Friday, May 06, 2011

PROGRAM ASASI UIAM

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

 assalamualaikum :)

Entry kali ni dedikasi untuk adek dorm terchenta kat IGOP dulu which is Azween Sharina dan mereka2 yang dapat tawaran program asasi UIA sesi 2011/2012..So , nak share la sikit macam mana system asasi kat sini , live kat sini etc.Time akak dulu kos yang science-based semua kat Campus PJ and kos yang art-based kat Campus Nilai.But , start tahun ni semua akan buat foundation kat PJ Campus je sebab Nilai dah nak tutup hujung tahun ni.Kalau tak silap la.Sila rujuk kepada yang pakar dalam isu2 ni untuk keselamatan yang lebih terjamin # poyo

First and foremost * ceh ! gaya buat essay * mesti la taaruf week kan.Taaruf week kat sini biasa ja .Takdak  la aktiviti2 yang tak terduga.Just ada banyak briefing .Take for example , briefing pasal English Placement Test [ EPT ] , Arabic Placement Test [ APT ] , pasal department [ depend on course ] , pasal CGPA semua2 tu.Adat la , nama pon taaruf kan , so berkenalan dengan macam2 benda baru yang pastinya jauh beza dengan zaman sekolah.

At the end of taaruf week tu akan ada EPT and APT tu.Dua2 test ni yang akan menentukan berapa lama duration kita kat asasi ni.Kalau uni. lain just setahun je.But UIA ni special sikit.Sebab ada 1 year , 1 and half , and 2 years program.Tapi kalau kos medic , pharmacy , dentistry memang komfem 2 tahun.No choices.EPT tu semua ada 6 levels.Lagi bawah level yang kita dapat , lagi lama la contact hours untuk lecture.Means , jadual akan makin padat la.APT pulak ada 2 level.Takyah risau la kalau takde basic arab pon.Sebab level 1 tu senang je.Level 2 pon lagi senang dari arab PMR.hehe.InsyaAllah boleh.And mungkin jugak korang dah dikecualikan dari belajar english dengan arabic ni dengan syarat korang kena exempted test tu.Exempted tu maksudnya korang punya score untuk test tu tinggi la... dah cukup terror dah.Tak payah susah2 nak belajar lagi.So , jadual tak la padat sangat sebab tak payah belajar either english or arabic.Moral of story , kena la jawab betol2 untuk dua2 tests tu.Penentu masa depan tu.Hehe..Contoh macam akak * gaya bila senior berkomunikasi dengan junior =P  * dapat level 6 je untuk EPT and level 1 untuk APT.Almaklumlah  , belajar arab sampai PMR je.Tapi soalan yang tested dalam APT tu lagi susah dari PMR..So , kantoi la..hehe.Then , dapat program 1 and half year.Sekarang alhamdulillah , dah exempted untuk English and Arabic.Belajar english level 6 time sem 1 , arabic level 1 time sem 1 and arabic level 2 time sem 2..Alhamdulillah , lepas tiap kali exam.Kalau rasa macam tak berapa nak paham tu , rilex dulu...jangan kecoh2 sebab time taaruf week akan dijelaskan secara lebih detail...Hoho.

Habis je taaruf week , bermulalah sesi pembelajaran setelah sekian lama bercuti ye adek2 sekalian.Pesanan dari akak , kikis la siap2 karat2 yang dalam kepala tu , so takdak la masa first lecture nanti blurrrr semacam.Aahaha.Bercakap melalui pengalaman ni.First class akak dulu biology 1..memang agak blurrr la after soo looong holidays then tetiba kena mengadap term2 biology yang sangatla sedap namanya.http://matcuoi.comFirst class dah start belajar chapter 1..terbaeekk !  * okey , out of topic.sory .Malas backspace *

Untuk sisters ada dua Mahallah [ hostel ]..which are Khadijah [ KC ] and Zainab Al Jahsy [ ZC ]..KC la best sebab ada 9 tingkat , so ada lif..haha.ZC takde sebab 4 tingkat je.So , berdoalah dapat KC macam akak..Tak payah la nak naik tangga banyak2 macam kat sekolah tu.Lagi2 IGOP yang gilaaaa banyaakkkk tangga..hehe.Untuk brothers pulak ada 4.Fatimah Az-zahra , Umar Al-Khattab , Abu Bakar and Aisyah.Jangan risau , mahallah lelaki semua TAKDE lif..haha =P

Lecture pulak sama ada kat SMAWP 2 , SMAWP 3 , LY Building , Block E , Block C etc.Nanti2 tau la.Just nak introduce nama2 tempat yang mungkin korang akan masuk..SMAWP 2 and 3 tu , errr.......just bangunan lama je..bekas bangunan Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan..huhu..so , dont expect too much la.Hehe..* gelak tersirat *..

Nak makan ? jangan risau..Setiap mahallah ada cafe KECUALI fatimah zahrah.Siap duit aje.For brother , cafe yang popular ialah Cafe E sebab dengar cerita murah.Kalau lalu kat situ , jarang la nampak sister ramai2..brothers je yang penuh.

Nak outing ? lagi la tak perlu risau.Sebab cfs ni kat tengah2 bandar.Siap duit aje.Midvalley , One Utama , Pavilion , etc.Pilih ja nak pi mana.Paling dekat , JayaOne.Jalan kaki je dah sampai.Setiap petang selasa pulak , ada pasar malam.Dibenarkan outing time tu.

Ni sikit gambar sekitar CFS IIUM PJ ni..curik kat Yahoo Image je..haha 

 Al-Malik Faisal Hall

 Kiri : Mahallah Khadijah    Kanan : Mahallah Umar Al-Khattab

 Mahallah Khadijah

Library + Annex Building + LY Building

So , that all la apa yang akak nak share.Serba sikit pasal program asasi UIAM sempena result UPU yang keluar hari ni.So , kalau tak dapat banyak pon , at least ada la sikit gambaran macam mana  ' rupa ' asasi UIA ni..sebab selalunya orang akan pening sebab sistem UIA tak sama macam uni. lain.huhu.Btw , tahniah untuk semua no matter kat mana pon korang tercampak.Even ke UNIMAS sekali pon.Kalau tak dapat apa yang dihajatkanhttp://matcuoi.com pon , jangan give up okey.Chill and kalau masih tak yakin buat la solat istikharah .InsyaAllah , ada something yang akan guide kita untuk buat keputusan.Yang paling penting jangan give up je.Yakin perancangan Allah adalah yang terbaik.Akak dulu pon tak dapat 1st choice UPU.Dapat pilihan keempat kalau tak salah.Huhu.

Anything nak tanya , boleh je tanya kat sini or FB.Sent message ke apa.InsyaAllah boleh tolong sekadar mana yang termampu.Akak tak bertanggungjawab di atas sebarang pengubahsuaian sistem yang akak cerita ni sebab akak just bercerita based on pengalaman sendiri untuk sesi 2010/2011.Maybe , ada apa2 yang akan ditukar untuk sesi 2011/2012 ni.Wallahualam.Akak bukan admin kat CFS IIUM ni.hehe.

Sekian
Wassalam and adioss
----------------------------------------------------------------
hari ni kelas last untuk sem 3..sempat la bergambar-gambar  after quiz and tutorial test untuk chapter 5 and 6 tadi.haha.tapi , errr...exam la pulok 14/5 ni.doakan sekali ye.hehe.

''Ya Allah Ya Tuhanku , bantulah Anah Samsudin untuk menjawab final exam Math 2 pada 14/5 , jam 9 am-12pm di AMF.Semoga dia dapat scores A solid untuk exam kali ni.Amin'' 
http://matcuoi.com

41 comments:

  1. cik has. tau x spe lgi dpt uia??

    ReplyDelete
  2. @ afrah : thanks sayangku..hehe ;)

    ReplyDelete
  3. @ cik Za : setakat yang tau ni baru aween je..yang lain taktau la..huhu

    ReplyDelete
  4. kakak ni prihatin betoi lah. ekeke..:P

    ReplyDelete
  5. @ naqib : haha..well ~ nak lawan keprihatinan chekgu naq*b..wakaka :P

    ReplyDelete
  6. Kak Hasnah Samsudin, tahniah atas blog entry anda ini.
    Saya sharekan dgn seseorg.

    N mungkin juga saya akan gunakan blog entry awak ini untuk blog entry sy utk tujuan yg sama.

    So, mungkin awak bleh bg info utk sister2 and sy boleh bg info utk brothers. :)

    Tengokla nnti camne. Kalo ak rajin n internet ak x lembab.

    p.s : blog ko berat ke ek? susah betul aku nak post satu komen nih. Ditambah pulak internet aku yg sedia lembap. :P

    ReplyDelete
  7. @ jazmi : tak payah nak bajet muda plak ye..berkakak konon..haha..

    ambik la..memang tujuannya untuk berkongsi pon.

    berat ? rasanya tak kot..bukan ada widget pe sangat pon kat blog ni..internet ko yg lambat macam siput kot..hihi =P

    ReplyDelete
  8. SALAM. ada intake terbaru tak bln 9 atau 10 di uiam, foundation? tq.

    ReplyDelete
  9. waalaikumussalam..
    untuk foundation selalunya bulan 6 mcm tu.. =)

    ReplyDelete
  10. assalam..sy ni budak spm 2011 misal lah kn sy nak amik kos asasi sains kemanusiaan then smbg plk ke upsi boleh ker?hrp sudi mbantu..sgala kerjasama amat dihargai.

    ReplyDelete
  11. @ VICO PANAS : sambung ke UPSI untuk degree eh ? hmm , tak sure la..sebab NORMALLY kalau buat foundation kat uia , terus sambung uia jugak for degree..lepasan cfs iium tak perlu isi UPU kali kedua macam budak2 yang buat foundation kat uni lain..kalau nak tukar uni , mintak maaf sgt2 sebab frankly said , i dont know how the procedures are. :)

    ReplyDelete
  12. @ UNTOLDHISTORY : most welcome;)

    ReplyDelete
  13. asalamualaikum...asasi sains kemanusiaan ambik mse at leasy 2thun, lpas tu, nk smbg degree brape thun pulk yep...

    ReplyDelete
  14. asasi sains kemanusiaan lebih kepada psychology eh ?

    ReplyDelete
  15. bhsa arab tu t'masuk ke dlm pengiraan markah..??
    lgi 1 stiap kali exam ade exam bhse arab ke??

    ReplyDelete
  16. @ ANONYMOUS : arabic + english TAK termasuk dalam cgpa..tapi wajib lulus before grad from asasi :D yup , ada 2 exam..midterm and final.

    ReplyDelete
  17. @ FIRST ANONYMOUS + NUDRAH SHAFINI : sorry , akak kos bio science and have no idea how human sc is..kawan yg buat HS pon takde since dulu diorang foundation dkt nilai..huhu -.-''

    ReplyDelete
  18. Tumpang tanya kak, pakaian kat Asasi UIAM utk pelajar perempuan mcmana? Kena pakai baju kurung and jubah aje ke? Boleh pakai jubah seluar? Kasut? sandal? Outing mcm asrama ke atau boleh kluar masuk sesuka hati? Sorry banyak tanya sebab dah apply nak masuk asasi UIAM and nak buat persiapan sikit2. Thanks! Farahani

    ReplyDelete
  19. @ ANONYMOUS ;

    eh tak lah..boleh je pakai jubah seluar pon.yang penting menutup aurat :)

    kasut yang bertutup la..formal kan.time selain kelas boleh la pakai sandal.

    outing macam asrama sekolah jugak..sabtu ahad..hari selasa boleh keluar petang tu sebab ada pasar malam :D

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum,kalau saya ditawarkan program asasi bahasa Inggeris,boleh ke kalau nak tukar ke asasi perubatan atau pergigian??

    ReplyDelete
  21. @NORHANIMAH : boleh apply untuk tukar kos after taaruf week tu..insyaAllah ada rezeki memang dapat tukar.its depend on SPM result la :D

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum kak,sy nk tny,nnt test tu,test mcmana??mcm test kt sekolah biasa gak ke??objektif ke subjektif??ke kne speaking dpn diorg???huhuuuu takut ni.. :/

    ReplyDelete
  23. @ ANONYMOUS : waalaikumussalam.Masa akak dulu english kena buat essay.Bahasa arab structured questions contohnya isi tempat kosong , buat ayat etc.Tak ada oral test.Sekarang taktau la format macam mana pulak sebab uia ni suka tukar2 format..hehe :D

    ReplyDelete
  24. just read this entry adik2 sekalian -- > http://ordinaryguy92.wordpress.com/2011/04/30/centre-for-foundation-studies-iium/

    more detail explaination ;)

    ReplyDelete
  25. salam akak. nak tanye, erm, akak kos bio sc kan, erm, contoh nak amik ijazah pharmacy boleh ke?

    ReplyDelete
  26. @ FADHILAH HANA : w'salam.kalau buat foundation dalam bio science , choices yang ada untuk degree are biotechnology and biomedical ONLY.

    TAPI , boleh je buat foundation dulu dalam bio science masa first sem ni.Then , kalau score CGPA above 3.5 setiap kali exam , boleh apply untuk tukar ke kos critical macam medic , pharmacy or dentist tu.Application untuk tukar kos memang di buka setiap kali lepas exam :)

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum kak.
    nak tanye..kalau kite memang langsung takde basic bhase arab mcm mane..sebab saye dri sklah harian biase..kalau test arab tu tak boleh buat macam mana?

    ReplyDelete
  28. sy suka sgt ng blog akak nihhh....menarik btolll!

    ReplyDelete
  29. Akak,,,org perempuan boleh pakai jeans tak? Pkai skirt? Utk outing la.

    ReplyDelete
  30. I dpt asasi AED UIA 2nd choice lps UM.Alhamdulilah janji dpt cos yg aku minat!

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum.. kalau tak amik biologi masa sekolah, tapi amik chemist and physics. boleh mohon amik sains hayat tak?

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum..kalau nak amik asasi BA kena temuduga x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry. i'm not sure about it. saya asasi bio science dulu :)

      Delete
  33. assalammualaikum kak. ikut result spm saya,saya boleh mohon asasi sains hayat. saya nak jdik doctor,ingtkan nak amik asasi perubatan,tp tgk syarat kelayakan die at least B+ utk kimia and bio. kimia saye agak kureng sikit,hehe,so sye amik asasi s.hayat. kalo habis sem 1, katakan la saye dpt pointer tggi, ade harapan tak nak tukar ke perubatan pnye? harap akak boleh tolong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada harapan. sebab mmg each semester dia buka application untuk tukar kos :)

      Delete
  34. assalamualaikum akak.. nk tanye bleh pki purdah x kt cni? sbb dngr citer kene byr rm50...

    ReplyDelete
  35. Salam nak tanya..baju pergi kelas kena pakai baju kurung atau Jubah je ke?

    ReplyDelete
  36. Salam nak tanya kalau pharmacy kene asasi 2 tahun an. Pastu nk sambung ke degree tambah berapa tahun lagi ek

    ReplyDelete