bandar ke sama je..

    ReplyDelete