In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful
bukan katak bukan kerang
assalamualaikum korang ;)
TAJUK : CINTA DI LANGIT GAZA
PENULIS : RIDUAN MOHAMAD NOR
PENERBIT : JUNDI RESOURCES
HARGA SEMENANJUNG : RM 20.00
HARGA SABAH/SARAWAK : RM 25.00
MUKA SURAT : 291
Alhamdulillah , dah berjaya khatam Cinta Di Langit Gaza by Riduan Mohamad Nor.He is one of the activist yang aktif dalam misi bantuan di segenap pelusuk yang memerlukan.Gaza , Acheh , Kemboja , dan Pakistan antaranya.Aku beli buku ni dah lama , time tu ada event kat CFS..tak ingat event apa.Yang pasti , instead of RM 20 , aku dapat RM18..Hehe.Tapi baru semalam habis baca.Biar lambat , asal baca..kan ? kan ?
Buku ni bercerita tentang travelog penulis setiap kali beliau terlibat dalam misi kemanusian ke tempat2 bencana dan negara2 miskin.Aku taktau la kenapa '' Cinta Di Langit Gaza '' yang menjadi tajuk pilihan buku ni.Sebab , dalamnya bukan sahaja memuatkan episod duka berdarah di Gaza semata.Ada banyak jugak coretan perjalanan penulis semasa menyertai misi kemanusiaan bagi membantu mangsa tragedi tsunami di Acheh , aktiviti korban di Pakistan dan Kemboja , dan sebagainya.Apa pon tak kesah la , yang penting isi bukan tajuk.Hehe.
Saat membaca setiap aksara dalam buku ni , seolah2 macam kita turut berada di sana.Dapat aku bayangkan susah perit mangsa peperangan , kebuluran , dan mereka yang ditindas oleh pemerintah zalim bertopengkan manusia adil ( konon )..walaupun aku tahu , apa yang aku bayangkan pasti takkan sama dengan realiti sebenar.Mungkin sedikit ( boleh jadi banyak ) yang tersasar dari hakikat sebenar.Namun sedikit sebanyak berjaya menyentuh hati ini bila menghayati nasib saudara seIslam dan seakidah kita di luar sana.Alangkah bertuahnya kita di bumi Malaysia. ( muhasabah diri yang kadang2 tak terlepas dari terleka dengan nikmat yang ada ).
Sungguh , aku kagum dengan semangat juang para aktivis ini yang sanggup turun padang ke tempat2 kejadian demi menghulur bantuan berupa tenaga , duit , harta dan yang paling utama masa.Walau masing2 ada komitmen lain misalnya keluarga dan kerja kerana mereka terdiri dari kakitangan kerajaan dan juga swasta.Ramai yang memegang title doktor tak jemu menyumbang khidmat kepada setiap mangsa tak kira ceruk mana yang perlu mereka redah.Bukan sekadar berada atas kerusi empuk dalam bilik berhawa dingin.Alasan sibuk dengan kerja seolah tiada dalam kamus hidup mereka.Bertanya pada diri sendiri , mampu ke aku nak menyumbang macam diorang bila dah bekerja nanti ? Hmmmm....Walau hanya mengenali mereka melalui buku ini , aku doakan mereka istiqamah dan terus ikhlas dalam perjuangan ini.Semoga satu hari nanti , aku juga berkesempatan menjadi sebahagian dari mereka..biar pon bukan aktivis sepenuhnya , biarlah ada jua secebis khidmatku buat saudara seIslam.InsyaAllah :)
Konklusinya , aku sangat sarankan agar membaca buku ni.Sekurang-kurangnya minda kita sedikit terbuka bila dipaparkan dengan realiti hidup insan2 yang mana naseb mereka kelam dan kabur.Tak secerah kita.Apalah sangat nilai RM 20 yang bakal melayang dengan membeli buku ni kalau nak dibandingkan dengan ilmu dan ' pengalaman virtual ' kita di tempat2 kejadian.Kalau boleh makan kat tempat2 mewah yang satu hidangan pon dah mencecah puluhan ringgit , kalau sekali top up at least RM 30 , komfem la boleh beli buku ni kan ? Daripada habiskan duit tak tentu pasal , baik jimat untuk beli buku.Kalau ekonomi tak berapa nak kukuh , jimat la sikit2..cukup RM 20 , serbu la mana2 kedai buku.Hehe
Tu je untuk kali ni , semoga sama2 mendapat manfaat dari buku ni.
Adios and wassalam ;)
-------------------------------------------------------------
'' sempadan kita orang beriman bukan sempadan geografi , tetapi sempadan kita ialah sempadan akidah '' - Sayyid Qutb
oooo... kene beli niii... thanks for the review.
ReplyDeleteterbaru--> SECEBIS DAGING DI MATA KAIL --> .download.
has....nak pinjam! nanti g igop bawak~hehe
ReplyDelete@piah becok : beli2..sama2
ReplyDelete@ afrah : erk , bawak pi gopeng ? ingatkan la nanti..takut terlupa sebab lambat lagi kan..hehe ;)
ReplyDeletenak bace gakkkkk !
ReplyDelete@ naqib : sila la beli..kalau nak pinjam meh amek ..hahaha =P
ReplyDelete