In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
assalamualaikum ;)
Ewah , aku layan Nur Kasih rupanya.Haha.Alkisahnya macam ni ,
Memandangkan tengah cuti 3 minggu ni ( sekarang dah berada di penghujung cuti ) , aku ingat nak la keluar jumpak kawan2 semua.Sebab major tengah cuti.Kawan2 sekolah rendah aku la .Alhamdulillah , kitorang still contact lagi even tak semua..terima kasih kepada Group SKSL Batch '99-'04 ...Kat sini la tempat kami meng'update' cerita masing2.Terima kasih jugak kepada admin group iaitu aku sendiri.haha =P...Plan punya plan , ada ja halangan.Last2 aku decide pi shopping kat Centre Square plus tengok movie ke , bowling ke semalam..kalau takdak org nak join pon , aku jadi lone ranger la.tawaf shopping mall sorang2.haha..Tengok2 , cik Husnee ja yang free semalam..Wiyah dah tengok NK , Yus ada tusyen , Mun , Bihah and Ruzanna baru je habis cuti ( aku plan lambat sangat -.-'' ) , Raimi ada kat N9 , dll..Maka , semalam bersamaan dengan isnin , 30 May , aku dan cik husnee serta ditemani 3 orang sepupunya , ber'Nur Kasih' la.Haha.( 2 dari 3 sepupu cik husnee tu budak2 lagi.lelaki pulak tu.tapi layan NK jugak.hihi ).So , ni la sikit tentang NK : ( aku tau aku dah terlambat.tapi nak jugak update.hua3 )
--------------------------------------------------------
Alkisahnya , Aidil yang kematian isterinya Alia ( aku baru tau isteri dia meninggal.almaklumlah , nur kasih kat TV tu aku tengok 4/5 episod je.kui3 ) masih dirundung pilu.Namun , Maryam ( Mia Sara Nasuha ) dan Ilyas yang menjadi penyeri hidupnya.Adam dan Nur pulak masih setia dihimpit ujian demi ujian.Nur keguguran buat kali yang ke-2.Adam dan Nur akhirnya menunaikan umrah.Ketika di Jordon , kemalangan kereta api hampir2 meragut nyawa keduanya.Namun , syukur , masih ada peluang untuk meneruskan hidup.Nekad mencari cincin pernikahan Nur yang tercicir semasa tragedi itu , Adam keluar mencarinya di tempat lokasi.Tapi , sekali lagi , nyawa Adam bagai telur di hujung tanduk.Ribut pasir yang tiba2 melanda , menyebabkan kereta Adam terbabas.Syukur sekali lagi , bila Allah menghantar Hassan , seorang kanak2 arab yang menjumpai Adam dan keretanya.Lalu , Adam dibawa pulang ke rumahnya.Dirawat.Dalam waktu genting itu , Nur berusaha mencari suaminya yang hilang.Dalam bingung , pada Aidil pertolongan dimohon.Sesampainya Aidil di sana , usaha mencari diteruskan.Berkat tidak putus asa , Adam berjaya mereka temui.
Keadaannya agak parah.Dibawa pulang untuk dirawat di Malaysia.Kata doktor , sharpener yang ada di dalam badan Adam akibat kejadian letupan di Mumbai dulu , kini berada begitu hampir dengan jantungnya.Situasi yang bisa merenggut nyawa.Alhamduliilah , nyawa Adam masih panjang.Berbekalkan jantung Mad , seorang remaja lelaki yang mula kembali ke jalan yang benar setelah mengikuti kelas2 tarbiyah Adam.Mad meninggal kerana dibelasah sekumpulan samseng diketuai Jamal ketika cuba menyelamatkan Aidil yang lebih dahulu dibelasah kumpulan tersebut.Hanya kerana............
Seorang remaja perempuan yang mengaku menjadi kekasih kepada Aidil.Niatnya cuma mahu lari dari sang kekasih ( jamal ) yang tidak lagi dicintai.Lantaran dendam yang kononnya Aidil merampas aweknya , Aidil dibelasah sampai separuh nyawa.Padahal , Aidil sekelumit pon tidak bersalah.
Di saat Adam masih kritikal dengan sakitnya , Nur disahkan mengandung buat kali ke-3.Alhamdulilah , rezeki dari Allah buat hambanya yang bersabar.
Di pengakhiran cerita , Nur dan Aidil menyingkap kembali jalan2 cerita kisah Nur Amina dan Adam.Berbekalkan sebuah buku , seakan travelog yang ditulis oleh Adam di waktu usianya masih bersisa.Buat bekalan anak mereka katanya. Maryam dan Ilyas juga sudah dewasa.Begitu juga Saif.Satu2nya anak Adam dan Nur.
------------------------------------------------------
MORAL :
- Sesungguhnya ujian itu adalah peluang untuk kita semakin mendekatkan diri dengan Allah.Bukan menjadi punca retaknya hubungan kita dengan DIA.
- Pasti ada ganjaran yang menanti bila kita tidak berputus asa saat dilambung badai kehidupan.Jika bukan di dunia , pasti di akhirat sana ada.Itu janji DIA.
- Kita hanya mampu merancang.Tetapi Allah jua sebaik2 perancang.
- Kasih sayang keluarga tak dapat dibeli.Biar engkau berharta setinggi Everest.
- Saat susah dan senang , ingat Allah.
- Dari Allah kita datang , kepadaNYA jua kita kembali
- Mencari rezeki yang halal itu wajib kerana akan menjadi darah daging..memberi kesan kepada generasi mendatang ( merujuk kepada babak Nur menolak projek pembinaan sebuah kelab sosial )
- Ramai lagi diluar sana yang berfikiran jumud dalam soal tarbiyah. ( merujuk kepada babak seorang ustaz yang menolak memberi ceramah kepada golongan remaja bermasalah atas alasan , remaja perempuan di situ tidak menutup aurat )
- dll
Yang lawaknya , dekat2 nak ending aku and cik husnee macam blur2..konfius bila masa Adam meninggal sebenarnya.Sebab , time tu babak macam selang2 antara masa sekarang dengan flashback.Aku dah la dok gelak bila tengok watak Nur and Aidil bila dah tua.haha.Last2 , macam tak berapa nak paham.Sebagai jalan penyelesaian , aku merujuk kepada cik Hani ( peminat tegar NK - awai2 lagi dia dah serbu cinema pi tengok =P )
* baca selang seli antara aku dan cik Hani.Dari bawah ke atas.Bermula dengan aku
Thank ye hani sebab tolong exlpainkan.Haha.Hampeh je.Tengok tapi ending tak paham.Memang kurang penghayatan betul aku nih. * sigh.Pape pon , overall okey la.Berapa bintang eh nak bagi.Tak tau la.So , tak payah bintang2 la eh.Haha.Alhamdulillah , aku tak la pening dengan jalan ceritanya even aku tak layan NK yang kat TV tu.Duduk asrama la katakan.Kui3.Yang dok ulang2 kat TV pon malas nak tengok.Tengok NK The Movie terus.Haha.Advance gitu ;)
murah tak ? hehe ;)
Sekian , wassalam ;)# NK ni sesuai ditonton bersama pasangan suami / isteri sebab banyak part romantik..kekeke =P
abeh kalau takde isteri tak sesuai ke nak tengok? HAHA :P
ReplyDelete@ Naqib : HAHA..hampeh betol ayat ko tu..sesuai je..buktinya , aku takde suami lagi , tapi boleh je tengok...hahaha =P
ReplyDelete